Google+ Followers

Sabtu, 16 Ogos 2014

Basmallah Sebagai Penawar!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua!

 Tajuk Tanyalah Ustaz pagi kemarin dan pagi ni BERKAT MEMBACA BASMALLAH,memang kebiasaannya setiap pagi lepas solat subuh aku akan bertenggek depan tv hingga pukul 8.00 pagi,barulah aku memulakan tugas harian,sama ada melepak depan skrin komputer atau mengemas rumah. Ikut modlah,kalau rajin aku mengemas dulu. Macam pagi ni layan blog dulu dan update entry ni sambil pasang telinga mendengar Tanyalah Ustaz yang masih bersiaran langsung di tv.

Basmallah sebagai Penawar!
Alkisahnya dua tiga hari ni gigi aku sakit. Gusi dah bengkak dan semalam ubat tahan sakit dah habis. Aku minta my hubby belikan ubat sakit gigi di kedai runcit ja. Ubat cap geraham bila terdesak. Aku makan ubat dulu baru makan nasi. Selepas sejam sakit yang aku tanggung bukan semakin sembuh malahan kesakitannya semakin bertambah. Aku cuba menahan sakit dengan berwajah selamba tapi kesakitan yang semakin berbisa membuatkan aku hampir tak mampu menahannya. Siapa yang pernah mengalami mungkin dapat membayangkannya.

Pukul 12.00 kesakitannya masih terasa. Aku bernekad untuk masuk tidur dan ingin menahan rasa sakit itu. Nak makan ubat lagi takut pula terlebih dos,kang tak masuk wad kecemasan tak pasai- pasai kena tempah batu dua pulak,haih! jangan buat main!

Bila aku cuba menahan,aku rasa bagaikan nak pengsan,memang sakitnya tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata,cakap ja sakit gigi tapi yang berdenyut kesakitan tu seluruh kepala. Kemudian aku teringat dengan kata-kata ustaz pagi kemarin Basmallah sebagai penyembuh.Aku bangun dan ambil segelas air masak,baca basmallah 40 kali dan sepotong doa ''Ya Allah! Sembuhkanlah!'' aku hembus dalam gelas dan minum. Aku tawakkal saja kepada Allah selepas tu. Aku tahu ubat yang kita makan tu cuma perantara ja,yang menyembuhkan ni hanyalah Allah.

Aku kembali masuk tidur, aku baca 14x al-Fatihah macam selalu,1x ayat Qursi,1x Surah Al-Kafirun, 1x surah Al-falaq, 1x Surah an-Nas, 3x surah Al-ikhlas disusuli dengan mengucap dua kalimah shahadah dan doa tidur, selepas tu aku tak tahu bila masa aku terlelap. Bangun pagi ni aku blurr sekejap,semalam aku bermimpi pelik. Aku tak reti nak cerita macam mana,yang aku mampu cerita aku di gigit oleh dua orang lelaki di bahagian muka,kemudian ada seorang lelaki berjubah beri aku air,entahlah air apa,katanya untuk mengurangkan sakit. Aku minum dan terjaga. Selepas beberapa ketika aku masih blank lagi. Mimpi apa ni?

 Azan subuh berkumandang di surau berdekatan, aku baru sedar kesakitan yang aku rasa semalam sudah berkurangan. Selepas mandi dan ambil wudhuk aku ambil lagi segelas air. Kali ni aku baca 44x basmallah dan 1x surah Al-Fatihah dan sepotong doa macam semalam, ''Ya Allah! sembuhkanlah!'' aku hembus dalam air dan minum barulah aku solat subuh. Aku teruskan dengan cara aku sendiri. Macam biasa selepas solat subuh aku baca 3 Qul, 3x berturut-turut dan pagi ni aku tambah sikit. Selepas 3x baca 3 Qul aku hembus di tapak tangan dan sapu ke muka,sampai pada bahagian yang terlalu sakit tu aku jemput dan buang. Aku buat 3x berturut-turut. Kemudian aku baca pula 1x Al-Fatihah dan 3x surah Qursi dan hembus kat tapak tangan,sapu ke muka dan menjemput bahagian yang sakit dan buang pula ke sebelah kiri. Tadi aku jemput buang ke sebelah kanan. Selebihnya aku tawakkal kepada Allah dan Alhamdullillah sakit gigi aku berkurang banyak. Aku tak menderita sakit lagi pagi ni.

Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran itulah penyembuh yang paling mujarab. Allah itu Maha Penyanyang. Dia menguji kita dengan pelbagai cara.Adakalanya kita tak boleh terlalu bergantung dengan ubat-ubat ketika sakit. Pernah sekali satu malam tu aku pening kepala,walau aku pejam mata,tapi rumah bagaikan berpusing. Aku minta my hubby bacakan surah Qursi dan aku sendiri pun membaca beberapa surah dalam hati. Aku terlelap dan keesokan harinya my hubby cerita selepas dia baca surah Qursi untuk aku dia pula yang diganggu. Inilah dia ada pengkianat di antara kita yang kita tak nampak. Aku ni badan lemah dan selalu sakit-sakit. apa lagi 'mereka' pun ambillah kesempatan.

Kata-kata Hikmah Pagi ni,.

Bukan senang nak mendidik hati menjadi baik tapi bila niat nak menjadi jahat, ramai yang akan datang berbisik dan memberikan dorongan dan semangat. Sebagai manusia yang lemah imannya kita mungkin akan tergoda dengan bisikan-bisikan jahat itu. Beswaspadalah dan selalulah bergantung dan memohon dengan Allah agar kita dilindungi dari godaan-godaan makhluk perosak itu.Bertaqwalah dengan Allah! Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Rabu, 13 Ogos 2014

Merajuk? Apalah maknanya!

Sudah tengah malam tapi mata ni masih segar bugar. Teringin pula nak berbicara sendiri. Merajuk! Siapa yang tak pernah merajuk? Zaman kanak-kanak dulu kalau aku merajuk selalu mogok tak nak makan. Kononnya biar mati cepat sebab orang dah tak sayang. Merajuklah katakan!

Bila dah dewasa kalau merajuk aku jadi bisu. Tak ada mod nak bercakap. Kalau cakap juga yang bakal terjadi adalah sebaliknya. Kalau bukan ayat berbisa mesti air mata yang jadi penganti bicara.


Bila dah kawen teringin juga nak merajuk tapi buat penat ja,cik abang tak teringin nak pujuk pun,bak kata orang macam tak ada sensor,.hahaha,.letih merajuk dengan cik abang akhirnya aku pujuk diri sendiri. Dah nasib badan!

Bila buka facebook add kawan-kawan sekolah yang aku kenal. Ramai yang approve dan ada juga yang reject. Bila buka wall mereka masih friend request lagi. Nak merajuklah macam ni. Aku cancel ja friend request. Hahaha,.hodohnya perangai! Bak kata memang aku kuat merajuk,tapi bila aku merajuk aku terjerut hati sendiri.

Merajuk pula dengan anak-anak tapi anak-anak mana faham aku tengah merajuk.Bukan aku semakin terpujuk semakin menjerut rasa lagi ada la. Terpaksa juga aku yang mengalah.Baru-baru ni aku bengang dengan seorang rakan facebook. Gara-gara aku buat status tak mahu friend yang invite game tu hentikanlah invite aku.Aku tak rasa permintaan aku tu kasar tapi tak sangka bagi orang yang membacanya terasa kasar kot? Mulanya aku ingat aku berhak buat status tu,tapi bila ada sorang friend ni siap komen dalam wall dan hantar mesej panjang lebar dalam inbox aku dah mula rasa lain.

Sebenarnya aku tengah bad mood,bila aku bad mood aku tak suka ditegur. Kalau ada yang menegur aku akan jadi egois. Aku tak suka terima sebarang teguran.Kerana game akhirnya aku unfriend dia. Aku memang dah lama privasikan wall aku hanya untuk rakan-rakan saja. Bila aku unfriend dia aku share mesej dia dalam wall,..aik? Dia tahulah sebab selepas tu aku terima lagi mesej dia di inbox. Dia siap tulis lagi,'' 1 lagi mesej untuk awak share dan ada dua mesej dari dia yang seakan menghentam aku balik.


Aku terus buat keputusan untuk aku merajuk dan share satu status:
Aku cakap kalau ada rakan-rakan yang masih ingin menjadi rakan aku boleh add aku di akaun facebook baru aku. Kononnya aku nak deaktivkan facebook tu.Hahahhaa,.korang tau apa yang berlaku? Tak ada seorang pun teman tapi mesra aku dalam akaun facebook lama tu yang add aku.

Sebenarnya aku pun sayang nak deaktiv facebook lama tu,banyak group dan page yang aku perlu uruskan. Akhirnya aku tak jadi merajuk dan tutup akaun tu,aku cuma tukar nama ja. Nak merajuk? Apalah maknanya! Aku juga yang rugi!

Pembaca semua,anda bagaimana pula? Nak merajuk? Ada ke yang tolong pujuk? Bertuahlah anda!!!

Isnin, 11 Ogos 2014

Sedih Bukan Bermakna TAK BAHAGIA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang sudi singgah ke sini,.teringin pula nak berceloteh hari ni,rasanya dah lama tak update entry terbaru. Ramadhan sudah berlalu,Syawal juga bakal berlalu dan usia semakin hari semakin berganjak.

Bulan Ramadhan yang lalu aku berhenti menulis,bukan bermakna aku buat amal sangat pun,.aku taklah alim sangat tapi rasanya Allah memang nak bagi cuti untuk aku. Kebetulan sebelum Ramadhan wifi kami terkena ribut petir dan rosak. Bulan Ramadhan berlalu tanpa line internet dan aku memang malas nak mengadap komputer. Aku berfikiran positif,ada hikmah disebalik kejadian. Allah memang nak aku tumpukan perhatian dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan yang penuh rahmat.

SEDIH BUKAN BERMAKNA TAK BAHAGIA!

Aku pilih tajuk ni sebab,sejak akhir-akhir ni aku banyak menangis tapi bukan bermakna aku tak bahagia. Kebiasaannya aku menulis berdasarkan pengalaman dan tajuk yang aku beri juga berdasarkan pengalaman. Aku menangis mengenangkan dosa-dosa semalam. Betapa kerdilnya ku rasakan dan betapa lemahnya imanku yang sering terleka dan terlalai dalam mengerjakan suruhan-NYA.

Adakalanya hatiku dilanda hiba tanpa sebab. Menangis tanpa sebab yang ku ketahui. Rasa bersalah,rasa berdosa dan minda bercelaru. Aku cuba positif dan menganggap ini semua sebagai hikmah yang belum aku nampak,.dan setiap kali aku dalam kesedihan,aku cuba lari dari kesedihan itu dengan menaip dan berimaginasi. Di kala aku dilanda kemurungan dan hiba sendiri ,aku cuba mencipta imaginasi kebahagiaan. Aku cuba membayangkan suasana ceria yang tak pernah aku lalui. Aku kesepian dan bayangan yang ku inginkan adalah keriuhan bila berkumpul dengan sanak saudara. Bila aku rasa terlalu bahagia aku jadi takut aku terlupa dengan hakikat kehidupan yang ibarat roda. Aku cuba bayangkan pula hidupku yang dilambung derita. Bila aku rasakan perlu,aku imbas semula kenangan silam yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Hidupku yang sentiasa sepi tanpa teman bicara untuk berkongsi rahsia hati menjadikan imaginasi teman setiaku. Namun dalam kesepian ini Allah anugerahkan sesuatu buatku. Sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama pembaca yang sudi singgah ke blogku. Aku imaginasikan rasa bahagia dan sedihku dalam setiap cerita. Tunggukan tiga buah cerpen yang bakal menyusul,tapi aku tak berani jamin akan siap dalam masa terdekat kerana mod menulis aku ibarat air pasang yang ada pasang surutnya.

Tunggukan All in one,.Kita pun Bersatu yang telah dikumpulkan semua watak cerpen terpilih di dalamnya. Kau Pergi Tak Kembali,.penderitaan seorang isteri yang diabaikan suami,.dan Sebuah Kehidupan,.100% kisah benar yang di olah ceritanya kembali. Di olah mengikut kesesuaian masa dan keadaan,. Anak kami anak orang juga,.

Mod menulisku yang pasang surut ini adakala aku kagumi. Pernah menyiapkan sebuah kehidupan dalam masa 12 jam dan cerpen orang gaji 2 dalam masa 2 hari tapi bila mod menulis surut ia bagaikan air laut yang mati,.diam tak terusik berminggu atau berbulan lamanya,.haipp,.

Walau apa pun tolong doakan hamba Allah ini mampu menghabiskan apa yang ada sebelum nafas ini terhenti. Tak mahulah meninggalkan dunia yang fana ini dengan kerja yang terbengkalai,.ibarat hasrat yang tak kesampaian.

Aku sudahi dengan Wassalam,.Terima Kasih sudi singgah! :D