Google+ Followers

Isnin, 2 Februari 2015

Gaji atau gergaji?

Gaji orang terima setiap hujung bulan. Gergaji orang guna untuk potong pokok. Apa beza kedua perkataan ni? Mungkin ada majikan yang gunakan kebijaksanaannya untuk potong gaji pekerja dengan lambat membayar gaji? Tentu adakan? Dan kemungkinan juga ada orang gunakan gergaji untuk memotong orang,.hisyy,.ngeri pulak aku nak membayangkannya.

Okey! Kenapa aku tulis tajuk ni hari ni? Tentu sebab gaji dan tak ada kena mengena dengan gergaji,.memandangkan gaji suami yang sudah lambat tiga hari masih belum dibayar aku pun dah rasa GERRRRgaji ni bila nak dapat? Tak tahulah kenapa ada majikan yang begini culas dalam membayar gaji. Ini bukan kali pertama. Rasanya sejak 17 tahun yang lalu selalu saja bos suami aku ni gagal membayar tepat pada masanya. Kami tak nafikan dia banyak menabur budi untuk kami. Dia bagi kami segalanya tapi semua itu bukan kami yang minta pun. Aku percaya walau dia yang beri tapi rezeki kami tetap pemberian Allah dan bila gaji lambat dibayar aku hanya nak berfikiran positif, ini semua ujian dari Allah. Aku tak nafikan juga pernah singgah fikiran negatif dan rasa sakit hati yang teramat bila gaji masih belum dapat walau dah masuk seminggu berlalu.

Bila blog Aku Tetap Aku ni di update bermakna bakal ada cerpen baru yang akan keluar. Aku dah set tajuknya 'Dengarlah Sayang' ini mungkin kisah orang miskin yang selalu ditindas. Mungkin pengalaman kami dalam masalah kewangan akibat gaji sering dilambatkan akan aku kongsi sedikit di dalam ni. Aku juga akan kongsi cara-cara kami mendidik anak setakat ni dan mungkin akan ada tokok tambahnya untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik. Aku juga akan memaparkan kehidupan masyarakat di kampung kami ni. Bukan niat aku nak buka aib sesiapa cuma sekadar pengkongsian yang mungkin boleh dijadikan pengajaran.

Hari ini aku masih mengira hari bila gaji suamiku akan dapat. Hahaha,.kadang-kadang dalam hal ni aku yang terlebih sensitif sedangkan suamiku yang bekerja ni nampak cool ja walau duit yang dia ada,.cuma tinggal duit syiling. Tak kisahlah kerana rezeki tu pemberian Allah. Semalam ketika kami dah masuk tidur dalam pukul 12.30 malam ada orang memberi salam. Suamiku bangun dan membukakan pintu. Suami anak saudaraku yang baru balik dari mengambil isterinya(anak saudaraku) berada di depan pintu. Orang kata rezeki tu akan datang mengetuk pintu rumah kita tak mengira masa. Ya! Tepat sekali,.dia bawa milo panas sebotol penuh bersama karipap sardin dan kuih pau. Banyak jugaklah hingga pagi ni masih berbaki lagi. Isterinya kerja di kantin asrama sekolah, jadi bila ada makanan tak habis mereka akan bawa balik dan adakalanya rumah kami tempias juga kerana mereka akan hantar juga ke sini.


Anak saudara lelaki suamiku juga bekerja di kantin sekolah. Pernah setiap hujung bulan saat tiada makanan sedap untuk dimakan dan anak-anak sudah mula mogok pasti ada saja rezeki yang Allah hantar ke rumah kami. Allahamdullillah dengan rahmat Allah ini. Kadang-kadang macam nak menangis saja melihat anak-anak yang masih belum tahu erti kesusahan. Aku dah biasa sangat dah hidup miskin sejak kecil. Suami aku pun bukan orang berada. Situasi ini tidak melunturkan semangat kami pun. Malahan hati kami semakin kental. Aku cuma kesiankan anak-anak yang tak pernah merungut. Cuma aku terkesan bila nasi yang aku masak tidak luak macam selalu. Ishh,.ikan temenung hari-hari mana ada anak yang suka makan. Kalau ayam hari-hari aku rasa nasi tu mesti akan habis dengan cepat.

Psstt,.bukan kata anak-anak, adakalanya aku pun mati akal untuk memasak. Baru-baru ni aku belajar buat fish ball sendiri. Tiga hari berturut-turut aku buat fish ball hingga aku sendiri dah rasa loya nak menelan. Jemu! Hanya itu perkataan yang perlu aku ungkapkan. Kemudian aku hanya rebus saja ikan tu dan macam best pulak makan ikan temenung rebus yang masih fresh dan lemak tapi anak-anak la kesian. Nasib baik masak tiga rasa ikan bawal yang adik iparku beri masih ada. Makan ja la mana yang ada! Selalu itulah yang aku katakan pada anak-anak.

Sehingga entry ini ditulis gaji suamiku masih belum dapat lagi tapi macam ada cahaya mentari bersinar ja bila menantu bos suamiku bagitau tadi mereka nak ke bank. Yea,.lepas ni dapat la kot. Hihi,.aku pulak yang over suka. Sebenarnya dah janji dengan si kecik nak beli mainan untuk dia sebab dia dah patuh arahan aku. Dia dah tak minum dalam botol lagi dan dah dua malam dia tidur tak pakai pampers. Tilam pun tak basah lagi. Hihi,.macam best saja bila si kecil dah jadi sedikit dewasa. Lepas ni bajet kami tentu menjimatkan sebab tak payah nak beli pampers lagi.

Bila sebut pasal gaji,.tentu macam-macam cerita yang akan munculkan? Macam ni la kehidupan kami. Percayalah! Rezeki tu dari Allah! Walau apa pun yang berlaku positiflah. Tak ada duit tak semestinya tiada makanan. Ada makanan yang banyak pun tak semestinya bahagia. Begitu jugalah dengan orang yang berharta berjuta-juta. Mungkin ada yang bahagia di dunia dengan kekayaan yang mereka miliki tapi di akhirat belum pasti kebahagiaan itu milik mereka. Orang susah lebih banyak diuji di dunia tapi orang kaya mungkin Allah akan menguji mereka di akhirat. Jangan kira Allah tak menguji kita itu satu rahmat! Beruntunglah manusia yang selalu diuji kerana dia sentiasa dalam pemerhatian Allah. Manusia yang Allah uji dengan kesenangan itu yang perlu lebih berwaspada. Macam majikan yang mendera pekerjanya dengan lambat membayar gaji juga akan dipersoalkan di sana. Wallahualam!

Hari ini walau hidup dalam serba kekurangan tapi aku masih bahagia dengan rahmat dariNYA yang melilpah ruah. Aku tak nafikan masalah sentiasa mendatangi kiri,kanan,depan dan belakang tapi dengan mengingati Allah jiwa pasti menjadi tenang setenangnya. Aku sentiasa relax dalam menghadapi apa saja kemelut hidup, lebih-lebih lagi sekarang aku punya teman setia untuk aku berkongsi apa saja.

Untuk pembaca yang sudi singgah di sini, ketahuilah,..aku bukan nak buka pekung di dada dengan menceritakan kesusahan kami. Aku sekadar nak berkongsi cerita agar,.andainya ada majikan di luar sana yang terbaca coretanku ini. Insaflah! Jangan didera pekerja anda seperti yang terjadi pada kami. Seorang pekerja itu juga punya rasa dan perasaan. Pssttt,..dulu ketika aku masih tak dapat terima kenyataan ini aku selalu doakan majikan suamiku ini agar muflis dan dia sedar bagaimana peritnya hidup tanpa makanan dan pedihnya hati bila diabaikan. Terasa dikhianati oleh majikan bila time gaji mereka akan pergi bercuti dan sewa hotel. Mereka berseronok sedangkan kami menangis di dalam hati. Balik dari berseronok baru nak hulur gaji. Kejam sangat tu. Walau mereka dah beri kami segalanya tapi tak semestinya kami ni diperlakukan seperti itu. Majikan harus amanah kalau nak pekerjanya jadi amanah. Bos-bos semua kalau tak mahu didoakan perkara yang bukan-bukan pandai-pandailah mengambil hati pekerja anda. Bukan semua pekerja yang mampu redha dengan apa yang telah anda lakukan!

Sekian untuk hari ini,.Wassalam.

P/s: Nantikan DENGARLAH Sayang! kalau tak ada aral melintang aku akan cuba siapkan sebelum ulangtahun kedua blog aku dibuka.Bulan ni la,.14 Februari 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.