Nuffnang

Sabtu, 16 Ogos 2014

Basmallah Sebagai Penawar!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua!

 Tajuk Tanyalah Ustaz pagi kemarin dan pagi ni BERKAT MEMBACA BASMALLAH,memang kebiasaannya setiap pagi lepas solat subuh aku akan bertenggek depan tv hingga pukul 8.00 pagi,barulah aku memulakan tugas harian,sama ada melepak depan skrin komputer atau mengemas rumah. Ikut modlah,kalau rajin aku mengemas dulu. Macam pagi ni layan blog dulu dan update entry ni sambil pasang telinga mendengar Tanyalah Ustaz yang masih bersiaran langsung di tv.

Basmallah sebagai Penawar!
Alkisahnya dua tiga hari ni gigi aku sakit. Gusi dah bengkak dan semalam ubat tahan sakit dah habis. Aku minta my hubby belikan ubat sakit gigi di kedai runcit ja. Ubat cap geraham bila terdesak. Aku makan ubat dulu baru makan nasi. Selepas sejam sakit yang aku tanggung bukan semakin sembuh malahan kesakitannya semakin bertambah. Aku cuba menahan sakit dengan berwajah selamba tapi kesakitan yang semakin berbisa membuatkan aku hampir tak mampu menahannya. Siapa yang pernah mengalami mungkin dapat membayangkannya.

Pukul 12.00 kesakitannya masih terasa. Aku bernekad untuk masuk tidur dan ingin menahan rasa sakit itu. Nak makan ubat lagi takut pula terlebih dos,kang tak masuk wad kecemasan tak pasai- pasai kena tempah batu dua pulak,haih! jangan buat main!

Bila aku cuba menahan,aku rasa bagaikan nak pengsan,memang sakitnya tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata,cakap ja sakit gigi tapi yang berdenyut kesakitan tu seluruh kepala. Kemudian aku teringat dengan kata-kata ustaz pagi kemarin Basmallah sebagai penyembuh.Aku bangun dan ambil segelas air masak,baca basmallah 40 kali dan sepotong doa ''Ya Allah! Sembuhkanlah!'' aku hembus dalam gelas dan minum. Aku tawakkal saja kepada Allah selepas tu. Aku tahu ubat yang kita makan tu cuma perantara ja,yang menyembuhkan ni hanyalah Allah.

Aku kembali masuk tidur, aku baca 14x al-Fatihah macam selalu,1x ayat Qursi,1x Surah Al-Kafirun, 1x surah Al-falaq, 1x Surah an-Nas, 3x surah Al-ikhlas disusuli dengan mengucap dua kalimah shahadah dan doa tidur, selepas tu aku tak tahu bila masa aku terlelap. Bangun pagi ni aku blurr sekejap,semalam aku bermimpi pelik. Aku tak reti nak cerita macam mana,yang aku mampu cerita aku di gigit oleh dua orang lelaki di bahagian muka,kemudian ada seorang lelaki berjubah beri aku air,entahlah air apa,katanya untuk mengurangkan sakit. Aku minum dan terjaga. Selepas beberapa ketika aku masih blank lagi. Mimpi apa ni?

 Azan subuh berkumandang di surau berdekatan, aku baru sedar kesakitan yang aku rasa semalam sudah berkurangan. Selepas mandi dan ambil wudhuk aku ambil lagi segelas air. Kali ni aku baca 44x basmallah dan 1x surah Al-Fatihah dan sepotong doa macam semalam, ''Ya Allah! sembuhkanlah!'' aku hembus dalam air dan minum barulah aku solat subuh. Aku teruskan dengan cara aku sendiri. Macam biasa selepas solat subuh aku baca 3 Qul, 3x berturut-turut dan pagi ni aku tambah sikit. Selepas 3x baca 3 Qul aku hembus di tapak tangan dan sapu ke muka,sampai pada bahagian yang terlalu sakit tu aku jemput dan buang. Aku buat 3x berturut-turut. Kemudian aku baca pula 1x Al-Fatihah dan 3x surah Qursi dan hembus kat tapak tangan,sapu ke muka dan menjemput bahagian yang sakit dan buang pula ke sebelah kiri. Tadi aku jemput buang ke sebelah kanan. Selebihnya aku tawakkal kepada Allah dan Alhamdullillah sakit gigi aku berkurang banyak. Aku tak menderita sakit lagi pagi ni.

Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran itulah penyembuh yang paling mujarab. Allah itu Maha Penyanyang. Dia menguji kita dengan pelbagai cara.Adakalanya kita tak boleh terlalu bergantung dengan ubat-ubat ketika sakit. Pernah sekali satu malam tu aku pening kepala,walau aku pejam mata,tapi rumah bagaikan berpusing. Aku minta my hubby bacakan surah Qursi dan aku sendiri pun membaca beberapa surah dalam hati. Aku terlelap dan keesokan harinya my hubby cerita selepas dia baca surah Qursi untuk aku dia pula yang diganggu. Inilah dia ada pengkianat di antara kita yang kita tak nampak. Aku ni badan lemah dan selalu sakit-sakit. apa lagi 'mereka' pun ambillah kesempatan.

Kata-kata Hikmah Pagi ni,.

Bukan senang nak mendidik hati menjadi baik tapi bila niat nak menjadi jahat, ramai yang akan datang berbisik dan memberikan dorongan dan semangat. Sebagai manusia yang lemah imannya kita mungkin akan tergoda dengan bisikan-bisikan jahat itu. Beswaspadalah dan selalulah bergantung dan memohon dengan Allah agar kita dilindungi dari godaan-godaan makhluk perosak itu.Bertaqwalah dengan Allah! Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.