Google+ Followers

Sabtu, 31 Januari 2015

WASIAT BUAT ANAK-ANAKKU!

Anak-anakku!
Hari ini emak pening kepala memikirkan gelagat kalian. Emak cuma ada dua orang anak ja. Seorang anak kandung dan seorang anak angkat, tapi dua-duanya emak sayang. Tak ada pilih-pilih kasih. Kalau buat salah dua-duanya emak akan marah kerana itulah prinsip emak. Emak marah kerana sayang. Bukan emak marah sebab benci!

Anak-anakku!
Mungkin ini ujian dari Allah untuk emak. Walau hanya punya kalian berdua tapi emak selalu pening kepala. Kerana kalian emak selalu menangis secara tiba-tiba. Hati emak sakit melihat gelagat kalian. Kadang-kadang dalam solat juga emak menangis tanpa sedar. Emak terfikirkan kalian yang selalu membelakangkan kata-kata emak.  Gagalkah emak ni sebagai seorang ibu? Itu yang selalu emak persoalkan.

Anak-anakku!
Dua orang saja anak-anak emak. Di mana salahnya asuhan dan didikan emak? Kurangkah kasih sayang yang emak berikan? Si kakak dengan gelagatnya yang tersendiri. Si adik juga selalu mengikut naluri. Dua-duanya punya perangai yang sama. Dua-duanya langsung tak boleh ditegur. Kalau ditegur si adik akan menghilangkan diri berhari-hari. Si kakak akan terus mendiamkan diri. Merajuk dan tunjuk perasaan. Tahukah kalian emak yang menjerut hati di dalam. Pedih memikirkan sikap kalian. Sering emak bertanya, betapa banyaknya dosa yang emak harus tebus? Dan seringkali persoalan ini diakhiri dengan air mata yang berguguran tanpa henti.

Anak-anakku!
Dosa mana yang harus emak tanggung kerana diuji dengan ujian ini? Khilaf mana yang harus emak tebus untuk menghadapi kerenah kalian setiap hari. Kadang-kadang emak macam tak berdaya lagi. Adakalanya emak macam nak berputus asa. Biarlah kalian tak punya EMAK! Mungkin itu yang terbaik buat kalian?! Adanya emak di sisi pun kalian tak pernah peduli. Sakitkan hati emak setiap masa dan ketika. Kata-kata emak seolah mencurah air ke daun keladi. Langsung tak berkesan di hati. Apa gunanya punya emak lagi?

Anak-anakku!
Kalian tak pernah rasa hidup tanpa emak. Kalian tak pernah tahu hidup tanpa kasih sayang seorang emak. Kalau kalian rasa ada emak pun menyusahkan hidup kalian, moga kalian bahagia andai emak akan dijemput Ilahi suatu hari nanti. Mungkin tanpa emak tiada orang lagi nak leterkan setiap kesalahan kalian. Tiada orang lagi nak marah-marah kalian. Tiada orang lagi nak suruh kalian buat kerja rumah. Tiada orang lagi nak suruh kalian solat. Tiada orang lagi nak paksa kalian baca Quran. Mungkin tiada orang lagi yang akan paksa kalian macam emak buat. Mungkin akan membahagiakan kalian bila tiada lagi emak yang selalu mengingatkan kalian agar menunaikan setiap perintah Allah. Untuk si kakak mungkin akan lebih bahagia bila emak tak berleter lagi agar jangan terlalu mengabdikan diri menonton gambar-gambar korea tu. Mungkin keduanya akan suka kalau emak dah tak ada?!


Anak-anakku!
Kalian tak pernah nak hargai emak. Itu yang emak fikir. Kalau kalian hargai emak tentu kalian akan ikut apa cakap emak. Alangkah baiknya kalau kalian tahu kehilangan seorang emak itu bagaimana. Kalau kalian tahu bagaimana peritnya hidup tanpa emak untuk bermanja. Kalau kalian tahu bahawa seorang emak itu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Andai kalian tahu seorang emak sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya. Kalian tak pernah sedar itu semua kerana kalian masih punya emak. Tapi emak tak mahu salahkan kalian seratus peratus kerana emak tahu emak juga salah kerana tak pandai menunjukkan kasih sayang. Kalian membesar tanpa emak kerana emak selalu sakit dan dimasukkan ke hospital. Kalian membesar di bawah jagaan orang lain. Kadang-kadang emak cemburu bila kalian lebih mendengar cakap orang lain dan selalu mengabaikan cakap emak. Emak ajak si kakak pergi ke sekian tempat selalu si kakak menolak tapi ajakan kawan-kawan atau orang lain laju ja si kakak mengikut. Kalau dengan emak selalu si kakak memberi alasan malas atau segan. Dengan orang lain laju ja kakak menurut. Siapakah emak di hati kalian? Jujurlah dengan emak! Tiada langsungkah emak ini di hati kalian?

Anak-anakku!
Hanya Allah tempat emak mengadu setiap hari cuma hari ini emak teringin nak mengadu di sini. Bukan niat emak nak aibkan anak-anak emak cuma emak harap anak-anak orang lain yang membaca luahan hati emak ini jangan buat begini. Emak tahu selagi emak hidup anak-anak emak takkan baca luahan hati emak ni. Harapan emak bila anak-anak emak dah dewasa dan berkeluarga nanti kalian berkesempatan untuk singgah dan baca luahan hati emak ini. Walau bagaimana pun gelagat kalian dan walau bagaimana pun hati emak terluka kalian tetap di hati emak. Selagi emak bernafas di muka bumi ini doa emak tetap akan mengiringi perjalanan hidup kalian!

Anak-anakku!
Terakhir ini emak ingin berwasiat pada kalian berdua. Hidup ini tidak semudah yang di duga. Bahagia takkan selalu kita dapat. Belajarlah mencintai Allah lebih dari segalanya. Cintai juga pada diri sendiri! Jangan buat apa yang Allah larang. Tunaikan setiap perintah Allah dan Rasullullah S.A.W. Hormatilah orang tua-tua dan BELAJARLAH MENGHARGAI ORANG DI SISI! Solat jangan sesekali ditinggalkan. Al-Quran bacalah setiap hari walau hanya sepotong ayat! Dan jadilah anak yang soleh dan solehah!

Sekian,.Wassalam
Dari seorang ibu yang sedang membasuh dosa-dosanya dengan air mata.

Nota : Setiap ujian yang mendatangi pasti ada sebabnya dan aku hanya ingin menganggap setiap ujian adalah penebus dosa-dosaku yang lalu. Mungkin inilah kifarah yang harus aku jalani selagi hayatku masih ada. Ambil ikhtibar dan jadikan yang baik sebagai pengajaran dan yang buruk sebagai tauladan yang harus dijauhi. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu khilaf aku adanya!

Rabu, 14 Januari 2015

K-Pop Punya Angkara!

Fuhhh!,.terkejut besar aku bila melihat ramai rakan-rakan facebookku mula memaki hamun, bodoh dan sebagainya angkara trajedi gadis-gadis melayu kita yang bertudung memeluk dan dipeluk oleh artis K-Pop.
Apa yang menyedihkan aku ialah bila mak bapak gadis-gadis remaja tersebut turut dijadikan sasaran maki hamun. Untuk mengetahui kisah lanjut, aku pun terjah blog-blog terbabit dan menonton sendiri video tu dan membaca artikalnya.

 Ya Allah! Anak-anak remaja kita yang terlalu taksub dengan artis pujaan sudah terperangkap dengan sikap seperti itu. Yang menjadi hal, bila kejadian itu berlaku di depan umum yang berkemungkinan terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Persoalan aku kenapa gadis remaja melayu yang bertudung ini yang terpilih naik ke atas pentas? Pasti ada sebabnyakan??

Kadang-kadang aku ingin menyelami apa yang mereka fikirkan ketika itu. Seronok? Berbangga atau bagaimana? Bila kejadian ini sudah tersebar luas aku jadi takut dan menunjukkan video itu untuk ditonton oleh anakku yang juga taksub dengan K-Pop ini. Aku siap bagi warning lagi,.jangan sampai jadi macam tu!

Sebenarnya,.setiap kali solat aku sering berdoa agar Allah bolak-balikkan hati anakku dari menyukai k-pop beralih membencinya terus. Biarlah dia hanya mencintai Al-Quran dan berusaha membaca terjemahan Al-Quran pula. Tiada faedahnya langsung meminati k-pop ni.Pernah aku menegurnya bila melihat dia terlalu asyik melayan show k-pop dalam netbooknya. Kataku '' Glamer terra mana pun depa tu,.esok masuk neraka jugak,.kecualilah kalau Allah bagi Hidayah kat depa dan depa sempat masuk Islam sebelum mati!''

Sejujurnya,.aku takut benar bila menyaksikan video gadis-gadis bertudung tu,.Aku harap anakku takkan seteruk tu. Aku sedih juga membaca tohmahan masyarakat Malaysia yang rata-ratanya orang melayu yang sakan mengutuk tu. Dah lama aku perhatikan industri perfileman di Malaysia ni. Lagi teruk aku rasa tapi tak pulak dikomen orang. Kalau ada pun tak kedengaran begitu ketara. Mungkin hanya merungut di belakang tabir?

Kadang-kadang aku cuba juga menyelami hati anak remajaku dengan melayan show-show mereka tu. Apa yang bestnya? Artis lelaki pun pakai make-up segalanya. Artis wanita pula kebanyakan tarian mereka begitu menghairahkan. Tak kurang juga artis lelaki  yang rata-ratanya macam 'lembut' ja. Tak faham aku! Di mana yang syok sangat tu? Cute? Comei? Ahhh,..k-pop punya angkara! Aku pun macam dah kena virus pula,.gatai jugak nak buat entry pasai depa. Huh!

Okey! Dalam banyak-banyak yang aku tonton,.satu ja aku boleh puji orang korea ni,..mereka cukup hormat dengan orang yang lebih tua dari mereka. Aku peminat running man walau bukan peminat tegar. Sekadar mencuri masa menontonnya bila aku stress kerana tiada kerja atau tiada idea. Orang kata sekadar menonton untuk menghilangkan lelah perasaan. Hanya running man yang aku layan. Kalau aku layan drama atau filem,.yang tu sekadar nak ambil tahu apa yang anakku tonton ja. Dalam netbook dia tu berlambak gambar korea. Macam nak delete ja semuanya tapi aku tak mahu buat macam tu. Aku selalu berdoa pada Allah agar dia membenci semua tu dan dia akan delete dengan sendirinya. Aku tahu Allah mendengar doaku. Mudahan doaku ni akan termakbul sedikit demi sikit. Aku akan beri peluang untuknya selagi dia belum matang sepenuhnya. Aku pun pernah remaja dulu. Aku tahu remaja seperti dia takkan suka dipaksa. Biar segalanya terjadi secara semulajadi dari dalam jiwanya Hanya kepada Allah aku mampu memohon pertolongan!

Err,.dulu aku peminat drama korea juga,.ketika tu drama yang paling popular seperti Winter Sonata,Full House, Only You dan sebagainya lagi. Umur muda lagi masa tu,.era 20-30an. Tak hairanlahkan kalau layan drama romantik macam tu. Alah!,.aku kenal seorang ustazah yang mengajar kelas KAFA juga suka layan drama korea ketika tu. Sekarang ni umur aku dah masuk 40-an pun. Drama dan filem ni dah malas aku nak layan. Bukan saja drama korea, drama melayu pun aku dah muak sangat dah. Filem hindi yang aku tak pernah mis dulu pun, aku dah tak hingin nak tengok, mungkin kerana umur yang semakin tua jadi jiwa pun banyak yang sudah berubah. Katakan tidak pada filem dan drama-drama merapu macam tu! Cehh! Ayat tak boleh blah sudah keluar. Tapi memang itulah hakikatnya. Aku dah malas nak mengadap tv,.kalau tengok pun aku 'pilih kasih' juga siarannya.

Sudahlah! Kerana k-pop punya angkara aku sudah menulis entry ni. Aku bersyukur sangat bila umur berubah,.selera aku pun banyak dah berubah,.yang aku takut,.kalau umur semakin tua,.tapi sikap dok macam tu jugak! Tolong doakan ya,.mudahan doaku akan dimakbulkan dan rancangan-rancangan yang tidak sepatutnya ditayangkan di skrin tv Malaysia kita akan diharamkan terus! Bagi aku kalau orang korea yang bukan Islam tu buat hal yang bukan-bukan aku tak kisah pun tapi yang aku heran bila orang melayu yang beragama Islam pun nak tiru lakonan mereka yang bukan Islam,.tu yang malas nak layan tu.

Sekian,.Terima Kasih sudi singgah!
Nota kaki : Tunggukan cerpen seterusnya yang baru ada tajuk,.
Takdir Penentu Segalanya,.tema kekeluargaan,.cinta ada sikit kot,.perpisahan itu pasti ada hikmahnya,.belum mula tapi dah ada plot cerita dalam minda,.baru nak berangan jer,..hahaha,.