Nuffnang

Isnin, 25 Februari 2013

apa yang mampu aku lakukan saat jiwa tertekan?


aku alu-alukan kedatangan semua tetamu di blogku ini,..yang salah harap di maafkan,..yang betul di jadikan pengajaran,..yang tak baik tegur-tegurkanlahh,..


bila tertekan apa yang perlu aku buat?,..


terutama macam sekarang,...tertekan jugak ni dengan kerenah lappy,..huruf besar tak nak timbul so penyelesaiannya mudah saja,teruskan menaip walau hati tak tega,..cewahh,..ayat biar power beb.

tertekan dengan perhubungan yang kian hambar dengan ahli keluarga,..buat selamba saja beb,..masing-masing yang namanya manusia memang tak ada yang sempurna,..'nobody perfect' tu omputih cakap!,..

tertekan dengan isu yang selalu my hubby darling timbulkan,..aku ni anti sangat isu politik ni tapi hubby aku ni,kalau nak sembang ramah dengan aku politik saja isu dia,..at least aku buat-buat ja aku sedang mendengar walhal minda aku dah ada di pelosok dunia mana ntah,..hihi,..oppss,..memang aku tak sporting,..sbb hubby aku pun langsung tak sporting,bila aku luah perasaan tak puas hati aku kat dia,selamba ja dia blah,bila aku sembang pasal minat aku kat dia pun,dia pejam ja mata,bila aku tanya dengar tak ni?,..dia cakap dengar la,bila aku cerita pasal ketidakpuasan hati aku pasal orang lain dia bantai aku balik,ada ke patut dia back up orang yang aku kata tu,..haih!,..macam mana hubungan tak hambar,..dalam perhubungan memang banyak perbezaan pendapat dan bagi aku perbezaan tu lebih baik dari persamaan,..tapi kadang-kadang aku stress juga bila dah banyak sangat perbezaan antara kami bila dah semakin lama semakin tak boleh nak ngam..tu la pasai,..dan kesimpulannya dalam menghadapi tekanan macam ni aku akan jadi orang paling ego dalam dunia walau aku nak mengaku sejujurnya aku sendiri terseksa dengan keegoan aku tu,..hah! nampak tak?,..tak perlu ego kerana kita sendiri yang akan terasa,..orang lain aku tak tahulah terutama my hubby tak pernah pulak dia nak luahkan perasaan dia pada aku,..relax ja aku tengok walau aku diam seribu bahasa ja bila dia tegur aku,..opss,..aku tahu aku berdosa tapi bila jiwa dah tertekan dan hati dah beku apa lagi yang mampu aku buat selain dari tunjuk perasaan tu,..



atas ni ada aku senaraikan petua motivasi dr hm tuah untuk rujukan semua bila hadapi masalah macam aku ni,..sebab dr tuah ni pakar motivasi peberet aku,aku selalu jadikan kata-kata motivasinya sebagai panduan dalam kehidupan seharianku,..bukan aku nak buka pekung di dada bila berkongsi cerita ini tapi sekadar nak meluahkan rasa hati,rasanya ramai orang di luar sana yang mengalami nasib serupa sepertiku,malahan mungkin lagi teruk apa yang mereka alami,mungkin suami mereka panas baran dan sebagainya,..


hidup tak selalunya indah seperti apa yang kita impikan tapi hidup ini indah andai kita tahu menghargainya

ayat di atas selalu aku tuturkan untuk diri sendiri,..yalah kalau setiap kali aku gatai nak merajuk tak ada orang nak pujuk so aku pujuklah diri sendiri,..tu baru gempak!,..dan selebihnya aku akan buka google dan cari mutiara-mutiara kata yang akan menenangkan hati aku sendiri seperti contoh di bawah ini,..





huh!!,..memang ayat-ayat power yang mampu menenagkan jiwa yang resah dan tertekan,..kalau tak tenang jugak,..ada la tu something wrong somewhere,..hihi

cukup untuk hari ni aku berkongsi cerita,moga usia aku masih panjang untuk berceloteh lagi,..sampai ke temu lagi!



szaza zaiman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.