Nuffnang

Selasa, 23 April 2013

AKU DAN KEHIDUPANKU




Keindahan hidup adalah kerana keinginan kita dan apa yg kita fikirkan..
Lain org lain cara kehidupannya dan lain pula masalahnya..

Selongkar semula kehidupan kita hari-hari..apa yang mampu membahagiakan kita..kdg2 kita memang tak mampu lari dari tanggunjawab seharian..
Seorang surirumah yg ramai anak contohnya..bangun pagi buat sarapan,hantar anak ke sekolah,balik rumah mengemas,memasak,membasuh,..blum hilang lelah ambil anak di sekolah plak,hantar plak ke kelas KAFA..hari-hari rutin yg sama..boring,bosan,letih dan kdg2 stress tapi terfikirkah lagi ramai di luar sana yg lagi stress..tapi kdg2 ada juga yg menganggap semua itu adalah rahmat dan menjalankan semua tanggungjawab kerana Allah.

Lain orang lain tanggungjawabnya..

Di mana kebahagiaan yg kita nak tu?
Semuanya terletak dengan cara kita berfikir...KEIKHLASAN tu yang paling penting..buat sesuatu dengan keikhlasan hati tanpa berbelah bahagi jiwa pasti akan tenang..mungkin senang untk berkata-kata kerana aku tak banyak tanggungjawab dan kerja tapi aku tetap ada masalah tersendiri..biarpun aku lah KULI dan akulah BOS dirumah ini tapi rutin harian tetap kena buat walau ikut mod sendiri..hehehe..

Walau siapapun kita,kerja apa pun kita..buatlah kerja ikhlas kerana Allah barulah hati akan menjadi tenang dan InsyALLAH bahagia pasti milik kita:-D


cerita lawak di petang hari...

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.
Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.
“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.
“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.
“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.
“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”



SERONOKNYA BERKARYA

Seronoknya berkarya tapi aku tak boleh berkarya berterusan,biarpun idea berpanjangan tp aku juga harus merehatkan badan.
Berkarya buat aku rasa tenang,damai dan bahagia kerana jiwaku adalah jiwa seni,halus dan sensitif,biar tidak dapat sokongan sesiapa tapi tolong jgn hina minatku,jgn caci karyaku,jgn sesekali perlekehkan kemampuanku.Aku hanyalah insan biasa yg punya hati nurani,ada rasa,kecewa dan hampa. Aku cuma inginkan secubit saja pengertian agar jgn halang aku untk terus berkarya.


BUKAN MARAH,..NASEHATT!!

Hati terluka tampallah PLASTER...
OR tak pun untk lebih MUJARAB telanlah Minyak gamat nak lg cepat sembuh makanlah gamat HIDUP..hehehe..
Gurau ja..

Masih ada yg syg padamu..dan ksh syg ALLAH itu sentiasa ada untk hambanya.
Hargailah ksh syg yg ada jgn di ingat pada yg telah pergi...hurm...

Allah menguji pada hambanya yg TAAT untk menambahkan ketaatan yg sedia ada.

Allah menguji hambanya yg SABAR untk menambahkan lg kesabarannya.

Allah menguji hambanya yg BERIMAN untk menguatkan lg imannya.

Ikhlas dari Hati yg paling dalam...



JANGAN MERASA TERTEKAN

Nikmatilah dan bersenang-senanglah kerana sesungguhnya segala sesuatu itu pasti ada kesudahannya sebagaimana dia pun ada permulaannya.

Sesungguhnya,kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat yg mulia yg dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan.Dia juga dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama keluarga.Orang yg bersifat mulia pasti dapat memahami tabiat orang.Dia mampu mengukur kadar perubahan,menyesuaikan dirinya di hadapan orang lain dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan,baik yg nyata mahupun yg tersembunyi.

Tentang kegelisahan,maka orang yg berwawasan luas akan dapat memahami berbagai permasalahan dan menyedarinya bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau ketika apa yg diinginkannya tidak tercapai.Dia akan memahami bahawa memang demikianlah tabiat kehidupan,iaitu bahawa "Tiada seorang pun yg beroleh kerehatan didalamnya." Ia akan memahami bahawa manusia itu adakalanya dia membenci sesuatu,padahal di dalamnya terkandung kebaikan baginya dan adakalanya dia merasa senang dengan sesuatu,padahal di dalamnya terkandung keburukan baginya.Dia juga akan menyedari bahawa sesungguhnya kebaikan itu hanya ada pada apa yg telah dipilihkan oleh Allah S.W.T...

Seseorang yg berwawasan luas akan sedar bahawa dirinya adalah sebahagian dari alam yg sangat luas.Dia juga sedar bahawa dirinya pasti akan beroleh penyakit,musibah,kesedihan dan juga kegembiraan.Maka dia tidak akan merasa terkejut dan tidak akan gelisah.

Sebagaimana yg dirasakan oleh orang yg berakhlak rendah,yg menyangka bahawa keburukan dan masalahnya hanya menimpa dirinya sendiri atau orang yg menindasnya.Dia merasa nasibnya akan buruk selamanya.Orang yg bersifat mulia dan bijaksana tidak akan pernah merasakan perasaan-perasaan buruk seperti itu,kerana dia menyedari tentang tabiat kehidupan dan dia adalah salah satu bahagiaan dari tabiat tersebut.Sehingga Allah meredhainya dan membebaskan segala upayanya saat dia mencuba untuk mewujudkan perkara yg terbaik bagi dirinya.

Bekalan:
Berbahagialah sekarang bukan esok hari.
Petikan dari buku :Jangan bersedih,Jadilah Wanita Yg paling Bahagia.
Oleh Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

P/s: Saat berduka aku suka membaca atau menulis dan aku pasti akan tenang selepas itu dan mampu tersenyum semula.Kadang2 aku sengaja menguji rakan2 semua, mana yg betul2 di anggap rakan.TERIMA KASIH tak terhingga pada rakan2 yg begitu ambil berat.Aku sayang pada semua yg menyanyangi diriku...I Love You My Friends..U'r the best..:-D


HANYA  SEBUAH  KISAH

Seorang wanita mengorbankan cintanya demi dua orang bayi kembar yg baru kehilangan ibu kandung setelah di lahirkan,namun pengorbanannya sia-sia setelah suami yg di kahwini tidak menghargai pengorbanannya itu,selepas 3 tahun berlalu dia cuba berubah menjadi isteri pertama suaminya lalu menukar penampilan diri,..maka di sedari oleh suaminya,..seorang lelaki yg tidak dapat menerima kehilangan seorang isteri dan menerima kehadiran isteri baru yg lebih muda,.bila menyedari perubahan yg cuba di buat isterinya lalu dia pun berkata,..”Kau takkan mampu menjadi seperti isteriku”.. Wanita itu tergaman kerana sekali lagi dia merasa apa yg di lakukan tidak di hargai tapi dia masih tidak mahu mengaku kalah,..”Kau tak pernah menghargai isteri pertamamu,kau sering mengabaikannya dan meninggalkannya,setelah dia meninggal barulah kau menghargainya,..begitu juga dengan diriku telah kau abaikan sepanjang perkahwinan kita,mungkin selepas aku pergi baru kau akan menghargainya,..suami tersebut baru menyedari kesilapannya dan mula ingin menghargai si isteri dan anak-anak tapi hari yg sama juga wanita ini bertemu kembali dengan kekasih lama dan mula menjalinkan kasih yg telah lama mati,.Si suami mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan isterinya kembali dengan berpura-pura tidak mengetahui kecurangan isterinya,..tapi di akhir cerita dia melepaskan isterinya untuk membuat keputusan,..lalu si kekasih cuba memujuk wanita tadi agar mengikutinya dan membina hidup baru bersamanya,..namun wanita itu pula berkata,..”Seorang isteri boleh mengkhianati suaminya,seorang kekasih boleh mengkhianati kekasihnya,tapi,..seorang ibu takkan mampu mengkhianati anak-anaknya,..”

Kisah kehidupan seorang wanita dan pengorbanannya,..bagaimana pula dengan kita,..adakah kita menghargai pasangan kita dan adakah kita sanggup berkorban apa saja demi anak-anak??..
Cerita tadi adalah sebuah film yg telah di olah ikut caraku sendiri tapi bagaimana dengan kehidupan reality,..ermm,..asam garam kehidupan yg pelbagai..fikir-fikirkanlah,..siapa kita dan apa kemahuan kita,..hidup yg bagaimanakah yg kita impikan??:)


MADAH –MADAH CINTA

Cinta bagaikan bara yang panas membakar,meluap-luap api nafsu serakah manusia-manusia yang kurang iman tapi cinta suci bagaikan air dingin yang menyirami hati saat dilanda resah.

Cinta kadangkala jadi sumber inspirasi dalam mengejar kerjaya dan berjaya namun cinta jua pemusnah kerjaya dan perosak kehidupan manusia.

Cinta kalau ikutkan hati,mati,kalau ikutkan rasa,binasa,tapi kalau bercinta berpandukan akal dan fikiran cinta pasti membawa bahagia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.