Benarkah dugaanku ini? Sejak akhir-akhir ini mindaku banyak bermain dengan persoalan. Aku menulis melalui pengalaman sendiri dan cerita yang aku dapat dari orang lain. Pengalaman aku ketika remaja. Masa tu ke mana saja aku pergi, aku akan naik bas. Setiap kali naik bas aku akan terserempak dengan budak-budak sekolah. Sudah banyak kali mereka meminta tolong aku untuk menekan loceng. ''Mak cik! tolong tekan loceng sat!'' lebih kurang macam ni la mereka cakap kat aku. Sedangkan ketika itu umur aku baru 17-18 tahun, cuma aku punya dressing macam orang tua agaknya. Pakaianku ketika itu berbaju kurung longgar dan bertudung biasa. Mungkin ala-ala mak cik jadi aku mungkin nampak lebih tua dari usia sebenar.
Selepas SPM aku kerja sementara di kilang. Dressing aku macam biasa, berbaju kurung dan bertudung. Ramai dari pekerja kilang memanggil aku kakak hingga suatu hari mereka bertanya umurku.
'' Kak Tun umur berapa?''
''Tengah tunggu result SPM''
''Baru 17 tahun ka?'' mereka bertanya dengan suara terkejut. Aku hanya mengangguk.
Banyak lagi yang menilai rupa yang tersalah mengagak umurku. Contohnya suatu hari seorang mak cik yang begitu bergaya menaiki teksi denganku. Aku agak umurnya mungkin sudah mencecah 50-an sedangkan umurku ketika itu baru 28 tahun. Mak cik tu mungkin lebih bergaya dariku dengan lipstik merah dibibirnya sedangkan wajahku nampak pucat tanpa sebarang make-up. Bila aku panggil dia mak cik, wajahnya terus berubah dan kemudian dia memanggil aku kakak. Hahaha,.aku tak nafikan, selain wajah tanpa make-up aku juga sudah berbadan besar ketika itu. Setiap kali mengalami situasi yang sama baru aku sedar penampilan juga penting bila kita berada di khalayak ramai. Namun aku juga punya prinsip sendiri, biarlah manusia manilai aku sesedap rasa, yang penting penilaian Allah terhadapku. Mungkin sebab itu aku tak pernah mengubah penampilanku. Bagiku selagi suami disisi tak pernah merungut, aku akan kekalkan imej serabut ni. Hahaha,.ni alasan orang yang malas nak berubah,jangan sesekali tiru tau!
Penilaian seterusnya,.setiap kali masuk hospital doktor akan speaking depan pesakit kampung macam aku ni. Mereka rasa aku tak faham apa mereka kata,.haaa,..aku memang tak faham pun! Ekekeke,.tapi pernah satu kali tu bila doktor pelatih mengutuk angota tubuhku dalam bahasa inggeris di depanku. Hai cik kak! tahulah awak tu doktor pun. Ada PHD janganlah dok berhasad dengki dengan anggota tubuh aku pulak. Semua yang aku miliki luar dan dalam ni adalah anugerah Allah. Cik kak ingat bila cik kak dah speaking depan aku macam tu, aku tak faham ka? Cik kak bukan kutuk aku tau. Cik kak sedang kutuk Allah tu. Cik kak tak sedar ka? Oh! Mungkin sebab cik kak dah bijak sangat jadi cik kak lupa ya, apa yang kita punya semuanya pemberian Allah? Tu dia,.ni baru sikit. Berpuluh kali masuk hospital, kalau nak cerita betapa aku dinilai memang tak tercerita agaknya. Kesimpulannya senang cerita, tak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan manusia yang berpelajaran itu adakalanya mereka juga tetap tersalah menilai orang lain.
Ni pula cerita orang kaya dianggap miskin dan orang sederhana berlagak terlebih kaya. Opppss,..jangan marah haa,.ini sekadar perkongsian biasa saja. Bukan niat nak mengutuk pun tapi sekadar untuk renungan bersama. kita ni kaya atau miskin semuanya hamba pada Allah yang satu. Janganlah selalu menilai orang lain berdasarkan pandangan mata kasar kita.
Kisah ini diceritakan seseorang kepadaku. Orang ni orang felda dan dia berjaya menjadi anak felda cemerlang. Dia dah ada perniagaan sendiri. Bisnesnya cukup berjaya. Punya van,kereta,lori dan beberapa buah motor. Suatu hari dia ke pekan sehari dengan gaya santai, ala-ala orang kampung yang tak berduit. Aku kenal dengan dia yang memang tak suka nak berlagak dan tak sombong. Dia sentiasa merendah diri dan bercakap lembut dengan semua orang.
Bila dia membelek kasut yang dijual dengan harga ratusan ringgit si penjual menegur dia.
''Abang! kasut tu brand mahal tu. Rm300 sepasang. Ori ni bang!'' dia hanya tersenyum sambil terus membelek lagi. Si penjual sudah tidak senang duduk. Entah apa yang ada di fikirannya. Mungkin dia menyangka orang di depannya ini tidak berduit. Dari nada suaranya dapat dibuat kesimpulan dia tidak selesa dengan si pembeli di depannya.
Orang felda tadi berkenan dengan sepasang kasut lalu mengeluarkan duitnya yang banyak. Di depan peniaga tadi dia sengaja menayangkan duitnya itu. Terdiam peniaga tersebut. Aku yang mendengar cerita juga rasa teruja dan tertanya-tanya. Kalau cerita ini benar, siapa yang tersalah menilai sebenarnya? Si pencerita atau si peniaga? Haha,.aku pun kompius balik.
Satu cerita lagi pengalaman aku sendiri. Aku di ajak oleh seseorang pergi ke suatu tempat dengan mereka menaiki kereta mercedes. Aku kenal mereka sejak kecil lagi. Mereka taklah kaya mana tapi si suami memang suka melaram dengan kereta mewah. Habis hutang dibayar, dia akan mencuba kereta mewah yang lain pula. Aku tak mau cerita perihal lagaknya tapi aku nak cerita kisah yang aku ada bersama mereka ni. Bila kami dalam perjalanan pulang si suami berhenti di depan gerai menjual buah. Isteri tak turun membeli malahan hanya memberi arahan dari dalam kereta. Hari sudah malam tapi aku yakin tak ada hujan pun di luar tu. Aku tergaman seketika. Penilaian aku? Aku pun tak tahu macam mana nak menilai. Hanya melihat gelagat suami isteri ni dalam rasa keliru yang teramat. Duit berbaki membeli buah-buahan hanya seposen. Isteri cakap sedekahkan saja. Seposen ja pun! Suami pula kata seposen pun duit juga! Hah! aku bertambah bingung jadinya. Terpulang kepada pembaca nak menilainya tapi aku ingin sangat tahu apa penilaian peniaga gerai buah itu terhadap pasangan suami dan isteri ini. Apa yang mereka fikir agaknya ya?
Baru-baru ni aku pergi ke farmasi. Selalunya aku kirim ubat kepada suami sebab aku malas nak pergi sendiri. Aku pun dah jemu nak pergi buat chek-up di hospital Agaknya doktor pun jemu nak tengok muka aku ni? Hahaha,.agaknyalah, sebab aku ni dulu kerap sangat masuk wad kecemasan. Dan,.paling aku tak suka bila kena bebel dengan doktor, bla,bla kat aku sebab aku obesiti,.kuang,kuang,.pernah sekali tu seorang doktor menyarankan agar aku menurunkan berat badan tanpa disedari oleh aku doktor tu bertubuh lagi besar dari aku. Nak dikatakan aku dengan doktor tu 2x5 ja, sama-sama berbadan besar. Aku hanya perasan bila doktor tu sendiri menyebutnya. Haha,.aku tak mampu menyembunyikan senyum.
Berbalik pada cerita tadi. Bila ubat yang suamiku beli tak mampu membuatkan aku sembuh, aku nekad nak pergi sendiri. Mungkin suamiku dah tersalah ambil ubat dan tak sesuai dengan penyakit aku. Bila aku memberitahu pembantu farmasi ubat apa yang aku nak, mereka menyarankan aku berjumpa dengan doktor pemilik farmasi terlebih dahulu. Sesuatu yang tak pernah ku duga, rupanya di farmasi pun aku kena smash dengan nasihat-nasihat kesihatan. Kebanyakan yang doktor beritahu aku memang sudah aku agak seperti ketidakseimbangan hormon bila usia semakin meningkat. Masalah monopos dan berat badan yang berlebihan, juga kerja-kerja yang semakin kurang dilakukan. Akhirnya doktor memberi aku tiga jenis ubat batuk. Ubat batuk berupa pil, pil alahan batuk dan ubat batuk air. Erkk,.apa kena mengena hormon dalam penyakit ni sedangkan aku juga memberitahu tentang masalah period dan sakit sendi yang aku alami. Hahaha,.doktor nak aku sembuh batuk terlebih dahulu, sedangkan masalah period dan sakit sendi itulah yang lebih membimbangkan aku.
Kemudian aku ingin membeli minuman kesihatan yang selalu di iklankan di radio. Minuman kesihatan yang berunsurkan serat untuk mencuci usus dari segala bahan buangan termasuk kolesterol dan lemak. Bukan niat minum untuk diet pun, tapi memandangkan sejak remaja, aku memang ada masalah penghadaman. Kadang-kadang perut aku meradang. Dah banyak aku cuba produk kesihatan tapi selalunya aku terpaksa hentikan sebab tak mampu nak menanggung kos. Bayangkan produk terbaru yang aku beli ni harganya 20 bungkus sudah rm55.00. Aku mana kerja, harap suami saja nak menghulur setiap bulan. Kesian pula kepada encik suami. Barang-barang pun dah naik harga melambung tingginya. Ada rm banyak aku beli la, tapi selalunya aku selalu utamakan yang lebih penting dahulu. Opppsss,..terlari tajuk la pulok!
Kami ke farmasi yang lain pula untuk membeli minuman kesihatan ini. Di luar kotak sah-sah tertulis orang yang ada sakit buah pinggang dilarang mengambilnya. Pekerja farmasi berkali-kali mengingatkan aku perihal sakit buah pinggang tersebut. Aku pun cuak juga jadi untuk menyedapkan hati sendiri berulang kali juga aku berkata kepada pekerja farmasi itu '' Tak penah lagi pun chek buah pinggang, ada ka tak sakit buah pinggang ni'' aku berkata sambil berfikir sendiri. Aku bebas penyakit buah pinggang kot? Hahaha,.pekerja farmasi tu nak membuat penilaian macam mana agaknya? Mungkin dia fikir 'mak cik ni nak buat lawak tak kena tempat la!'
Selepas tu kami singgah di kedai telefon kerana henpon aku dah banyak hari galerinya tak boleh di buka. Tokey kedai cuba membantu apa yang patut. Bila tak berjaya memulihkannya seperti sedia kala, dia berkata-kata kepada anakku yang pergi bersama. Dia suruh formatkan memori menerusi komputer. Dari sini aku dapat agak, dia menilai mak cik seperti aku ni tak tahu nak buat sendiri. Hahaha,.agaknya sebab tu la, walau aku terpacak juga di depan dia tapi kata-kata dia ditujukan untuk anak aku yang berusia 17 tahun walau ada yang pernah cakap dia dah berusia 20 tahun. Nampaknya anak daraku pun bakal senasib denganku bila ada yang menganggap dia lebih tua dari usia sebenar. Aku berbadan kecil ketika remaja cuma dressing aku lebih kepada 'mak cik'. Anak aku juga tak mengikut fesyen semasa tapi dia juga berbadan besar dan lebih tinggi dariku. Huh! mungkin nasibnya lebih mencabar dari aku? Selalu aku katakan kepadanya, Biar orang menilai kita apa adanya, tapi jangan buat Allah menilai kita sebagai hambanya yang tak reti nak bersyukur dengan pemberiannya. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang tak elok itu kitalah penyebabnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.