Nuffnang

Ahad, 12 Oktober 2014

Alhamdulillah!,.Bersyukur kepada-MU Ya Allah!,.



Assalamualaikum semua,.
Aku masih bernafas lagi hari ni. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usiaku untuk hari ini. Inilah anugerah_NYA yang sangat bermakna walau pun hari ni aku rasa tak sedap badan. Rasa nak deman, letih dan sebagainya. Kelmarin pun rasa letih lain macam ja dan minda aku sempat pulak berfikir yang bukan-bukan. Apa yang aku fikir? Sudah sampai masanyakah aku pergi mengadap Ilahi?

Aku tak sihat lagi!,.usiaku mungkin masih berbaki, tapi aku tak tahu sampai bila.

Adakalanya aku ingin jadi sihat dan cergas kembali,.dapat bangkit dari masa lalu,.melakukan tugas harian tanpa halangan. Berkebun dan menebas semak di halaman tapi semua itu hanylah mimpi indah yang takkan berulang lagi. Aku bukan begitu lagi! Tenagaku sudah habis dimamah usia. Mungkin sebab itu Allah anugerahkan aku ilham agar aku TAK menghabiskan usiaku yang masih bersisa ini dengan kerja yang sia-sia.

 Aku berkarya bukan untuk dikenali,.Allah beri aku 1001 pengalaman dalam hidup ini untuk aku kongsikan kepada semua. Aku minat membaca dan apa yang aku baca sudah tepu di dalam mindaku jadi,.daripada membiarkan semuanya membeku di dalam minda, lebih baik aku kongsikan semuanya. Aku tahu, mungkin apa yang aku kongsi ada yang mempertikaikannya.


 Aku tak minta untuk dipuji tapi andai ada kesalahan yang tak ku sedari tegurlah selayaknya. Hari ini aku rasa teruja kerana masih diberi masa untuk aku mencoretkan luahan hati ini. Esok atau lusa, aku tak pasti adakah aku masih diberi ruang ini. Tiada apa yang nak ku pinta lagi. Bersyukurku kepada-MU Ilahi kerana mengizinkan aku mencelah lagi dalam alam maya yang memberi aku ruang untuk berilusi sendiri. Aku tak tahu siapa orangnya yang akan membaca luahan hatiku ini? Walau siapa pun anda? Yang baik jadikan tauladan,..yang tak baik tolak ke tepi!

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Surah At-Tahrim Ayat 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.