Nuffnang

Selasa, 3 Disember 2013

Hidup Ibarat Roda


Letih betul menempuhi hidup ini,.sekejap di atas,sekejap di bawah,.berpusing-pusing jadinya,.nama pun ibarat roda.Bagiku kebahagiaan dan kesedihan itu datang bersilih ganti.Letih sangat untuk berdepan dengan semua cabaran hidup ini.Tapi,.aku tak mahu terus mengaku kalah begitu saja,.walau pun hatiku ini sudah lunyai dikerjakan orang-orang tersayang yang tak pernah mengerti dan menghargai diri ini.Mereka nak kita memahami  mereka tapi pernahkah mereka berusaha untuk memahami kita? Perasaan,impian dan kemahuan kita?
             Kadang-kadang manusia ni terlebih perasan,.mereka mungkin merasa sudah sempurna untuk jadi yang terbaik,sebab itu mereka hanya nampak kesalahan orang lain.Mereka tidak pernah mahu mengaku kelemahan diri sendiri.Sukar sebenarnya untuk melenturkan orang sebegini,semakin tinggi ilmu mereka,semakin angkuhlah mereka dengan apa yang mereka ada,.kenapa mereka tidak mahu mengikut resminya padi,.semakin berisi semakin menunduk ke bawah.Aku tabik kepada orang yang suka mencari ilmu tapi aku menyampah sangat bila orang yang suka mencari ilmu ini langsung tak mahu menerima pandangan orang lain.Seolah-olah hanya mereka saja yang betul.Asyik nak mendabik dada sepanjang masa,.
Hati aku terluka lagi,.aku letih untuk terus mengalah dan memujuk diri sendiri tapi aku tiada pilihan,.mahu atau tidak aku terpaksa menghadapi kenyataan ini meneruskan hidup dengan hati yang kian parah hari demi hari namun semua itu takkan mungkin melunturkan semangatku untuk terus berkarya,.aku akui hanya pembaca saja yang mampu memberikan aku kebahagiaan sekarang ni.Dulu aku menangis dan ketawa seorang diri setiap kali aku berimaginasi.Sekarang aku ingin kongsikan segala imaginasi itu bersama pembaca semua.Aku nak orang lain bahagia dengan hasil karyaku yang tidak seberapa ini.Biar hatiku terus parah dimamah duka namun aku nekad selagi aku masih bernyawa aku akan terus berimaginasi dan memberikan kebahagiaan pada orang lain.
Manusia takkan pernah memahami tapi Allah sentiasa mengetahui rahsia hati ini.Andai kata aku berjaya suatu hari nanti aku cuma menanti untuk melihat siapa yang masih kekal di sisi.Buat masa sekarang hanya pembaca dan rakan alam maya yang sering memberi aku semangat untuk terus berkarya,.memberi aku sokongan dan dorongan.TERIMA KASIH buat mereka yang tak pernah mengenali tapi sentiasa memberikan aku semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Aku letih untuk terus berpaut pada dahan yang rapuh kerana bila sekali jatuh kesakitannya ku tanggung sepanjang hayat namun aku tiada pilihan untuk melangkah ke ranting yang lebih kukuh kerana di sini takdirku telah tersurat.Nampaknya akulah yang perlu jadi lebih kuat untuk melawan setiap kesakitan yang mendatang.Mungkinkah ada HIKMAH yang manis untukku kecapi nanti? Aku tak pasti,.aku hanya perlu terus menanti dan menanti dan terus bertabah selagi terdaya,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.