Nuffnang

Selasa, 28 Mei 2013

TERSENTAP,.layan kerenah line gelong!!!!

Huh!!,..dah banyak hari tak boleh nak buka email gara-gara line gelong,.masalahnya bila email tak boleh di buka macam mana nak hantar novel untuk bab seterusnya ke penulisan2u,.kena himpunlah nampaknya,.aku ni kadang-kadang ngada2 ja yang lebih,..kadang-kadang sabar pun kureng,.hihi,..almaklumlah dengan line pun nak ngamuk,..apa taknya,.'cemuih' nak tunggu loading satu-satu page berjam tunggu,..hihi,....ayat mesti mau power,..sebenarnya habis lama tunggu 20 minit ja tapi ada gak yang tunggu punya tunggu langsung tak timbul-timbul,.

line oo line,..hari ni nak lepaskan perasaan pasal line,..untuk seketika waktu ni aku nak bergaduh dengan line pulak kerana sekarang aku hanya hidup berkawan dengan line,..hihi,..tanpa line aku tak boleh nak buka internet dan tanpa intenet aku tak boleh nak berhubung dengan dunia luar,..dengan kawan alam maya,.bila buka fb inbox pun dah tak boleh nak chat kalau line gelong ni,..tak dapat lagilah aku nak berbual dengan kawan2 baik yang selalu dok bergosip tu,..hihi,..bukan bergosip artis pun,..hanya berbual isu semasa,..isu rumahtangga,..berkongsi kata bicara,..berkongsi pengalaman dan pengetahuan,..

apa fungsi internet untuk kita?,..kalau dulu aku langsung tak kisah dengan internet ni,,,,hobi aku paling suka membaca,.kadang2 aku keluar popular book store tu dan borong novel banyak2 dan berkurung ja dalam rumah tapi sejak aku dah mula kenal internet dan novel juga cerpen online aku memang dah gian sangat jadi bila line mula nak berlagak dengan aku,..nak tunjuk kuasa dia nak kenakan aku tentulah aku pun mula rasa tersentap,..sekarang ni bila dah ada blog aku gian dok follow blog2 penulis di malaysia ni,..aku tak kisahlah blog penulis terkenal atau pun tidak janji follow ja dan aku dapat habiskan masa aku yang banyak terluang ni di depan internet,.sambil membaca aku ambil iktibar dan belajar,..

internet oo internet,..orang kata tak kenal maka tak cinta,..masa aku rabun internet dulu buku jadi teman setia,..kalau dapat novel yang tebal macam buku siti rosmizah tu pun 2 hari saja aku habis membaca tapi sejak kenal internet novel suami tak ku hadap tu aku baca dah seminggu tak habis-habis lagi,..hahaha,..bukan sebab tak best tapi aku ni kalau masuk part yang aku serabut aku berhenti sat untuk tenangkan jiwa,..hahaha,..aku kalau baca novel memang menghayati betul2 jalan cetanya seolah akulah si heroinnya tu,..hihi,..bila di fikirkan balik kalau baca AL-QURAN dan boleh menghayati macam ni kan ke best,.hmm,..tapi tulahh,..yang namanya manusia biasa ni,..okeyy,.dah lari tajuklah pulakk!!,..

kelebihan dan keburukan internet??,.bagi aku setiap sesuatu tu mesti ada yang berlawanan,..macam internet ni kelebihannya aku dapat mencari maklumat dengan senang dalam ni,..aku dah tak perlukan buku lagi dan keburukannya pula,..kadang2 lain yang di cari lain pula yang akan kita jumpa,..macam bila buka you tube,..dalam kelompok ceramah pun ada mereka selitkan video 18sx,..merosakkan pandangan,..aku nak ceritalah suatu hari my hubby nak cari ceramah yang selalu di buat berdekatan dengan masjid daerah kampung kami,.orang cakap ada dalam you tube,..cari punya cari jumpalah video tu tapi,..hurm,.tau2 keluar video perempuan korea dok menari,..adoii,..dia mai celah kot mana tu??,..ni lah salah satu keburukan internet ni,..alang2 tok iman yang dok solat tunggang terbalik pun kalau iman tak kuat boleh terbarai jugak imannya tu,..betul tak??,.jangan marah ya tok2 iman semua,..terpulang pada hak masing2 la,..tepuk dada tanyalah iman,..sebab tu aku lebih suka buka blog ceta online dari buka you tube ni,.lebih baik banyak membaca dari menonton tapi bila line dah gelong macam ni you tube memang langsung tak jalan,..heh,.aku tak kesah pun!! ;)

rasanya dah panjang lebar aku berleter dekat line dan internet ni,.berleter bukan sebab apa,..saja lepaskan tension,..dah tak ada orang nak di luahkan ketidakpuasan hatiku ini terpaksa juga di lepaskan di dalam ni,.hihi,.okey,..chow dulu untuk entry kali ini,..panjang umur bertemu lagi di lain ketika dan masa,..aku tak kesah ada ke tidak orang yang sudi nak baca leteran aku ni sebab memang tak pernah ada apa2 komen setiap kali aku update entry terbaru,.hehe,.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.