Nuffnang

Jumaat, 5 Ogos 2016

Aku Berserah Aku Pasrah



Kehidupan ini banyak situasi yang tak diduga akan mendatangi kita, tanpa sedar dan tanpa dipinta. Hadirnya bagaikan angin lalu dan datangnya sekelip mata.

Kadang-kadang kita mampu menghadapinya, adakalanya..kita rasa tak sanggup untuk meneruskan perjalanan yang penuh onak dan diri. Kita kalah dengan pertarungan untuk hidup. Kita lelah dalam merentasi perjalanan, namun kita tiada pilihan selagi nyawa dikandung badan.

Apa yang pasti, kita taklah sekuat yang kita sangka. Kita lemah dan sering kalah, buktinya kita selalu mengeluh bila diuji. Kita juga terlupa bahawa setiap ujian yang datang dalam kehidupan kita adalah dengan izinNYA yang sedang menyedarkan kita tentang kelalaian yang telah kita lakukan. Kita tak pernah sempurna dan kita sering terlupa, semua yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata. Kita gagal untuk mentafsir maksud di sebalik ujian dan kita selalu menyangka kita saja yang diuji, tanpa kita ambil peduli hal orang lain. Kita tak pernah ambil tahu, bahawa orang lain lagi teruk diuji berbanding kita.

Dan, di sini aku nak mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebuah karya terbaruku yang bakal ditulis nanti. Sebuah novel yang berceritakan tentang kehidupan. Tunggukan ya kehadirannya nanti dalam blog novel aku.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah di sini dan membaca entry ini. You all the best!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.