Nuffnang

Rabu, 14 Januari 2015

K-Pop Punya Angkara!

Fuhhh!,.terkejut besar aku bila melihat ramai rakan-rakan facebookku mula memaki hamun, bodoh dan sebagainya angkara trajedi gadis-gadis melayu kita yang bertudung memeluk dan dipeluk oleh artis K-Pop.
Apa yang menyedihkan aku ialah bila mak bapak gadis-gadis remaja tersebut turut dijadikan sasaran maki hamun. Untuk mengetahui kisah lanjut, aku pun terjah blog-blog terbabit dan menonton sendiri video tu dan membaca artikalnya.

 Ya Allah! Anak-anak remaja kita yang terlalu taksub dengan artis pujaan sudah terperangkap dengan sikap seperti itu. Yang menjadi hal, bila kejadian itu berlaku di depan umum yang berkemungkinan terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Persoalan aku kenapa gadis remaja melayu yang bertudung ini yang terpilih naik ke atas pentas? Pasti ada sebabnyakan??

Kadang-kadang aku ingin menyelami apa yang mereka fikirkan ketika itu. Seronok? Berbangga atau bagaimana? Bila kejadian ini sudah tersebar luas aku jadi takut dan menunjukkan video itu untuk ditonton oleh anakku yang juga taksub dengan K-Pop ini. Aku siap bagi warning lagi,.jangan sampai jadi macam tu!

Sebenarnya,.setiap kali solat aku sering berdoa agar Allah bolak-balikkan hati anakku dari menyukai k-pop beralih membencinya terus. Biarlah dia hanya mencintai Al-Quran dan berusaha membaca terjemahan Al-Quran pula. Tiada faedahnya langsung meminati k-pop ni.Pernah aku menegurnya bila melihat dia terlalu asyik melayan show k-pop dalam netbooknya. Kataku '' Glamer terra mana pun depa tu,.esok masuk neraka jugak,.kecualilah kalau Allah bagi Hidayah kat depa dan depa sempat masuk Islam sebelum mati!''

Sejujurnya,.aku takut benar bila menyaksikan video gadis-gadis bertudung tu,.Aku harap anakku takkan seteruk tu. Aku sedih juga membaca tohmahan masyarakat Malaysia yang rata-ratanya orang melayu yang sakan mengutuk tu. Dah lama aku perhatikan industri perfileman di Malaysia ni. Lagi teruk aku rasa tapi tak pulak dikomen orang. Kalau ada pun tak kedengaran begitu ketara. Mungkin hanya merungut di belakang tabir?

Kadang-kadang aku cuba juga menyelami hati anak remajaku dengan melayan show-show mereka tu. Apa yang bestnya? Artis lelaki pun pakai make-up segalanya. Artis wanita pula kebanyakan tarian mereka begitu menghairahkan. Tak kurang juga artis lelaki  yang rata-ratanya macam 'lembut' ja. Tak faham aku! Di mana yang syok sangat tu? Cute? Comei? Ahhh,..k-pop punya angkara! Aku pun macam dah kena virus pula,.gatai jugak nak buat entry pasai depa. Huh!

Okey! Dalam banyak-banyak yang aku tonton,.satu ja aku boleh puji orang korea ni,..mereka cukup hormat dengan orang yang lebih tua dari mereka. Aku peminat running man walau bukan peminat tegar. Sekadar mencuri masa menontonnya bila aku stress kerana tiada kerja atau tiada idea. Orang kata sekadar menonton untuk menghilangkan lelah perasaan. Hanya running man yang aku layan. Kalau aku layan drama atau filem,.yang tu sekadar nak ambil tahu apa yang anakku tonton ja. Dalam netbook dia tu berlambak gambar korea. Macam nak delete ja semuanya tapi aku tak mahu buat macam tu. Aku selalu berdoa pada Allah agar dia membenci semua tu dan dia akan delete dengan sendirinya. Aku tahu Allah mendengar doaku. Mudahan doaku ni akan termakbul sedikit demi sikit. Aku akan beri peluang untuknya selagi dia belum matang sepenuhnya. Aku pun pernah remaja dulu. Aku tahu remaja seperti dia takkan suka dipaksa. Biar segalanya terjadi secara semulajadi dari dalam jiwanya Hanya kepada Allah aku mampu memohon pertolongan!

Err,.dulu aku peminat drama korea juga,.ketika tu drama yang paling popular seperti Winter Sonata,Full House, Only You dan sebagainya lagi. Umur muda lagi masa tu,.era 20-30an. Tak hairanlahkan kalau layan drama romantik macam tu. Alah!,.aku kenal seorang ustazah yang mengajar kelas KAFA juga suka layan drama korea ketika tu. Sekarang ni umur aku dah masuk 40-an pun. Drama dan filem ni dah malas aku nak layan. Bukan saja drama korea, drama melayu pun aku dah muak sangat dah. Filem hindi yang aku tak pernah mis dulu pun, aku dah tak hingin nak tengok, mungkin kerana umur yang semakin tua jadi jiwa pun banyak yang sudah berubah. Katakan tidak pada filem dan drama-drama merapu macam tu! Cehh! Ayat tak boleh blah sudah keluar. Tapi memang itulah hakikatnya. Aku dah malas nak mengadap tv,.kalau tengok pun aku 'pilih kasih' juga siarannya.

Sudahlah! Kerana k-pop punya angkara aku sudah menulis entry ni. Aku bersyukur sangat bila umur berubah,.selera aku pun banyak dah berubah,.yang aku takut,.kalau umur semakin tua,.tapi sikap dok macam tu jugak! Tolong doakan ya,.mudahan doaku akan dimakbulkan dan rancangan-rancangan yang tidak sepatutnya ditayangkan di skrin tv Malaysia kita akan diharamkan terus! Bagi aku kalau orang korea yang bukan Islam tu buat hal yang bukan-bukan aku tak kisah pun tapi yang aku heran bila orang melayu yang beragama Islam pun nak tiru lakonan mereka yang bukan Islam,.tu yang malas nak layan tu.

Sekian,.Terima Kasih sudi singgah!
Nota kaki : Tunggukan cerpen seterusnya yang baru ada tajuk,.
Takdir Penentu Segalanya,.tema kekeluargaan,.cinta ada sikit kot,.perpisahan itu pasti ada hikmahnya,.belum mula tapi dah ada plot cerita dalam minda,.baru nak berangan jer,..hahaha,.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.