Nuffnang

Isnin, 8 April 2013

HILANG FOKUS!!!

KEBORINGAN BILA MINDA
LANGSUNG TAK BERFUNGSI
UNTUK TERUS MENULIS
BAIT-BAIT KATA,..
MERENG SEKETIKA

ASSALAMMUALAIKUM,..pembuka kata,..
malam ini minda langsung tak berfungsi untuk terus mengarang,ada dua buah novel yang masih tergantung jalan ceritanya,dua-duanya pada bab yang sama,..aku tak mahu terus memaksa minda bekerja berimaginasi yang entah apa-apa,..jangan-jangan nanti jalan cerita yang di karang bukan buat orang teruja untuk membaca,..tapi lain halnya bila buat orang menyampah untuk terus setia menatapnya,..

kadang-kadang bila idea datang mencurah mata pula yang membuat angkara,mengantuk saja kerjanya,..bila dah mata segar minda pula kosong tiada apa,.plot dan jalan cerita bagaikan hilang entah ke mana,..barangkali sesat di hutan belantara,..adoi!! apa yang aku melalut ni,..

hai idea,..kadang-kadang bila idea pergi bercuti tuan punya badan yang rasa sangat terseksa.

malam ini terasa sangat kusut sekali,..adakah aku akan tetap jadi aku bila minda turut bercelaru,..banyak yang aku fikrkan kerana kadang-kadang aku langsung tiada keyakinan.mampukah aku untuk terus bertahan dalam bidang ini,..siapa aku di mata mereka,.ahh,..payah juga untuk menjadi hakim pada diri sendiri ni.


adehh,agak-agaknya ada tak orang nak jatuhkan aku,takkan ada kot,..okey be positif,..sebab kalau ada maknanya aku lagi berjaya dari mereka,..haha,..aku dah mula nak merapu campur ikan kerapu,..bila minda dah kacau mula la nak sasau,..macam yang aku dah update di facebook,..;'bukan senang nak senang,bukan susah nak susah,bukan senang nak buat orang faham tapi bukan susah nak buat orang salah faham,bukan senang nak tegur orang tapi bukan susah nak bagi orang yang tegur tu marah kita balik,bukan senang nak jadi orang yang berjaya kerana terlalu susah untuk mencerna minda,..yang hujung ni aku sengaja tambah ja,..






                                          szaza zaiman









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.