Aku hanya seorang suri rumah yang tak berpelajaran tinggi namun aku tetap mempunyai impian seperti orang lain. Impianku hanya untuk memberi mesej yang baik untuk sesiapa saja yang sudi singgah di blogku ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu khilaf akulah kiranya.Aku sekadar meluahkan isi hati dalam blog ini khas untuk bacaan orang-orang kesayanganku andai aku pergi dijemput Ilahi suatu hari nanti. Untuk pembaca yang sudi singgah Terima Kasih daun keladi! You all the best!
Nuffnang
Rabu, 17 April 2013
UJIAN KECIL DATANG LAGI
Tiba-tiba aku di serang demam dan ciritt birit,..perut mual dan sakit satu badan,dah rasa bagai di palu layaknya,..tak tahu bagaimana nak mengambarkan keadaanku,boleh di katakan 80% tenagaku hilang dan aku mengalami kepenatan yang luar biasa setiap kali bangun dan bergerak,..rasa bagai aku kehilangan darah yang banyak,..ingat lagi ketika aku di masukkan ke hospital kerana bleeding dulu,..beginilah keadaan aku bila datangnya letih dan kepenatan itu,..
Masuk ni dah empat hari kot aku hilang selera makan,.tapi bila memikirkan novel KTDH yang masih terbengkalai aku cuba juga untuk menelan walau pun sedikit.Demi rakan-rakan fb yang tersayang kerana novel ini aku tujukan untuk mereka,..walau jalan cetanya menceritakan tentang budak-budak sekolah,..aku tahu kebanyakan pembacanya terdiri dari pelajar sekolah,..
Sebetulnya KTDH ni asalnya hanya sebuah cerpen tapi atas permintaan rakan-rakan fb aku sengaja panjangkan dan jadikan ia sebuah novel,..baru masuk bab 6,..aku bukan ketandusan idea tapi kalau perut asyik mual dan kepala asyik gelong macam mana nak sambung cerita,..inilah ujiannya,..mudahan bila demam aku betul-betul kebah nanti aku masih mampu menulis dengan lancar semula,..
Perut dah mula berkeroncong semula,..beginilah nasibku sejak demam ni,..kalau berkeroncong saja tak apa jugak tapi bila di susuli dengan angin sebu yang mengamuk di dalam tak berdaya juga aku melawannya,..adehh!! sabor jerlahh,..
Kadang-kadang timbul juga kerisauan dalam hati kerana demam kali ini memang berbeza dari sebelum ni,..kali ni mungkin ada simptom lain yang menyerang atau sebab perut aku yang kosongkah yang membuatkan nafasku selalu sesak dan kepenatan,..minta di jauhkanlah,..moga cepat sembuh demamku ini dan aku dapat makan macam biasa kerana aku dah tak sabar untuk terus menyambung KTDH dan novel Penyamar aku tu,..dan kelmarin aku dapat idea baru untuk buat lagi ceta baru,..tu dia,..tamaknya,..minda aku ni ada saja ceta baru yang masuk tapi kesihatan dan mod aku ni ja yang selalu sangat merosot,..alahai badanku,..kasihanilah diriku ini,..bersatulah dengan minda agar sihat sentiasa,..
AKU NAK SIHATTT!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.