dulu masa zaman sekolah selalu orang mengungkapkan ayat ni,..'kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta',..tapi hakikatnya kedua-duanya fail,..jatuh terjunam dalam gaung,..cita-cita tak tercapai,..hasrat cinta pun punah,..yang di kejar tak dapat yang di kendong pun berciciran,..kenapa jadi macam tu?,...mungkin itulah janji kedidupan ini,..tak dapat apa yang kita nak,..hakikat kehidupan tak seindah mimpi dan tak seindah apa yang kita angankan,..
mencintai seseorang buat kita rasa resah dan bahagia itu bersatu,..rasa rindu pun menyapa dan berlagu riang walau kadang-kadang ada kepedihan di dada bila rindu itu bertamu,..kenapa harus ada rindu bila tak bertemu?,..hmm,..soalan lagi!
orang kata cinta tak harus di lafazkan,..dan cinta tak perlu di tunjukkan sangat,..betul ke??,..aku dah confused dalam hal ni kerana pendapat aku berbeza,..bagi aku cinta harus di lafazkan dan di tunjukkan lebih-lebih lagi yang bergelar pasangan suami dan isteri,..kenapa nak ego sangat dengan perasaan tu,..aku rasa bagai tak di hargai langsung,..aku suka baca novel cinta dan buat cerita cinta jadi cerita aku tak ada langsung perasaan egois di antara pasangan ini,..okey saja nak suarakan perasaan,..tapi hakikat kehidupan ini sememangnay tak seindah yang kita impikan,..betapa mahalnya ungkapan sayang dan cinta itu pada orang yang setia di sampingku,..huargghh,..aku bukan nak sangat cuma sekali sekala aku nakkan keyakinan untuk teruskan kehidupan ini dalam ungkapan sayang itu,..berat sangatkah untuk mengungkapkannya??,..aku langsung tak faham,..
bagaikan hati yang terbelah dua,..kekecewaan itu berganda bila dah tiada ungkapan sayang tiada pula kemesraan bagaikan pasangan bahagia,..ibarat kawan-kawan yang tinggal serumah,..hahhaa,..lawaknyakan?,..masih ada kehidupan yang begitu hambar dalam sebuah rumahtangga yang nampak terlalu bahagia,..bahagia dari kaca mata orang lain tapi bahagiakah pasangan begini yang hanya saling mengharapkan tapi tak pernah mahu memulai segalanya,..adakah pasangan sebegini dalam dunia ini,..kalau kita tengok di negara barat,..mereka tidak malu-malu menunjukkan kemeraan terhadap pasangan mereka,..ya,..adat dan budaya kita memang berbeza,..dalam novel seringkali di gambarkan dengan watak lelaki yang cukup romantis dan caring,..tapi dalam hakikat kehidupan di luar novel,..rata-rata lelaki melayu memang tak pandai nak tunjukkan perasaan,..setuju tak??,..huhu,..maaflah kalau ada yang terasa,..
akhirnya orang perempuan jugak yang kena mulakan dulu,..hahaha,..bukan semua naa,..ada jugak orang perempuan yang masih mengekalkan sifat malu walau dah lama berumahtangga,..maaflah ini hanyalah sekadar artikel sambil lewa,..kalau terkena dengan batang hidung sesiapa tu,..ini hanyalah kebetulan,..orang lelaki,..kalau menghampiri seorang isteri ada udang di sebalik batu,..sedangkan seorang isteri hanya nak dirinya sentiasa di hargai,..bukan nak mengada-ngada pun,..cuma berharap suaminya masih kekal dengan sifat di awal perkenalan atau pun masih bersifat di awal perkahwinan,..kenapa kasih sayang harus hambar bila bertahun lamanya tinggal serumah dalam menyemai kasih dan sayang,..walau umur semakin meningkat tapi cubalah menjadi semakin baik dan yang terbaeekk,..di mata pasangan masing-masing,..
Alangkah indahnya kalau kemesraan itu terus berkekalan sehingga akhir hayat perkahwinan itu,..lihatlah betapa seorang lelaki sanggup untuk berlutut untuk mendapatkan seorang wanita tapi ke mana sifat itu sudah hilang bila sudah berjaya memilikinya,..hurmm,..mungkin ada yang akan cakap,..alah perempuan pun sama bila dah lama kahwin sudah tak pandai jaga penampilan,..sudah tak cantik dan tak pandai layan suami,..kalau beginilah jawapannya,..nampak gayanya,..sama-samalah kena angkat bendera putih,..hmm,..nak kata apa lagi!!!,..
sekadar nukilan biasa
szaza zaiman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.