Aku hanya seorang suri rumah yang tak berpelajaran tinggi namun aku tetap mempunyai impian seperti orang lain. Impianku hanya untuk memberi mesej yang baik untuk sesiapa saja yang sudi singgah di blogku ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu khilaf akulah kiranya.Aku sekadar meluahkan isi hati dalam blog ini khas untuk bacaan orang-orang kesayanganku andai aku pergi dijemput Ilahi suatu hari nanti. Untuk pembaca yang sudi singgah Terima Kasih daun keladi! You all the best!
Nuffnang
Jumaat, 9 Februari 2018
Sabtu, 3 Februari 2018
Catatan Dari Facebook Ke Blog
Sangka-sangka Yang Tak Terduga..
Selalunya kita sangka kita dah baik, tapi orang lain
tak fikir macam tu, mungkin bagi mereka kita ni banyak buruk dari baik. Lumrah
kehidupan dalam dunia, seribu kebaikan yang kita buat akan tertutup bila satu
kejahatan kita tersingkap.
Aku bagi contoh diri aku sendiri. Tak perlu bagi
contoh orang lain. Selama ni aku sangka status aku menegur orang untuk kebaikan
sebab aku menulis kisah realiti yang aku gabungkan bersama imaginasi. Dialog
dan jalan cerita adalah rekaan, manakala selebihnya aku menulis tentang apa
yang aku baca dan apa yang aku lihat dan dengar di sekitar aku. Kisah aku
banyak berkait tentang Sebuah Kehidupan dan status aku dalam fb pun tentu juga
berkisar tentang kehidupan realiti kita sehari-hari.
Betul, Aku banyak menulis tentang pengalaman aku dan
tentang orang-orang yang aku jumpa di sekitar aku. Itulah punca ilham aku.
Tapi, kadang-kadang aku menulis berdasarkan apa yang aku baca di media massa.
Aku sangka, status aku sekadar untuk mencari mod menulis yang telah hilang,
namun orang yang membaca mungkin menyangka aku sedang menyindir mereka dalam
diam? Aku berharap, status aku akan dapat merubah orang lain namun pemikiran
setiap manusia takkan pernah sama. Mungkin, selepas membaca mereka tersentap,
terutama yang terasa pedasnya kata-kataku itu. Kebetulan mungkin sama seperti
apa yang sedang aku lalui. Yupp..kadang-kadang aku pun rasa perkara yang sama.
Banyak juga status rakan-rakan fb yang membuat aku tersentap tapi aku ambil
sebagai pengajaran dan belajar untuk berubah dan menjadi lebih baik. Tapi,
siapalah aku ini, hanya manusia biasa macam orang lain juga. Nak mengubah diri
sendiri memakan masa yang agak lama terutama tabiat menulis status dalam fb.
Orang yang tak minat menulis, mungkin tak ada masalah kalau tak menulis.
Berlainan dengan aku, setiap kali keinginan untuk menulis itu datang, aku tak
boleh mengawal jari jemari untuk menaip. Tak kisahlah, sama ada dalam FB, IG
atau Twitter. Adakalanya, kalau cerita aku terlalu panjang, aku kongsi dalam
blog saja. Aku suka menulis dan aku akan menulis apa yang terlintas dalam
minda.
Kita suka bersangka-sangka. Macam aku, selalunya aku
sangka tulisan aku penuh berhikmah tapi orang lain kata, kata-kata aku penuh
sindiran. Mereka kata, ayat-ayat aku tajam bagaikan pedang. Mereka terhiris,
terluka dan sakit hati yang tak terperi. Mereka berdendam dalam diam. Kalau
jumpa di luar, mereka tersenyum ramah, sedangkan dalam hati masing-masing
mungkin bagaikan lahar yang terpendam, menunggu masa untuk menyimbah?
Ya, aku sangka status aku akan merubah orang lain
untuk menjadi baik dan berubah. Tapi..orang lain tak fikir macam tu. Mereka
mungkin menganggap aku sebagai musuh selamanya? Aku tak mampu untuk menghalang
pemikiran orang lain. Kalau itu yang mereka fikir, teruskanlah apa yang korang
fikir. Masing-masing Allah beri akal untuk berfikir. Sama ada positif atau
negatif, terpulang pada diri masing-masing. Bagi aku kebahagiaan aku akan
datang bila aku sentiasa berfikiran positif. Mungkin bagi orang lain,
berfikiran negatif tentang apa yang orang lain buat dan tulis itu lebih
membahagiakan korang, teruskanlah. Moga korang bahagia dengan cara korang. Aku
tiada hak untuk menghalang dan aku juga tiada hak untuk mengawal pemikiran
orang lain.
Sangka-sangka yang tak terduga seringkali membuatkan
kita tergaman dalam sedar. Kita sangka kita baik. Kita sangka kita positif,
namun tanpa kita sangka rupa-rupanya selama ini ada orang yang sangka kitalah
yang paling jahat dalam dunia? Bila ada orang memberi amaran, kita akan didebik
kerana kata-kata kita yang kita sangka penuh berhikmah dan cool, apa yang perlu
kita buat?
Bagi aku, aku hanya perlu pasrah dan redho dengan
ketentuan takdir. Andai kata, aku bakal dibelasah kerana status aku dalam fb
atau laman sosial yang lain, aku terima dengan lapang dada. Allah sentiasa ada
untukku kerana aku juga salah seorang dari hambaNya. Siapalah aku untuk menolak
ketentuan takdir. Aku tak ada kuasa untuk membantah, jauh sekali untuk merubah
pemikiran orang lain. Aku sedang menunggu balasan dari Allah, andai akulah
pesalahnya hukumlah aku di dunia ini kerana aku tahu azab di dalam kubur dan
azab di akhirat nanti lebih ngeri berbanding di dunia ini. Di sini, selagi kita
masih hidup, kita masih ada doktor untuk merawat. Masih ada orang untuk menjaga
dan merawat kita. Di dalam kubur, kita hanya sendiri kerana mati itu adalah
kiamat kecil untuk kita semua.
Kata ustaz dalam Tanyalah Ustaz pagi ni, doa orang
yang teraniaya itu cepat makbul maka berdoalah kalau korang pernah rasa
teraniaya dengan tulisan aku. Aku redho kerana aku percaya dengan satu pepatah
omputih ni..What You Give, You Will Get Back! Dan, aku juga sedang berdoa setiap
hari dan ketika, kalau aku bersalah, bayarlah kesalahan aku denagn hukuman yang
setimpal di atas DUNIA kerana aku tak sanggup untuk masuk ke dalam neraka
jahanam!
Dan, kalau korang yang bersalah dan menuduh
aku..harap-harap Allah akan bayar cash juga! Biarlah Allah bayar cash di dunia
dan beri kita pengajaran yang setimpal. Semoga dengan pengajaran yang kita
dapat akan membuatkan kita sedar bahawa kita tak selalunya betul. Hari ini aku
juga sedar, bahawa apa yang aku buat tak semuanya betul dan tak semua orang
suka. Tidak mengapa menerima hukuman di dunia! tak mengapa! Jangan bimbang,
kerana Allah hanya memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
Ya..apa yang aku mahu, orang baca tulisan aku dan ambil iktibar tapi Allah kata
aku perlu rasa sakit dengan apa yang aku tulis agar aku ambil iktibar. Aku
Terima dengan hati yang terbuka kalau itu kehendak Allah, namun kalau ada yang
nak suruh aku berputus asa dari terus menulis, serius aku tak mampu buat. Aku
tak mampu tanggung bebanan perasaan kalau jari jemari aku tak bekerja. Aku
menderita, fikiran aku serabut kerana aku tak mampu untuk memendam perasaan
terlalu lama. Aku perlu meluahkan segalanya, agar hati aku menjadi tenang
setenangnya. Kalau korang rasa terbeban membaca tulisan aku, tak payahlah baca!
Ishh..scroll saja laju-laju daripada baca dan mengkritik aku.
Seperti apa yang banyak orang kata, status aku penuh
dengan dosa, jadi sebelum kutuk aku fikirkan dulu, sanggupkah korang menanggung
dosa-dosa aku. Ehhh..korang tak tahu ka, kalau korang kutuk aku dalam senyap
atau secara terbuka, pahala korang dapat kat aku, dah habis pahala korang maka
dosa aku pulalah korang tapau masuk akaun akhirat korang. Nak ka? Aku okey ja,
kalau korang nak. Silalah kutuk aku berjemaah ya. Aku sedia memaafkan korang
bila-bila masa saja! Selebihnya, biar Allah yang menentukan.
Sedar tak sedar dah panjang lebar aku menulis pagi
ni. Rasa lega dan sungguh lapang dada. Tiba-tiba semua beban yang aku tanggung
dua tiga hari ini bagaikan dibawa pergi oleh angin bayu yang bertiup lembut.
Serius, aku rasa, tulisan aku pagi ni penuh berhikmah dan cool..hahaha..korang
nak fikir apa, itu hak masing-masing! Kita memang suka bersangka-sangka. Aku
selalu bersangka baik dengan diri aku sendiri dan bersangka baik terhadap semua
orang sebab itu aku buat tanda soal di hujung ayat yang aku sendiri tak pasti
jawapannya. Aku tak dapat membaca minda semua orang. Positif atau negatif
pemikiran orang lain bukan aku yang tentukan!
Sekian, terima kasih sudi membaca hingga habis.
Macam status-status aku yang lain, harapan aku agar status aku ini pun dibaca
dan diambil iktibar. kalau tak nak, aku tak boleh menghalang. Terserah! You all
the best! I am the best! Positif itu bagus untuk minda dan jiwa yang bahagia.
Komen-komen rakan2
facebook..
Saadah Ahmad shared Wheny Janetha Nindy's post.
Szaza Yan .. memang sedih ..
Wheny Janetha Nindy
MY LAST LOVE
Film drama korea yg ceritanya bikin mewek😢😢😢😭😭😭😭 Isoh mewek Q ndelok film iki😅😅hhhhh...ancen dasar'e Q ki gembeng.😅😅😂😁
Szaza Yan is with Zaitun Salleh.
Percayalah, kadang2 kejujuran itu akan memakan diri sendiri dan berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata.
Nota : Mulai hari ini aku hanya nak jadi CCTV saja!
Madiah Saad :
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI
sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT
kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Szaza Yan : Cantik ayat-ayat ni. Akak selalu berdoa,
semoga Allah hanya memberi ilham untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. kalau
bahagia di dunia tapi akhirat merana kerana tulisan akak, minta
dijauhkanlah..so komen sikit dgn status akak pagi ni. Ada yang tersentap tak?
Madiah Saad : Susah nak
puaskan hati semua org, pemikiran kita berbeza-beza, keinginan dan kehendak
juga xsama...ramai penulis2 hebat dikomen xelok, dikeji dsbgnya tetapi mereka
tetap menulis...mcm akak ni apa sgt lah kan so tulislah apa Allah anugerah dlm
otak pemikiran kita, mungkin ada kebaikan utk org lain, siapa tahu
Szaza Yan : Madiah Saad,
Berdasarkan pengalaman akak berblogger selama ini memang banyak menerima komen
positif berbanding negatiff. Betul sgt tu, kita takkan dapat memuaskan hati
semua orang dan akak pun tak berharap semua orang memahami akak. Hak masing2
untuk menilai. Orang di sisi mungkin lebih beerti kalau mereka mahu memahami,
namun takkan ada istilah untuk berputus asa selagi kudrat masih ada, selagi
nyawa dikandung badan, cuma kadang-kadang minda banyak menanggung bebanan
perasaan yang adakalanya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mampu
mencoretkan luahan jiwa di alam maya...tak boleh nak buat apa, kalau orang tak
suka tapi, akak tak reti kalau tak berkata-kata dgn jari jemari
ini..hihi..peace..yooo
Saadah Ahmad :
Sesungguhnya Szaza Yan .. apa yg kita luah itu.. apa yg kita ckp apa yg kita
buat.. tanggapan setiap org x kn sama.. apa yg kita fikir baik itu x semestinya
baik pd mereka.. sbb itulah.. ummi byk mendiamkn diri setelah menegur disalahertikn..
bukan itu shja.. dlm ummi mendidik anak2 juga disalahertikn.. anak2 sendiri
kott.. itulah yg ummi ckpkn pd hubby.. hubby hanya mendiamkn diri.. maklum.. yg
x puashati adikberadiknya.. x pd adikberadik ummi.. soo.. skg.. ummi hanya
memerhatikn sahaja..jd cctv... ✌
Szaza Yan : La ni, tak
perlu fikirkan apa yg orang fikir. Hanya fikirkan apa yang Allah akan lakukan
kalau kita bersalah. Yakin dgn janji Allah setiap perbuatan pasti ada
balasannya. Sy juga sdg menunggu balasan dari Allah kalu tulisan2 sy ini adalah
satu dosa.
Saadah Ahmad : Betul tu sygg.. Szaza Yan .. perbykkn
musahabah dirisendiri knn .. semoga Allah menunjukkn kita apakah kesilapan juga
dimana silapnya kita dlm menegur sesama kitA
Szaza Yan : Saadah
Ahmad, In Sha Allah, hanya pada Allah kita memohon pertolongan. Hanya Allah yg
tau buruk baiknya sesuatu perbuatan
Saadah Ahmad : Iye
betul tu sygg.. perbykkn sabar juga istifar.. Dia.. tetap memeluk kita apapun
keadaan kita..
Szaza Yan : Saadah Ahmad, kannn..Allah masih ada walaupun
seluruh dunia bencikan kita.
Langgan:
Catatan (Atom)