Nuffnang

Sabtu, 3 Februari 2018

Catatan Dari Facebook Ke Blog

Sangka-sangka Yang Tak Terduga..

Selalunya kita sangka kita dah baik, tapi orang lain tak fikir macam tu, mungkin bagi mereka kita ni banyak buruk dari baik. Lumrah kehidupan dalam dunia, seribu kebaikan yang kita buat akan tertutup bila satu kejahatan kita tersingkap.

Aku bagi contoh diri aku sendiri. Tak perlu bagi contoh orang lain. Selama ni aku sangka status aku menegur orang untuk kebaikan sebab aku menulis kisah realiti yang aku gabungkan bersama imaginasi. Dialog dan jalan cerita adalah rekaan, manakala selebihnya aku menulis tentang apa yang aku baca dan apa yang aku lihat dan dengar di sekitar aku. Kisah aku banyak berkait tentang Sebuah Kehidupan dan status aku dalam fb pun tentu juga berkisar tentang kehidupan realiti kita sehari-hari.

Betul, Aku banyak menulis tentang pengalaman aku dan tentang orang-orang yang aku jumpa di sekitar aku. Itulah punca ilham aku. Tapi, kadang-kadang aku menulis berdasarkan apa yang aku baca di media massa. Aku sangka, status aku sekadar untuk mencari mod menulis yang telah hilang, namun orang yang membaca mungkin menyangka aku sedang menyindir mereka dalam diam? Aku berharap, status aku akan dapat merubah orang lain namun pemikiran setiap manusia takkan pernah sama. Mungkin, selepas membaca mereka tersentap, terutama yang terasa pedasnya kata-kataku itu. Kebetulan mungkin sama seperti apa yang sedang aku lalui. Yupp..kadang-kadang aku pun rasa perkara yang sama. Banyak juga status rakan-rakan fb yang membuat aku tersentap tapi aku ambil sebagai pengajaran dan belajar untuk berubah dan menjadi lebih baik. Tapi, siapalah aku ini, hanya manusia biasa macam orang lain juga. Nak mengubah diri sendiri memakan masa yang agak lama terutama tabiat menulis status dalam fb. Orang yang tak minat menulis, mungkin tak ada masalah kalau tak menulis. Berlainan dengan aku, setiap kali keinginan untuk menulis itu datang, aku tak boleh mengawal jari jemari untuk menaip. Tak kisahlah, sama ada dalam FB, IG atau Twitter. Adakalanya, kalau cerita aku terlalu panjang, aku kongsi dalam blog saja. Aku suka menulis dan aku akan menulis apa yang terlintas dalam minda.

Kita suka bersangka-sangka. Macam aku, selalunya aku sangka tulisan aku penuh berhikmah tapi orang lain kata, kata-kata aku penuh sindiran. Mereka kata, ayat-ayat aku tajam bagaikan pedang. Mereka terhiris, terluka dan sakit hati yang tak terperi. Mereka berdendam dalam diam. Kalau jumpa di luar, mereka tersenyum ramah, sedangkan dalam hati masing-masing mungkin bagaikan lahar yang terpendam, menunggu masa untuk menyimbah?

Ya, aku sangka status aku akan merubah orang lain untuk menjadi baik dan berubah. Tapi..orang lain tak fikir macam tu. Mereka mungkin menganggap aku sebagai musuh selamanya? Aku tak mampu untuk menghalang pemikiran orang lain. Kalau itu yang mereka fikir, teruskanlah apa yang korang fikir. Masing-masing Allah beri akal untuk berfikir. Sama ada positif atau negatif, terpulang pada diri masing-masing. Bagi aku kebahagiaan aku akan datang bila aku sentiasa berfikiran positif. Mungkin bagi orang lain, berfikiran negatif tentang apa yang orang lain buat dan tulis itu lebih membahagiakan korang, teruskanlah. Moga korang bahagia dengan cara korang. Aku tiada hak untuk menghalang dan aku juga tiada hak untuk mengawal pemikiran orang lain.

Sangka-sangka yang tak terduga seringkali membuatkan kita tergaman dalam sedar. Kita sangka kita baik. Kita sangka kita positif, namun tanpa kita sangka rupa-rupanya selama ini ada orang yang sangka kitalah yang paling jahat dalam dunia? Bila ada orang memberi amaran, kita akan didebik kerana kata-kata kita yang kita sangka penuh berhikmah dan cool, apa yang perlu kita buat?

Bagi aku, aku hanya perlu pasrah dan redho dengan ketentuan takdir. Andai kata, aku bakal dibelasah kerana status aku dalam fb atau laman sosial yang lain, aku terima dengan lapang dada. Allah sentiasa ada untukku kerana aku juga salah seorang dari hambaNya. Siapalah aku untuk menolak ketentuan takdir. Aku tak ada kuasa untuk membantah, jauh sekali untuk merubah pemikiran orang lain. Aku sedang menunggu balasan dari Allah, andai akulah pesalahnya hukumlah aku di dunia ini kerana aku tahu azab di dalam kubur dan azab di akhirat nanti lebih ngeri berbanding di dunia ini. Di sini, selagi kita masih hidup, kita masih ada doktor untuk merawat. Masih ada orang untuk menjaga dan merawat kita. Di dalam kubur, kita hanya sendiri kerana mati itu adalah kiamat kecil untuk kita semua.

Kata ustaz dalam Tanyalah Ustaz pagi ni, doa orang yang teraniaya itu cepat makbul maka berdoalah kalau korang pernah rasa teraniaya dengan tulisan aku. Aku redho kerana aku percaya dengan satu pepatah omputih ni..What You Give, You Will Get Back! Dan, aku juga sedang berdoa setiap hari dan ketika, kalau aku bersalah, bayarlah kesalahan aku denagn hukuman yang setimpal di atas DUNIA kerana aku tak sanggup untuk masuk ke dalam neraka jahanam!

Dan, kalau korang yang bersalah dan menuduh aku..harap-harap Allah akan bayar cash juga! Biarlah Allah bayar cash di dunia dan beri kita pengajaran yang setimpal. Semoga dengan pengajaran yang kita dapat akan membuatkan kita sedar bahawa kita tak selalunya betul. Hari ini aku juga sedar, bahawa apa yang aku buat tak semuanya betul dan tak semua orang suka. Tidak mengapa menerima hukuman di dunia! tak mengapa! Jangan bimbang, kerana Allah hanya memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Ya..apa yang aku mahu, orang baca tulisan aku dan ambil iktibar tapi Allah kata aku perlu rasa sakit dengan apa yang aku tulis agar aku ambil iktibar. Aku Terima dengan hati yang terbuka kalau itu kehendak Allah, namun kalau ada yang nak suruh aku berputus asa dari terus menulis, serius aku tak mampu buat. Aku tak mampu tanggung bebanan perasaan kalau jari jemari aku tak bekerja. Aku menderita, fikiran aku serabut kerana aku tak mampu untuk memendam perasaan terlalu lama. Aku perlu meluahkan segalanya, agar hati aku menjadi tenang setenangnya. Kalau korang rasa terbeban membaca tulisan aku, tak payahlah baca! Ishh..scroll saja laju-laju daripada baca dan mengkritik aku.

Seperti apa yang banyak orang kata, status aku penuh dengan dosa, jadi sebelum kutuk aku fikirkan dulu, sanggupkah korang menanggung dosa-dosa aku. Ehhh..korang tak tahu ka, kalau korang kutuk aku dalam senyap atau secara terbuka, pahala korang dapat kat aku, dah habis pahala korang maka dosa aku pulalah korang tapau masuk akaun akhirat korang. Nak ka? Aku okey ja, kalau korang nak. Silalah kutuk aku berjemaah ya. Aku sedia memaafkan korang bila-bila masa saja! Selebihnya, biar Allah yang menentukan.

Sedar tak sedar dah panjang lebar aku menulis pagi ni. Rasa lega dan sungguh lapang dada. Tiba-tiba semua beban yang aku tanggung dua tiga hari ini bagaikan dibawa pergi oleh angin bayu yang bertiup lembut. Serius, aku rasa, tulisan aku pagi ni penuh berhikmah dan cool..hahaha..korang nak fikir apa, itu hak masing-masing! Kita memang suka bersangka-sangka. Aku selalu bersangka baik dengan diri aku sendiri dan bersangka baik terhadap semua orang sebab itu aku buat tanda soal di hujung ayat yang aku sendiri tak pasti jawapannya. Aku tak dapat membaca minda semua orang. Positif atau negatif pemikiran orang lain bukan aku yang tentukan!

Sekian, terima kasih sudi membaca hingga habis. Macam status-status aku yang lain, harapan aku agar status aku ini pun dibaca dan diambil iktibar. kalau tak nak, aku tak boleh menghalang. Terserah! You all the best! I am the best! Positif itu bagus untuk minda dan jiwa yang bahagia.



Komen-komen rakan2 facebook..


    Madiah Saad "Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
    Manage
    LoveShow more reactions
    Reply2h
    Szaza Yan Cantik ayat-ayat ni. Akak selalu berdoa, semoga Allah hanya memberi ilham untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. kalau bahagia di dunia tapi akhirat merana kerana tulisan akak, minta dijauhkanlah..so komen sikit dgn status akak pagi ni. Ada yang tersentap tak?
    Manage
    Reply2h
    Madiah Saad Susah nak puaskan hati semua org, pemikiran kita berbeza-beza, keinginan dan kehendak juga xsama...ramai penulis2 hebat dikomen xelok, dikeji dsbgnya tetapi mereka tetap menulis...mcm akak ni apa sgt lah kan so tulislah apa Allah anugerah dlm otak pemikiran kita, mungkin ada kebaikan utk org lain, siapa tahu
    Manage
    Reply2h
    Szaza Yan Madiah Saad Berdasarkan pengalaman akak berblogger selama ini memang banyak menerima komen positif berbanding negatiff. Betul sgt tu, kita takkan dapat memuaskan hati semua orang dan akak pun tak berharap semua orang memahami akak. Hak masing2 untuk menilai. Orang di sisi mungkin lebih beerti kalau mereka mahu memahami, namun takkan ada istilah untuk berputus asa selagi kudrat masih ada, selagi nyawa dikandung badan, cuma kadang-kadang minda banyak menanggung bebanan perasaan yang adakalanya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mampu mencoretkan luahan jiwa di alam maya...tak boleh nak buat apa, kalau orang tak suka tapi, akak tak reti kalau tak berkata-kata dgn jari jemari ini..hihi..peace..yooo
    Manage
    Reply2h
    Saadah Ahmad Sesungguhnya Szaza Yan .. apa yg kita luah itu.. apa yg kita ckp apa yg kita buat.. tanggapan setiap org x kn sama.. apa yg kita fikir baik itu x semestinya baik pd mereka.. sbb itulah.. ummi byk mendiamkn diri setelah menegur disalahertikn.. bukan itu shja.. dlm ummi mendidik anak2 juga disalahertikn.. anak2 sendiri kott.. itulah yg ummi ckpkn pd hubby.. hubby hanya mendiamkn diri.. maklum.. yg x puashati adikberadiknya.. x pd adikberadik ummi.. soo.. skg.. ummi hanya memerhatikn sahaja..jd cctv... 
    Manage
    LoveShow more reactions
    Reply2hEdited
    Szaza Yan La ni, tak perlu fikirkan apa yg orang fikir. Hanya fikirkan apa yang Allah akan lakukan kalau kita bersalah. Yakin dgn janji Allah setiap perbuatan pasti ada balasannya. Sy juga sdg menunggu balasan dari Allah kalu tulisan2 sy ini adalah satu dosa.
    Manage
    LikeShow more reactions
    Reply2h
    Saadah Ahmad Betul tu sygg.. Szaza Yan .. perbykkn musahabah dirisendiri knn .. semoga Allah menunjukkn kita apakah kesilapan juga dimana silapnya kita dlm menegur sesama kitA
    Manage
    LoveShow more reactions
    Reply2h
    Szaza Yan Saadah Ahmad In Sha Allah, hanya pada Allah kita memohon pertolongan. Hanya Allah yg tau buruk baiknya sesuatu perbuatan.
    Manage
    LikeShow more reactions
    Reply2h
    Saadah Ahmad Iye betul tu sygg.. perbykkn sabar juga istifar.. Dia.. tetap memeluk kita apapun keadaan kita..
    Manage
    LikeShow more reactions
    Reply2h
    Szaza Yan Saadah Ahmad kannn..Allah masih ada walaupun seluruh dunia bencikan kita.
    Manage
    LikeShow more reactions
    Reply2h
    Saadah Ahmad Iye sygg Szaza Yan .. betul tuu..
    Manage
    LikeShow more reactions
    Reply2h
    LikeShow more reactions
    Reply1h
    Szaza Yan .. memang sedih ..
    -1:51:19
    691 Views
    Wheny Janetha Nindy
    MY LAST LOVE
    Film drama korea yg ceritanya bikin mewek😢😢😢😭😭😭😭 Isoh mewek Q ndelok film iki😅😅hhhhh...ancen dasar'e Q ki gembeng.😅😅😂😁
    LikeShow more reactions
    Comment
    Comments
    Szaza Yan Kann..tersyahdu seketika..terutama time anak2 dan isteri dia dpt tau.
    Manage
    LikeShow more reactions
    Reply4h
    Percayalah, kadang2 kejujuran itu akan memakan diri sendiri dan berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata.
    Nota : Mulai hari ini aku hanya nak jadi CCTV saja!
    LikeShow more reactions
    Comment
    Comments
    Saadah Ahmad Betulll..
    Welcome to the cctv club dear sygg Szaza Yan..
    Manage
    LikeShow more reactions
    Reply1d
    Fazleen Aleesya Cctv pon kdg2 rosak jugak..biasa la tu..50/50 ok la..
    Manage
    HahaShow more reactions
    Reply1d

Madiah Saad : "Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.

Szaza Yan  : Cantik ayat-ayat ni. Akak selalu berdoa, semoga Allah hanya memberi ilham untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. kalau bahagia di dunia tapi akhirat merana kerana tulisan akak, minta dijauhkanlah..so komen sikit dgn status akak pagi ni. Ada yang tersentap tak?

Madiah Saad : Susah nak puaskan hati semua org, pemikiran kita berbeza-beza, keinginan dan kehendak juga xsama...ramai penulis2 hebat dikomen xelok, dikeji dsbgnya tetapi mereka tetap menulis...mcm akak ni apa sgt lah kan so tulislah apa Allah anugerah dlm otak pemikiran kita, mungkin ada kebaikan utk org lain, siapa tahu


Szaza Yan : Madiah Saad, Berdasarkan pengalaman akak berblogger selama ini memang banyak menerima komen positif berbanding negatiff. Betul sgt tu, kita takkan dapat memuaskan hati semua orang dan akak pun tak berharap semua orang memahami akak. Hak masing2 untuk menilai. Orang di sisi mungkin lebih beerti kalau mereka mahu memahami, namun takkan ada istilah untuk berputus asa selagi kudrat masih ada, selagi nyawa dikandung badan, cuma kadang-kadang minda banyak menanggung bebanan perasaan yang adakalanya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mampu mencoretkan luahan jiwa di alam maya...tak boleh nak buat apa, kalau orang tak suka tapi, akak tak reti kalau tak berkata-kata dgn jari jemari ini..hihi..peace..yooo



Saadah Ahmad : Sesungguhnya Szaza Yan .. apa yg kita luah itu.. apa yg kita ckp apa yg kita buat.. tanggapan setiap org x kn sama.. apa yg kita fikir baik itu x semestinya baik pd mereka.. sbb itulah.. ummi byk mendiamkn diri setelah menegur disalahertikn.. bukan itu shja.. dlm ummi mendidik anak2 juga disalahertikn.. anak2 sendiri kott.. itulah yg ummi ckpkn pd hubby.. hubby hanya mendiamkn diri.. maklum.. yg x puashati adikberadiknya.. x pd adikberadik ummi.. soo.. skg.. ummi hanya memerhatikn sahaja..jd cctv...


Szaza Yan : La ni, tak perlu fikirkan apa yg orang fikir. Hanya fikirkan apa yang Allah akan lakukan kalau kita bersalah. Yakin dgn janji Allah setiap perbuatan pasti ada balasannya. Sy juga sdg menunggu balasan dari Allah kalu tulisan2 sy ini adalah satu dosa.

Saadah Ahmad  : Betul tu sygg.. Szaza Yan .. perbykkn musahabah dirisendiri knn .. semoga Allah menunjukkn kita apakah kesilapan juga dimana silapnya kita dlm menegur sesama kitA

Szaza Yan : Saadah Ahmad, In Sha Allah, hanya pada Allah kita memohon pertolongan. Hanya Allah yg tau buruk baiknya sesuatu perbuatan

Saadah Ahmad : Iye betul tu sygg.. perbykkn sabar juga istifar.. Dia.. tetap memeluk kita apapun keadaan kita..

Szaza Yan :  Saadah Ahmad, kannn..Allah masih ada walaupun seluruh dunia bencikan kita.


LikeShow more reactions
Reply2h
Saadah Ahmad Iye sygg Szaza Yan .. betul tuu..
Manage
LikeShow more reactions
Reply2h


Ahad, 17 Disember 2017

Dunia hanya sementara, hidup ibarat roda, dilambung bagaikan bola.

15 Disember 2017...

Ibarat lirik lagu ini..


Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita, adakah suratan atau kebetulan?
Aku tak berapa sihat untuk berceloteh panjang. Kepala masih pening dan perut masih mual. Namun, aku cuba bangkit dari rasa sakit itu kerana sakit adalah ujian. Aku cuma berharap Allah masih panjangkan usiaku untuk terus menempuhi onak dan duri di sepanjang liku perjalanan hidupku. Orang ada cancer pun ada harapan sembuh, inikan pula sakit jantung tahap pertama. Masih belum kena serangan jantung lagi pun, kiranya aku masih lagi bernasib baik. Aku tak harus berputus asa dengan mudah selagi nyawaku dikandung badan. Pun begitu aku tak dapat menolak takdir, andai aku pergi dulu..sambutlah salam terakhir dariku ini...

Abadikan  saja salamku di ingatan, salamku yang terakhir. Sebenarnya Allah menguji kita untuk lebih menghargai hidup ini. Aku tak ralat ditimpa sakit, malahan aku bersyukur kerana Allah memberi amaran terlebih dahulu. Hidup bukan untuk enjoy kerana kematian sedang menanti bila-bila masa saja. So, ini lagu terakhir dariku untuk pembaca semua termasuk sahabat-sahabat yang aku sayangi dan kaum keluargaku.

Bila Izrail datang memanggil sesaat pun tak boleh tangguh. Tak boleh nak bersembunyi, hatta masuk gua sekali pun, tetap akan kaku, roh tetap akan keluar.

Sekian, entry aku untuk kali ini. Aku harap ini bukan entry terakhir dariku. Aku belum cukup amalan untuk mengadap Ilahi. Doakan aku!






Khamis, 28 September 2017

Perjalanan Dan Pengalaman Menghantar Anak ke UPSI

Akhirnya, berjaya juga aku mengemaskini ENTRY BASI ni dalam blog. Banyak sungguh masalah yang menghalang perjalanan kehidupan aku sebagai penulis online. Sekali masalah mendatang,kehadirannya bertalu-talu. Bermula dengan wifi rosak,disusuli dengan komputer yang meragam dan akhirnya telefon pun turut bermasalah hingga tak boleh diperbaiki lagi. Mahu atau tak,terpaksalah menanti dan terus menanti untuk membeli telefon baru. Namun, hari ini nasib menyebelahiku, dapatlah aku kongsi pengalamanku di sini. Jom baca, buat tatapan pembaca setia blogku yang sudi membacanya...

Kali ke-2 aku ke UPSI, tapi kali ini kami tidak berdua. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anugerah ini. Pemberian yang tak terhingga buat kami suami isteri. Demi masa depan anak kandung tunggal kami.

Malam raya Aidilfitri kami terima berita gembira ini. Anak kami diterima untuk ditemuduga dan akhirnya selepas menghadiri temuduga, keluarlah keputusan dia diterima sebagai salah seorang pelajar di UPSI. Sejujurnya aku dan suami tidak pernah menaruh harapan setinggi langit. Kami hanya mampu berserah kerana kami percaya 100% Allah yang menentukan segalanya.
*************
3 september 2017 kami bertolak dari rumah di Yan, Kedah pada pukul 12.00 tengahari. Hari raya ke-3 Aidiladha dan ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan tugas harian dan sebagainya. Kebetulan cuti bersambung-sambung bermula dengan cuti sekolah, cuti Hari Kemerdekaan Malaysia, cuti hari raya dan cuti kemenangan sukan sea yang terlebih sasaran target. Memang mencabar jugalah perjalanan kami kali ini. Kami bertolak dengan dua buah kereta ke Rawang Selangor. Kereta yang dinaiki oleh aku, suami dan anak dara tunggal kami bertolak terlebih dahulu. Sebuah lagi kereta anak saudara suamiku yang bekerja di Rawang dan tinggal di Rawang tertinggal di belakang. Kami akan menumpang di rumah mereka semalam sebelum bertolak esok paginya ke UPSI.

Kami tiga beranak menumpang kereta anak saudara suamiku iaitu anak kepada abang suamiku yang no-2..mereka suami isteri yang menawarkan bantuan untuk menghantar kami. Kebetulan, anak lelaki kami menaiki kereta satu lagi, iaitu kereta anak saudara suamiku yang tinggal di Rawang. Apa nak buat, kereta yang dinaiki kami sudah penuh dengan barang-barang anak perempuan kami. Banyak sungguh barang-barang yang perlu dibawa termasuk baju-baju untuk dipakai ke kuliah nanti.

Awal perjalanan nampak biasa saja, namun selepas kami melepasi Sungai Dua seberang Jaya mungkin, jalan sudah mula sesak. Jammed serata jalan dan sesekali saja kereta dapat meluncur dengan laju. Dan akhirnya..jalan semakin sesak dan sesak bila kami sudah memasuki negeri Perak. Semua R&R penuh dan kami tidak dapat berhenti di mana-mana R&R untuk makan, solat dan sebagainya. Terpaksalah kami meneruskan perjalanan dengan perut lapar dan solat yang terabai.

Perjalanan kami semakin mencabar. GPS yang digunakan menunjukkan jalan jammed sepanjang jalan dan ada juga kemalangan. Kami terserempak juga dengan kemalangan motor dan melihat dengan mata sendiri seorang mangsa terbaring di tepi jalan. Sepanjang perjalanan ke Rawang juga kami bertembung dengan beberapa buah kereta ambulan di kiri dan kanan jalan.

Pertama kali kami berhenti rehat selepas penat tersadai di jalan raya dan selepas teruk aku menahan sakit dada dan belakang kerana angin gastrik yang menyerang ditambah pulak dengan alergik pada penghawa dingin kereta. Tempatnya aku tak ingat di mana kami berhenti tapi tempat rehat kecil yang tak ada surau pun. Kami ambil kesempatan untuk makan bekal yang kami bawa. Kebetulan kami bawa nasi putih, gulai daging dan masak merah ayam. Makan sekadar mengalas perut yang dah masuk tahap kebulur tu..hihi...

R&R seterusnya kami berpeluang berhenti ialah di R&R Tapah kalau tak silap aku. Kali ini kami turun dan berpecah. Aku dan anak daraku menuju ke tandas perempuan dan suamiku menuju ke tandas lelaki sudah pastinya. Anak saudara suamiku dan suaminya, aku tak tahu pula ke mana pula destinasi mereka. Selepas melepaskan hajat yang terperam beberapa jam, aku dan anak daraku membeli belah pula, hihi..sekadar membeli makanan untuk kami makan berdua. Suamiku pula entah hilang ke mana.

Kami beli buah-buahan campur dua bekas dan air oren untuk aku dan yogurt untuk anak daraku. Sendiri mau tau, semuanya anak daraku yang beli dan dia bayar dengan duit sendiri. Almaklumlah, orang yang nak pergi belajar ni murah rezeki. Saudara mara pakat-pakat menghulur. Alhamdulillah, semuanya pemberian Allah. Bukan sikit wang yang dihulur, semuanya not biru dan juga bukan sekeping. Ada yang bagi empat keping dan dua keping dan yang lain tu ada yang sekeping, kalau dicampur semuanya beratus jugalah dia dapat.

Aku bukan nak ambil kesempatan pun, cuma aku kekurangan pitis(duit) saja sebab elaun aku pun dah nyaris habis digunakan untuk dia juga dan sebagainya. Bercerita pasal buah-buahan campur  yang kami beli, anak aku tak makan pun sebab yang ada dalam dua bekas tu adalah, dua biji buah anggur, sepotong epal hijau, sepotong epal merah, sebiji strawbery, sepotong buah  kiwi, sepotong oren sunkist. Semuanya aku yang habiskan. Anak dara aku? Huh! Dia kalau bab buah dan sayur cukup pemilih. Tak kena gaya memang dia tak makan. Kalau bab makanan ni memang aku risau juga dengan kerenah anak-anak aku ni. Makanan kesukaan mereka yang banyak kalori seperti makanan ringan dan bergas saja. Puas dilarang, tapi sedikit pun mereka tak hairan. Entahlah! Bilalah nak matang tu? Bila agaknya mereka nak matang dan makan makanan yang tinggi serat?? Mudah-mudahan Allah akan buka fikiran mereka untuk menerima setiap teguran aku agar mereka jangan makan makanan ringan lagi. Aku? Tak suka sangat makan makanan ringan sebab makanan paling aku suka adalah buah dan sayur! Tapi..tak ada seorang pun anak-anak aku yang ikut selera aku. Biasalah tu, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..inikan pula selera makan. Opppss...dah lari tajuk panjang berjela nampaknya!

******************
Perjalanan kami diteruskan lagi dan jammed masih panjang, hinggalah sampai satu tempat tinggi tu kami dapat melihat kereta di hadapan seolah-olah lampu liplap berwarna merah dan kuning yang sangat cantik sepanjang jalan. Kiri kanan jalan dipenuhi kereta-kereta yang tak bergerak atau hanya bergerak perlahan saja, namun permandangannya sungguh mengujakan aku yang jarang keluar rumah.

Pukul 12.15 tengah malam, barulah kereta kami dapat parking di depan bangunan di salah sebuah perumahan di Rawang. Nak kata flat bukan flat, mungkin adik beradik kondo juga kot, tapi taklah mewah sangat. Namun, rasanya hajat aku sudah tercapai nak masuk ke rumah tinggi yang ada balkoni. Yeahaa...Allah makbulkan juga cita-cita dan keinginan aku dalam diam tapi..aduh, tak snap gambar la pulak..walaupun ada keinginan nak  snap gambar sendiri atas balkoni. Diam tak diam, banyak juga keinginan dan impian aku yang sudah tercapai setakat ini. Terima kasih Ya Allah. Hanya Engkau yang tahu betapa terharunya aku. Insan lemah lagi hina yang sering lalai ini tetap juga mendapat perhatian dariMu.

*************
4hb september 2017..kami bertolak di awal pagi ke UPSI walaupun anak dara kami perlu berdaftar pada sesi ke-dua iaitu pada pukul 10.30 pagi. Mana tahu jalan jammed lagi. Memang kami sampai awal dari masa yang ditetapkan. Perjalanan memang lancar untuk sampai ke UPSI tanpa tersekat dalam kesesakan jalan raya. Cuma..jalan sesak bila dah memasuki perkarangan UPSI. Almaklumlah, ramai mahasiswa dan mahasiswi baru yang hendak mendaftarkan nama mereka hari ini. Rasanya seluruh Malaysia sudah berkumpul di UPSI hari ini termasuk Sabah dan Sarawak.

Hari ini aku tak seramah kali pertama aku datang ke sini. Aku lebih banyak memerhati suasana sekeliling dari bercakap. Aku tak sempat berbual dengan sesiapa pun. Teruja juga melihat gelagat-gelagat semua orang yang sibuk dengan urusan masing-masing. Tak tahu apa perasaan yang harus aku gambarkan. Mungkin juga gembira bercampur sedih atau selebihnya rasa bangga kerana dapat juga melihat satu-satunya anak dara tunggal kami dapat belajar di sini bersama yang lain. Rezekinya sudah tertulis di sini. Sebagai ibu, hanya doa yang mampu aku sisipkan agar dia takkan sia-siakan peluang ini. Semoga dia berjaya mendapat masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang selepas ini. Hahaha..aku tak ingin menaruh harapan setinggi langgit. Aku cuma berharap, masa depan anak-anak aku cerah dan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Selebihnya aku berserah pada Allah agar anak-anak aku terpelihara akidahnya, terjaga akhlaknya dan semoga Allah pelihara kedua-dua anakku dari melakukan maksiat.

*********************
Kunci dah ada dalam tangan anakku selepas selesai semua urusan pendaftaran. Sampailah masanya untuk kami mengangkut semua barang-barangnya ke bilik pula. Aku join juga untuk naik ke biliknya ditingkat dua. Kami empat beranak mengangkut barang-barangnya yang banyak itu, tapi bila nak menaiki tangga, terpaksalah aku mengangkat bendera putih menyerah kalah. Serius, aku memang terpaksa mengaku kalah bila masuk bab tangga, namun begitu aku tetap tak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Aku naik juga hingga sampai ke bilik dalam keadaan termengah-mengah. Bila sampai ke bilik, barulah dia perasan masih ada barang-barangnya yang tertinggal di dalam kereta. Bila anak daraku turun ke bawah, dia meninggalkan kunci pada aku dan sempatlah aku melepaskan lelah di dalam biliknya.

Anak aku sangat bernasib baik kerana dapat tinggal sebilik dengan rakan satu sekolah dan sekelas dengannya ketika mereka dalam tingkatan enam. Sesungguhnya Allah permudahkan segalanya. Terima kasih Ya Allah yang tak terhingga. Bilik mereka hanya ada dua orang penghuni dan biliknya agak luas juga dengan katil dan meja belajar. Memang aku sangat berpuas hati melihat keadaan biliknya itu cuma, ada sedikit bimbang juga yang terpalit dalam hati sebab anak aku ni cuai sikit orangnya. Sebagai ibu, perasaan bimbang tu memang tetap ada, walaupun ada sejuta jaminan Allah tetap ada bersamanya, di mana saja dia berada. Untuk meredakan perasaan bimbangku, macam biasa aku hanya mampu berdoa, agar Allah pelihara anak-anakku, Allah jaga mereka dan permudahkan segala urusan mereka. Semoga Allah beri mereka ketabahan dalam masa-masa sukar mereka dan semoga Allah kentalkan jiwa mereka untuk menghadapi semua dugaan dan halangan. Aamiin...

Pukul 2.20 petang, semua urusan selesai dan anakku selamat ditinggalkan di UPSI. Sedih? Langsung tak ada dan aku macam biasa saja. Bagi aku, untuk apa bersedih meninggalkan anak untuk menuntut ilmu. Zaman siber hari ini, boleh saja bertanya khabar dan berchit chat bila ada masa terluang walaupun terpisah beribu kilometer jaraknya. Harapan aku cuma satu, agar dia takkan mensia-siakan peluang ini dan belajar dengan tekun hingga berjaya mencapai apa yang diimpikannya. Aku pernah kata padanya ..masa depan dia terletak pada dirinya sendiri, mak dan ayah tak dapat bantu sedikit pun. Kami hanya mampu berdoa dan bagi dia nasihat dan wang ringgit. Kejayaan dia, bukan kami yang tentukan..selain Allah, dia yang perlu berusaha untuk berjaya. Mak dan ayah tak ada duit yang banyak untuk biayai dia, dan perlu buat pinjaman dan mohon zakat. kalau dah dapat pinjaman dan zakat..HARGAILAH! Jangan disia-siakan! Kalau tak dapat. Terpaksalah redho, namun rezeki tetap ada, kerana Allah yang menentukannya.

**************
Selepas keluar dari perkarangan UPSI kami menuju pula ke Teluk Intan. Hajatnya nak ke rumah abangku di Kampung Sungai Kerang, Teluk Intan, Perak. Kami gunakan perkhimatan GPS tapi hampeh, rupanya Kampung Sungai Kerang, Teluk Intan Perak tak ada dalam peta! Kami memang sesat dan terpaksa berpatah balik dan tersangkut dalam jammed. Jarak dari Tanjung Malim ke Kampung Sungai Kerang sepatutnya hanya sejam lebih tapi memandangkan kami tak tahu jalan, jarak perjalanan kami dah mencecah 4 jam lebih di jalanan. Akhirnya terpaksa juga meminta bantuan abangku untuk menunggu kami di Petronas Kampung Gajah.

Kami selamat sampai ke rumah abangku pada pukul 5 lebih, itu pun selepas membuntuti abangku yang datang menunggu kami di Petronas Kampung Gajah dengan motor. Memang mencabar jugalah mencari rumahnya ini. Nak mengharapkan aku tunjukkan jalan, seribu kali datang pun, belum tentu aku mampu tunjukkan jalan. Untuk pengetahuan semua, sekolah pertama aku dulu adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak. Kami sekeluarga menetap di sini dulu, sehinggalah ibu aku menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bila diberitahu bahawa Kampung Sungai Kerang ni tak ada dalam peta dan GPS menghantar kami ke Kampung Sungai Kerang di Terung..aku pun cakap pada mereka ‘’ Kalau tak, jenuh makan terunglah kita, buat gulai dengan talang kering...hahaha’’ okey, lawak tak berapa cerdik. Aku faham tu! Tapi..aku nak bagitau, aku memang terasa hati bila tau Kampung Sungai Kerang tak ada dalam peta..kikihh..ingatkan Segitiga Bermuda saja yang hilang dari peta? Kenapalah satelit pun boleh terlepas pandang? Siap taip alamat penuh lagi..pun tak jumpa! Ish..ishh..ishh...

******************
Usai semua mandi, solat, makan dan melepaskan semua hajat, kami bertolak pulang ke Yan semula selepas Maghrib. Rezeki aku selepas bersalam dengan abangku berisi sampul dengan not biru sekeping. Hihi..Alhamdulillah..Aamiin...dan kami balik dalam keadaan jalan yang lancar tanpa sebarang jammed. Tak perlu singgah makan pun sebab kami dah makan di rumah abangku sebelum bertolak. Walaupun ada nasi dan masakan orang jawa, tapi aku hanya memilih untuk makan laksa dan kek span saja. Kak ipar aku bekalkan kami kek span dan air sirap. Cukuplah untuk mengalas perut yang masih kenyang dalam perjalanan dan aku memang tak boleh mengelak dari alergik penghawa dingin kereta walaupun kami bertolak di waktu malam. Alhamdulillah..alergik dan alahan aku tak seteruk waktu kami datang. Pukul 12.00 tengah malam lebih, kami selamat sampai di rumah. Alhamdulillah..kerana Allah permudahkan segalanya. Bajet kali ini, aku tak pasti berapa sebab aku tak menghulur pun. Aku cuma berdoa agar perjalanan kami selamat pergi dan balik saja. Soal bajet tak termasuk dalam agenda kami. Yang penting, ada orang yang sudi hantar. Itu sudah lebih dari memadai. Terima kasih daun kari. Lepas ni, boleh hantar lagi..hihi..

Nota cinta buat pembaca setia blogku : Terima kasih untuk semua yang sudi singgah di sini. Sesungguhnya hidup kita ini hanyalah sementara. Kita hanya merancang dan Allah adalah perancang utama. Kita takkan pernah tahu masa depan kita. Kita cuma boleh berharap, agar Allah sentiasa permudahkan segalanya. Bila ada rintangan dan dugaan, kita juga harus berharap Allah akan tetap kentalkan jiwa kita dan kuatkan hati kita untuk menempuhi segalanya. Doa dan niat itu yang perlu ikhlas, kerana Allah tahu segalanya, apa yang tersurat dan tersirat dalam hati kita.


 Khas untukmu Anakku..Nur Atikah..hargailah peluang yang ada, jangan disia-siakan kerana peluang keemasan ini takkan datang selalu. Ibumu ini juga pernah berangan untuk ke menara gading suatu ketika dulu, namun diusia 20-an sepertimu jodoh sudah datang bertamu. Redho sajalah pada ketentuan takdir ini, apatah lagi..ibumu tidaklah sebijak anaknya dalam pelajaran dan sumber kewangan juga tak mengizinkan. Belajarlah seikhlas hati kerana Allah!

Doaku sentiasa mengiringi walau di mana saja kau berada dan Allah sentiasa ada bersamamu.




Khamis, 6 Julai 2017

Pengalaman terindah, namun ada sadisnya..jom baca kalau sudi.

Catatan perjalanan Yan-Tanjung Malim pergi dan balik dan perbelanjaan sepanjang perjalanan.

Malam..naik bas pukul 11 malam. Berehat dua kali tapi tak pasti di mana. Hati memang risau takut sampai di Tanjung Malim pukul dua pagi namun Allah Maha Penyayang. Waktu berhenti rehat dan makan-makan memang sangat lama. Mungkin boleh tidur seround untuk drebar bas. Kali kedua berhenti rehat aku pasti di R&R Behrang..itu yang aku nampak dalam sebuah gerai menjual makanan..dan selepas bas berjalan memang nampak papan tanda kawasan Behrang Tanjung Malim.

Kami diturunkan di Pertonas Pekan Tanjung Malim berdepan dengan BSN dan Hotel LP...

Aku call hotel Hajah Rohayah yang kami dah booked minta no telefon teksi sewa. Mulanya dia bagi no telefon station teksi. Puas aku dail, tak ada orang angkat. Aku masih amalkan sikap malu biar bertempat. Aku tanya pekerja Petronas, station teksi buka pukul berapa. Katanya pukul 7.00pagi. Kami sampai pukul 5.00..mahu tak mahu terpaksa off hp yang baterinya dah berkurang tu. Namun bila azan subuh berkumandang aku on hp lagi..mana tau sempat bersolat dalam bilik hotel, namun tetap tak diangkat. Pukul 6 lebih menghampiri pukul 7 pagi barulah aku terima mesej dari pekerja hotel sekali lagi. Dia beri no tel peribadi pemandu teksi.

Aku tak tunggu lama, terus buat panggilan dan Alhamdulillah...selepas beberapa minit dia sampai dan bawa kami ke hotel. Katanya" Nasib baik kakak telefon awal, saya baru hantar bini pergi kerja, baru balik rumah nak masuk tidur." Lebih kurang macam tu la. Mungkin dia dah bekerja sepanjang malam ataupun nak sambung tidur selepas hantar isteri pergi kerja. Katanya lagi dalam perbualan kami, dia orang baling dan aku sempat bertanya untuk menyewa teksi dia lagi supaya menghantar kami ke UPSI esok pagi.

Sampai di hotel pukul 7 lebih. Kiranya kami bertapa depan tandas petronas lebih kurang 2 jam tanpa pedulikan orang lain. Hahaha..malu biar bertempat. Kami bukannya merompak, bukannya buat maksiat pun...buat apa nak malu, kan?

First masuk hotel berehat seketika sebelum mula makan. Okey...sebab hotel ada tangga dan aku pula tak berdaya untuk naik turun berulangkali, aku nekad bawa bekal mencukupi untuk satu hari satu malam berkurung dalam hotel. Bekal kami simple saja..namun cukup untuk mengenyangkan perut..hihi

Kami hanya bawa nasi impit, nasi putih sebekas, cukup untuk makan pagi dan tengahari berdua. Serunding ayam, bilis goreng, telur goreng, ayam goreng. Tak ada kuah sebab takut tumpah dalam bas. Selain tu 3 botol air mineral, sebalang kecil biskut raya..hihi dan dua bungkus kerepek pedas.

Satu bekas air yang diisi dalam pelas air sudah terbalik dalam tempat isi beg dalam bas. Entah beg sapa jadi mangsa. Bukan salah kami, sapa suruh tolak sampai terbalik masa masukkan beg. Nasib baik tak ada lauk berkuah sebab semuanya kami tinggal di tempat isi beg di bawah. Kami cuma bawa beg kecil saja naik bas, terutama yang berisi barangan penting.

Okey...CUKUP di situ. Perjalanan bermula semula lepas kami chek out sekitar jam 6.45 pagi dan keluar menunggu teksi yang sudah disewa di bus stop depan hotel. Bila sampai di UPSI kami orang pertama yang sampai. Selepas beberapa minit, barulah dipenuhi dengan orang lain. Seronok dapat jumpa ibu-ibu pelajar lain. Walaupun setelah anak daraku masuk ke bilik yang dikhaskan, aku tak kesunyian pun. Mulut tak henti berceloteh dan terhibur dengan celoteh ibu-ibu pelajar lain yang ramah-ramah. Di mana saja kita pergi, janganlah bersikap sombong tak bertempat, pasti Allah tolong memudahkan segala urusan.

Alhamdulillah...pengalaman ini sangat berharga dan Allah permudahkan segalanya. Aku cuma makan ubat tahan sakit waktu malam dan ubat urat waktu pagi. Lutut tetap sakit tapi tak teruk sangat. Pengalaman sadis tu aku tak nak kongsi sebab aku lebih banyak rasa happy berbanding sadis. Yang sadis tu sebab keadaan aku yang k.o saja. Hihi..kena naik tangga, itu yang sadisnya😂😂😂

Selesai di UPSI kami call lagi teksi yang sama dan pergi ke Station KTM Tanjung Malim. Kami ambil tiket dari Tanjung Malim - Sungai Petani. Jarak masa KTM bergerak pukul 11 pagi, dan sampai pukul 1.45 lebih kurang. Sampai Sungai Petani lutut aku terdera lagi. Ahhh..jangan tanya sebab apa...kerana lutut aku hanya takut nak memijak tangga. Sapa pernah pi station KTM tau la betapa tingginya tangga jejantas tu..tapi sebenarnya ada saja lift di station KTM Sungai Petani ni..cuma masa naik tu saja nak cabar diri...masa turun baru meluru ke arah pintu lift. Hahaha...ceq dah tak berdaya nak turun tangga😂😂..

Dan..selepas tiba di SP..ambil teksi ke station bas lama..dah ada bas ke Yan sedang menunggu. Yeahaa...akhirnya kami dah sampai Yan semula...

Bajet yang digunakan..
Tambang bas Guar- Tanjung Malim rm100 dua orang.
Tambang teksi Tanjung Malim -ke hotel di Behrang -rm20
Tambang dari hotel- UPSI Rm30
Dari UPSI- Ke KTM Rm30
Tambang KTM dua orang RM100
Sewa hotel sehari semalam rm70..hotel bajet saja yang mampu pun😃😉...
Tambang teksi dari station KTM SP- station bas SP rm10..
Tambang bas Mara Liner dari SP-Yan rm10.20 untuk dua orang.

Itu saja perbelanjaan kami sepanjang perjalanan. Tak beli langsung makanan luar kecuali my doter beli snek untuk makan dalam keretapi. Tu tak termasuk bajet aku sebab dia guna duit sendiri..haha..

Oh ya..masa sampai di Sungai Yan sebab sehari suntuk tak makan nasi, beli jugalah ayam goreng rm20 dan nasi paprik tiga bungkus rm 15.00 dan segelas milo ais untuk aku sementara menunggu nasi paprik siap rm1.80.. jadi jumlah semuanya..hampa kiralah sendiri kalau nak tau...aku malas tahap kritikal bab nak mengira ni🎼🎶🎵🎤💣💣🔫💰💲💰💶💴💵🔫

P/s : Masa naik KTM teringin juga nak pi kantin dan beli makanan tapi ada adik yang selalu naik KTM berulang alik cakap air secawan rm5.00..CANCEL la. Save bajet...hahaha....