Nuffnang

Rabu, 16 Disember 2015

Bertabah Menghadapi cobaan

Bulan ini adalah bulan kesabaran bagiku. Hujung tahun yang memerlukan banyak modal untuk melengkapkan persekolahan anak-anak untuk tahun hadapan. Namun dalam kesibukan itu diriku diuji.

Bermula dengan wifi yang rosak sejak bulan lepas, kemudian disusuli dengan komputer yang down dan seterusnya telefon bimbit yang turut meragam.

Dalam zaman siber ini semua ini diperlukan apatah lagi bila kerjaya menulis ini sudah kujadikan hobi di waktu lapang. Ibaratnya ketiga-tiga benda yang meragam serentak ini amat aku perlukan dalam hidupku

Walau aku sering memujuk hati agar redha dengan semua ini namun adakalanya aku mengeluh juga bila tak dapat berimaginasi seperti biasa. Bila tak dapat berblogger dengan bebas. Hati tetap merintih tak puas hati. Hari-hari aku menyuruh enchek hubby pergi melihat komputerku yang masih tersadai di kedai dan menyuruh dia memberitahu tokey CC agar datang memperbaiki wifi tapi seperti ada saja halangannya. Aku mengeluh lagi dengan cobaan ini namun untuk tidak mengecewakan diri sendiri aku membeli telefon bimbit baru dengan duit yang aku kumpul untuk membeli laptop. Aku korbankan juga demi cita-cita dan impianku yang satu.

Buat kali pertamanya aku membeli telefon yang sedikit canggih berbanding sebelumnya.

Hari ini percubaan keduanya update blog dengan telefon. Oh..ada juga manfaatnya walau tanganku sering kebas kerana terlalu lama memegang telefon.

Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Manisnya nikmat sesudah kita bersabar dan bertabah takkan mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Terima kasih Ya Allah kerana masih menyayangiku..seorang hamba yang banyak kekurangannya.