to my blog
aku dan kenangan,..
gerbang menuju bahagia,..
apa ada pada kenangan?,..
kenangan terindah tercipta bila kita bertemu seseorang yang kita rindui,..tersangat rindu,..betul ke?,..kalau jumpa musuh macam mana? takkan wujud perkataan musuh itu untukku,..tak taulah kalau dalam diam ada orang yang anggap aku ni musuh mereka,..who know!.//cewahh speking omputih plak,..dalam bicara bisuku kali ini aku nak merapu sikit,..konon-kononnya bercerita tentang kenangan,..ek eleh banyak sangat ke kenangan aku ni?,..
kenangan cinta pertama
cinta pertama aku bermula zaman remaja,..alah semua orang bermula zaman remajakan?,..konon! cintalah sangat!,..orang bercinta aku pun nak bercinta tapi apa makna cinta pun langsung tak tahu,..dungu sangat kot time tu,..macam mana aku mula suka kat dia?,...entah! sampai sekarang aku masih tercari-cari jawapan tu!,..perlu ada jawapan ke?,..ni yang payahnya soalnya hati,..suka sebarangan ja,..sampai di mana keistimewaan dia yang aku suka pun aku tak tahu,..kalau nak kata handsome macam artis korea yang budak-budak sekarang dok minat tu,rasanya langsung tak ada kot,..hihi,..macam pelakon hindi,..hehe,..nahi khabi nahi,..:),..tapi ada macam seorang pelakon iklan and ada juga mirip seorang ahli sukan,..dot.dot namanya,..haha,..
itu kenangan zaman sekolahlah dan ternyata hingga sekarang aku tak mampu melupakan kenangan itu kerana aku hanyalah peminat rahsia dalam diam,..tak ada langsung sesi luahan perasaan,..nak dating lagi la,..jauh panggang dari api,..tengok dari jauh pun dah mengigil satu badan,..inikan pula nak dating,..hiesy,..mau pengsan agaknya,..bukan macam budak sekarang,..over gilerr,..baru form one dah minat orang tu,minat orang ni,..aku sekali tu ja,..pas dia pindah sekolah aku langsung tak dengar berita dia lagi dah,..huhu,..jodoh kami memang tiada,..aku mulanya ingat nak terus setia tapi bila tiba-tiba aku dapat tahu dari seorang kawan dia dah ada yang lagi cute,lagi comey,..aku terus terkecewa tanpa kata,..akhirnya aku dah serik untuk jatuh hati pada orang lain lagi,..biar bercinta selepas kahwin ja,..barulah tak berdosakan?,..
zaman pun semakin moden dan canggih,..ada fb,twitter,.blog dan sebagainya,..kali pertama aku buka fb aku cari kawan-kawan sekolah,..dalam ramai-ramai yang aku add dia antaranya yang tak approve aku,..sombong gila,..haih!,..ada hikmahnya ni,..tapi kalau dia 'terbaca'lah blog aku ni,..aku nak habaq kat hang,.."masa aku add hang tu aku anggap hang macam kawan sekolah yang lain jugak,..aku langsung dah tak ada hati kat hang dah,..walau pun kenangan antara hang dan aku tu aku masih aku tak lupa,..tapi tak apa,..mungkin pada awalnya aku kecik hati sangat,..tapi aku pun jahat jugak,..pas aku suruh dia approve aku,..aku unfriend dia and pas tu aku block list dia,..' aku tak tahu apa perasaan aku masa tu,..gilakah aku?,..entahlah,..bila di fikirkan lawak pun ada jugakk,..lawak la sangat,..macam orang tak ada perinsip pula kalau nak di fikirkan tapi bila hati aku dah reda aku unblock balik dia,..cuma aku taklah teruk sangat sampai nak add dia as friend balik,..nampak sangatlahkan,..betapa gilanya aku kalau buat reja macam tu,..
kenangan zaman sekolah,..banyak sangat yang aku tak boleh lupa,..dengan dia cuma sikit sangat sebenarnya,..cuma aku dengan dia banyak terbabit dengan aksi atas tangga,..jatuh tangga depan dia and berlanggar dengan dia di tangga,..hohoho,..malunya saat itu,..kalau ada ilmu ghaibkan best,..boleh jadi halimunan,..hihihi,..
okey itu kenangan cinta pertama,..settle dah,..biarlah dia nak terus sombong pun,..mungkin nak balas dendam kat aku kot sebab dulu walau aku pun minat kat dia tapi aku antara yang paling payah dia nak tackle,..ececehh,..nak tau kenapa?,..mahu tapi malu,..itulah masalah yang paling besar sekali yang tak mampu aku usir dalam diri aku ni,..tapi sekarang ni,..ntahlah rasanya aku dah tak malu lagi dah kot,..sebab hati aku dah aku ambil balik,..kalau aku masih ada hati kat dia mana berani aku nak add dia,..takkan mungkin!!!,..
zaman kanak-kanak aku,..mungkin langsung tak macam orang lain,..tak ada langsung happy ending,..kalau aku buat cerpen semuanya happy ending kerana hidup aku langsung tak ada happy ending,..sentiasa bermain dengan perasaan kecewa dan terluka,..mungkin sebab tu aku suka berangan yang hapy2 dan buat cerita happy,..hurmm,..aku malas nak cerita secara keseluruhan kerana membabitkan banyak pihak,..dan kawan-kawan aku zaman kanak-kanak aku pula kuat membuli dan akulah mangasa buli itu,..bila bertemu balik dalam fb dia pernah cakap kat aku dalam inbox,..kenapa dulu aku tak pernah tahu kewujudan hang,..hahaha,..aku gelak ja and aku jawab balik,..sebab dulu aku kecik sebab tu hang tak nampak tapi sekarang aku dah bam bam,..memang nampak clear,..sebenarnya aku nak tambah lagi,..kalau tak nampak jugak dah sahlah kena operate mata,..haha,..
satu kenangan yang aku rasa agak lucu,..masa tu umur aku baru tujuh tahun dan kebetulan aku balik sekolah seorang diri,..masa tu aku bersekolah di sekolah kebangsaan sungai jejawi teluk intan,perak,..jalan nak masuk rumah aku tu ada kubur,..bodo punya pasai nak lalu kot kubur tu aku jalan pelan-pelan,..konon2nya takut hantu kubur mangkit,..hahaha,..orang lalu kot kubur pecut lari,..aku boleh pula jalan pelan2,..hampeh,..tapi tulah kenangan yang berjaya membuat aku tersenyum sorang2 hingga saat ini,..dahlahh,..cukuplah kenangan zaman kanak2,..tapi sekarang aku teringin sangat nak jumpa dua orang kawan baik aku masa sekolah di teluk intan tu,..salmiah dan zurina,..aku ingat lagi nama mereka,..tapi payahnya nak cari mereka,..kalau selisih bahu pun rasanya payah aku nak kenal ,..hmm,..
comey tak cat ni,..mengingatkan aku dengan kucing aku zaman kecik,..putih macam nilah jugak,..tapi suatu pagi kami sarapan pulut tanak,..kucing aku ni pun makan sekali,lepas tu tau-tau jumpa kucing tu dah mati,..ehh,..makan pulut boleh mati ke?,..aku sedey sangat,...sampai sekarang aku tak suka bela kucing sebab bila kucing tu mati akan buat aku sedey,..dahlah,..tak suka la bila kehilangan sesuatu yang kita sayang ni,..tapi apa yang ada takkan kekal lama,..setiap yang hidup pasti akan mati,..aku juga akan mati tapi cuma tak tahu saja bila masanya,..kalau tahu esok nak mati,...agaknya malam ni aku nak tulis tak benda merapu macam ni?,..nampak sangat la aku ni kebal kalau masih buat kerja macam tu,..fikir pasal mati pun dah buat hati aku rasa gerun tapi manusia macam kita ni mana nak pernah serik,..tak pernah nak belajar dari pengalaman,..oppss,..aku cakap untuk diri sendiri okey,..ni blog aku,..sesi luahan hati aku,..so any comment please kat box bawah ni,..hihi,..
kenangan seterusnya kenangan aku kali pertama pi gunung jerai,..ni pic kampung aku,..cantik tak?,..hari-hari ni jugaklah aku dok ngadap,..malas pula aku nak upload gambar atas puncak gunung jerai tu,..nak masukkan pic aku lagilah mustahil,..hihi,..aku ni tak comey kang ada yang pengsan plak tengok,..kali pertama pi gunung jerai dengan kak aku,..namanya rokiah,..ikut sekali kawan baik dia kak fiza,..alkisahnya kak aku ajak kami pi gunung jerai tu sebab dia kan naik gunung jerai tu dengan marka dia so dia tak maulah jadi orang perrak bila pi berdua nanti,..haih,..bijak sungguh,..kakak sapa tak tau?,..hihi,..tapi jodoh depa panjang,..depa berkawan sejak sekolah dan sekarang dah lama kahwin,..jeles plak aku,..hihi,..akak aku pun tak sangka mereka berjodoh sebenarnya,..eh,..melalut la plak,..okey kenangan aku yang paling aku tak boleh lupa di gunung jerai bila aku jatuh atas batu dekat air terjun,..adoii,..bengkak mata den,..aku pula pakai cermin mata,..patah beb bingkai cermin mata aku tu,..terpaksalah berkorban buat cermin mata baru,..huhu,..dan kali kedua plak aku pi gunung jerai bersama kakak aku rusna,..dia dan aku terpisah sejak kecil jadi bila dia datang sini aku bawalah naik atas gunug jerai tu,..dia cakap asyik tengok dari jauh ja,..bila dah kahwin ni aku teringin nak pi lagi,..tapi entah bila la nak pi,..psttt,..bos tak sporting daa,..hehe,..ngee,..
ni gambar pulau bunting di langkawi,..kenangan aku seterusnya di langkawi best sangat,..time kami pi tu pulak ada lima langkawi,..(aku punyya lappy tengah gila time aku tulis ni jadi semuanya aku terpaksa tulis dalam huruf kecik,..dah yang besarnya tak nak timbul,aku bedal sajalah),..okey sambung balik,..best sangat-sangat tapi ada jugak kenangan yang paling aku tak boleh lupa,..masa kami di bawa melawat di atas kapal tentera laut di raja malaysia yang besar tu,..fuyooo,...gayat gila masa nak panjat naik ikut tangga tali dan oleh kerana aku ni mungkin dah kena sumpahan si budak malang,..nasib aku tetap jadi malang,..nak tahu apa jadi,..aku jatuh menyungkur sebab tersepak tali kapal yang sebesar paha aku tu,..mak oii,..malu gila dengan abang-abang navy yang pakat dok gelak kat aku,..kalau la ada cermin masa tu gerenti aku nak suluh muka aku yang dah pucat ter'malu masa tu,..
cukuplah sampai di sini,..
terima kasih daun kelisa,..
kacang kelisa di hantar posmen,..
terima kasih sudi baca,..
sudah baca tolong komen,..hihi,..
apa punya pantun daa,...;)
aku bagaikan berada di negara asing,bagaimana bekunya cuaca,..begitu jualah hatiku ini,..sudah membeku dan dingin,..terasa ingin saja ku ratapinya sepuas
hati namun air
mata ini juga turut membeku,..
dinginya jiwa dan hatiku menghadapi setiap kesulitan ini,..letih dan terkapai sendiri,..tak berdaya lagi nak ku harungi,..
saat ini tiada apa yang mampu membahagiakan aku kerana hatiku yang dingin dan memebku ini hanya terfikir untuk membawa diri jauh dari kesengsaraan ini,..tapi di manakah harus ku tuju?,..tiada destinasi yang pasti!!!,..
hatiku sedingin salju,..sudah lama ku pendamkan perasaan ini,..sudah lama ku cuba cairkan jiwa ini,..namun biarpun api yang ku nyalakan membakar diri namun hati ini tetap membeku,..cuma ku takut andai ia cair pasti akan hilang dan terus di bawa pergi bersama arus kehidupan dunia,..
kedinginannya semakin terasa bila rajuk yang di tunjuk langsung tak bererti lagi,..aku bagaikan berada di pinggiran dunia,..tiada daya dan usaha kerana rajuk ini tiada ubatnya,..teganya hati itu hanya membisu tanpa kata,..aku di biarkan terkontang kanting sendiri dalam melayan perasaan diri,..
dingin dan membeku,..apa maknanya semuanya ini,..??
szaza zaiman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.