Doaku
Ya Allah
Andai aku ini banyak berdosa,walau tanpa sedar atau sedar maka kau berilah aku hidayahmu agar aku tak selalu lupa pada kewajipanku dalam mengingatimu setiap detik dan waktu.
Ya Allah
Hanya padamu aku mengadu,sesungguhnya hanya engkau yang Maha Tahu
Aku dan blog
Tanggal 14 febuari 2013,aku mula belajar membuka blog.Bukan untuk berlagak tapi hanya untuk mencapai cita-citaku yang satu.Impian dan harapan yang telah lama aku angankan.Orang ada blog aku pun nak blog tapi satu apa pun pasal blog aku tak tahu.Aku main aci redah ja,..Aku follow ja ikut dan aku nak follow,dah nama pun tak tahu apa-apa,..ahhh,..hentam sajalah labu.
Tujuan asalnya aku cuma nak promotekan hasil karya aku,..kahkahkah,..karyalah sangatkan!,..tu pun kalau boleh di panggil karyalah.Tapi aku pening la,setiap kali aku nak buka blog baru aku kena bagi alamat blog,dah tu bila aku bagi alamat blog yang sama tak di terima plak.Dah la aku ni jenis cepat pelupa,..adoiii,..serabut jugak nak kendalikan blog ni rupanya.Alang-alang menyeluk pekasam biarlah aku terus bertahan.
Blog oh blog,..
Aku pun dah nak gelong sebenarnya,nak tetapkan privasi pun aku dah pening.Nak cari rakan yang aku kenal dalam blog ni pun sorang pun aku tak jumpa.Nak chat dalam emeil pun tak ada rakan chat.Haih!,..semuanya serba tak kena.Aku nekad ja untuk menuju ke tujuan asal kongsi aja apa yang aku ada,..hasil-hasil karya aku yang tak seberapa tu.Tapi,..tu la sejak dua tiga hari ni aku langsung tak menulis apa-apa,sibuk saja dengan blog baru ni.Ermm,..bukan senang rupanya.Bila aku buka blog orang lain,..Wah bestnya tapi kenapa aku tak boleh buat blog macam mereka?
Adoiiii!,..Redah dan Redha ajalahhhh,..
Aku hanyalah sekadar manusia biasa yang mempunyai impian seperti orang lain walau aku tahu aku tak berdaya dengan pelbagai rintangannya.
Rindu-rinduan jadi kenangan
Takkan ada perpisahan tanpa sebuah pertemuan.Dengan pertemuan akan mengajar kita erti rindu.Rindu pada kenangan lalu yang sering mengusik kalbu.Rindu,..bila ia sudah bertamu kadang-kadang begitu menikam dada.Rasa sarat dengan perasaan derita.Sejauh mana rindu itu terletak pada sejauh mana rasa sayang kita pada orang yang kita rindu.Semakin kita menyayangi orang, semakin rasa perit jiwa kita bila berjauhan.Bila rindu itu tiba tanpa sedar air mata pun turut hadir sama,berguguran laju tanpa di pinta.
Aku pernah merindu pada seseorang yang tak harus aku rindu,apabila setiap kenangan antara aku dan dia hadir pasti air mata akan mengalir.Rasa sakitnya jiwa tak terkata.Aku cuba bertahan dan memujuk hati,usahlah rindukan dia kerana dia bukannya sesiapa untukku.Gila,..aku sendiri tidak suka perasaan itu,sering kali aku berdoa pada Yang Esa agar namanya terus lupus dari ingatan.Betapa payahnya dulu ku harungi hidup ini untuk melupakan semua itu.
Bila rindu bertamu mendengar namanya saja sudah mampu mengalirkan air mata.Betapa dasyatnya bila hati di amuk rindu.Air mata terus jadi murah semurahnya.Bila rindu itu datang wajahnya pun terbayang.Pernah terfikir di hatiku kenapa harus ada pertemuan antara aku dan dia andai takdir harus memisahkan kami.Kenapa harus ada sayang dan cinta andai takdir tak izinkan kami hidup bersama.Ahh,..betapa bodohnya aku rasa bila hal itu ku ingati,menyalahkan takdir pada sesuatu yang begitu indah yang menjadi kenangan dalam hidupku.Kenangan yang tercipta suatu ketika dahulu.
Rindu,..hadirnya buat jiwa jadi resah.Hadirnya juga buat hidup tak tentu arah.Segalanya serba tak menjadi.Minda langsung tak boleh di guna,yang ada hanya titisan derita dan air mata.Bagi diriku rindu kadang-kadang mampu mengundang minda untuk berbicara.Berbicara dengan pena dan meluahkan segala rasa.
Rindu yang sarat mengebu hadir bagai angin lalu,terus menyapa dan berlalu ,namun kesannya begitu mendalam,menjeruk rasa yang terpendam.Rindu itu derita dan air mata.
Rindu pada kenangan lalu!,..Ermm,..dalam kenangan ada rindu yang menyeru.Usah di salahkan pada sebuah pertemuan.Jadilah bijak dan matang untuk berfikir.Tanpa pertemuan takkan ada perpisahan.Tanpa perpisahan takkan ada rasa rindu.Jadi bersyukurlah bila di anugerahkan dengan pertemuan kerana pertemuan mengajar kita ertinya rindu.
Rindu-rinduan jadi kenangan.Tanpa ada rasa sayang pasti rindu takkan bertamu,kerana pernah ada rasa sayang dan rindu pun bersatu.Itu dulu,..tapi sekarang aku bebas kerana rinduku padanya langsung tidak ada,..Ermm,..aku berjaya akhirnya membebaskan rindu yang mencengkam jiwa.Aku cuma meminta pada yang Esa agar aku hanya rindu padaNYA.Rindu pada Ilahi lebih bererti kerana minda dan jiwa tenang sentiasa.Itulah rindu yang sebenar-benarnya.
Tak salah untuk merindu dan menyanyangi tapi biarlah merindu pada yang berhak,biarlah sayang pada yang sudi agar hari jadi lebih bererti.Usah membiarkan resah meruntun jiwa.Terus merindu pada yang tak setia.
Bila kita berbicara soal rindu,pernahkah terfikir rindu itu ada nikmatnya? Kenapa? Kerana rindu itu juga adalah perasaan indah kerana wujudnya rasa sayang.Kita pernah menyanyangi tapi janganlah terlalu mendamba.Pada insan yang bernama manusia biarlah sayang kita untuknya hanya biasa-biasa saja.Abadikan sayang kita pada ALLAH yang menghidupkan kita.Kita selalu lupa menyanyangi dan merindui PENCIPTA yang memberi nafas percuma untuk kita sedangkan kita beria-ia menangis untuk dia yang telah mengecewakan kita.
kau fikirlah sendiri!!!!,...:)
szaza zaiman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.