Nuffnang

Rabu, 16 Disember 2015

Bertabah Menghadapi cobaan

Bulan ini adalah bulan kesabaran bagiku. Hujung tahun yang memerlukan banyak modal untuk melengkapkan persekolahan anak-anak untuk tahun hadapan. Namun dalam kesibukan itu diriku diuji.

Bermula dengan wifi yang rosak sejak bulan lepas, kemudian disusuli dengan komputer yang down dan seterusnya telefon bimbit yang turut meragam.

Dalam zaman siber ini semua ini diperlukan apatah lagi bila kerjaya menulis ini sudah kujadikan hobi di waktu lapang. Ibaratnya ketiga-tiga benda yang meragam serentak ini amat aku perlukan dalam hidupku

Walau aku sering memujuk hati agar redha dengan semua ini namun adakalanya aku mengeluh juga bila tak dapat berimaginasi seperti biasa. Bila tak dapat berblogger dengan bebas. Hati tetap merintih tak puas hati. Hari-hari aku menyuruh enchek hubby pergi melihat komputerku yang masih tersadai di kedai dan menyuruh dia memberitahu tokey CC agar datang memperbaiki wifi tapi seperti ada saja halangannya. Aku mengeluh lagi dengan cobaan ini namun untuk tidak mengecewakan diri sendiri aku membeli telefon bimbit baru dengan duit yang aku kumpul untuk membeli laptop. Aku korbankan juga demi cita-cita dan impianku yang satu.

Buat kali pertamanya aku membeli telefon yang sedikit canggih berbanding sebelumnya.

Hari ini percubaan keduanya update blog dengan telefon. Oh..ada juga manfaatnya walau tanganku sering kebas kerana terlalu lama memegang telefon.

Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Manisnya nikmat sesudah kita bersabar dan bertabah takkan mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Terima kasih Ya Allah kerana masih menyayangiku..seorang hamba yang banyak kekurangannya.

Khamis, 8 Oktober 2015

Kenyataan Yang Kejam!



        Bila anakku anak orang juga adakalanya akan timbul kenyataan yang sangat kejam bagi kami. Suatu hari yang indah sikecil bertanya padaku disaksikan suamiku yang juga ada bersama kami ketika itu.

       ‘’Mak! Mak beranak dari perut mak Ani ka?’’ aku tak tahu kenapa soalan itu yang akan keluar dari bibirnya. Mak Ani adalah kakak satu ibu denganku yang telah membesarkan aku sejak aku berusia tujuh tahun. Bila aku sakit dan kerap dimasukkan ke hospital dia dan anak-anaknya mengambil alih menjaga si kecil dan menyuruh sikecil memanggilnya mak Ani.

         ‘’Bukanlah! Mak Ani dengan mak dua beradik. Mak dengan mak Ani satu mak.’’ Aku menjawab jujur dengan sikecil, kemudian terlintas di mindaku untuk mengajukan soalan yang sama pada si kecil.

         ‘’Sapa yang beranak kat adik? Mak mana?’’ aku tanya begitu sekadar menguji pengetahuannya. Aku tahu setiap kali aku bertanya begitu jawapannya adalah aku dan aku dah banyak kali bagitau dia siapa ibu kandungnya. Sekarang usianya baru enam tahun, aku nak pastikan dia tahu sebelum usianya mencecah usia baligh dan tahu siapa dirinya.

         ‘’Mak la!’’ seperti yang aku duga dia menjawab dengan yakin sekali. Aku pandang wajahnya dan pandang sekilas ke arah suamiku.

           ‘’Adik tak tau lagi ka? Mak yang beranak kat adik ada di Selangor. Mak adik nama ........, ayah adik nama ......,.adik ada adik nama ....?’’ aku memberitahunya dengan jujur dan memandang tepat ke wajahnya. Ternyata walau baru berusia enam tahun raut wajahnya telah berubah dengan kenyataan yang baru aku ungkapkan.

         ‘’Mak beranak kat sapa?’’ si kecil bertanya lagi. Aku terus-terusan memandang ke wajahnya dan berniat untuk menjawab semua persoalannya sejujurnya tanpa berselindung sedikit pun.

          ‘’Mak beranak kat kakak sorang ja. Yang beranak kat adik bukan mak, bukan mak Ani atau pun ibu(ibu adalah anak saudaraku) adik,.’’ Aku tak pernah berkalih ke arah lain. Aku cuba membaca isi hati si kecil dengan memandang tepat ke arahnya. Aku dapati wajahnya berubah mendung. Ya Allah! Fahamkah si kecilku apa yang sedang aku terangkan padanya?

          ‘’Adik ingat tak dengan Acik Alif. Kita pi rumah depa, lepas tu adik duduk atas Acik Alif sampai dia reyau?’’ aku cuba mengembalikan ingatannya ke masa lampau, beberapa tahun yang lalu bila kali pertama aku membawa dia ke rumah keluarga kandungnya. Dia tak mengangguk dan tak juga mengeleng, mungkin sedang memikirkan atau cuba mengingatinya.

         ‘’Acik Alif tu besar mana?’’ bila soalan itu yang ditanya aku sedar, ternyata dia sudah lupa. Aku pun tak pasti berapa umurnya ketika itu.

          ‘’Tua setahun dari adik, tahun ni adik dah enam tahun, Acik Alif dah tujuh tahun. Acik Alif tu pak menakan adik.’’ Si kecil terus terdiam lama. Aku tak dapat menyelami hatinya. Kalau boleh aku ingin baca mindanya tapi apakan dayaku.

            Bila perbualan aku dan si kecil tamat dan si kecil keluar untuk ke kedai bersama kakaknya aku berkata pada suamiku. Ketika itu sudah masuk waktu zohor dan suamiku sedang mandi. Aku pula menunggu giliran untuk masuk ke bilik air mengambil wuduk. Sambil menunggu aku berbual dengan suamiku.

           ‘’Budak kecil pun pandai sentap jugak na? Muka adik berubah jugak tadi.’’ Aku suarakan isi hati pada suamiku. Sekadar ingin mendengar pendapat dia pula.

           ‘’Dia dah besar dah. Dia pun ada perasaan. Kesian pulak tengok dia,..’’ aku mengeluh perlahan. Ya! Memang kesian tapi kenyataan memang pahit dan kejam dan aku pasti sangat kenyataan yang baru aku ungkapkan kedengaran sangat kejam untuknya.

          ‘’Takpa! Bagitau sementara dia masih kecik, dah besar esok lagi payah nak cakap. Biar dia tau la,.biar dia belajar terima kenyataan sekarang,.’’ Aku berkata yakin sedangkan hati aku juga sebenarnya turut berantakan.

           Ya Allah! Berikan si kecilku ketabahan untuk menerima kenyataan ini dengan hati yang lapang dan bantulah dia menjadi hambaMU yang sentiasa Redha dengan ketentuan takdirMU.
Dan aku sempat menangis seketika bila mengingati nasib si kecilku.

Adik!
Walau bukan mak yang melahirkan adik tapi adik kena tahu adik adalah permata buat mak dan ayah. Kami tak pernah membezakan adik dengan kakak. Keduanya kami layan sama rata. Kalau salah kami marah, kalau buat baik kami tetap akan puji. Adik jangan pernah rasa tersisih kerana kasih sayang mak dan ayah tak pernah ada kurang dan lebihnya buat kakak atau pun adik. Maafkan mak dan ayah kalau adik atau pun kakak rasa kami ni tidak adil. Fahamilah kami kerana kami juga manusia biasa yang banyak kekurangannya.

Adik!
Kasih sayang memang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata tapi kami ungkapkan rasa kasih dan sayang kami dalam setiap doa yang kami pohonkan. Adik dan kakak adalah penawar buat kami. Tiada istilah anak kandung atau pun anak angkat. Bagi kami adik dan kakak adalah anak emak dan ayah. Jadilah anak yang soleh dan sentiasa mendengar kata orang tua. Adik bertuah kerana menjadi rebutan dan ramai orang sayangkan adik. Ingatlah,.walau apa pun yang adik hadapi Allah sentiasa ada di sisi adik dan kasih sayang Allah lebih banyak berbanding orang lain di atas muka bumi ini.



Isnin, 2 Februari 2015

Gaji atau gergaji?

Gaji orang terima setiap hujung bulan. Gergaji orang guna untuk potong pokok. Apa beza kedua perkataan ni? Mungkin ada majikan yang gunakan kebijaksanaannya untuk potong gaji pekerja dengan lambat membayar gaji? Tentu adakan? Dan kemungkinan juga ada orang gunakan gergaji untuk memotong orang,.hisyy,.ngeri pulak aku nak membayangkannya.

Okey! Kenapa aku tulis tajuk ni hari ni? Tentu sebab gaji dan tak ada kena mengena dengan gergaji,.memandangkan gaji suami yang sudah lambat tiga hari masih belum dibayar aku pun dah rasa GERRRRgaji ni bila nak dapat? Tak tahulah kenapa ada majikan yang begini culas dalam membayar gaji. Ini bukan kali pertama. Rasanya sejak 17 tahun yang lalu selalu saja bos suami aku ni gagal membayar tepat pada masanya. Kami tak nafikan dia banyak menabur budi untuk kami. Dia bagi kami segalanya tapi semua itu bukan kami yang minta pun. Aku percaya walau dia yang beri tapi rezeki kami tetap pemberian Allah dan bila gaji lambat dibayar aku hanya nak berfikiran positif, ini semua ujian dari Allah. Aku tak nafikan juga pernah singgah fikiran negatif dan rasa sakit hati yang teramat bila gaji masih belum dapat walau dah masuk seminggu berlalu.

Bila blog Aku Tetap Aku ni di update bermakna bakal ada cerpen baru yang akan keluar. Aku dah set tajuknya 'Dengarlah Sayang' ini mungkin kisah orang miskin yang selalu ditindas. Mungkin pengalaman kami dalam masalah kewangan akibat gaji sering dilambatkan akan aku kongsi sedikit di dalam ni. Aku juga akan kongsi cara-cara kami mendidik anak setakat ni dan mungkin akan ada tokok tambahnya untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik. Aku juga akan memaparkan kehidupan masyarakat di kampung kami ni. Bukan niat aku nak buka aib sesiapa cuma sekadar pengkongsian yang mungkin boleh dijadikan pengajaran.

Hari ini aku masih mengira hari bila gaji suamiku akan dapat. Hahaha,.kadang-kadang dalam hal ni aku yang terlebih sensitif sedangkan suamiku yang bekerja ni nampak cool ja walau duit yang dia ada,.cuma tinggal duit syiling. Tak kisahlah kerana rezeki tu pemberian Allah. Semalam ketika kami dah masuk tidur dalam pukul 12.30 malam ada orang memberi salam. Suamiku bangun dan membukakan pintu. Suami anak saudaraku yang baru balik dari mengambil isterinya(anak saudaraku) berada di depan pintu. Orang kata rezeki tu akan datang mengetuk pintu rumah kita tak mengira masa. Ya! Tepat sekali,.dia bawa milo panas sebotol penuh bersama karipap sardin dan kuih pau. Banyak jugaklah hingga pagi ni masih berbaki lagi. Isterinya kerja di kantin asrama sekolah, jadi bila ada makanan tak habis mereka akan bawa balik dan adakalanya rumah kami tempias juga kerana mereka akan hantar juga ke sini.


Anak saudara lelaki suamiku juga bekerja di kantin sekolah. Pernah setiap hujung bulan saat tiada makanan sedap untuk dimakan dan anak-anak sudah mula mogok pasti ada saja rezeki yang Allah hantar ke rumah kami. Allahamdullillah dengan rahmat Allah ini. Kadang-kadang macam nak menangis saja melihat anak-anak yang masih belum tahu erti kesusahan. Aku dah biasa sangat dah hidup miskin sejak kecil. Suami aku pun bukan orang berada. Situasi ini tidak melunturkan semangat kami pun. Malahan hati kami semakin kental. Aku cuma kesiankan anak-anak yang tak pernah merungut. Cuma aku terkesan bila nasi yang aku masak tidak luak macam selalu. Ishh,.ikan temenung hari-hari mana ada anak yang suka makan. Kalau ayam hari-hari aku rasa nasi tu mesti akan habis dengan cepat.

Psstt,.bukan kata anak-anak, adakalanya aku pun mati akal untuk memasak. Baru-baru ni aku belajar buat fish ball sendiri. Tiga hari berturut-turut aku buat fish ball hingga aku sendiri dah rasa loya nak menelan. Jemu! Hanya itu perkataan yang perlu aku ungkapkan. Kemudian aku hanya rebus saja ikan tu dan macam best pulak makan ikan temenung rebus yang masih fresh dan lemak tapi anak-anak la kesian. Nasib baik masak tiga rasa ikan bawal yang adik iparku beri masih ada. Makan ja la mana yang ada! Selalu itulah yang aku katakan pada anak-anak.

Sehingga entry ini ditulis gaji suamiku masih belum dapat lagi tapi macam ada cahaya mentari bersinar ja bila menantu bos suamiku bagitau tadi mereka nak ke bank. Yea,.lepas ni dapat la kot. Hihi,.aku pulak yang over suka. Sebenarnya dah janji dengan si kecik nak beli mainan untuk dia sebab dia dah patuh arahan aku. Dia dah tak minum dalam botol lagi dan dah dua malam dia tidur tak pakai pampers. Tilam pun tak basah lagi. Hihi,.macam best saja bila si kecil dah jadi sedikit dewasa. Lepas ni bajet kami tentu menjimatkan sebab tak payah nak beli pampers lagi.

Bila sebut pasal gaji,.tentu macam-macam cerita yang akan munculkan? Macam ni la kehidupan kami. Percayalah! Rezeki tu dari Allah! Walau apa pun yang berlaku positiflah. Tak ada duit tak semestinya tiada makanan. Ada makanan yang banyak pun tak semestinya bahagia. Begitu jugalah dengan orang yang berharta berjuta-juta. Mungkin ada yang bahagia di dunia dengan kekayaan yang mereka miliki tapi di akhirat belum pasti kebahagiaan itu milik mereka. Orang susah lebih banyak diuji di dunia tapi orang kaya mungkin Allah akan menguji mereka di akhirat. Jangan kira Allah tak menguji kita itu satu rahmat! Beruntunglah manusia yang selalu diuji kerana dia sentiasa dalam pemerhatian Allah. Manusia yang Allah uji dengan kesenangan itu yang perlu lebih berwaspada. Macam majikan yang mendera pekerjanya dengan lambat membayar gaji juga akan dipersoalkan di sana. Wallahualam!

Hari ini walau hidup dalam serba kekurangan tapi aku masih bahagia dengan rahmat dariNYA yang melilpah ruah. Aku tak nafikan masalah sentiasa mendatangi kiri,kanan,depan dan belakang tapi dengan mengingati Allah jiwa pasti menjadi tenang setenangnya. Aku sentiasa relax dalam menghadapi apa saja kemelut hidup, lebih-lebih lagi sekarang aku punya teman setia untuk aku berkongsi apa saja.

Untuk pembaca yang sudi singgah di sini, ketahuilah,..aku bukan nak buka pekung di dada dengan menceritakan kesusahan kami. Aku sekadar nak berkongsi cerita agar,.andainya ada majikan di luar sana yang terbaca coretanku ini. Insaflah! Jangan didera pekerja anda seperti yang terjadi pada kami. Seorang pekerja itu juga punya rasa dan perasaan. Pssttt,..dulu ketika aku masih tak dapat terima kenyataan ini aku selalu doakan majikan suamiku ini agar muflis dan dia sedar bagaimana peritnya hidup tanpa makanan dan pedihnya hati bila diabaikan. Terasa dikhianati oleh majikan bila time gaji mereka akan pergi bercuti dan sewa hotel. Mereka berseronok sedangkan kami menangis di dalam hati. Balik dari berseronok baru nak hulur gaji. Kejam sangat tu. Walau mereka dah beri kami segalanya tapi tak semestinya kami ni diperlakukan seperti itu. Majikan harus amanah kalau nak pekerjanya jadi amanah. Bos-bos semua kalau tak mahu didoakan perkara yang bukan-bukan pandai-pandailah mengambil hati pekerja anda. Bukan semua pekerja yang mampu redha dengan apa yang telah anda lakukan!

Sekian untuk hari ini,.Wassalam.

P/s: Nantikan DENGARLAH Sayang! kalau tak ada aral melintang aku akan cuba siapkan sebelum ulangtahun kedua blog aku dibuka.Bulan ni la,.14 Februari 2015.

Sabtu, 31 Januari 2015

WASIAT BUAT ANAK-ANAKKU!

Anak-anakku!
Hari ini emak pening kepala memikirkan gelagat kalian. Emak cuma ada dua orang anak ja. Seorang anak kandung dan seorang anak angkat, tapi dua-duanya emak sayang. Tak ada pilih-pilih kasih. Kalau buat salah dua-duanya emak akan marah kerana itulah prinsip emak. Emak marah kerana sayang. Bukan emak marah sebab benci!

Anak-anakku!
Mungkin ini ujian dari Allah untuk emak. Walau hanya punya kalian berdua tapi emak selalu pening kepala. Kerana kalian emak selalu menangis secara tiba-tiba. Hati emak sakit melihat gelagat kalian. Kadang-kadang dalam solat juga emak menangis tanpa sedar. Emak terfikirkan kalian yang selalu membelakangkan kata-kata emak.  Gagalkah emak ni sebagai seorang ibu? Itu yang selalu emak persoalkan.

Anak-anakku!
Dua orang saja anak-anak emak. Di mana salahnya asuhan dan didikan emak? Kurangkah kasih sayang yang emak berikan? Si kakak dengan gelagatnya yang tersendiri. Si adik juga selalu mengikut naluri. Dua-duanya punya perangai yang sama. Dua-duanya langsung tak boleh ditegur. Kalau ditegur si adik akan menghilangkan diri berhari-hari. Si kakak akan terus mendiamkan diri. Merajuk dan tunjuk perasaan. Tahukah kalian emak yang menjerut hati di dalam. Pedih memikirkan sikap kalian. Sering emak bertanya, betapa banyaknya dosa yang emak harus tebus? Dan seringkali persoalan ini diakhiri dengan air mata yang berguguran tanpa henti.

Anak-anakku!
Dosa mana yang harus emak tanggung kerana diuji dengan ujian ini? Khilaf mana yang harus emak tebus untuk menghadapi kerenah kalian setiap hari. Kadang-kadang emak macam tak berdaya lagi. Adakalanya emak macam nak berputus asa. Biarlah kalian tak punya EMAK! Mungkin itu yang terbaik buat kalian?! Adanya emak di sisi pun kalian tak pernah peduli. Sakitkan hati emak setiap masa dan ketika. Kata-kata emak seolah mencurah air ke daun keladi. Langsung tak berkesan di hati. Apa gunanya punya emak lagi?

Anak-anakku!
Kalian tak pernah rasa hidup tanpa emak. Kalian tak pernah tahu hidup tanpa kasih sayang seorang emak. Kalau kalian rasa ada emak pun menyusahkan hidup kalian, moga kalian bahagia andai emak akan dijemput Ilahi suatu hari nanti. Mungkin tanpa emak tiada orang lagi nak leterkan setiap kesalahan kalian. Tiada orang lagi nak marah-marah kalian. Tiada orang lagi nak suruh kalian buat kerja rumah. Tiada orang lagi nak suruh kalian solat. Tiada orang lagi nak paksa kalian baca Quran. Mungkin tiada orang lagi yang akan paksa kalian macam emak buat. Mungkin akan membahagiakan kalian bila tiada lagi emak yang selalu mengingatkan kalian agar menunaikan setiap perintah Allah. Untuk si kakak mungkin akan lebih bahagia bila emak tak berleter lagi agar jangan terlalu mengabdikan diri menonton gambar-gambar korea tu. Mungkin keduanya akan suka kalau emak dah tak ada?!


Anak-anakku!
Kalian tak pernah nak hargai emak. Itu yang emak fikir. Kalau kalian hargai emak tentu kalian akan ikut apa cakap emak. Alangkah baiknya kalau kalian tahu kehilangan seorang emak itu bagaimana. Kalau kalian tahu bagaimana peritnya hidup tanpa emak untuk bermanja. Kalau kalian tahu bahawa seorang emak itu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Andai kalian tahu seorang emak sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya. Kalian tak pernah sedar itu semua kerana kalian masih punya emak. Tapi emak tak mahu salahkan kalian seratus peratus kerana emak tahu emak juga salah kerana tak pandai menunjukkan kasih sayang. Kalian membesar tanpa emak kerana emak selalu sakit dan dimasukkan ke hospital. Kalian membesar di bawah jagaan orang lain. Kadang-kadang emak cemburu bila kalian lebih mendengar cakap orang lain dan selalu mengabaikan cakap emak. Emak ajak si kakak pergi ke sekian tempat selalu si kakak menolak tapi ajakan kawan-kawan atau orang lain laju ja si kakak mengikut. Kalau dengan emak selalu si kakak memberi alasan malas atau segan. Dengan orang lain laju ja kakak menurut. Siapakah emak di hati kalian? Jujurlah dengan emak! Tiada langsungkah emak ini di hati kalian?

Anak-anakku!
Hanya Allah tempat emak mengadu setiap hari cuma hari ini emak teringin nak mengadu di sini. Bukan niat emak nak aibkan anak-anak emak cuma emak harap anak-anak orang lain yang membaca luahan hati emak ini jangan buat begini. Emak tahu selagi emak hidup anak-anak emak takkan baca luahan hati emak ni. Harapan emak bila anak-anak emak dah dewasa dan berkeluarga nanti kalian berkesempatan untuk singgah dan baca luahan hati emak ini. Walau bagaimana pun gelagat kalian dan walau bagaimana pun hati emak terluka kalian tetap di hati emak. Selagi emak bernafas di muka bumi ini doa emak tetap akan mengiringi perjalanan hidup kalian!

Anak-anakku!
Terakhir ini emak ingin berwasiat pada kalian berdua. Hidup ini tidak semudah yang di duga. Bahagia takkan selalu kita dapat. Belajarlah mencintai Allah lebih dari segalanya. Cintai juga pada diri sendiri! Jangan buat apa yang Allah larang. Tunaikan setiap perintah Allah dan Rasullullah S.A.W. Hormatilah orang tua-tua dan BELAJARLAH MENGHARGAI ORANG DI SISI! Solat jangan sesekali ditinggalkan. Al-Quran bacalah setiap hari walau hanya sepotong ayat! Dan jadilah anak yang soleh dan solehah!

Sekian,.Wassalam
Dari seorang ibu yang sedang membasuh dosa-dosanya dengan air mata.

Nota : Setiap ujian yang mendatangi pasti ada sebabnya dan aku hanya ingin menganggap setiap ujian adalah penebus dosa-dosaku yang lalu. Mungkin inilah kifarah yang harus aku jalani selagi hayatku masih ada. Ambil ikhtibar dan jadikan yang baik sebagai pengajaran dan yang buruk sebagai tauladan yang harus dijauhi. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu khilaf aku adanya!

Rabu, 14 Januari 2015

K-Pop Punya Angkara!

Fuhhh!,.terkejut besar aku bila melihat ramai rakan-rakan facebookku mula memaki hamun, bodoh dan sebagainya angkara trajedi gadis-gadis melayu kita yang bertudung memeluk dan dipeluk oleh artis K-Pop.
Apa yang menyedihkan aku ialah bila mak bapak gadis-gadis remaja tersebut turut dijadikan sasaran maki hamun. Untuk mengetahui kisah lanjut, aku pun terjah blog-blog terbabit dan menonton sendiri video tu dan membaca artikalnya.

 Ya Allah! Anak-anak remaja kita yang terlalu taksub dengan artis pujaan sudah terperangkap dengan sikap seperti itu. Yang menjadi hal, bila kejadian itu berlaku di depan umum yang berkemungkinan terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Persoalan aku kenapa gadis remaja melayu yang bertudung ini yang terpilih naik ke atas pentas? Pasti ada sebabnyakan??

Kadang-kadang aku ingin menyelami apa yang mereka fikirkan ketika itu. Seronok? Berbangga atau bagaimana? Bila kejadian ini sudah tersebar luas aku jadi takut dan menunjukkan video itu untuk ditonton oleh anakku yang juga taksub dengan K-Pop ini. Aku siap bagi warning lagi,.jangan sampai jadi macam tu!

Sebenarnya,.setiap kali solat aku sering berdoa agar Allah bolak-balikkan hati anakku dari menyukai k-pop beralih membencinya terus. Biarlah dia hanya mencintai Al-Quran dan berusaha membaca terjemahan Al-Quran pula. Tiada faedahnya langsung meminati k-pop ni.Pernah aku menegurnya bila melihat dia terlalu asyik melayan show k-pop dalam netbooknya. Kataku '' Glamer terra mana pun depa tu,.esok masuk neraka jugak,.kecualilah kalau Allah bagi Hidayah kat depa dan depa sempat masuk Islam sebelum mati!''

Sejujurnya,.aku takut benar bila menyaksikan video gadis-gadis bertudung tu,.Aku harap anakku takkan seteruk tu. Aku sedih juga membaca tohmahan masyarakat Malaysia yang rata-ratanya orang melayu yang sakan mengutuk tu. Dah lama aku perhatikan industri perfileman di Malaysia ni. Lagi teruk aku rasa tapi tak pulak dikomen orang. Kalau ada pun tak kedengaran begitu ketara. Mungkin hanya merungut di belakang tabir?

Kadang-kadang aku cuba juga menyelami hati anak remajaku dengan melayan show-show mereka tu. Apa yang bestnya? Artis lelaki pun pakai make-up segalanya. Artis wanita pula kebanyakan tarian mereka begitu menghairahkan. Tak kurang juga artis lelaki  yang rata-ratanya macam 'lembut' ja. Tak faham aku! Di mana yang syok sangat tu? Cute? Comei? Ahhh,..k-pop punya angkara! Aku pun macam dah kena virus pula,.gatai jugak nak buat entry pasai depa. Huh!

Okey! Dalam banyak-banyak yang aku tonton,.satu ja aku boleh puji orang korea ni,..mereka cukup hormat dengan orang yang lebih tua dari mereka. Aku peminat running man walau bukan peminat tegar. Sekadar mencuri masa menontonnya bila aku stress kerana tiada kerja atau tiada idea. Orang kata sekadar menonton untuk menghilangkan lelah perasaan. Hanya running man yang aku layan. Kalau aku layan drama atau filem,.yang tu sekadar nak ambil tahu apa yang anakku tonton ja. Dalam netbook dia tu berlambak gambar korea. Macam nak delete ja semuanya tapi aku tak mahu buat macam tu. Aku selalu berdoa pada Allah agar dia membenci semua tu dan dia akan delete dengan sendirinya. Aku tahu Allah mendengar doaku. Mudahan doaku ni akan termakbul sedikit demi sikit. Aku akan beri peluang untuknya selagi dia belum matang sepenuhnya. Aku pun pernah remaja dulu. Aku tahu remaja seperti dia takkan suka dipaksa. Biar segalanya terjadi secara semulajadi dari dalam jiwanya Hanya kepada Allah aku mampu memohon pertolongan!

Err,.dulu aku peminat drama korea juga,.ketika tu drama yang paling popular seperti Winter Sonata,Full House, Only You dan sebagainya lagi. Umur muda lagi masa tu,.era 20-30an. Tak hairanlahkan kalau layan drama romantik macam tu. Alah!,.aku kenal seorang ustazah yang mengajar kelas KAFA juga suka layan drama korea ketika tu. Sekarang ni umur aku dah masuk 40-an pun. Drama dan filem ni dah malas aku nak layan. Bukan saja drama korea, drama melayu pun aku dah muak sangat dah. Filem hindi yang aku tak pernah mis dulu pun, aku dah tak hingin nak tengok, mungkin kerana umur yang semakin tua jadi jiwa pun banyak yang sudah berubah. Katakan tidak pada filem dan drama-drama merapu macam tu! Cehh! Ayat tak boleh blah sudah keluar. Tapi memang itulah hakikatnya. Aku dah malas nak mengadap tv,.kalau tengok pun aku 'pilih kasih' juga siarannya.

Sudahlah! Kerana k-pop punya angkara aku sudah menulis entry ni. Aku bersyukur sangat bila umur berubah,.selera aku pun banyak dah berubah,.yang aku takut,.kalau umur semakin tua,.tapi sikap dok macam tu jugak! Tolong doakan ya,.mudahan doaku akan dimakbulkan dan rancangan-rancangan yang tidak sepatutnya ditayangkan di skrin tv Malaysia kita akan diharamkan terus! Bagi aku kalau orang korea yang bukan Islam tu buat hal yang bukan-bukan aku tak kisah pun tapi yang aku heran bila orang melayu yang beragama Islam pun nak tiru lakonan mereka yang bukan Islam,.tu yang malas nak layan tu.

Sekian,.Terima Kasih sudi singgah!
Nota kaki : Tunggukan cerpen seterusnya yang baru ada tajuk,.
Takdir Penentu Segalanya,.tema kekeluargaan,.cinta ada sikit kot,.perpisahan itu pasti ada hikmahnya,.belum mula tapi dah ada plot cerita dalam minda,.baru nak berangan jer,..hahaha,.



Ahad, 28 Disember 2014

Musibah, Bala Atau Ujian?

            Malaysia bergegar lagi dengan bencana alam pula kali ini. Selepas di uji dengan kehilangan kapal terbang Mas Mh 370,.disusuli dengan tertembaknya kapal terbang Mh 17, selepas tu dengan puting beliung dan terkini banjir besar yang memusnahkan banyak kediaman terutamanya di Kelantan.

             Aku tak mahu mengulas banyak dalam hal ini,. bagi aku ini semua peringatan dari Allah untuk kita semua yang masih lalai dan lupa akan asal usul kita. Sempena untuk menyambut tahun baru sudah disediakan pesta sambutannya. Allah Hu Akbar,.Dia Maha Mengetahui segalanya. Manusia hanya merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang! Setiap perkara ada hikmahnya yang tersembunyi namun ramai dari antara kita yang tak mahu melihat dengan mata hati. Yang paling aku kesalkan ialah setiap kali berlaku musibah pasti ada yang menuding jari. Menyalahkan orang itu dan ini. Ada pula pembela dan berlakulah maki hamun dan carut mencarut. Memalukan saja! Sepatutnya kalau tak mampu nak menolong dari segi tenaga atau wang ringgit,.tolonglah doakan mereka yang terlibat. Kalau nak memberi komen pun biarlah yang positif dan bermanfaat untuk semua.


      Sudahlah! Bercakap banyak pun,.takkan merubah apa-apa keadaan! Macam biasa aku akan promote cerpen aku yang seterusnya dalam entry aku dalam blog ini. Ada permintaan dari seorang pembaca agar aku menyambung cerpen biarkan Rindu Terus Berlagu. Aku dah buat statement dalam facebook,.andai ada 10 orang yang like status aku tu,.aku akan sambung cerita tu tapi hampeh,.dua orang ja yang like namun pagi tadi aku dah mula menulis. Tengah rancak berangan tetiba komputer off,.aku bengang gila masa tu sebab tak sempat save lagi.

          Aku ni jenis yang payah nak putus asa. Okey! Cubaan pagi tadi tak berhasil,.mudahan usia aku ni masih berbaki untuk menulis lagi. Inilah cabaran terbesar untuk aku. Yeahooo,.aku dah dapat ilham sebenarnya untuk kenakan Mohd Hariz Iqbal,.hero cerpen tu,.tunggukan cerpen tu bila Hariz akan meroyan bila Safiya dapat calon suami baru yang lebih muda dan lebih hensem,.daebakk! haha,.aku baru berangan ja,.tak tau lagi cerita tu nak jadi macam mana. Menurut pembaca tu dia geram kat Hariz tu jadi sebab nak bagi dia puas hati jadi dalam part 2 ni nanti memang nak buli Hariz tu cukup-cukup!

Tolong doakan mod menulis aku ni stabil agar aku dapat siapkan cerpen tu secepat mungkin!

Terima Kasih sudi singgah dan baca,.

Pasal tajuk entry ni,.biar Allah yang tentukan sebab aku pun masih tertanya-tanya juga,.musibah, bala atau ujian?,.Err,.adakah aku sedang keliru? Musibah dengan bencana tu ada beza ka? Bala atau ujian tu rasanya memang berbeza!,. :D

Sabtu, 29 November 2014

Mission Imposible?

29.11.2014      2.47pm
Aku baru lepas tunaikan solat zohor,..lewat pulak hari ni sbb mission imposible aku,.yupp,.aku laksanakan impian orang lain,.mereka selalu suruh aku keluar excercise sedangkan keadaan aku yang sakit lutut ni,aku rasa macam tak mampu nak buat,.tapi bila banyak kali sgt dok ulang benda yang sama, aku jadi cemuih nak dengar,.tepat jam 7.00am aku mula keluar dari rumah,.perasaan was-was pada mulanya menerpa dan hati pun bertanya,.'mampukah aku?' akhirnya aku buat keputusan untuk bertekad menjayakan misi aku tu,..destinasi aku Pantai Murni,.aku berjalan setapak demi setapak dengan langkah yang amat goyah,.bila menyaksikan permandangan sekeliling aku jadi kagum dan teruja,.sambil mendonggak ke langit aku berdoa,.''Ya Allah! Bantu aku Ya Allah,.agar aku sampai ke destinasiku dengan selamat tanpa menyusahkan sesiapa!'' berbekalkan keyakinanku yang kuat kepada Allah aku gagahkan diri tanpa menoleh ke belakang lagi,.aku berselisih dengan beberapa remaja yang masih cerdas berjogging dan mengayuh basikal,..ah,.biarkan mereka,.aku tetap aku dan aku tak pernah kacau orang lain,.


Bila sampai di Pantai Murni aku mengucap syukur dan amat terharu dengan keupayaanku,..cehh,.sempat lagi nak buat ayat bongkak!,.Allah izinkan aku sampai ke destinasiku dengan selamat,.bila dapat mendarat di atas kerusi batu tepi pantai betapa leganya kurasakan dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan badan,..Subhanallah! aku mampu sampai ke sini dengan hanya berjalan kaki,.dengan keadaan dua belah lutut yang sakit tu,.dan aku percaya semua ini kehendak Allah kerana sepanjang perjalanan aku tak pernah putus berdoa agar aku berjaya melaksanakan misi aku menyahut cabaran suami,rakanku dan orang2 kampung,..


Aku bertolak dari rumah pukul 7.00am dan sampai di Pantai Murni dan duduk dengan selamatnya di atas kerusi batu pada jam 9.11am,.aku berjalan kaki selama dua jam lebih,.aku macam dah malas nak balik tapi aku hanya bawa hp semata-mata,.tiada duit dan barang-barang lain,.aku pula tak sarapan pun pagi tadi sebelum keluar rumah,.pukul 10.00am perutku mula pedih kelaparan,..mahu atau pun tidak, aku pun melangkah untuk pulang bila jam dah mencecah 10.15,.langkah untuk pulang lebih getir ku rasakan kerana matahari begitu terik memancar namun aku pujuk hati kerana cahaya matahari pagi tak sepanas mana pun sebenarnya,.sambil berjalan di tepi sawah yang menghijau aku snap beberapa gambar permandangan yang sangat indah,.


Dalam hati berkata-kata,.''agaknya macam mana berjalan di padang masyar nanti?'' aku cuba membayangkan keadaan padang masyar yang luas tanpa pokok dan matahari hanya sejengkal di atas kepala dengan manusianya yang berjalan tanpa pakaian dan dengan perbagai cara,.

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR =======================================

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa laden kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

75. Al-Qiamat

[1]Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;


[2]Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!


[3]Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?


[4]Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).


[5](Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).


[6]Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”


[7]Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),


[8]Dan bulan hilang cahayanya,

[9]Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

[10](Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”

[11]Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!


[12]Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.


[13]Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.


[14]Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,


[15]Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).


[16]Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).


[17]Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);


[18]Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

[19]Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).


[20]Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.


[21]Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).


[22]Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;


[23]Melihat kepada Tuhannya.


[24]Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,


[25]Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.


[26]Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

[27]Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”


[28]Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;


[29]Serta kedahsyatan bertindih-tindih;


[30](Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).


[31](Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!


[32]Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!


[33]Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.


[34](Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

[35]Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

[36]Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

[37]Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

[38]Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

[39]Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.


[40]Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!


Sengaja aku kongsi sedikit ilmu yang aku copy dari facebook,.aku memang tak berilmu sangat untuk aku bercerita mengenai Padang Masyar dan dunia Akhirat,.cuma setakat nak memujuk diri yang sudah tak berdaya aku bayangkan dunia akhirat yang lebih dahsyat seksaannya sambil hp aku mengalunkan zikir,.oh aku gunakan ear fhone pastinya,..sambil berjalan aku berzikir dan zikir inilah semakin menguatkan semangatku untuk terus melangkah,.sesekali aku akan donggak ke langit dan memohon pertolongan Allah agar aku tak jatuh tersungkur dan menyusahkan orang lain pulak nanti,..almaklumlah badan aku bukannya kecik,.dah setaraf anak gajah,..hihi,..mak/bapak gajah besar sangat kot!
Bila Titi Bakong semakin menghampiri aku cuba lajukan langkahku,.namun aku dah tak berdaya langsung selain mengheret kaki perlahan-lahan,.aku boleh! aku boleh! aku boleh!,.aku laungkan berkali-kali di dalam hati.


Bila tempat rehat di tepi tali air Titi Bakong sudah nampak,.aku mengucapkan syukur lagi,.aku dah tak sabar nak duduk berehat,.tadi aku bertolak dari Pantai Murni sekitar pukul 10.15am dan aku sampai di Titi Bakong sekitar 11.15am,.sejam jugak aku berjalan balik dan hati aku berdongkol di dalam,.aku dah tak ada kudrat langsung dah,.Ya Allah! hantarkan bantuanmu,.aku tak berdaya untuk melangkah pulang,..masih jauh lagi perjalananku dengan cuaca panas yang semakin berbahang,.aku memang tak mampu!
Hampir sejam aku berehat,.aku sudah terlalu letih menunggu,.ditambah dengan perut yang lapar,.badan yang terlampau letih,.aku cuba berikhtiar sambil terus berdoa,.aku chek hp,.kredit masih berbaki rm8 lebih lagi tapi tak aktiv sbb tarikh luput sudah habis,.aku cuba buat sos topup,..hah! rezeki memihak padaku bila maxis mengaktivkan kreditku dan hanya memotong 50sen dari akaun kredit,.
Aku call my doter dua kali tak berangkat dan aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej supaya dia datang mengambilku,.ajaibnya baru ja letak telefon,.tetiba suamiku muncul,.dia tak memandang ke arahku sebaliknya dia terus menuju ke pantai,..aku memang dah tak kuasa nak buka mulut untuk memanggilnya,.mulut aku dah dikunci dengan pedal ayam saiz xxxl,.berat sangat rasanya,..nampak benor aku terlampau letih,.


Aku gagahkan diri bangun dan berjalan perlahan-lahan dan menunggu di tepi jalan,.bila dia sampai dia cakapkat aku ''Ingatkan dok tepi laut,.nampak macam ada orang di sana,.'' respon aku,.membisu seribu bahasa dan naik belakang motor dan terus diam hingga sampai ke rumah..sampai entry ini ditulis aku masih berkira-kira nak tanya dia,..dia memang tengah cari aku ka?,..hahaha,..suruh sangat aku keluar excersice,.sekali aku terima cabaran,..aku tak jalan sekitar rumah,.maunya 6 jam jugak aku dijalanan,.oppss,.3 jam lebih dijalanan,.lagi 3 jam berehat di perhentian,..agaknyalahkan,..malas pulak nak kira,.


Sampai di rumah,.aku terus cari katil tapi badan dah macam kena palu,..hampir pukul 1 baru boleh terlelap,.dan sebab tu la terbabas solat zohor hingga hampir pukul 3 petang,.hampeh,..tapi kalau orang tanya aku,..nak buat lagi tak,..aku akan cakap,..pengalaman hari ni paling best dan berharga walau lepas balik ke rumah,.rasanya urat kaki aku dah krem 99.9%,.

Untuk pembaca semua,.hidup ini adalah ketentuan Allah,.rajin-rajinlah memohon kepada-NYA dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup,..teruskan langkah perjuanganmu walau seribu rintangan mendatangi diri,.kita mampu kalau kita mahu!







Melihat gambar-gambar permandangan ni,.macam berbaloikan?,.dan gambar akhir di mana aku berehat sementara menunggu bantuan tiba untuk mengambilku di Titi Bakong,.aku snap dari tempat rehat di bawah 3 pokok besar yang memayungiku,.

Zikir yang aku dengar sepanjang aku berjalan,.