Aku hanya seorang suri rumah yang tak berpelajaran tinggi namun aku tetap mempunyai impian seperti orang lain. Impianku hanya untuk memberi mesej yang baik untuk sesiapa saja yang sudi singgah di blogku ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu khilaf akulah kiranya.Aku sekadar meluahkan isi hati dalam blog ini khas untuk bacaan orang-orang kesayanganku andai aku pergi dijemput Ilahi suatu hari nanti. Untuk pembaca yang sudi singgah Terima Kasih daun keladi! You all the best!
Nuffnang
Rabu, 8 Oktober 2014
Ujian Datang Lagi,.Bertabahlah Duhai Hati!
Hidup ini ada suka dan duka. Ada sihat dan sakit. Bermacam-macam sakit yang manusia deritai. Di kala aku sedang mengumpul idea untuk membuat cerpen deritanya seorang wanita pengidap barah, aku diuji dengan kesakitan sendi. Sakit lutut ni dah lama, malahan sekarang ni buku lali pun dah bengkak kedua belah kakiku. Encik hubby pun dah perasan kedua belah buku laliku yang membengkak macam wanita hamil tu. Tapi tang buku lali ni langsung tak sakit. Yang buat aku rasa terseksa bila lutut sebelah kanan asyik 'meletup' bila aku tersalah melangkah. Contohnya bila nak memijak tangga atau tempat tinggi. Allah saja yang tahu betapa aku cuba menahan rasa sakit itu.
Sekarang ni aku jadi serba salah,.duduk salah, berdiri salah,.nak tidur pun salah. Bila berdiri aku takut nak duduk. Bila duduk seksanya nak bangun, memakan masa juga untuk berdiri dengan betul. Ketika solat aku solat sambil duduk bersila. Aku praktikkan apa yang aku tengok di hospital. Seorang pesakit di sebelah katilku yang bersolat sambil duduk bersila, tapi silaan aku mungkin nampak janggal sebab lutut yang terlalu sakit. Kalau pergi farmasi atau klinik, mesti aku akan dileteri oleh doktor agar aku mengurangkan berat badan. Adehhh,..rasa macam tak berdaya saja nak mendengar nasihat yang sama. Bukan tak mahu mengurangkan berat badan tapi dah letih untuk mencuba. Kurang makan macam mana pun,.badan aku memang terlalu payah nak diturunkan. Belum jumpa diet yang sesuai agaknya.
Aku dah tak ambil makan malam,.kalau ambil pun bila tak tahan sangat ja,.ada kalanya aku tidur dengan perut yang berkeroncong. Aku jarang dah ambil ais dan minuman manis. Cuma air masak yang menemaniku terutamanya ketika aku bekerja di depan komputer. Bila Allah nak menguji, sejauh mana pun aku mencuba ujian itu tetap mendatangi. Ya! Aku sedar yang baik itu datang dari Allah,. dan punca penyakitku datang dari diriku sendiri.
Ujian itu ada di mana-mana. Mungkin sekarang ni mod untuk menulis aku menurun jadi Allah memberi aku idea dari cara ini. Biar aku sendiri merasai rasa sakit yang teramat ini untuk mengambarkan perasaan sakit yang dideritai oleh pesakit kanser tulang yang ingin aku tulis. Banyak barah yang ada tapi kenapa barah tulang yang aku pilih? Bila aku kunjungi blog-blog pesakit barah aku jadi insaf. Ada sesetengahnya cukup tabah menghadapi rasa sakit mereka. Ada pula yang dapat melalui semua ujian dengan sokongan sahabat handai dan kaum keluarga.
Aku pernah ada seorang sepupu di zaman kanak-kanakku. Faridah namanya. Aku agak rapat dengannya. Dulu selalu mengajar dia mengaji Al-Quran kerana aku lebih tua darinya. Dia anak pak su aku. Boleh dikatakan dia berpangkat adik dan aku berpangkat kakak. Aku anak pak long dan dia anak pak su. Aku pula tak ada adik jadi aku senang menganggap semua adik-adik sepupu yang masih muda seperti adikku.
Masa kian berlalu. Kami dah lama tak bertemu. bila pak su meninggal kami hanya tahu selepas hari ketiga pak su pergi. Ramai yang marah kepada mak su kerana tak maklumkan kepada kami. Yang paling sedih bila aku juga baru mendapat berita Faridah sudah lama pergi mengadap Ilahi. Ketika usianya masih belasan tahun kerana mengidap barah tulang. Terkesima aku dengan berita itu.
Bila mendapat berita tentang Faridah, aku teringat pula dengan seorang adik di sekolahku. Setiap pagi dia ada bersamaku menunggu bas untuk ke sekolah. Kami selalu naik bas atau kalau bas lambat kami naik teksi bersama. Aku suka pergi awal ke sekolah, lebih-lebih lagi kalau hari aku ditugaskan untuk mencuci kelas. Dia juga selalu awal. Aku selalu perhatikan dirinya. Dia seorang gadis yang lemah lembut, bicaranya sopan namun kami tak pernah bertegur sapa. Kami cuma saling berbalas senyum atau merenung di antara satu sama lain bila saling berpandangan.
Suatu hari aku terperasan dia sudah lama tak menunggu bas bersama aku lagi. Seminggu atau berbulan selepas tu aku beranikan diri bertanya kepada kawannya ke mana dia telah pergi. Mengejutkan bila kawannya memberitahu aku dia telah meninggal kerana mengidap penyakit barah tulang. Allah hu akhbar! Engkau lebih menyayangi mereka berbanding insan-insan yang menyayangi mereka di dunia ini.
Dalam hal aku, positifkan mindaku. Kalau orang lain yang sakit, aku akan cakap kerana Allah ingin menguji tapi bila aku ditimpa sakit,.aku katakan pada diri bahawa Allah sedang mengampunkan dosa-dosaku. Aku tak perlu mengeluh atau merintih yang keterlaluan. Semua ini hanyalah ujian dunia. Aku bayangkan tentang pesakit barah sebenarnya. Mungkin penderitaan mereka lebih teruk dari aku. Bila aku baca blog seorang pesakit barah perut, aku bayangkan saat aku alah hamil. Dia langsung tak boleh menelan makanan. Bila makan, dia akan muntah kembali,.cuma wanita hamil dengan pengidap barah mungkin berbeza perasaannya. Perasaan wanita hamil, dia akan rasa teruja walau dia keletihan dengan rasa mualnya, berbanding dengan pengidap barah,.mungkin yang mampu dibayangkan adalah saat kematiannya. Beruntung tau bila kita tahu kita sedang sakit, sekurang-kurangnya kita akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Orang yang sihat, selalu berpendapat, umurnya masih panjang lagi tanpa sedar ajalnya sudah semakin mendekat.
Sakit di dunia ini ada ubatnya tapi bila ajal menjemput, kita tak mampu nak berbuat apa- apa lagi. Nyawa kita entah bila akan diambil kembali, cuma satu pintaku kepada Allah kalau sudah sampai masanya aku dijemput kembali, izinkan aku menyiapkan setiap karyaku yang masih terbengkalai. Andai sebaliknya aku Redha dalam pasrah kepadanya. DIAlah penentu segalanya. Aku hanya merancang tapi DIA sebaik-baik perancang.
Bila sampai nafasku dihentikan,.mudahan matiku dalam Iman,.Amin Ya Robbal Alamin.
p/s: Sedang menghitung hari kelahiranku yang bakal datang sedikit hari lagi,..12 oktober aku tunggu kedatanganmu,..sempatkah aku?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.