Nuffnang

Sabtu, 12 April 2014

Kepulanganmu Ku nantikan!

Adoii,.entry yang sama sebelum ni TERPADAM jadi saya update sekali lagi,.



Buat suamiku yang tercinta,.
Dikala aku menerimamu sebagai teman hidupku,aku sudah bersedia dengan jiwa yang kental untuk menghadapi setiap perpisahan denganmu.Memang sukar pada mulanya untuk mendidik hati ini.Bukan mudah seperti yang aku duga.Menjadi isterimu tidak sama seperti sebelum ini.Maksudku,.dikala kita berpisah sebelum ada ikatan sah.Aku lebih letih menunggu kepulanganmu setelah bergelar isteri.

Abang,.
Ibarat lirik lagu 'rindu ini memaksa aku menyayangimu'. Kau suamiku yang amat ku sayangi.Biar pun kita berjauhan,namun rindu dan cintaku hanya milikmu.Tiada istilah putus asa dalam menunggu kepulanganmu.

Suamiku sayang,.
Ingatkah lagi pada detik pertemuan pertama kita? Ketika itu kau datang ke sini untuk meraikan saudaramu yang hendak berangkat ke Mekah.Di subuh hening,dikala orang lain sedang kusyuk mengaminkan doa,kau pula begitu kusyuk merenung diriku.Malunya aku ketika itu setelah menyedari renunganmu.Aku dengan pantas terus bersembunyi.Nakalnya dirimu buatkan aku selalu terbayangkan sikapmu itu.

Tahun seterusnya,aku dilamar keluargamu.Aku terkelu,.kerana tidak menyangka keluargamu juga menyimpan niat untuk mengambil aku sebagai ahli keluarga.Mereka ceritakan tugasmu sebagai seorang tentera.Kau sering ditugaskan jauh dari keluarga.Hatiku ketika itu sudah mekar dengan bunga-bunga cinta terhadapmu.Apa yang ku bayangkan hanyalah untuk menjadi isterimu.Aku berdoa di dalam hati,andai kaulah jodohku,.satukanlah hatiku dan hatimu.

Suamiku yang amat ku rindui,.
Masa terus berlalu.Kau perlu bertugas di Sabah,perkahwinan kita terpaksa dipercepatkan.Kau meminta untuk berada di sisiku sebelum kau bertolak ke sana.Permintaan kau ditunaikan oleh keluarga kita.Kita disatukan dalam majlis yang sederhana.Hanya keluarga terdekat yang hadir. Tiada kata untuk mengambarkan kebahagiaanku disaat itu.Menjadi isterimu yang sah itulah keinginanku.Aku amat bahagia abang saat kali pertama kau mengucup dahiku.Air mata ini mengalir.Air mata kegembiraan setelah dua hati bersatu.

Seminggu selepas perpisahan kita hatiku diamuk badai rindu.Rindu yang begitu sarat terbeban di jiwa ini.Sakit rupanya rindu ini!,.aku menangis saban waktu bila mengenangkan dirimu.Kau  tahu abang,gambar pernikahan kita ini andai ia mampu berbicara tentu ia sudah mengejekku.Apa lagi yang mampu aku buat abang dikala hati ini merinduimu selain dari terus menatap wajahmu.

Suamiku sayang!,.
Dikala berjauhan ini aku mendapat khabar gembira.Benihmu sudah mekar di dalam rahimku.Ya!,.zuriat kita bakal lahir!  Aku terlalu gembira dengan berita ini.Mungkin aku tidak akan terus sepi lagi jika dia lahir ke dunia ini.Itu yang aku fikir ketika aku disahkan mengandung anak sulung kita.Rupanya aku tersalah tafsir lagi.Mengandung tanpa suami di sisi lebih memeritkan jiwa ini.Cemburu juga hati ini bila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing bila membuat pemeriksaan di klinik atau pun hospital,sedangkan aku hanya ditemani adik atau pun kakak.Ada kalanya aku terpaksa pergi seorang diri.Aku cuba menjadi kuat dan tabah walau tanpa kau di sisi.

Abang,.
Walau pun perpisahan antara kita ini begitu meruntun jiwaku,aku relakan demi Negara yang Tercinta.Kau pergi untuk menjalankan tugas. Biar pun jarak memisahkan kita ketahuilah kasih dan sayangku hanya buatmu.Aku juga berharap hatimu masih untukku yang terlalu setia menanti kepulanganmu.Ketahuilah abang,.aku tidak pernah akan menyesal memilihmu sebagai suamiku.Sudah tertulis jodoh kita berdua.Aku terima pemberian Allah ini dengan hati yang terbuka.Memang perit untuk terus menanti kepulanganmu.Namun perpisahan ini lebih mengukuhkan ikatan suci kita.Aku pasti menunggu kepulanganmu abang hingga ke akhir nafasku.

Suamiku yang tersayang,.
Luahan hatiku ini sekadar sebuah bingkisan biasa,jauh di sudut hati ini sudah ku tumpahkan kasih yang luar biasa untukmu,.kerana kaulah syurgaku.Tanpa redhamu aku pasti tiada apa nak ku bangga.Pulanglah sayang!,.ku nanti kepulanganmu.

P/s: Akak takda microsoft,akak guna wordpad jadi akak xtau ni berapa muka surat,.sya auta pulak kalau tak cukup panjang,..ekekeh,.akak TERreyau gak nak imagine yg ni pun,..hahaha,..overdos feeling,. :D