Nuffnang

Ahad, 17 Disember 2017

Dunia hanya sementara, hidup ibarat roda, dilambung bagaikan bola.

15 Disember 2017...

Ibarat lirik lagu ini..


Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita, adakah suratan atau kebetulan?
Aku tak berapa sihat untuk berceloteh panjang. Kepala masih pening dan perut masih mual. Namun, aku cuba bangkit dari rasa sakit itu kerana sakit adalah ujian. Aku cuma berharap Allah masih panjangkan usiaku untuk terus menempuhi onak dan duri di sepanjang liku perjalanan hidupku. Orang ada cancer pun ada harapan sembuh, inikan pula sakit jantung tahap pertama. Masih belum kena serangan jantung lagi pun, kiranya aku masih lagi bernasib baik. Aku tak harus berputus asa dengan mudah selagi nyawaku dikandung badan. Pun begitu aku tak dapat menolak takdir, andai aku pergi dulu..sambutlah salam terakhir dariku ini...

Abadikan  saja salamku di ingatan, salamku yang terakhir. Sebenarnya Allah menguji kita untuk lebih menghargai hidup ini. Aku tak ralat ditimpa sakit, malahan aku bersyukur kerana Allah memberi amaran terlebih dahulu. Hidup bukan untuk enjoy kerana kematian sedang menanti bila-bila masa saja. So, ini lagu terakhir dariku untuk pembaca semua termasuk sahabat-sahabat yang aku sayangi dan kaum keluargaku.

Bila Izrail datang memanggil sesaat pun tak boleh tangguh. Tak boleh nak bersembunyi, hatta masuk gua sekali pun, tetap akan kaku, roh tetap akan keluar.

Sekian, entry aku untuk kali ini. Aku harap ini bukan entry terakhir dariku. Aku belum cukup amalan untuk mengadap Ilahi. Doakan aku!