Nuffnang

Isnin, 11 Ogos 2014

Sedih Bukan Bermakna TAK BAHAGIA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang sudi singgah ke sini,.teringin pula nak berceloteh hari ni,rasanya dah lama tak update entry terbaru. Ramadhan sudah berlalu,Syawal juga bakal berlalu dan usia semakin hari semakin berganjak.

Bulan Ramadhan yang lalu aku berhenti menulis,bukan bermakna aku buat amal sangat pun,.aku taklah alim sangat tapi rasanya Allah memang nak bagi cuti untuk aku. Kebetulan sebelum Ramadhan wifi kami terkena ribut petir dan rosak. Bulan Ramadhan berlalu tanpa line internet dan aku memang malas nak mengadap komputer. Aku berfikiran positif,ada hikmah disebalik kejadian. Allah memang nak aku tumpukan perhatian dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan yang penuh rahmat.

SEDIH BUKAN BERMAKNA TAK BAHAGIA!

Aku pilih tajuk ni sebab,sejak akhir-akhir ni aku banyak menangis tapi bukan bermakna aku tak bahagia. Kebiasaannya aku menulis berdasarkan pengalaman dan tajuk yang aku beri juga berdasarkan pengalaman. Aku menangis mengenangkan dosa-dosa semalam. Betapa kerdilnya ku rasakan dan betapa lemahnya imanku yang sering terleka dan terlalai dalam mengerjakan suruhan-NYA.

Adakalanya hatiku dilanda hiba tanpa sebab. Menangis tanpa sebab yang ku ketahui. Rasa bersalah,rasa berdosa dan minda bercelaru. Aku cuba positif dan menganggap ini semua sebagai hikmah yang belum aku nampak,.dan setiap kali aku dalam kesedihan,aku cuba lari dari kesedihan itu dengan menaip dan berimaginasi. Di kala aku dilanda kemurungan dan hiba sendiri ,aku cuba mencipta imaginasi kebahagiaan. Aku cuba membayangkan suasana ceria yang tak pernah aku lalui. Aku kesepian dan bayangan yang ku inginkan adalah keriuhan bila berkumpul dengan sanak saudara. Bila aku rasa terlalu bahagia aku jadi takut aku terlupa dengan hakikat kehidupan yang ibarat roda. Aku cuba bayangkan pula hidupku yang dilambung derita. Bila aku rasakan perlu,aku imbas semula kenangan silam yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Hidupku yang sentiasa sepi tanpa teman bicara untuk berkongsi rahsia hati menjadikan imaginasi teman setiaku. Namun dalam kesepian ini Allah anugerahkan sesuatu buatku. Sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama pembaca yang sudi singgah ke blogku. Aku imaginasikan rasa bahagia dan sedihku dalam setiap cerita. Tunggukan tiga buah cerpen yang bakal menyusul,tapi aku tak berani jamin akan siap dalam masa terdekat kerana mod menulis aku ibarat air pasang yang ada pasang surutnya.

Tunggukan All in one,.Kita pun Bersatu yang telah dikumpulkan semua watak cerpen terpilih di dalamnya. Kau Pergi Tak Kembali,.penderitaan seorang isteri yang diabaikan suami,.dan Sebuah Kehidupan,.100% kisah benar yang di olah ceritanya kembali. Di olah mengikut kesesuaian masa dan keadaan,. Anak kami anak orang juga,.

Mod menulisku yang pasang surut ini adakala aku kagumi. Pernah menyiapkan sebuah kehidupan dalam masa 12 jam dan cerpen orang gaji 2 dalam masa 2 hari tapi bila mod menulis surut ia bagaikan air laut yang mati,.diam tak terusik berminggu atau berbulan lamanya,.haipp,.

Walau apa pun tolong doakan hamba Allah ini mampu menghabiskan apa yang ada sebelum nafas ini terhenti. Tak mahulah meninggalkan dunia yang fana ini dengan kerja yang terbengkalai,.ibarat hasrat yang tak kesampaian.

Aku sudahi dengan Wassalam,.Terima Kasih sudi singgah! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.