Bila
anakku anak orang juga adakalanya akan timbul kenyataan yang sangat kejam bagi
kami. Suatu hari yang indah sikecil bertanya padaku disaksikan suamiku yang
juga ada bersama kami ketika itu.
‘’Mak!
Mak beranak dari perut mak Ani ka?’’ aku tak tahu kenapa soalan itu yang akan
keluar dari bibirnya. Mak Ani adalah kakak satu ibu denganku yang telah
membesarkan aku sejak aku berusia tujuh tahun. Bila aku sakit dan kerap
dimasukkan ke hospital dia dan anak-anaknya mengambil alih menjaga si kecil dan
menyuruh sikecil memanggilnya mak Ani.
‘’Bukanlah! Mak Ani dengan mak dua beradik. Mak dengan mak Ani satu
mak.’’ Aku menjawab jujur dengan sikecil, kemudian terlintas di mindaku untuk mengajukan
soalan yang sama pada si kecil.
‘’Sapa yang beranak kat adik? Mak mana?’’ aku tanya begitu sekadar
menguji pengetahuannya. Aku tahu setiap kali aku bertanya begitu jawapannya
adalah aku dan aku dah banyak kali bagitau dia siapa ibu kandungnya. Sekarang
usianya baru enam tahun, aku nak pastikan dia tahu sebelum usianya mencecah
usia baligh dan tahu siapa dirinya.
‘’Mak
la!’’ seperti yang aku duga dia menjawab dengan yakin sekali. Aku pandang
wajahnya dan pandang sekilas ke arah suamiku.
‘’Adik tak tau lagi ka? Mak yang beranak kat adik ada di Selangor. Mak
adik nama ........, ayah adik nama ......,.adik ada adik nama ....?’’ aku
memberitahunya dengan jujur dan memandang tepat ke wajahnya. Ternyata walau
baru berusia enam tahun raut wajahnya telah berubah dengan kenyataan yang baru
aku ungkapkan.
‘’Mak
beranak kat sapa?’’ si kecil bertanya lagi. Aku terus-terusan memandang ke
wajahnya dan berniat untuk menjawab semua persoalannya sejujurnya tanpa
berselindung sedikit pun.
‘’Mak beranak kat kakak sorang ja. Yang beranak kat adik bukan mak,
bukan mak Ani atau pun ibu(ibu adalah anak saudaraku) adik,.’’ Aku tak pernah
berkalih ke arah lain. Aku cuba membaca isi hati si kecil dengan memandang
tepat ke arahnya. Aku dapati wajahnya berubah mendung. Ya Allah! Fahamkah si
kecilku apa yang sedang aku terangkan padanya?
‘’Adik ingat tak dengan Acik Alif. Kita pi rumah depa, lepas tu adik
duduk atas Acik Alif sampai dia reyau?’’ aku cuba mengembalikan ingatannya ke
masa lampau, beberapa tahun yang lalu bila kali pertama aku membawa dia ke
rumah keluarga kandungnya. Dia tak mengangguk dan tak juga mengeleng, mungkin
sedang memikirkan atau cuba mengingatinya.
‘’Acik Alif tu besar mana?’’ bila soalan itu yang ditanya aku sedar,
ternyata dia sudah lupa. Aku pun tak pasti berapa umurnya ketika itu.
‘’Tua setahun dari adik, tahun ni adik dah enam tahun, Acik Alif dah
tujuh tahun. Acik Alif tu pak menakan adik.’’ Si kecil terus terdiam lama. Aku
tak dapat menyelami hatinya. Kalau boleh aku ingin baca mindanya tapi apakan
dayaku.
Bila perbualan aku dan si kecil tamat dan si kecil keluar untuk ke kedai
bersama kakaknya aku berkata pada suamiku. Ketika itu sudah masuk waktu zohor dan
suamiku sedang mandi. Aku pula menunggu giliran untuk masuk ke bilik air
mengambil wuduk. Sambil menunggu aku berbual dengan suamiku.
‘’Budak kecil pun pandai sentap jugak na? Muka adik berubah jugak
tadi.’’ Aku suarakan isi hati pada suamiku. Sekadar ingin mendengar pendapat
dia pula.
‘’Dia dah besar dah. Dia pun ada perasaan. Kesian pulak tengok dia,..’’
aku mengeluh perlahan. Ya! Memang kesian tapi kenyataan memang pahit dan kejam
dan aku pasti sangat kenyataan yang baru aku ungkapkan kedengaran sangat kejam
untuknya.
‘’Takpa! Bagitau sementara dia masih kecik, dah besar esok lagi payah
nak cakap. Biar dia tau la,.biar dia belajar terima kenyataan sekarang,.’’ Aku
berkata yakin sedangkan hati aku juga sebenarnya turut berantakan.
Ya
Allah! Berikan si kecilku ketabahan untuk menerima kenyataan ini dengan hati
yang lapang dan bantulah dia menjadi hambaMU yang sentiasa Redha dengan
ketentuan takdirMU.
Dan aku sempat menangis seketika bila mengingati
nasib si kecilku.
Adik!
Walau bukan mak yang melahirkan adik tapi adik kena
tahu adik adalah permata buat mak dan ayah. Kami tak pernah membezakan adik
dengan kakak. Keduanya kami layan sama rata. Kalau salah kami marah, kalau buat
baik kami tetap akan puji. Adik jangan pernah rasa tersisih kerana kasih sayang
mak dan ayah tak pernah ada kurang dan lebihnya buat kakak atau pun adik.
Maafkan mak dan ayah kalau adik atau pun kakak rasa kami ni tidak adil.
Fahamilah kami kerana kami juga manusia biasa yang banyak kekurangannya.
Adik!
Kasih sayang memang sukar untuk diungkapkan dengan
kata-kata tapi kami ungkapkan rasa kasih dan sayang kami dalam setiap doa yang
kami pohonkan. Adik dan kakak adalah penawar buat kami. Tiada istilah anak
kandung atau pun anak angkat. Bagi kami adik dan kakak adalah anak emak dan ayah.
Jadilah anak yang soleh dan sentiasa mendengar kata orang tua. Adik bertuah
kerana menjadi rebutan dan ramai orang sayangkan adik. Ingatlah,.walau apa pun
yang adik hadapi Allah sentiasa ada di sisi adik dan kasih sayang Allah lebih
banyak berbanding orang lain di atas muka bumi ini.