Nuffnang

Selasa, 3 Disember 2013

Hidup Ibarat Roda


Letih betul menempuhi hidup ini,.sekejap di atas,sekejap di bawah,.berpusing-pusing jadinya,.nama pun ibarat roda.Bagiku kebahagiaan dan kesedihan itu datang bersilih ganti.Letih sangat untuk berdepan dengan semua cabaran hidup ini.Tapi,.aku tak mahu terus mengaku kalah begitu saja,.walau pun hatiku ini sudah lunyai dikerjakan orang-orang tersayang yang tak pernah mengerti dan menghargai diri ini.Mereka nak kita memahami  mereka tapi pernahkah mereka berusaha untuk memahami kita? Perasaan,impian dan kemahuan kita?
             Kadang-kadang manusia ni terlebih perasan,.mereka mungkin merasa sudah sempurna untuk jadi yang terbaik,sebab itu mereka hanya nampak kesalahan orang lain.Mereka tidak pernah mahu mengaku kelemahan diri sendiri.Sukar sebenarnya untuk melenturkan orang sebegini,semakin tinggi ilmu mereka,semakin angkuhlah mereka dengan apa yang mereka ada,.kenapa mereka tidak mahu mengikut resminya padi,.semakin berisi semakin menunduk ke bawah.Aku tabik kepada orang yang suka mencari ilmu tapi aku menyampah sangat bila orang yang suka mencari ilmu ini langsung tak mahu menerima pandangan orang lain.Seolah-olah hanya mereka saja yang betul.Asyik nak mendabik dada sepanjang masa,.
Hati aku terluka lagi,.aku letih untuk terus mengalah dan memujuk diri sendiri tapi aku tiada pilihan,.mahu atau tidak aku terpaksa menghadapi kenyataan ini meneruskan hidup dengan hati yang kian parah hari demi hari namun semua itu takkan mungkin melunturkan semangatku untuk terus berkarya,.aku akui hanya pembaca saja yang mampu memberikan aku kebahagiaan sekarang ni.Dulu aku menangis dan ketawa seorang diri setiap kali aku berimaginasi.Sekarang aku ingin kongsikan segala imaginasi itu bersama pembaca semua.Aku nak orang lain bahagia dengan hasil karyaku yang tidak seberapa ini.Biar hatiku terus parah dimamah duka namun aku nekad selagi aku masih bernyawa aku akan terus berimaginasi dan memberikan kebahagiaan pada orang lain.
Manusia takkan pernah memahami tapi Allah sentiasa mengetahui rahsia hati ini.Andai kata aku berjaya suatu hari nanti aku cuma menanti untuk melihat siapa yang masih kekal di sisi.Buat masa sekarang hanya pembaca dan rakan alam maya yang sering memberi aku semangat untuk terus berkarya,.memberi aku sokongan dan dorongan.TERIMA KASIH buat mereka yang tak pernah mengenali tapi sentiasa memberikan aku semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Aku letih untuk terus berpaut pada dahan yang rapuh kerana bila sekali jatuh kesakitannya ku tanggung sepanjang hayat namun aku tiada pilihan untuk melangkah ke ranting yang lebih kukuh kerana di sini takdirku telah tersurat.Nampaknya akulah yang perlu jadi lebih kuat untuk melawan setiap kesakitan yang mendatang.Mungkinkah ada HIKMAH yang manis untukku kecapi nanti? Aku tak pasti,.aku hanya perlu terus menanti dan menanti dan terus bertabah selagi terdaya,.

Ahad, 7 Julai 2013

RAMADHAN DATANG LAGI,..SELAMAT BERTANDANG RAMADHAN BULAN SEGALA RAHMAT DAN BULAN KEAMPUNAN,.


Assalamualaikum pembuka bicara,.

Salam Ramadhan buat semua,.

Sebut pasal Ramadhan apakah persiapan kita menunggu kedatangannya bertandang.Kalau di FACEBOOK yang berniaga dah pulun promote kuih raya dan baju raya.Yang berniaga di pasar ramadhan sibuk berebut tapak.Budak-budak pula sibuk bercerita tentang mercun siapa yg paling kuat,.tunggu saja malam pertama tarawikh tentu bakal berdentum lagi,.


Setiap kali Ramadhan bertandang aku pasti bersedih hingga Ramadhan berakhir,.kenapa harus begini sedangkan Ramadhankan bulan Rahmat.Kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti dengan diri sendiri.Mungkin setiap kali Ramadhan aku akan ingat pada keluarga,pada segala dosa dan segalanya.Hari lain bukan tak ingat cuma di bulan Ramadhan ini ingatan tu pasti berganda.

Ramadhan yang dinanti pasti akan datang cuma sempatkah kita menyambut kedatangannya untuk tahun ini?,.umur kita ni sampai bila pun kita tak pasti.Aku cuma berharap dapatlah aku sama-sama merebut pahala.Dalam diam banyak perkara wajib yang mungkin dah terabai.Yang sunat lagilah,..

Kita manusia yg takkan pernah sempurna.Kita sanggup berjaga malam melayan internet tapi sanggupkah kita berjaga malam sebulan dalam setahun untuk beribadah?,.yang namanya insan yang tak sempurna seperti aku takkan berani berjanji tapi apa yang mampu aku buat adalah berdoa moga Allah berikan aku NURHIDAYAHNYA,.aku juga ingin jadi hamba yang takkan lalai walau pun aku ini memang sering lalai,.

Ya Allah,.sesungguhnya hambamu ini terlalu cuai dan leka maka jadikanlah aku hamba yang mengingatimu saban masa,.

Ya Allah hambamu ini seringkali terlupa bahawa Engkau mengetahui segalanya.

Ya Allah berikanlah hambamu ini ketenangan minda untuk terus mengingatiMU dengan rasa syukur yang tidak terhingga.





Selasa, 28 Mei 2013

TERSENTAP,.layan kerenah line gelong!!!!

Huh!!,..dah banyak hari tak boleh nak buka email gara-gara line gelong,.masalahnya bila email tak boleh di buka macam mana nak hantar novel untuk bab seterusnya ke penulisan2u,.kena himpunlah nampaknya,.aku ni kadang-kadang ngada2 ja yang lebih,..kadang-kadang sabar pun kureng,.hihi,..almaklumlah dengan line pun nak ngamuk,..apa taknya,.'cemuih' nak tunggu loading satu-satu page berjam tunggu,..hihi,....ayat mesti mau power,..sebenarnya habis lama tunggu 20 minit ja tapi ada gak yang tunggu punya tunggu langsung tak timbul-timbul,.

line oo line,..hari ni nak lepaskan perasaan pasal line,..untuk seketika waktu ni aku nak bergaduh dengan line pulak kerana sekarang aku hanya hidup berkawan dengan line,..hihi,..tanpa line aku tak boleh nak buka internet dan tanpa intenet aku tak boleh nak berhubung dengan dunia luar,..dengan kawan alam maya,.bila buka fb inbox pun dah tak boleh nak chat kalau line gelong ni,..tak dapat lagilah aku nak berbual dengan kawan2 baik yang selalu dok bergosip tu,..hihi,..bukan bergosip artis pun,..hanya berbual isu semasa,..isu rumahtangga,..berkongsi kata bicara,..berkongsi pengalaman dan pengetahuan,..

apa fungsi internet untuk kita?,..kalau dulu aku langsung tak kisah dengan internet ni,,,,hobi aku paling suka membaca,.kadang2 aku keluar popular book store tu dan borong novel banyak2 dan berkurung ja dalam rumah tapi sejak aku dah mula kenal internet dan novel juga cerpen online aku memang dah gian sangat jadi bila line mula nak berlagak dengan aku,..nak tunjuk kuasa dia nak kenakan aku tentulah aku pun mula rasa tersentap,..sekarang ni bila dah ada blog aku gian dok follow blog2 penulis di malaysia ni,..aku tak kisahlah blog penulis terkenal atau pun tidak janji follow ja dan aku dapat habiskan masa aku yang banyak terluang ni di depan internet,.sambil membaca aku ambil iktibar dan belajar,..

internet oo internet,..orang kata tak kenal maka tak cinta,..masa aku rabun internet dulu buku jadi teman setia,..kalau dapat novel yang tebal macam buku siti rosmizah tu pun 2 hari saja aku habis membaca tapi sejak kenal internet novel suami tak ku hadap tu aku baca dah seminggu tak habis-habis lagi,..hahaha,..bukan sebab tak best tapi aku ni kalau masuk part yang aku serabut aku berhenti sat untuk tenangkan jiwa,..hahaha,..aku kalau baca novel memang menghayati betul2 jalan cetanya seolah akulah si heroinnya tu,..hihi,..bila di fikirkan balik kalau baca AL-QURAN dan boleh menghayati macam ni kan ke best,.hmm,..tapi tulahh,..yang namanya manusia biasa ni,..okeyy,.dah lari tajuklah pulakk!!,..

kelebihan dan keburukan internet??,.bagi aku setiap sesuatu tu mesti ada yang berlawanan,..macam internet ni kelebihannya aku dapat mencari maklumat dengan senang dalam ni,..aku dah tak perlukan buku lagi dan keburukannya pula,..kadang2 lain yang di cari lain pula yang akan kita jumpa,..macam bila buka you tube,..dalam kelompok ceramah pun ada mereka selitkan video 18sx,..merosakkan pandangan,..aku nak ceritalah suatu hari my hubby nak cari ceramah yang selalu di buat berdekatan dengan masjid daerah kampung kami,.orang cakap ada dalam you tube,..cari punya cari jumpalah video tu tapi,..hurm,.tau2 keluar video perempuan korea dok menari,..adoii,..dia mai celah kot mana tu??,..ni lah salah satu keburukan internet ni,..alang2 tok iman yang dok solat tunggang terbalik pun kalau iman tak kuat boleh terbarai jugak imannya tu,..betul tak??,.jangan marah ya tok2 iman semua,..terpulang pada hak masing2 la,..tepuk dada tanyalah iman,..sebab tu aku lebih suka buka blog ceta online dari buka you tube ni,.lebih baik banyak membaca dari menonton tapi bila line dah gelong macam ni you tube memang langsung tak jalan,..heh,.aku tak kesah pun!! ;)

rasanya dah panjang lebar aku berleter dekat line dan internet ni,.berleter bukan sebab apa,..saja lepaskan tension,..dah tak ada orang nak di luahkan ketidakpuasan hatiku ini terpaksa juga di lepaskan di dalam ni,.hihi,.okey,..chow dulu untuk entry kali ini,..panjang umur bertemu lagi di lain ketika dan masa,..aku tak kesah ada ke tidak orang yang sudi nak baca leteran aku ni sebab memang tak pernah ada apa2 komen setiap kali aku update entry terbaru,.hehe,.