Nuffnang

Sabtu, 29 November 2014

Mission Imposible?

29.11.2014      2.47pm
Aku baru lepas tunaikan solat zohor,..lewat pulak hari ni sbb mission imposible aku,.yupp,.aku laksanakan impian orang lain,.mereka selalu suruh aku keluar excercise sedangkan keadaan aku yang sakit lutut ni,aku rasa macam tak mampu nak buat,.tapi bila banyak kali sgt dok ulang benda yang sama, aku jadi cemuih nak dengar,.tepat jam 7.00am aku mula keluar dari rumah,.perasaan was-was pada mulanya menerpa dan hati pun bertanya,.'mampukah aku?' akhirnya aku buat keputusan untuk bertekad menjayakan misi aku tu,..destinasi aku Pantai Murni,.aku berjalan setapak demi setapak dengan langkah yang amat goyah,.bila menyaksikan permandangan sekeliling aku jadi kagum dan teruja,.sambil mendonggak ke langit aku berdoa,.''Ya Allah! Bantu aku Ya Allah,.agar aku sampai ke destinasiku dengan selamat tanpa menyusahkan sesiapa!'' berbekalkan keyakinanku yang kuat kepada Allah aku gagahkan diri tanpa menoleh ke belakang lagi,.aku berselisih dengan beberapa remaja yang masih cerdas berjogging dan mengayuh basikal,..ah,.biarkan mereka,.aku tetap aku dan aku tak pernah kacau orang lain,.


Bila sampai di Pantai Murni aku mengucap syukur dan amat terharu dengan keupayaanku,..cehh,.sempat lagi nak buat ayat bongkak!,.Allah izinkan aku sampai ke destinasiku dengan selamat,.bila dapat mendarat di atas kerusi batu tepi pantai betapa leganya kurasakan dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan badan,..Subhanallah! aku mampu sampai ke sini dengan hanya berjalan kaki,.dengan keadaan dua belah lutut yang sakit tu,.dan aku percaya semua ini kehendak Allah kerana sepanjang perjalanan aku tak pernah putus berdoa agar aku berjaya melaksanakan misi aku menyahut cabaran suami,rakanku dan orang2 kampung,..


Aku bertolak dari rumah pukul 7.00am dan sampai di Pantai Murni dan duduk dengan selamatnya di atas kerusi batu pada jam 9.11am,.aku berjalan kaki selama dua jam lebih,.aku macam dah malas nak balik tapi aku hanya bawa hp semata-mata,.tiada duit dan barang-barang lain,.aku pula tak sarapan pun pagi tadi sebelum keluar rumah,.pukul 10.00am perutku mula pedih kelaparan,..mahu atau pun tidak, aku pun melangkah untuk pulang bila jam dah mencecah 10.15,.langkah untuk pulang lebih getir ku rasakan kerana matahari begitu terik memancar namun aku pujuk hati kerana cahaya matahari pagi tak sepanas mana pun sebenarnya,.sambil berjalan di tepi sawah yang menghijau aku snap beberapa gambar permandangan yang sangat indah,.


Dalam hati berkata-kata,.''agaknya macam mana berjalan di padang masyar nanti?'' aku cuba membayangkan keadaan padang masyar yang luas tanpa pokok dan matahari hanya sejengkal di atas kepala dengan manusianya yang berjalan tanpa pakaian dan dengan perbagai cara,.

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR =======================================

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa laden kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

75. Al-Qiamat

[1]Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;


[2]Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!


[3]Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?


[4]Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).


[5](Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).


[6]Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”


[7]Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),


[8]Dan bulan hilang cahayanya,

[9]Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

[10](Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”

[11]Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!


[12]Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.


[13]Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.


[14]Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,


[15]Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).


[16]Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).


[17]Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);


[18]Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

[19]Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).


[20]Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.


[21]Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).


[22]Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;


[23]Melihat kepada Tuhannya.


[24]Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,


[25]Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.


[26]Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

[27]Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”


[28]Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;


[29]Serta kedahsyatan bertindih-tindih;


[30](Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).


[31](Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!


[32]Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!


[33]Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.


[34](Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

[35]Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

[36]Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

[37]Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

[38]Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

[39]Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.


[40]Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!


Sengaja aku kongsi sedikit ilmu yang aku copy dari facebook,.aku memang tak berilmu sangat untuk aku bercerita mengenai Padang Masyar dan dunia Akhirat,.cuma setakat nak memujuk diri yang sudah tak berdaya aku bayangkan dunia akhirat yang lebih dahsyat seksaannya sambil hp aku mengalunkan zikir,.oh aku gunakan ear fhone pastinya,..sambil berjalan aku berzikir dan zikir inilah semakin menguatkan semangatku untuk terus melangkah,.sesekali aku akan donggak ke langit dan memohon pertolongan Allah agar aku tak jatuh tersungkur dan menyusahkan orang lain pulak nanti,..almaklumlah badan aku bukannya kecik,.dah setaraf anak gajah,..hihi,..mak/bapak gajah besar sangat kot!
Bila Titi Bakong semakin menghampiri aku cuba lajukan langkahku,.namun aku dah tak berdaya langsung selain mengheret kaki perlahan-lahan,.aku boleh! aku boleh! aku boleh!,.aku laungkan berkali-kali di dalam hati.


Bila tempat rehat di tepi tali air Titi Bakong sudah nampak,.aku mengucapkan syukur lagi,.aku dah tak sabar nak duduk berehat,.tadi aku bertolak dari Pantai Murni sekitar pukul 10.15am dan aku sampai di Titi Bakong sekitar 11.15am,.sejam jugak aku berjalan balik dan hati aku berdongkol di dalam,.aku dah tak ada kudrat langsung dah,.Ya Allah! hantarkan bantuanmu,.aku tak berdaya untuk melangkah pulang,..masih jauh lagi perjalananku dengan cuaca panas yang semakin berbahang,.aku memang tak mampu!
Hampir sejam aku berehat,.aku sudah terlalu letih menunggu,.ditambah dengan perut yang lapar,.badan yang terlampau letih,.aku cuba berikhtiar sambil terus berdoa,.aku chek hp,.kredit masih berbaki rm8 lebih lagi tapi tak aktiv sbb tarikh luput sudah habis,.aku cuba buat sos topup,..hah! rezeki memihak padaku bila maxis mengaktivkan kreditku dan hanya memotong 50sen dari akaun kredit,.
Aku call my doter dua kali tak berangkat dan aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej supaya dia datang mengambilku,.ajaibnya baru ja letak telefon,.tetiba suamiku muncul,.dia tak memandang ke arahku sebaliknya dia terus menuju ke pantai,..aku memang dah tak kuasa nak buka mulut untuk memanggilnya,.mulut aku dah dikunci dengan pedal ayam saiz xxxl,.berat sangat rasanya,..nampak benor aku terlampau letih,.


Aku gagahkan diri bangun dan berjalan perlahan-lahan dan menunggu di tepi jalan,.bila dia sampai dia cakapkat aku ''Ingatkan dok tepi laut,.nampak macam ada orang di sana,.'' respon aku,.membisu seribu bahasa dan naik belakang motor dan terus diam hingga sampai ke rumah..sampai entry ini ditulis aku masih berkira-kira nak tanya dia,..dia memang tengah cari aku ka?,..hahaha,..suruh sangat aku keluar excersice,.sekali aku terima cabaran,..aku tak jalan sekitar rumah,.maunya 6 jam jugak aku dijalanan,.oppss,.3 jam lebih dijalanan,.lagi 3 jam berehat di perhentian,..agaknyalahkan,..malas pulak nak kira,.


Sampai di rumah,.aku terus cari katil tapi badan dah macam kena palu,..hampir pukul 1 baru boleh terlelap,.dan sebab tu la terbabas solat zohor hingga hampir pukul 3 petang,.hampeh,..tapi kalau orang tanya aku,..nak buat lagi tak,..aku akan cakap,..pengalaman hari ni paling best dan berharga walau lepas balik ke rumah,.rasanya urat kaki aku dah krem 99.9%,.

Untuk pembaca semua,.hidup ini adalah ketentuan Allah,.rajin-rajinlah memohon kepada-NYA dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup,..teruskan langkah perjuanganmu walau seribu rintangan mendatangi diri,.kita mampu kalau kita mahu!







Melihat gambar-gambar permandangan ni,.macam berbaloikan?,.dan gambar akhir di mana aku berehat sementara menunggu bantuan tiba untuk mengambilku di Titi Bakong,.aku snap dari tempat rehat di bawah 3 pokok besar yang memayungiku,.

Zikir yang aku dengar sepanjang aku berjalan,.




Selasa, 18 November 2014

Hambar dengan pelbagai perasaan!,.Egois dan Marah yang datang silih berganti??

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Topik macam gempak sangatkan? Padahal entry pagi ni biasa-biasa saja. Entry pagi ni mungkin juga untuk promote cerpen yang sedang aku siapkan bertajuk Mencari Calon Menantu.

Senario hari ini yang dikuasai berita-berita hangat dan terkini dari internet membuatkan dunia semakin kucar-kacir. Eh!,.betul ke?? Dalam hidup seharian kita pun dipenuhi dengan pelbagai cerita. Perasaan egois dan marah tu akan datang juga menerjah hati sesekali. Seorang kawan FB aku pernah berkata,.''Asyik aku ja nak mulakan dulu,.semuanya aku!'' dan jawapan aku adalah,.''Samalah kita,.lelaki ni semuanya sama ja,.suami yang baik macam mana pun tetap ada kekurangannya. Kita tak boleh mengharapkan sangat kesempurnaan orang lain sedangkan kita pun tak pernah sempurna!'' Cehh!,.ayat macam aku ni baik sangat padahal bila time moody aku datang,.semacam ja aku. Memang malas nak senyum dan perasaan egois dalam hati pun bersatu. Ada pula 'makhluk' yang dok menyeru dalam kepala. ''Jangan layan! Jangan Layan!,.biarkan mereka! Padan Muka mereka!,.buat kau macam tunggul kayu ja dalam rumah ni,macam kau tak ada perasaan ja!'' Tu dia yang kita panggil setan yang selalu nak menyesatkan kita,..maka sesekali aku juga turut terpengaruh,..aku juga manusia biasakan,.dalam menyeru orang berbuat baik adakalanya emosi yang tak stabil tetap menguasai mindaku.


Baru-baru ni terbaca dalam satu blog mengenai kecurangan seorang suami. Isterinya cukup setia dan baik tapi selepas 10 tahun dia berzina dengan janda yang mempunyai ramai anak baru terbongkar rahsia. Bila dah kantoi dengan isteri,.suami tersebut mula nak menyenaraikan kelemahan isteri. Bagi aku suami macam ni bukan suami yang baik walau alasannya berlaku curang kononnya sebab isterinya dah tak pandai menjaga penampilan. Ini cerita yang aku baca dalam blog yang aku sendiri tak pasti kebenarannya.

Ini pula kisah seorang kawan aku,.17 tahun berkahwin suaminya selalu mengabaikan solat. Segala urusan rumah tangga isterinya yang urus. Perihal anak dan sebagainya. Suaminya baik bukan tak baik tapi dia selalu bersikap sambil lewa. Dalam hal nafkah zahir dan batin memanglah sempurna cuma sebagai isteri kawanku ini tetap ingin dimanjakan. Bila suami hanya tahu bekerja sepanjang masa dan tak mengambil tahu hal rumah tangga, adakalanya isterinya menjadi stress. Sebagai seorang isteri dia juga berharap suaminya lebih bertanggungjawab.

Aku jumpa ramai lelaki yang bersikap seperti suami rakan FB aku ni. Jangan pula pembaca menganggap rakan aku ni suka mengaibkan suami pulak! Bukan macam tu,.sebenarnya dia tak ada tempat nak mengadu. Aku pulak selalu mendengar luahan hatinya. Dia pernah bercerita kepada orang yang dia percaya bila tak dapat menahan perasaan tu tapi orang tu pulak khianati dia. Aku berkongsi cerita ni bukan untuk khianati dia tapi ini untuk tauladan pembaca semua. Isteri adalah amanah dari Allah untuk anda! Kenapa harus sia-siakan dirinya? Isteri sudah terlalu banyak berkorban,.menguruskan rumah tangga, menguruskan anak-anak,.mengandung dan melahirkan. tak cukup lagikah pengorbanannya itu?

Banyak kisah yang aku dengar mengenai suami yang tak bertanggungjawab ini. Dulu,.ada seorang suami yang tak menunaikan perintah Allah seperti bersolat dan berpuasa. Kalau puasa pun cuma hari pertama dan hari terakhir atau 3 hari puasa dalam sebulan. Solat pula kadang-kadang sebulan sekali atau berbulan-bulan sekali. itu pun untuk solat jumaat. Maknanya bersolat bukan kerana Allah tapi nak bagitau orang dia bersolat walau hanya berbulan-bulan sekali. Judi tikam ekor pula hobinya hingga berjangkit kepada anak-anak lelaki/perempuannya. Serabut perutkan kalau keluarga begini adalah keluarga anda? Sekarang suami ni dah meninggal dan aku tak pasti sama ada dia sempat bertaubat atau pun tidak. Aku selalu terserempak dengan wall Fb anak daranya yang selalu upload gambar dengan baju sendat dan dengan pelbagai aksi.

Sebagai suami anda perlu memberi Ilmu jiwa kepada anak-anak anda. Mudahan bila telah pergi mengadap Ilahi ada orang yang akan mendoakan anda di alam barzah sana. Kalau anda sendiri pun tak solat dan meninggalkan semua perintah Allah,.macam manalah anak-anak dan isteri anda nak jadi soleh/solehah untuk mendoakan anda di sana? Macam suami yang curang dan berzina kerana isterinya tak pandai jaga penampilan tu,.dosa dia,.dia yang tanggung. Isterinya takkan terbabit sama walau dia tak pandai jaga penampilannya. Kalau fikir secara logik, berpuluh tahun kahwin dan sudah melahirkan ramai anak, mana mungkin penampilan masih nak kekal macam anak dara? Suami tu sendiri kena bantu isteri mengurus anak-anak dan rumah tangga! Kalau hanya pandai nak mengarah itu dan ini,.hurmmm,.. memang TERSANGAT Tak adil!

Semua kisah suami culas ni akan aku ceritakan dalam cerpen terbaruku nanti,..tak tau lagi nak jadi cerita yang macam mana,..macam aku pernah bagitau seseorang yang mood menulis aku ni asyik pergi honeymoon ja,..keloi tak mau pulak nak balik,..hiesyyy,.

Okey! Jumpa lagi dilain entry!
Jangan lupa tunggukan kemunculan cerpen terbaruku,.



Watak-watak yang telah dipilih kali ini,..Gambar hanyalah untuk hiasan semata-mata,.kepada pemilik gambar harap maaf!,.ngeeeee,.















Bingkisan Syahdu,.Kenangan Bersamamu Ibu


Bulan Januari datang lagi mengamit memori.32 tahun telah berlalu semenjak pemergianmu.Apa yang aku ada kini hanyalah sedikit kenangan bersamamu.

Ibu,.
Walau tahun silih berganti kenangan bersamamu masih terpahat di hati ini.Masih aku terasa tanganmu yang menyisir rambutku.Masih lagi dapat ku lihat kasih sayang dalam matamu.Kau ibu penyayang yang tak tahu apa itu marah.Aku tak pernah mendengar suaramu bertempik memarahi kami anak-anakmu ini.Kau penyabar dan tabah.Ketabahanmu itu amat aku kagumi.

Ibu,.
Setiap kali Januari bertandang aku turut terbayang seakan sejarah terus berulang.Ternampak di mindaku jenazahmu yang sudah kaku dengan perut yang membiru.Air mata ini terus mengalir tanpa pintaku.Sebak jiwaku tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Itulah hari terakhir aku melihat dirimu.Kau pergi mengadap Ilahi setelah sekian lama menderita.

Ibu,.
Barahmu sudah berada diperingkat akhir.Kita amat miskin di ketika itu.Rumah kita hanyalah di pinggiran hutan,terlalu jauh dari pekan,hendak ke hospital terpaksa menyeberang Sungai Perak dengan bot penambang.Betapa terseksanya kehidupan kita namun apalah daya kita kalau sudah tertulis takdirnya begitu.Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Ibu,.
Deritamu kau tanggung sendiri.Kau hanya membisu seribu bahasa.Kau memang pendiam.Tidak pernah merungut atau pun mengeluh.Kesakitanmu tidak pernah kau hiraukan.Kau tetap menjalani kehidupanmu seperti biasa hinggalah tiga bulan terakhir sebelum pemergianmu.Kau terus membisu tanpa kata,tiada lagi belaianmu untukku.Makanmu perlu disuap,badanmu perlu dilap kerana kau tiada lagi kudrat untuk melakukannya sendiri.Badanmu terbujur kaku walau jantungmu masih berdenyut.Kau ada bagaikan tiada.

Ibu,.
Detik terasakan pantas berlari.Tiga hari aku berada di alam persekolahan dalam darjah satu.Suasana pagi itu murung sekali.Kau masih terbaring di bilikmu.Aku tidak ke sekolah hari itu,entahlah kenapa? Menjelang tengahari suasananya sedikit hambar tatkala ayah tiba-tiba memanggil kami semua.Ibu sudah nazak benar.Nafasnya turun naik,yang pasti ibu sudah tidak sedarkan diri walau dipanggil berkali-kali.Kalimah shahadah ayah bisikkan di telingamu.Terbayang lagi di ruang mata ini detik itu.Aku tidak mengerti apa yang terjadi namun jiwa ini resah gelisah.Ada sepupuku yang sedang membacakan surah Yasin di sebelah ibu.Kakak-kakakku ayah arahkan supaya memberitahu orang-orang kampung.Dua di antara kakakku masih di sekolah.Abangku ke Pekan untuk membeli buah anggur permintaanmu dan teko kecil untuk memudahkan kau minum.Sayang seribu kali sayang bila abang pulang petangnya yang ditemuinya hanyalah jasadmu yang sudah tidak bernyawa lagi.

Ibu,.
Disaat kau menghembuskan nafasmu,yang ada di sisimu hanyalah aku,ayah dan seorang sepupu.Aku satu-satunya anakmu yang menyaksikan saat nyawamu diambil kembali namun ibu aku masih belum mengerti erti sebuah kehilangan ketika itu.Aku tidak menangis ibu hinggalah kepulangan kakak yang meraung memanggil-manggil dirimu.Aku turut sebak dan menangis seketika di balik pintu dapur.

Ibu,.
Disaat aku menulis bingkisan ini air mataku mencurah bagaikan hujan kerana di tarikh dan masa inilah kau menghembuskan nafasmu yang terakhir di bulan Januari.Apa yang mampu aku lakukan kini hanyalah mendoakan kesejahteraamu di sana.Moga segala dosamu diampunkan Allah dan kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah,.Aamin.

P/s: Surat cinta buat pendengar setia Bingkisan Syahdu,.andai anda masih punya ibu,hargailah ibu anda sebelum dia pergi dari sisimu kerana perginya ibu takkan dapat diganti,.jangan bandingkan ibu anda dengan ibu orang lain,.biarlah ibu anda garang dan tak pandai menunjukkan kasih sayang,.ingatlah!,.bukan senang untuk menjadi seorang ibu,mengandung dan melahirkan namun deritanya ditanggung seorang diri,.