Google+ Followers

Selasa, 26 Februari 2013

SAMPAI BILA HARUS BEGINI??

Assalamualaikum,..

SELAMAT DATANG KE BLOGKU INI


BELAJAR dari pengalaman dan pengalaman mendewasakan kita,..kadang-kadang sebagai manusia biasa kita tidak kuat untuk terus mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini namun kita tetap tak dapat lari dari melalui jalan-jalan yang penuh liku dan berduri.Lorong kita cuma satu dan lorong itu pula bukannya lurus,banyak simpangnya dan kadang kala ada gaung dan juram di hadapan,..

MENDAKI  DAN TERUS MENDAKI  WALAU JALAN YANG DI LALUI BEGITU LETIH DAN  TERLALU SUKAR,..APAKAN DAYA TAKDIR TELAH MENENTUKAN KEHIDUPAN KITA BEGINI,WALAU TAK RELA DAN TERPAKSA TAPI TETAP TERUS MELANGKAH DENGAN SABAR.AKU TAK PASTI SAMPAI BILA SEMUA INI AKAN TERUS MEMBURU HIDUPKU,..CUMA AKU BERHARAP AKU MASIH AKAN BERTAHAN DENGAN PENUH KETAQWAAN DAN KEIMANAN DI DADA HINGGA AKHIR HAYATKU,..JANGANLAH AKU DI LALAIKAN DAN TERUS MENGELUH DENGAN UJIAN INI,..

SUKAR SEBENARNYA UNTUK TEMPUH SEMUA INI,..TERASA HATI YANG KIAN LULUH DAN LUNYAI INI SUDAH TIDAK MAMPU LAGI MENGHADAPI,..setiap cobaan ini,..




menguasai diri sendiri,..bagaimana caranya,..bagi aku pujuklah diri sendiri,..jangan terlalu mengharap orang akan beralah dengan aku kerana aku sudah terbiasa sejak kecil begini,..kadang-kadang aku jemu juga untuk terus beralah tapi aku langsung tak ada pilihan,..


tu diaa,..bacalah sendiri ayat di atas tu,..kesimpulannya jangan cepat berputus asa,..biar apa pun halangan hidup harus di teruskan,..biar pun hati aku dah cakap omputih di dalam,..'can forgive but not forget',..nak maafkan apa?,..nak lupakan apa?,..maafkan 'dia yang selalu kecewakan hatiku tapi aku takkan pernah lupa apa yang aku pernah alami selagi akalku tak hilang,..bukan tak nak lupa tapi memang tak boleh nak lupa.







                          szaza zaiman


Isnin, 25 Februari 2013

apa yang mampu aku lakukan saat jiwa tertekan?


aku alu-alukan kedatangan semua tetamu di blogku ini,..yang salah harap di maafkan,..yang betul di jadikan pengajaran,..yang tak baik tegur-tegurkanlahh,..


bila tertekan apa yang perlu aku buat?,..


terutama macam sekarang,...tertekan jugak ni dengan kerenah lappy,..huruf besar tak nak timbul so penyelesaiannya mudah saja,teruskan menaip walau hati tak tega,..cewahh,..ayat biar power beb.

tertekan dengan perhubungan yang kian hambar dengan ahli keluarga,..buat selamba saja beb,..masing-masing yang namanya manusia memang tak ada yang sempurna,..'nobody perfect' tu omputih cakap!,..

tertekan dengan isu yang selalu my hubby darling timbulkan,..aku ni anti sangat isu politik ni tapi hubby aku ni,kalau nak sembang ramah dengan aku politik saja isu dia,..at least aku buat-buat ja aku sedang mendengar walhal minda aku dah ada di pelosok dunia mana ntah,..hihi,..oppss,..memang aku tak sporting,..sbb hubby aku pun langsung tak sporting,bila aku luah perasaan tak puas hati aku kat dia,selamba ja dia blah,bila aku sembang pasal minat aku kat dia pun,dia pejam ja mata,bila aku tanya dengar tak ni?,..dia cakap dengar la,bila aku cerita pasal ketidakpuasan hati aku pasal orang lain dia bantai aku balik,ada ke patut dia back up orang yang aku kata tu,..haih!,..macam mana hubungan tak hambar,..dalam perhubungan memang banyak perbezaan pendapat dan bagi aku perbezaan tu lebih baik dari persamaan,..tapi kadang-kadang aku stress juga bila dah banyak sangat perbezaan antara kami bila dah semakin lama semakin tak boleh nak ngam..tu la pasai,..dan kesimpulannya dalam menghadapi tekanan macam ni aku akan jadi orang paling ego dalam dunia walau aku nak mengaku sejujurnya aku sendiri terseksa dengan keegoan aku tu,..hah! nampak tak?,..tak perlu ego kerana kita sendiri yang akan terasa,..orang lain aku tak tahulah terutama my hubby tak pernah pulak dia nak luahkan perasaan dia pada aku,..relax ja aku tengok walau aku diam seribu bahasa ja bila dia tegur aku,..opss,..aku tahu aku berdosa tapi bila jiwa dah tertekan dan hati dah beku apa lagi yang mampu aku buat selain dari tunjuk perasaan tu,..



atas ni ada aku senaraikan petua motivasi dr hm tuah untuk rujukan semua bila hadapi masalah macam aku ni,..sebab dr tuah ni pakar motivasi peberet aku,aku selalu jadikan kata-kata motivasinya sebagai panduan dalam kehidupan seharianku,..bukan aku nak buka pekung di dada bila berkongsi cerita ini tapi sekadar nak meluahkan rasa hati,rasanya ramai orang di luar sana yang mengalami nasib serupa sepertiku,malahan mungkin lagi teruk apa yang mereka alami,mungkin suami mereka panas baran dan sebagainya,..


hidup tak selalunya indah seperti apa yang kita impikan tapi hidup ini indah andai kita tahu menghargainya

ayat di atas selalu aku tuturkan untuk diri sendiri,..yalah kalau setiap kali aku gatai nak merajuk tak ada orang nak pujuk so aku pujuklah diri sendiri,..tu baru gempak!,..dan selebihnya aku akan buka google dan cari mutiara-mutiara kata yang akan menenangkan hati aku sendiri seperti contoh di bawah ini,..





huh!!,..memang ayat-ayat power yang mampu menenagkan jiwa yang resah dan tertekan,..kalau tak tenang jugak,..ada la tu something wrong somewhere,..hihi

cukup untuk hari ni aku berkongsi cerita,moga usia aku masih panjang untuk berceloteh lagi,..sampai ke temu lagi!



szaza zaiman


hakikat kehidupan tak seindah mimpi,..






dulu masa zaman sekolah selalu orang mengungkapkan ayat ni,..'kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta',..tapi hakikatnya kedua-duanya fail,..jatuh terjunam dalam gaung,..cita-cita tak tercapai,..hasrat cinta pun punah,..yang di kejar tak dapat yang di kendong pun berciciran,..kenapa jadi macam tu?,...mungkin itulah janji kedidupan ini,..tak dapat apa yang kita nak,..hakikat kehidupan tak seindah mimpi dan tak seindah apa yang kita angankan,..




mencintai seseorang buat kita rasa resah dan bahagia itu bersatu,..rasa rindu pun menyapa dan berlagu riang walau kadang-kadang ada kepedihan di dada bila rindu itu bertamu,..kenapa harus ada rindu bila tak bertemu?,..hmm,..soalan lagi!








orang kata cinta tak harus di lafazkan,..dan cinta tak perlu di tunjukkan sangat,..betul ke??,..aku dah confused dalam hal ni kerana pendapat aku berbeza,..bagi aku cinta harus di lafazkan dan di tunjukkan lebih-lebih lagi yang bergelar pasangan suami dan isteri,..kenapa nak ego sangat dengan perasaan tu,..aku rasa bagai tak di hargai langsung,..aku suka baca novel cinta dan buat cerita cinta jadi cerita aku tak ada langsung perasaan egois di antara pasangan ini,..okey saja nak suarakan perasaan,..tapi hakikat kehidupan ini sememangnay tak seindah yang kita impikan,..betapa mahalnya ungkapan sayang dan cinta itu pada orang yang setia di sampingku,..huargghh,..aku bukan nak sangat cuma sekali sekala aku nakkan keyakinan untuk teruskan kehidupan ini dalam ungkapan sayang itu,..berat sangatkah untuk mengungkapkannya??,..aku langsung tak faham,..


bagaikan hati yang terbelah dua,..kekecewaan itu berganda bila dah tiada ungkapan sayang tiada pula kemesraan bagaikan pasangan bahagia,..ibarat kawan-kawan yang tinggal serumah,..hahhaa,..lawaknyakan?,..masih ada kehidupan yang begitu hambar dalam sebuah rumahtangga yang nampak terlalu bahagia,..bahagia dari kaca mata orang lain tapi bahagiakah pasangan begini yang hanya saling mengharapkan tapi tak pernah mahu memulai segalanya,..adakah pasangan sebegini dalam dunia ini,..kalau kita tengok di negara barat,..mereka tidak malu-malu menunjukkan kemeraan terhadap pasangan mereka,..ya,..adat dan budaya kita memang berbeza,..dalam novel seringkali di gambarkan dengan watak lelaki yang cukup romantis dan caring,..tapi dalam hakikat kehidupan di luar novel,..rata-rata lelaki melayu memang tak pandai nak tunjukkan perasaan,..setuju tak??,..huhu,..maaflah kalau ada yang terasa,..





akhirnya orang perempuan jugak yang kena mulakan dulu,..hahaha,..bukan semua naa,..ada jugak orang perempuan yang masih mengekalkan sifat malu walau dah lama berumahtangga,..maaflah ini hanyalah sekadar artikel sambil lewa,..kalau terkena dengan batang hidung sesiapa tu,..ini hanyalah kebetulan,..orang lelaki,..kalau menghampiri seorang isteri ada udang di sebalik batu,..sedangkan seorang isteri hanya nak dirinya sentiasa di hargai,..bukan nak mengada-ngada pun,..cuma berharap suaminya masih kekal dengan sifat di awal perkenalan atau pun masih bersifat di awal perkahwinan,..kenapa kasih sayang harus hambar bila bertahun lamanya tinggal serumah dalam menyemai kasih dan sayang,..walau umur semakin meningkat tapi cubalah menjadi semakin baik dan yang terbaeekk,..di mata pasangan masing-masing,..



             Alangkah indahnya kalau kemesraan itu terus berkekalan sehingga akhir hayat perkahwinan itu,..lihatlah betapa seorang lelaki sanggup untuk berlutut untuk mendapatkan seorang wanita tapi ke mana sifat itu sudah hilang bila sudah berjaya memilikinya,..hurmm,..mungkin ada yang akan cakap,..alah perempuan pun sama bila dah lama kahwin sudah tak pandai jaga penampilan,..sudah tak cantik dan tak pandai layan suami,..kalau beginilah jawapannya,..nampak gayanya,..sama-samalah kena angkat bendera putih,..hmm,..nak kata apa lagi!!!,..

sekadar nukilan biasa

szaza zaiman


Jumaat, 22 Februari 2013

bicara bisuku bermula lagi,..aku dan kenangan


                                                                   to my blog

aku dan kenangan,..




gerbang menuju bahagia,..

apa ada pada kenangan?,..

kenangan terindah tercipta bila kita bertemu seseorang yang kita rindui,..tersangat rindu,..betul ke?,..kalau jumpa musuh macam mana? takkan wujud perkataan musuh itu untukku,..tak taulah kalau dalam diam ada orang yang anggap aku ni musuh mereka,..who know!.//cewahh speking omputih plak,..dalam bicara bisuku kali ini aku nak merapu sikit,..konon-kononnya bercerita tentang kenangan,..ek eleh banyak sangat ke kenangan aku ni?,..



kenangan cinta pertama

cinta pertama aku bermula zaman remaja,..alah semua orang bermula zaman remajakan?,..konon! cintalah sangat!,..orang bercinta aku pun nak bercinta tapi apa makna cinta pun langsung tak tahu,..dungu sangat kot time tu,..macam mana aku mula suka kat dia?,...entah! sampai sekarang aku masih tercari-cari jawapan tu!,..perlu ada jawapan ke?,..ni yang payahnya soalnya hati,..suka sebarangan ja,..sampai di mana keistimewaan dia yang aku suka pun aku tak tahu,..kalau nak kata handsome macam artis korea yang budak-budak sekarang dok minat tu,rasanya langsung tak ada kot,..hihi,..macam pelakon hindi,..hehe,..nahi khabi nahi,..:),..tapi ada macam seorang pelakon iklan and ada juga mirip seorang ahli sukan,..dot.dot namanya,..haha,..

itu kenangan zaman sekolahlah dan ternyata hingga sekarang aku tak mampu melupakan kenangan itu kerana aku hanyalah peminat rahsia dalam diam,..tak ada langsung sesi luahan perasaan,..nak dating lagi la,..jauh panggang dari api,..tengok dari jauh pun dah mengigil satu badan,..inikan pula nak dating,..hiesy,..mau pengsan agaknya,..bukan macam budak sekarang,..over gilerr,..baru form one dah minat orang tu,minat orang ni,..aku sekali tu ja,..pas dia pindah sekolah aku langsung tak dengar berita dia lagi dah,..huhu,..jodoh kami memang tiada,..aku mulanya ingat nak terus setia tapi bila tiba-tiba aku dapat tahu dari seorang kawan dia dah ada yang lagi cute,lagi comey,..aku terus terkecewa tanpa kata,..akhirnya aku dah serik untuk jatuh hati pada orang lain lagi,..biar bercinta selepas kahwin ja,..barulah tak berdosakan?,..

zaman pun semakin moden dan canggih,..ada fb,twitter,.blog dan sebagainya,..kali pertama aku buka fb aku cari kawan-kawan sekolah,..dalam ramai-ramai yang aku add dia antaranya yang tak approve aku,..sombong gila,..haih!,..ada hikmahnya ni,..tapi kalau dia 'terbaca'lah blog aku ni,..aku nak habaq kat hang,.."masa aku add hang tu aku anggap hang macam kawan sekolah yang lain jugak,..aku langsung dah tak ada hati kat hang dah,..walau pun kenangan antara hang dan aku tu aku masih aku tak lupa,..tapi tak apa,..mungkin pada awalnya aku kecik hati sangat,..tapi aku pun jahat jugak,..pas aku suruh dia approve aku,..aku unfriend dia and pas tu aku block list dia,..' aku tak tahu apa perasaan aku masa tu,..gilakah aku?,..entahlah,..bila di fikirkan lawak pun ada jugakk,..lawak la sangat,..macam orang tak ada perinsip pula kalau nak di fikirkan tapi bila hati aku dah reda aku  unblock balik dia,..cuma aku taklah teruk sangat sampai nak add dia as friend balik,..nampak sangatlahkan,..betapa gilanya aku kalau buat reja macam tu,..

kenangan zaman sekolah,..banyak sangat yang aku tak boleh lupa,..dengan dia cuma sikit sangat sebenarnya,..cuma aku dengan dia banyak terbabit dengan aksi atas tangga,..jatuh tangga depan dia and berlanggar dengan dia di tangga,..hohoho,..malunya saat itu,..kalau ada ilmu ghaibkan best,..boleh jadi halimunan,..hihihi,..

okey itu kenangan cinta pertama,..settle dah,..biarlah dia nak terus sombong pun,..mungkin nak balas dendam kat aku kot sebab dulu walau aku pun minat kat dia tapi aku antara yang paling payah dia nak tackle,..ececehh,..nak tau kenapa?,..mahu tapi malu,..itulah masalah yang paling besar sekali yang tak mampu aku usir dalam diri aku ni,..tapi sekarang ni,..ntahlah rasanya aku dah  tak malu lagi dah kot,..sebab hati aku dah aku ambil balik,..kalau aku masih ada hati kat dia mana berani aku nak add dia,..takkan mungkin!!!,..



zaman kanak-kanak aku,..mungkin langsung tak macam orang lain,..tak ada langsung happy ending,..kalau aku buat cerpen semuanya happy ending kerana hidup aku langsung tak ada happy ending,..sentiasa bermain dengan perasaan kecewa dan terluka,..mungkin sebab tu aku suka berangan yang hapy2 dan buat cerita happy,..hurmm,..aku malas nak cerita secara keseluruhan kerana membabitkan banyak pihak,..dan kawan-kawan aku zaman kanak-kanak aku pula kuat membuli dan akulah mangasa buli itu,..bila bertemu balik dalam fb dia pernah cakap kat aku dalam inbox,..kenapa dulu aku tak pernah tahu kewujudan hang,..hahaha,..aku gelak ja and aku jawab balik,..sebab dulu aku kecik sebab tu hang tak nampak tapi sekarang aku dah bam bam,..memang nampak clear,..sebenarnya aku nak tambah lagi,..kalau tak nampak jugak dah sahlah kena operate mata,..haha,..

satu kenangan yang aku rasa agak lucu,..masa tu umur aku baru tujuh tahun dan kebetulan aku balik sekolah seorang diri,..masa tu aku bersekolah di sekolah kebangsaan sungai jejawi teluk intan,perak,..jalan nak masuk rumah aku tu ada kubur,..bodo punya pasai nak lalu kot kubur tu aku jalan pelan-pelan,..konon2nya takut hantu kubur mangkit,..hahaha,..orang lalu kot kubur pecut lari,..aku boleh pula jalan pelan2,..hampeh,..tapi tulah kenangan yang berjaya membuat aku tersenyum sorang2 hingga saat ini,..dahlahh,..cukuplah kenangan zaman kanak2,..tapi sekarang aku teringin sangat nak jumpa dua orang kawan baik aku masa sekolah di teluk intan tu,..salmiah dan zurina,..aku ingat lagi nama mereka,..tapi payahnya nak cari mereka,..kalau selisih bahu pun rasanya payah aku nak kenal ,..hmm,..



comey tak cat ni,..mengingatkan aku dengan kucing aku zaman kecik,..putih macam nilah jugak,..tapi suatu pagi kami sarapan pulut tanak,..kucing aku ni pun makan sekali,lepas tu tau-tau jumpa kucing tu dah mati,..ehh,..makan pulut boleh mati ke?,..aku sedey sangat,...sampai sekarang aku tak suka bela kucing sebab bila kucing tu mati akan buat aku sedey,..dahlah,..tak suka la bila kehilangan sesuatu yang kita sayang ni,..tapi apa yang ada takkan kekal lama,..setiap yang hidup pasti akan mati,..aku juga akan mati tapi cuma tak tahu saja bila masanya,..kalau tahu esok nak mati,...agaknya malam ni aku nak tulis tak benda merapu macam ni?,..nampak sangat la aku ni kebal kalau masih buat kerja macam tu,..fikir pasal mati pun dah buat hati aku rasa gerun tapi manusia macam kita ni mana nak pernah serik,..tak pernah nak belajar dari pengalaman,..oppss,..aku cakap untuk diri sendiri okey,..ni blog aku,..sesi luahan hati aku,..so any comment please  kat box bawah ni,..hihi,..

kenangan seterusnya kenangan aku kali pertama pi gunung jerai,..ni pic kampung aku,..cantik tak?,..hari-hari ni jugaklah aku dok ngadap,..malas pula aku nak upload gambar atas puncak gunung jerai tu,..nak masukkan pic aku lagilah mustahil,..hihi,..aku ni tak comey kang ada yang pengsan plak tengok,..kali pertama pi gunung jerai dengan kak aku,..namanya rokiah,..ikut sekali kawan baik dia kak fiza,..alkisahnya kak aku ajak kami pi gunung jerai tu sebab dia kan naik gunung jerai tu dengan marka dia so dia tak maulah jadi orang perrak bila pi berdua nanti,..haih,..bijak sungguh,..kakak sapa tak tau?,..hihi,..tapi jodoh depa panjang,..depa berkawan sejak sekolah dan sekarang dah lama kahwin,..jeles plak aku,..hihi,..akak aku pun tak sangka mereka berjodoh sebenarnya,..eh,..melalut la plak,..okey kenangan aku yang paling aku tak boleh lupa di gunung jerai bila aku jatuh atas batu dekat air terjun,..adoii,..bengkak mata den,..aku pula pakai cermin mata,..patah beb bingkai cermin mata aku tu,..terpaksalah berkorban buat cermin mata baru,..huhu,..dan kali kedua plak aku pi gunung jerai bersama kakak aku rusna,..dia dan aku terpisah sejak kecil jadi bila dia datang sini aku bawalah naik atas gunug jerai tu,..dia cakap asyik tengok dari jauh ja,..bila dah kahwin ni aku teringin nak pi lagi,..tapi entah bila la nak pi,..psttt,..bos tak sporting daa,..hehe,..ngee,..



ni gambar pulau bunting di langkawi,..kenangan aku seterusnya di langkawi best sangat,..time kami pi tu pulak ada lima langkawi,..(aku punyya lappy tengah gila time aku tulis ni jadi semuanya aku terpaksa tulis dalam huruf kecik,..dah yang besarnya tak nak timbul,aku bedal sajalah),..okey sambung balik,..best sangat-sangat tapi ada jugak kenangan yang paling aku tak boleh lupa,..masa kami di bawa melawat di atas kapal tentera laut di raja malaysia yang besar tu,..fuyooo,...gayat gila masa nak panjat naik ikut tangga tali dan oleh kerana aku ni mungkin dah kena sumpahan si budak malang,..nasib aku tetap jadi malang,..nak tahu apa jadi,..aku jatuh menyungkur sebab tersepak tali kapal yang sebesar paha aku tu,..mak oii,..malu gila dengan abang-abang navy yang pakat dok gelak kat aku,..kalau la ada cermin masa tu gerenti aku nak suluh muka aku yang dah pucat ter'malu masa tu,..





cukuplah sampai di sini,..


terima kasih daun kelisa,..
kacang kelisa di hantar posmen,..
terima kasih sudi baca,..
sudah baca tolong komen,..hihi,..

apa punya pantun daa,...;)




aku bagaikan berada di negara asing,bagaimana bekunya cuaca,..begitu jualah hatiku ini,..sudah membeku dan dingin,..terasa ingin saja ku ratapinya sepuas
 hati namun air
 mata ini juga turut membeku,..

dinginya jiwa dan hatiku menghadapi setiap kesulitan ini,..letih dan terkapai sendiri,..tak berdaya lagi nak ku harungi,..

saat ini tiada apa yang mampu membahagiakan aku kerana hatiku yang dingin dan memebku ini hanya terfikir untuk membawa diri jauh dari kesengsaraan ini,..tapi di manakah harus ku tuju?,..tiada destinasi yang pasti!!!,..

hatiku sedingin salju,..sudah lama ku pendamkan perasaan ini,..sudah lama ku cuba cairkan jiwa ini,..namun biarpun api yang ku nyalakan membakar diri namun hati ini tetap membeku,..cuma ku takut andai ia cair pasti akan hilang dan terus di bawa pergi bersama arus kehidupan dunia,..

kedinginannya semakin terasa bila rajuk yang di tunjuk langsung tak bererti lagi,..aku bagaikan berada di pinggiran dunia,..tiada daya dan usaha kerana rajuk ini tiada ubatnya,..teganya hati itu hanya membisu tanpa kata,..aku di biarkan terkontang kanting sendiri dalam melayan perasaan diri,..

dingin dan membeku,..apa maknanya semuanya ini,..??

szaza zaiman

hidup takkan pernah habis dengan cobaaannnnn,..!!!


selamat datang,..

tiada kata seindah bahasa hanya ucapan terima kasih pada yang sudi jengok blog ini:)

hidup ini penuh dugaannya,..


aku tetap aku,..
biar apa pun rintangannya yang datang aku masih begini,perlu melalui onak dan duri yang berpanjangan,..hidup ini tiada kesudahannya,..cuaca pun selalu berubah,hujan ribut,..dan paling indah bila munculnya pelangi yang berwarna warni,..bagaimana kehidupan yang bahagianya hanya sekejap begitulah pelangi indahnya hanyalah sementara,..nikmatilah keindahan itu biar pun hadirnya hanya seminit,..


aku insan kerdil yang tak punya apa-apa,..tiada juga paras rupa,..jauh sekali harta benda,..iman di dada?,..entahlah aku sendiri tak berani mendabik dada,..terlalu cetek barangkali yang aku punya,..cuma yang pasti aku punya sekeping hati yang kadang-kadang aku sendiri tidak tahu apa mahunya,..

beginilah hidup ini,..dan hati ini juga tidak sekuat yang aku sangka,..biar ku lawannya dengan sejuta ketabahan namun kadang-kadang kalah jua dan menjunam,..
biar di bibir mengukirkan senyuman namun di hati lain pula bicaranya,..hati dengan bibir memang tidak pernah berpakat bersama,..tak pernah bersatu dan seia sekata,..bibir selalu curang dengan hati kerana bibir selalu bersatu dengan lidah dan suara,..otak pula yang menjadi pengarahnya,..




senangnya untuk berkata 'jangan pernah ada dusta antara kita' tapi hati tetap tak tega,..di dalam membebel seribu bicara sedangkan di bibir membisu seribu rasa,..rasanya semua begitu,..yang pintar juga sering memendam rasa,..sakit di jiwa di biarkan begitu saja,..kadang-kadang terlalu menjaga hati orang lain agar tak terluka,..kadang-kadang kerana tak mahu apa yang di bicara akan di tolak mentah-mentah pula,..aku selalu menjeruk rasa kerana aku tahu andai aku berlaku jujur aku akan di perlekehkan pula,..akan terdengar sindiran tajam yang maha berbisa,..jadi diam itu lebih bermakna,..

hahaha,..ini kata-kata siapa sebenarnya,..senyum untuk membuktikan bahawa kita kuat walau sebenarnya hati di dalam sudah banjir dengan air mata darah,.tak ketelaluan sangat ke?,..


entahlah! bukan nak mengeluh dengan apa yang dilalui hari-hari, cuma kadang-kadang bila diri dikuasai emosi aku lebih suka berbicara dengan pena,.walau aku tak gunakan pena,..ini bicara bisuku yang lahir dari hati,..hidup ini kadang-kadang sangat pelik,..aku selalu blurr tika aku bahagia yang sementara dan aku punya idea untuk berkata-kata saat hatiku terluka,..ada juga hikmahnyakan?,..nampak tak? betapa perancangannya untuk hidupku,..


aku tetap aku saat aku di uji dengan ujian yang bagaimana pun dan aku takkan berubah untuk jadi orang lain,..



                         szaza zaiman





    akhirnya bunga juga yang berjaya mendamaikan hatiku:)





Selasa, 19 Februari 2013

TABAHLAHHHH!!!,..DUGAAN ITU ADA DI MANA-MANA,..




Bukan senang untuk mengapai apa yang kita inginkan.Banyak rintangan dan halangan yang sudah tersedia di hadapan.Untuk melalui semua rintangan itu kita perlukan bekalan yang cukup.Bekalan kesabaran,ketabahan dan hati nurani yang tak akan sekali-kali menaruh syak wasangka pada takdir,seterusnya keimanan dan ketaqwaan yang kuat,barulah kita tawakkal pada setiap apa yang kita inginkan.Hidup ini begitulah pencaturannya,Allah bukan nak dera mental kita dengan setiap ujian itu tapi Allah bagi kita ujian supaya kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita ingini.Bila berusaha kuat dan akhirnya berjaya barulah kita rasa kemanisannya berlipat kali ganda.


Pengalaman hidup menjadikan kita lebih dewasa,semakin kuat ujian yang kita hadapi semakin kental hati kita untuk menempuhi liku-liku kehidupan ini.Hanya Allah yang tahu apa yang ada di sebalik semua cobaan yang telah di turunkan untuk kita.Jangan cepat menyerah kalah kerana semua itu akan membuatkan hidup kita langsung tak bermaya.

DOA adalah senjata paling kuat untuk kita bila kita rasa kita sudah tidak berdaya lagi berhadapan dengan segalanya,..ALLAH MAHA TAHU apa yang hambanya hadapi hanya dengan izin Allah saja segala yang terjadi pada kita.Kita di aniaya orang hatta kawan baik atau saudara mara sendiri hanya dengan izin Allah segalanya akan terjadi.Jangan pula kita pernah salahkan takdir atas apa yang menimpa kita.Kalau kita terus bersabar dengan setiap ujian itu dan selalu ingat Allah,..In Sya Allah segalanya akan di permudahkan.



Ingatlah!!,..setiap apa yang Allah beri pada kita janganlah anggap itu musibah,kerana setiap apa yang kita hadapi di dunia ini menandakan kita sering dalam perhatian Allah.Allah sayangkan kita dengan ujian dan cobaan itu.Itulah kita memerlukan bekalan kesabaran agar kita mampu menghadapi semua rintangan itu.Bercakap memang mudah tapi orang kata 'nak seribu daya tak hendak seribu dalih',..apa kata kita perhatikan nasib orang lain bila kita berhadapan dengan apa yang kita anggap musibah itu,..si cacat yang lahir cacat,..dia pun tak mahu terus cacat,..yang berpenyakit,..kalau di tanya dia pun tak mahu berpenyakit dan menaggung derita seumur hidup.Kalau kita miskin jangan pula kita pandang orang kaya itu terlalu bahagia,kerana aku pasti yang kaya juga banyak masalahnya.Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara.Usah di kejar sangat kebahagiaan dunia,..andai kita derita ingatlah derita kita di dunia adalah untuk bekalan kita di akhirat sana.


ALLAH beri kita ujian hari ini untuk kita bahagia di kemudian hari.Mungkin seumur hidup kita di dunia hanya derita yang kita punya.Jangan kata orang lain,aku sendiri telah di uji sejak kecil,tak pernah habis dengan ujian tapi kalau nak di fikirkan dengan fikiran yang positif setiap ujian itu kalau kita mampu bersabar dan terus pejamkan mata dengan apa yang kita lalui kemanisannya tetap ada,cuma jiwa kita kena stabil.Jangan selalu cari kesalahan orang lain.Jangan selalu menyalahkan takdir.Kita selalu merungut bila di datangi cobaan dari Allah dan yang pasti kita selalu menyalahkan orang lain atas apa yang menimpa kita.Aku ingatkan sekali lagi penganiayaan orang lain terhadap kita takkan berkesan tanpa IZIN ALLAH.Aku menulis untuk diri sendiri juga yang sering di uji ini dan aku mengaku ujian inilah yang semakin menguatkan jiwaku.Kini aku sudah 'magli' dengan semua ujian ini.Bukan aku nak cakap aku dah kuat.Tidakkk!,..hatiku tak sekuat mana,..aku masih ada rasa sebak untuk menangis di saat aku di uji tapi aku perlu kuat untuk terus hadapi segala rintangan yang aku pasti akan menyusul lagi.


Kita sukakan sesuatu tapi kita tidak dapat apa yang kita nak.Tak payah bagi contoh yang berat-berat,contoh paling mudah adalah cinta.Lebih-lebih lagi cinta pertama.Kita selalu menangisi cinta yang telah pergi dan telah hilang dari pandangan mata tanpa kita tahu kehilangannya ada sebabnya.Allah memberikan kita pertemuan untuk menjadikan perpisahan.Kenapa?,..aku pun kadang-kadang pernah juga berkata pada diri sendiri.'kenapa harus adanya pertemuan kalau tak di takdirikan bersama.Kenapa harus adanya perasaan cinta andai dia bukan untuk kita,..rupanya bila kita kehilangan dia Allah dah berjanji untuk bagi yang TERBAEEKK untuk kita.


Ada CCTV yang paling canggih di alam maya ini,.ALLAH MAHA MELIHAT,..dan Allah tahu segalanya,..aku bukan alim ulamak untuk menghuraikannya.Jadi tak payah aku berbicara panjang lebar mengenai hal ini:)


Cukuplah ALLAH segalanya untuk kita,MENCINTAI ALLAH,..MERINDUI ALLAH selalu akan buat jiwa kita menjadi tenang,..:)


TANGISAN KEINSAFAN adalah tangisan yang sepatutnya.Kita sering menangis untuk sesuatu yang kita tak miliki,Kita menangis bila Allah uji kita tapi kita selalu lupa menangis bila kita buat dosa.Banyak dosa kita,..hari-hari kita buat dosa cuma kadang-kadang kita terlupa dengan apa yang kita lakukan dan kita tak pernah sedar itu adalah dosa.





Hurmmm,..sudah terang lagi bersuluh,..Allah menguji kerana dia menyanyangi kita.Sudahlahh!!!,..jangan mengeluh lagi,..jangan saling menyalahkan,terimalah segala ujian ini dengan hati terbuka.Dulu aku sering mengeluh setiap kali di uji,..entah berapa banyak yang aku alami tapi semua itu semakin menguatkan aku.

                                                                           Jomm,..walaupun kita rasa kita tak layak untuk masuk ke syurga TAPI kita berusahalah untuk mencari jalannya.Di dunia yang sementara ini adalah lorong kita untuk menuju ke syurga Allah itu.Asalkan kita tak tersesat dalam mengejar duniawi pasti lorong itu akan terbuka luas.


Katakan 'tak nak' pada neraka,..sedangkan api di dunia pun kita sudah terasa pedih lecurnya,apatah lagi api neraka,..tak dapat nak di bayangkan,..andai kita dapat membayangkannya gerenti ramai yang takut untuk berbuat dosa.





PILIHAN DITANGAN KITA,.nak yang macam mana?,..bahagia di dunia atau bahagia di akhirat?. Kalau asyik menyalahkan takdir dan menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku kepada kita adakah Syurga akan jadi milik kita.Sebenarnya setiap ujian yang Allah datangkan pada kita andai kita mampu bersabar Allah akan hapuskan dosa kita.Tengok tu betapa ALLAH menyanyangi kita,,,..kita banyak buat dosa tapi Allah tetap nak maafkan kita dengan memberi kita ujian itu,.takkan itu pun kita nak melenting,nak mengamuk kot!,..hmmm,...



Sudahkah kita chek hati kita hari ni?,..Aku dah!!,..walau pun aku mengaku hati aku taklah  sebersih mana kerana aku juga manusia biasa tapi hari ini jiwa aku tenang dan bahagia,..kalau tak bahagia rasanya boleh tak aku berbicara sebegini,..HARUS tak boleh punya!.Bila fikiran tengah bercelaru otak pasti blurr punya,..



BANYAK benor aku berceloteh hari ini,..apa-apa pun ucapan terima kasih pada yang sudi masuk ke sini dan membaca hingga habis,..sesungguhnya aku nak mengaku aku pun tak sebaik mana pun cuma pengalaman aku yang tak henti di uji menjadikan aku terpanggil untuk berkongsi di sini.Aku nak cerita sikit ujian yang bagaimana telah aku tempuh.Aku dah 'ABORTION' sebanyak sebelas kali,..dah tambah darah dah banyak kali dan pernah kehilangan oksigen dalam darah kerana terlalu banyak bleeding.Bayangkan sendiri bila aku dah rasa bagaimana aku nyaris kehilangan nyawa beberapa kali.Allah panjangkan usiaku kerana aku ni banyak sangat dosa dan ALLAH sentiasa bagi peluang untuk aku bertaubat.Hmm,..sebak juga bila mengingati semuanya.Bukan mudah nak terima hakikat ni sebenarnya.Mungkin aku pamerkan pada orang lain aku mampu tapi Hanya Allah yang tahu aku sebenarnya tak mampu tapi aku tahu Allah sayangkan aku sangat-sangat jadi bukan aku nak ungkit semua ini,..JUST FOR SHARE,..omputih cakap macam tu,..hihi,..korang yang baca ni janganlah mengeluh bila di uji,..INGAT tau Allah sayang kita sangat-sangat.


SEKIAN,..TERIMA KASIH.:)

szaza zaiman