Catatan perjalanan Yan-Tanjung Malim pergi dan balik dan perbelanjaan sepanjang perjalanan.
Malam..naik bas pukul 11 malam. Berehat dua kali tapi tak pasti di mana. Hati memang risau takut sampai di Tanjung Malim pukul dua pagi namun Allah Maha Penyayang. Waktu berhenti rehat dan makan-makan memang sangat lama. Mungkin boleh tidur seround untuk drebar bas. Kali kedua berhenti rehat aku pasti di R&R Behrang..itu yang aku nampak dalam sebuah gerai menjual makanan..dan selepas bas berjalan memang nampak papan tanda kawasan Behrang Tanjung Malim.
Kami diturunkan di Pertonas Pekan Tanjung Malim berdepan dengan BSN dan Hotel LP...
Aku call hotel Hajah Rohayah yang kami dah booked minta no telefon teksi sewa. Mulanya dia bagi no telefon station teksi. Puas aku dail, tak ada orang angkat. Aku masih amalkan sikap malu biar bertempat. Aku tanya pekerja Petronas, station teksi buka pukul berapa. Katanya pukul 7.00pagi. Kami sampai pukul 5.00..mahu tak mahu terpaksa off hp yang baterinya dah berkurang tu. Namun bila azan subuh berkumandang aku on hp lagi..mana tau sempat bersolat dalam bilik hotel, namun tetap tak diangkat. Pukul 6 lebih menghampiri pukul 7 pagi barulah aku terima mesej dari pekerja hotel sekali lagi. Dia beri no tel peribadi pemandu teksi.
Aku tak tunggu lama, terus buat panggilan dan Alhamdulillah...selepas beberapa minit dia sampai dan bawa kami ke hotel. Katanya" Nasib baik kakak telefon awal, saya baru hantar bini pergi kerja, baru balik rumah nak masuk tidur." Lebih kurang macam tu la. Mungkin dia dah bekerja sepanjang malam ataupun nak sambung tidur selepas hantar isteri pergi kerja. Katanya lagi dalam perbualan kami, dia orang baling dan aku sempat bertanya untuk menyewa teksi dia lagi supaya menghantar kami ke UPSI esok pagi.
Sampai di hotel pukul 7 lebih. Kiranya kami bertapa depan tandas petronas lebih kurang 2 jam tanpa pedulikan orang lain. Hahaha..malu biar bertempat. Kami bukannya merompak, bukannya buat maksiat pun...buat apa nak malu, kan?
First masuk hotel berehat seketika sebelum mula makan. Okey...sebab hotel ada tangga dan aku pula tak berdaya untuk naik turun berulangkali, aku nekad bawa bekal mencukupi untuk satu hari satu malam berkurung dalam hotel. Bekal kami simple saja..namun cukup untuk mengenyangkan perut..hihi
Kami hanya bawa nasi impit, nasi putih sebekas, cukup untuk makan pagi dan tengahari berdua. Serunding ayam, bilis goreng, telur goreng, ayam goreng. Tak ada kuah sebab takut tumpah dalam bas. Selain tu 3 botol air mineral, sebalang kecil biskut raya..hihi dan dua bungkus kerepek pedas.
Satu bekas air yang diisi dalam pelas air sudah terbalik dalam tempat isi beg dalam bas. Entah beg sapa jadi mangsa. Bukan salah kami, sapa suruh tolak sampai terbalik masa masukkan beg. Nasib baik tak ada lauk berkuah sebab semuanya kami tinggal di tempat isi beg di bawah. Kami cuma bawa beg kecil saja naik bas, terutama yang berisi barangan penting.
Okey...CUKUP di situ. Perjalanan bermula semula lepas kami chek out sekitar jam 6.45 pagi dan keluar menunggu teksi yang sudah disewa di bus stop depan hotel. Bila sampai di UPSI kami orang pertama yang sampai. Selepas beberapa minit, barulah dipenuhi dengan orang lain. Seronok dapat jumpa ibu-ibu pelajar lain. Walaupun setelah anak daraku masuk ke bilik yang dikhaskan, aku tak kesunyian pun. Mulut tak henti berceloteh dan terhibur dengan celoteh ibu-ibu pelajar lain yang ramah-ramah. Di mana saja kita pergi, janganlah bersikap sombong tak bertempat, pasti Allah tolong memudahkan segala urusan.
Alhamdulillah...pengalaman ini sangat berharga dan Allah permudahkan segalanya. Aku cuma makan ubat tahan sakit waktu malam dan ubat urat waktu pagi. Lutut tetap sakit tapi tak teruk sangat. Pengalaman sadis tu aku tak nak kongsi sebab aku lebih banyak rasa happy berbanding sadis. Yang sadis tu sebab keadaan aku yang k.o saja. Hihi..kena naik tangga, itu yang sadisnyaπππ
Selesai di UPSI kami call lagi teksi yang sama dan pergi ke Station KTM Tanjung Malim. Kami ambil tiket dari Tanjung Malim - Sungai Petani. Jarak masa KTM bergerak pukul 11 pagi, dan sampai pukul 1.45 lebih kurang. Sampai Sungai Petani lutut aku terdera lagi. Ahhh..jangan tanya sebab apa...kerana lutut aku hanya takut nak memijak tangga. Sapa pernah pi station KTM tau la betapa tingginya tangga jejantas tu..tapi sebenarnya ada saja lift di station KTM Sungai Petani ni..cuma masa naik tu saja nak cabar diri...masa turun baru meluru ke arah pintu lift. Hahaha...ceq dah tak berdaya nak turun tanggaππ..
Dan..selepas tiba di SP..ambil teksi ke station bas lama..dah ada bas ke Yan sedang menunggu. Yeahaa...akhirnya kami dah sampai Yan semula...
Bajet yang digunakan..
Tambang bas Guar- Tanjung Malim rm100 dua orang.
Tambang teksi Tanjung Malim -ke hotel di Behrang -rm20
Tambang dari hotel- UPSI Rm30
Dari UPSI- Ke KTM Rm30
Tambang KTM dua orang RM100
Sewa hotel sehari semalam rm70..hotel bajet saja yang mampu punππ...
Tambang teksi dari station KTM SP- station bas SP rm10..
Tambang bas Mara Liner dari SP-Yan rm10.20 untuk dua orang.
Itu saja perbelanjaan kami sepanjang perjalanan. Tak beli langsung makanan luar kecuali my doter beli snek untuk makan dalam keretapi. Tu tak termasuk bajet aku sebab dia guna duit sendiri..haha..
Oh ya..masa sampai di Sungai Yan sebab sehari suntuk tak makan nasi, beli jugalah ayam goreng rm20 dan nasi paprik tiga bungkus rm 15.00 dan segelas milo ais untuk aku sementara menunggu nasi paprik siap rm1.80.. jadi jumlah semuanya..hampa kiralah sendiri kalau nak tau...aku malas tahap kritikal bab nak mengira niπΌπΆπ΅π€π£π£π«π°π²π°πΆπ΄π΅π«
P/s : Masa naik KTM teringin juga nak pi kantin dan beli makanan tapi ada adik yang selalu naik KTM berulang alik cakap air secawan rm5.00..CANCEL la. Save bajet...hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.