Adakah anda pernah keliru? Kenapa tajuk ni yang aku pilih? Nak tahu jawapannya, teruskan membaca entry yang membuatkan aku 'sedikit keliru' ini. Banyak kekeliruan yang ingin aku perkatakan. Alkisahnya aku dan suami sekarang sedang berlumba-lumba mencari ilmu. Dulu, bukan tak pernah cari cuma kesedaran mencari ilmu tu tak serancak sekarang. Mungkin umur sudah meningkat, jadi ingin lebihkan ilmu di dada. Bila belajar dengan banyak guru banyak pula percanggahan pendapat. Kalau kita dengar ceramah-ceramah agama di tv atau radio, ustaz atau ustazah pun kadang-kadang ada memberitahu tentang pendapat alim ulamak yang terdahulu.
Bukan niat hati untuk menimbulkan kekeliruan untuk diri sendiri. Adakalanya apa yang kita pelajari banyak jawapan yang kita perolehi dari satu soalan. Contoh paling mudah seorang ustaz berceramah, katanya sunnah kaum lelaki memakai baju berwarna putih dan hijau. Ikut parti politik ustaz ni adalah dari parti(p) jadi suami aku pun banyak membeli jubah dan baju melayu yang berwarna putih dan hijau termasuk kain pelikat. Bila dia pergi mendengar ceramah dari ustaz yang lain pulak dengan selambanya ustaz itu memberitahu, memakai baju putih ini memang sunnah kerana putih itu melambangkan kesucian TAPI janganlah terlebih hingga mengalahkan tok guru. Dia balik bercerita kepadaku, katanya dia tersentap seketika sebab ustaz tu orang kuat parti (B). Aku pula yang keliru bila melihat suami mula mengubah corak pemakaiannya. Dari baju putih dan berkain pelikat putih kepada baju putih dan berkain pelikat hijau dan bila dia memakai baju hijau, dia akan memakai kain pelikat putih. Suami aku memang seorang anak yang mendengar cakap dan dia juga seorang murid dan pengikut yang setia. Kalau tanya aku, warna putih bukanlah warna kegemaranku. Yupp!,.putih itu suci dan warna putih bagiku hanya sesuai di pakai bila nak mengadap Allah (Telekung Putih).
Sekarang ni telekung pun sudah pelbagai fesyen. Di sini pun aku keliru. Untuk apa telekung dengan pelbagai warna sedangkan kebanyakannya tak menutup aurat dengan sempurna? Oppss,.maksud aku kita bangga bersolat dengan telekung yang cantik dan mahal tapi selepas bersolat kita tetap mendedahkan aurat. Telekung terbaru tu ada yang pernah mengadu kepadaku, kata mereka, bila pakai kainnya akan melekat di tubuh. Betul ka? Aku tak pernah ikut trend terkini dalam apa fesyen pun jadi aku tak ambil tau sangat dengan dakwaan orang lain. Bagi aku, bukan telekung yang akan menjamin kualiti solat kita.
Keliru lagi bila orang tua-tua selalu kata kat kaum perempuan. Nak kahwin wajib pandai itu dan ini. Sejak sekian lama kaum wanita menguruskan rumah tangga sedangkan suami kebanyakkannya hanya tahu meminta. Aku tak cakap semua tau, sebab suamiku tak macam tu. Alhamdullillah Allah mengasihiku. Aku berjodoh dengan seorang lelaki yang tak pernah menyusahkan aku sejak mula kami bergelar suami dan isteri. Dia tak mengarah dan memerintah sesuka hati. Masakan aku sedap atau tak, dia tak pernah kompelin. Dia makan dalam diam, sedap atau tak dia tetap menambah. Yang paling best, semakin lama kami kahwin, sikapnya semakin memuaskan hati hari demi hari. Bahkan sekarang bila aku semakin tak sihat, dia yang akan membasuh semua pakaiannya dan akan seterika sendiri baju-bajunya yang perlu diseterika. Nak menyuruh aku? Tak pernah sesekali dia menyuruh walau aku tiada kerja. Bonus paling besar untukku!
Aku pernah berchatting dengan rakan facebook. Kebetulan suami dia tu rakan sekolah aku dulu. Bukan aku tanya pun tapi orang dah cerita aku hadamkan ja. Dia taklah kutuk sangat suami dia tu, cuma katanya, dia suri rumah dan mencari peluang berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bila di rumah, dia yang menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Segalanya dia yang lakukan. Suaminya bukan tak pernah membantu tapi aku pernah terbaca beberapa statusnya yang ditujukan untuk suaminya. Kesimpulannya, dalam pengorbanan seorang isteri meringankan beban suami, menguruskan rumah tangga dan anak-anak, mengandung dan melahirkan berkali-kali tapi ada suami yang tergamak mengkhianati kepercayaan isteri dengan mengingati bekas awek zaman persekolahan. Apa ada pada kenangan cinta pertama tu? Jangan-jangan hanya dia saja yang ingat. Awek dia tu mungkin sedang menganyam bunga-bunga cinta bersama suaminya dan sedang bergelak ketawa dan bahagia bersama keluarganya, sedangkan dia hanya menghadiahkan keluh kesah dan rasa kecewa buat isterinya yang sudah banayk berkorban untuknya. Ya! Mungkin alasannya isterinya kuat cemburu dan sebagainya atau seribu satu alasan kekurangan isterinya yang akan diceritakan tapi terfikirkah oleh seorang suami betapa beratnya beban ketika membawa kandungan dan betapa sakitnya ketika melahirkan. Pengorbanan yang takkan mampu digalas oleh seorang lelaki tapi wanita sanggup melalui semua itu demi seorang suami.
Kekeliruan seorang aku semakin berterusan. Adakah seorang lelaki berkahwin tanpa ilmu di dada? Tidak sedarkah dia betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah? Selalu aku dengar orang-orang lelaki bercerita. Bila dah kahwin senang sikit, ada orang nak basuh baju, nak masak makan, nak layan mereka itu dan ini. Woii!! Apa yang korang fikir sebenarnya? Korang tau tak tanggunjawab seorang isteri hanyalah melayan nafkah batin suami. Itu ja yang wajib. Yang lain tu semua tanggungjawab suami tapi Allah itu Maha Kaya, dia anugerahkan sifat timbang rasa dan rasa sayang yang berganda buat seorang wanita. Seorang wanita sanggup mengalas semua beban demi orang-orang yang disayanginya. Oleh kerana tanggapan orang-orang terdahulu, bahawa semua itu adalah tanggungjawab isteri maka isteri pun mengalas semua beban itu. Suami pula lepas tangan atas segalanya. Inilah pentingnya ilmu di dada. Isteri rasa betapa beratnya tanggungjawabnya dan suami pula rasa tanggungjawab dia hanya mencari duit untuk anak-anak dan isteri. Dari mana korang belajar tu?
Islam itu mudah, janganlah kita permudahkan segalanya. Bila isteri dah sanggup buat tugas yang sepatutnya tugas suami, kenapa suami tak boleh bertolak ansur? Sesekali permudahkanlah kerja isteri. Walau anda seorang yang sibuk sekali pun, luangkan masa untuk mebahagiakan isteri anda. Jangan hanya menunggu isteri yang memulakan dulu. Isteri yang kuat berleter atau banyak ragam, mungkin rasa terbeban kerana nak melaksanakan tugas yang teramat banyak. Tugas yang tak pernah selesai! Bangun pagi menguruskan anak-anak ke sekolah. Tinggal di rumah seorang diri, mengemas rumah, memasak, kemudian mengambil anak pulang dari sekolah pula. Hantar pula anak ke KAFA. Si abang pula nak berlatih sukan. Hantar adik, ambil abang dan sebagainya. Ada pula pelanggan yang nak order barang. Dalam letih isteri kuatkan juga kudratnya. Demi membantu mengukuhkan ekonomi keluarga tapi suami tetap tak reti nak menghargai. Malam pula dia tetap minta dilayani. Isteri tetap tunaikan kewajipan demi meraih redha suami. Betapa banyaknya kerja dalam satu hari!
Keliru lagi bila ada isteri yang bekerja dan gaji isteri melebihi gaji suami. Isteri pula yang memegang post untuk membayar semua hutang piutang, bil-bil yang berkaitan, membeli barangan dapur dan segalanya. Suami lepas tangan dengan alasan isterinya lebih mampu. Apakah ini??? Suami jenis ni, bukan sekadar tak berilmu tapi juga tak punya hati dan nurani. Entah ilmu songsang mana dia dah belajar? Ada suami yang merahsiakan gajinya dari pengetahuan isteri. Bila isteri bertanya, dia marah-marah dan mengamuk sakan. Keliru lagi aku! Ada pula jenis suami macam ni? Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian. Tiada rahsia dalam rumah tangga. Bagi aku hanya seorang isteri lebih mengenali seorang suami dan hanya seorang suami yang lebih mengenali isterinya berbanding orang lain. Dalam kes ni aku tak nafikan kami lebih beruntung kerana aku sudah tidak punya emak dan ayah untuk berkongsi cerita dan aku juga tak suka bercerita dengan saudara mara perihal rumah tangga kami. Suami aku pula seorang yang pemalu walau dengan emak sendiri dan adik beradiknya. Kami saling berkongsi cerita, cuma,.dari pihakku aku suka mendengar dan memberi pendapat sedangkan bagi pihak suamiku pulak, dia mendengar tapi bibir membisu seribu kata,.ehemm,.tak semua mampu menguraikan pendapat yang bernas. Setiap manusia itu ada kekurangan dan kelebihannya!
Aku tak pernah menyalahkan dia kerana setiap kata-katanya aku akan bidas balik dan selalunya dia yang bakal mengibarkan bendera putih. Hahaha,.nasiblah kalau dapat isteri macam aku ni!
Keliru seterusnya! Eh,.berapa banyak keliru daa?? Hehehe,.memandangkan tajuk pun keliru, harap jangan ada pula yang keliru membacanya. Semua kisah di atas adalah kisah benar yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Mungkin ada yang bertuah kerana mendapat pasangan yang begitu memahami dan pandai menghargai. Ustaz dan ustazah selalu cakap, jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Jadi, kalau ada yang sedang keliru, kenapa aku dijodohkan dengan 'dia' sesekali kita cermin peribadi kita dulu. Mungkin dia juga merasakan hal yang sama mengenai diri kita! Bila kita nak bahagia, kita kenalah berkorban hati dan perasaan terlebih dahulu. Buangkan sikap ego dan dendam. Cuba bahagiakan pasangan kita dan belajar menghargai dia. Selalunya orang yang tak bahagia ni selalu mengambil sikap menunggu pasangan yang bertindak terlebih dahulu. Anda nak pasangan yang romantik tapi dia tak menjadi seperti yang anda nak. Apa kata anda yang mulakan dulu. Bersikap romantik pada pasangan itu bukan satu kesalahan, malahan itulah bonus menuju kebahagiaan. Masa bercinta, boleh pula nak berbahasa lembut dan puitis, kenapa bila dah kahwin berubah corak layanan. Dan bahasa puitisnya dah hilang ke mana?
Rasanya cukuplah aku mengelirukan orang lain dengan kekeliruan aku ni. Inilah asam garam rumah tangga. Bila banyak terjadi kes cerai, aku sering tertanya-tanya, apa sebenarnya yang terjadi? Bagi aku jodoh, ajal dan maut di tangan Allah dan bila bertemu jodoh tu kenapa harus ada perceraian pula? Dan, bila mendengar temuramah dari beberapa orang yang pernah bercerai, masing-masing menuding jari menyalahkan pihak lain. Mungkin ada kes pengakuan benar yang mengaku perceraian itu berpunca dari kesilapan mereka tapi jumlahnya mungkin terlalu sikit. Itulah,. yang mengaku kesilapan sendiri ni, selalunya bila dah bercerai baru tersedar mereka buat silap. Bila ada di depan mata mereka tak reti nak menghargai, bila dah terlepas dari pegangan baru tersedar betapa berharganya pasangannya tu.
Okey! Sebelum berhenti, rasanya aku nak titipkan beberapa petua yang kami amalkan selama ini,.
Petua untuk suami
-------------------------
1. Banyakkan bersabar sebab orang perempuan ni hormon tak seimbang. Kadang-kadang bukan dia sengaja nak mengamuk pun tapi dia sendiri tak faham dengan emosinya yang sentiasa berubah-ubah.
2.Jangan suka mengarah/memerintah!
Contoh: ''Minah! buat air!''
''Minah! Hidang nasi!''
''Minah! Buat kari! Abang nak kari rempah giling! Tak mau kari serbuk!''
Apa kata kita buat sendiri. Sesekali isteri pun nak rasa air buatan tangan kita. Isteri dah ikhlas memasak pelbagai hidangan, apa kata kita tolong dia hidangkan. Bukannya susah pun. Alah! Rempah kari tu, kalau nak makan, giling sendiri. Saya ada adik ipar lelaki dan biras lelaki yang giling rempah sendiri. Kata sayang isteri! Buktikanlah dengan menolongnya membuat kerja rumah!
3. Jangan simpan rahsia selepas kahwin. Kalau ada rahsia sebelum kahwin tu berpada-padalah kalau nak cerita.
Psssttt,.nak tau tak, masa kami nikah kami cerita semua rahsia, nama awek/pak we zaman sekolah dan sebagainya. Suami bakar gambar, surat awek lama dia. Hah! cemburu? Tak ada maknanya nak cemburu buta. Hak milik muktlak seorang suami adalah isterinya. Kisah yang lepas tu biarkan berlalu. Usah diungkit kenangan silam dan usah disuburkan kembali perasaan tu pada mereka yang tak berhak!
4.Isteri sakit usahakan untuk sentiasa ada di sisinya, menemaninya dan memberinya dorongan. Isteri tak minta pun anda sakit bersamanya tapi dengan memberinya dorongan dengan ransangan belaian kasih sayang, sekurang-kurangnya rasa sakit itu akan berkurang.
5.Bertimbang rasa!
Contoh: Isteri anda bekerja, balik rumah terlalu letih tapi rumah bersepah. Kalau sama- sama letih, biarkan dulu. Ambil masa untuk berehat. Kalau ada anak-anak yang boleh di suruh ajar mereka mengemas. Suami pun kena memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Jangan nak mengharap isteri ja. Kalau aku, ikut mod nak mengemas ni. Kalau rasa tak sihat, aku relax dan buat saja kerja-kerja ringan. Kalau tak mampu nak bangun dan masak, tanpa disuruh suami akan masak kalau rajin, kalau dia pun malas atau letih. Tapau ja. Selesai masalah! Kan?
Ada suami panas punggung bila tengok rumah bersepah, kononnya isteri pemalas! Aku bukan menuduh. Pernah terdengar seorang suami bercerita dengan rakan-rakan di kedai kopi. Ni satu lagi sikap, suka memburukkan pasangan di depan orang lain. Kesian pasangan kitakan?
6. Masalah berbangkit!
Masalah rumah tangga jangan dikongsi dengan kawan-kawan. Cuba berbincang dulu cara baik. Isteri pun ada harga diri yang perlu dijaga. Isteri pemalas atau masakannya tak sedap, tak payahlah dicanang satu kampung. Rahsia tetap rahsia. Kalau suami tak jaga harga diri isteri, siapa lagi nak jagakan? Kena terima kenyataan setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan.
7. Jangan selalu mengira berapa banyak kekurangan isteri tapi selalulah merenung kekurangan diri sendiri.
Petua Buat Isteri
-----------------------
1. Redha dengan ketentuan takdir. Katakan kepada diri sendiri selepas di ijab kabulkan. Mulai hari ini dialah pemimpinku yang akan memimpin aku di dunia ini untuk menuju ke Jannah. Kalau apa yang anda bayangkan tentang sikap suami anda sebelum nikah tak menjadi kenyataan selepas nikah, tak payahlah nak menyesal. Semua manusia memang begitu. Bersikap baik dan menunjukkan seribu kebaikan selagi belum berada dalam gengaman. Eh,.orang perempuan pun sama tau! Kita selalu tertipu dengan sikap kita sendiri. Kita rasa kita baik tapi orang lain mungkin melihat sebaliknya. Begitulah dengan pasangan kita.
2.Jangan mengharap suami kita akan mengikut semua kata-kata kita. Orang lelaki ni ego mereka lagi tinggi. Baik mana pun suami kita tu, tetap ada egonya. Lagi satu lelaki ni minda mereka tak fokus pada satu perkara dan mereka mudah lupa. Contohnya tarikh hari lahir atau ulangtahun perkahwinan. Kalau ulangtahun pertama mereka dah lupa, janganlah mengamuk kalau tahun kedua juga mereka tak ingat. Mungkin bagi kita tarikh-tarikh itu kalau disambut akan mengeratkan hubungan dan kemesraan tapi orang lelaki mungkin anggap semua ini hanya perkara remeh temeh yang tak perlu disambut pun. Cara berfikir orang lelaki dan perempuan memang berbeza.
3.Tak salah kalau nak bermanja tapi jangan mengada-ngada!
Mungkin ada setengah wanita tak pandai nak membezakan antara manja dan mengada-ngada. Orang lelaki suka kepada wanita yang pandai bermanja tapi mereka paling tak suka wanita yang mengada-ngada. Nak bermanja pun kena juga tengok situasi dan keadaan. Kalau berada bersama kawan-kawannya, jangan kecik hati kalau suami tak layan kita. Ada setengah suami cukup malu nak bermesra dengan isteri depan kawan-kawan dan begitulah sebaliknya. Hanya kita yang kenal suami kita tu macam mana. Ikut sajalah rentak suami kita.
4.Jangan meminta yang suami tak mampu!
Gaji suami cukup-cukup untuk makan sebulan, tapi kita berbelanja mengalahkan gaji yang suami kita terima sampai sanggup berhutang, melainkan kita ada pendapatan sendiri.
5. Ikhlas,jujur, setia kepada pasangan perlu ada pada suami dan isteri. Jangan prasangka yang bukan-bukan selagi belum terbukti pasangan bersalah. Setiap orang tak suka dituduh, lebih-labih lagi perkara yang tak pernah dia lakukan. Semua orang juga tak suka dicabar. Jadi, apa yang kita tak suka jangan kita beri untuk pasangan kita.
Contoh:
1.Suami tak suka isteri curang, jadi suami pun jangan curang,begitulah sebaliknya.
2.Isteri tak suka suami menipu, jadi isteri pun jangan menipu.
Kesimpulannya: Apa saja yang kita lakukan Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Pasti kita akan tertangkap dan terjerat kalau kita berbuat salah dengan pasangan kita. Dan tiada rumah tangga yang tak pernah di timpa badai. Merajuk, kecil hati, kecewa dan marah itu pasti ada. Seperti jalan raya, bukan semuanya lurus, pasti ada liku dan simpang yang terpaksa kita tempuhi. Laluilah alam rumah tangga ini berlandaskan Al-Quran dan sunnah.
Pengertian Kebajikan Dan Dosa
Hadith :
Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
(Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.