Nuffnang

Selasa, 30 September 2014

Aku Dah Tahu Jawapannya!

Assalamualaikum semua. Selamat Pagi!

Tengok tajuk macam gah sangatkan? Jawapan apa yang aku tahu tu?
Alkisahnya semalam selepas keluar dari bilik air aku diserang sakit dalam perut lagi. Sebenarnya badan aku ni lemah, silap sikit mesti terkena 'penyakit' yang tak lut dengan ubat. Maknanya tu terkena 'gangguan' la.

Aku dah banyak kali buat pemeriksaan darah, maksudnya darah aku sudah diambil untuk diuji. Dari hospital Alor Setar, Hospital Sungai Petani hatta hospital Yan daerah kami ni pun pernah darahku diambil dan dihantar hingga HKL tapi setiap kali ujian yang aku terima NORMAL. Doktor ambil darah untuk uji hormon pula dan keputusannya tetap normal. Aku tiada masalah kesihatan yang boleh diragukan.

Bila mertuaku membawa aku untuk berubat kampung mereka kata aku memang sedang diganggu. Antara percaya dengan tidak tapi aku terpaksa juga percaya. Kadang-kadang kita ingat kita tak ada musuh pun tapi sebenarnya kita tak tahu ada orang mungkin sedang menyimpan dendam atau sedang berdengki dengan kita. Contohnya di awal perkahwinan kami, seorang jiran mertuaku yang asyik sakit-sakit. Walau puas mereka berubat tapi penyakit anak teruna jiran mertuaku ini tetap tak mahu sembuh hinggalah mereka membawanya berubat kampung. Orang yang berubat dia cakap dia terkena buatan orang. Jiran mertuaku(dah arwah) menangis kerana menyangka ada orang nak aniaya mereka.


Hakikatnya benda yang buat dia terkena dan sakit tu ditanam dihadapan rumah mertuaku sebelum majlis kahwin kami. Orang yang tolong ubatkan tu yang cakap, sebenarnya 'benda' tu ditujukan untuk kami dan bukan untuk anak teruna jiran mertuaku ini. Cuma 'benda' tu tak terkena kepada kami suami/isteri bahkan anak teruna jiran mertuaku yang telah terlangkah 'benda' tersebut. Wallahu'alam.

Aku tak tahu apa salah kami kalau benar 'benda' tu sebenarnya ditujukan untuk kami. Selepas kahwin setiap kali tinggal di rumah mertua memang banyak gangguan yang aku rasa tapi aku bersikap positif. Di mana-mana saja gangguan itu pasti ada. Iblis dan syaitan ni ada di mana-mana saja.

Selepas kami berpindah rumah masih tetap ada gangguan tu. Paling kerap waktu aku tidur, tapi hubungan aku dan suami tetap berjalan dengan lancar cuma aku kerap turun darah dan pitam akibat darah yang turun dengan banyaknya. Aku masih nak fikir dengan positif. Aku tak percaya langsung ada orang dengkikan kami. Aku anggap semua yang berlaku ini ujian dari Allah. Setiap kali aku diganggu aku hanya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding walau pun ada kalanya tak lut pun. Aku tetap diganggu. Aku tak pernah berputus asa walau adakalanya gangguan tu membuatkan aku menaggung rasa sakit terutamanya ketika bangun di tengah malam dan selepas membuat hajat. Biasalahkan bilik air kita tu memang tempat jin bertendang ni lepak.

Penyakit aku semakin lama semakin teruk. Badan aku semakin lemai. Semua urat-urat dalam badan dah tak stabil. Aku asyik berkurung dan malas nak bergaul dengan masyarakat. Ibu mertua yang bimbang dengan keadaanku membawa aku berubat kampung lagi. Kali ini orang yang berubat aku ni cakap aku diganggu langsuir. Erkkk??,.seram aku mendengarnya. Kebetulan aku memang akan terasa ada orang yang sentiasa mengikutku walau aku seorang diri di dalam rumah. Aku bermimpi yang pelik-pelik. Dia membekalkan aku air dan sirih pinang. Selain tu dia juga minta aku bertungku untuk menstabilkan urat-uratku kembali.

Aku sembuh tapi bukan seratus peratus. Badan aku tetap lemai dan lemah. Ada masanya perut aku akan sakit lagi setiap kali masuk ke bilik air di waktu tengah malam. Selalunya aku akan menderita sakit selama dua atau tiga hari. Semalam anak aku yang berumur lima tahun pulang balik tidur di rumah hampir pukul 11.00 malam. Dia balik take over komputer aku dan layan gambar-gambar pilihannya sampai pukul 12 malam. Bila dia tak mahu berhenti aku tutup komputer dan serahkan nset pula kepadanya dan membuka you tube dalam nset pula. Selepas membaca beberapa surah seperti kebiasaannya sebelum tidur aku pun terlelap. Tak tahu pukul berapa anak aku tidur.


Menjelang tengah malam anakku bangun lagi sebab dia batuk dan muntah-muntah. Aku pula mengambil kesempatan untuk ke bilik air. Beberapa minit selepas ke bilik air, perut aku rasa sakit yang amat sangat. Sakit biasa yang ku rasa setiap kali aku ke bilik air waktu tengah malam. Mungkin aku tersilap waktu dan kebetulan waktu tu syaitan sedang bertemasya dalam bilik air dan aku telah menganggu 'pesta' mereka. Agaknyalahkan? Kali ni aku tak mahu mengalah dengan mudah. Aku tak mahu merengkok lagi ditempat tidur akibat menahan sakit. Untungnya, aku adalah penonton setia rancangan Tanyalah Ustaz yang disiarkan setiap pagi di TV9. Tajuk Diari Syaitan yang aku tonton tiga pagi berturut-turut memberi aku ilham bahawa sakit itu adalah kerana adanya gangguan.

Aku baca beberapa surah terutamanya Al-Fatihah, Ayatul Qursi,Al-Falaq, An-Nas dan surah Al-Ikhlas. Sakit aku tetap tak hilang. Aku tak berputus asa. Aku tak mahu menanggung sakit seharian hari ini. Aku baca berkali-kali surah-surah tersebut hinggalah Allah memberi ilham lain kepadaku. Aku membacakan surah-surah tersebut dan menghembuskannya dalam botol mineral kecil yang telah aku isikan dengan air masak. Aku mulakan meminumnya dengan lafaz bismillah dan meneguknya tiga kali dan menyapu tiga kali di perut yang sakit. Alhamdullillah!,.seperti sedang membuang 'kuman' yang singgah di atas kudis selepas beberapa minit perut aku pulih dan aku tertidur selepas itu hinggalah azan subuh berkumandang.

Ya Allah,.terima kasih kerana selalu memberi aku ilham disaat aku alami kecemasan. Adakalanya kita hanya dilanda penyakit malas untuk melakukannya. Syaitan ni dah berjanji nak menghuru-harakan kaum kerabat Nabi Adam dan dia akan laksanakan sumpahnya itu. Aku tak mahu menyimpan syak wasangka kepada orang lain. Bagi aku nak berdengki atau berdendam terpulanglah kepada mereka. Aku hanya percaya kalau tiada orang yang menghantar pun syaitan ni tetap wujud untuk menganggu kita di mana saja. Allah tahu segalanya dan andai kita tetap diganggu walau perbagai usaha dah kita lakukan, maknanya Allah yang izinkan segalanya. Allah nak menguji kita sejauh mana kita percaya dengan kewujudan-NYA.

Aku sudahi coretan aku pagi ni dengan satu renungan untuk diriku dan pembaca lain juga,.

Walau apa pun yang kita lalui,.ingatlah Allah Maha Melihat dan Maha Tahu. Mohonlah petunjuk dari Allah tanpa jemu. Allah memang suka kepada hamba-NYA yang suka meminta-minta kepada-NYA.

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

113. Al-Falaq


[1] Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,


[2] “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;


[3] “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;


[4] “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);


[5] “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.






Ayatul Qursi



BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

114. An-Nas


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.


[2] “Yang Menguasai sekalian manusia,


[3] “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,


[4] “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -


[5] “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -


[6] “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.



BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

112. Al-Ikhlas


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;


[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;


[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;


[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.






Ayatul Kursi (The Throne Verse)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)




Jumaat, 26 September 2014

Motivasikan Diri Sendiri

Assalamualaikum,.Selamat Petang.

Sekarang ni mod menulis aku merudum teruk. Selepas cerpen terakhir diupdate aku masih belum bermula dengan cerpen baru lagi walau sudah ada tajuk dan plot ceritanya. Bukan tiada idea,.sebab aku dah nampak endingnya.

Mahu atau tak aku kena motivasikan diri sendiri agar jangan mudah mengalah dengan emosi,.
Bukan juga bermakna aku sedang stress atau tertekan. Sesekali minda ini terlalu malas untuk bekerja.

Aku cuba bayangkan watakku sebagai heroin yang mengidap barah tulang yang tak pernah aku hidapi. Dalam masa yang sama aku begitu teruja menonton drama korea yang disiarkan di 8TV yang bertajuk The third hospital. Kisah heroin yang mengidap barah otak dan kebetulan pula dua-tiga hari ni kepala aku asyik berdenyut dan perut asyik memulas dan rasa loya tanpa sebab. Aku jadi keliru sama ada nak menulis mengenai barah tulang atau barah otak? Aku dah search mengenai penyakit barah tulang dalam internet tapi aku rasa info mengenainya masih tidak mencukupi. Aku ada ramai kawan yang bekerja sebagai jururawat dan aku rasa mereka tidak keberatan untuk memberikan info andai aku bertanya.

Wah! Bukan senang nak menyiapkan sebuah cerita yang bukan dalam bidang kita. Kalau setakat nak membayangkan heroin yang menderita sakit rasanya taklah sesukar mana, tapi nak mecipta situasi di hospital tu macam sesuatu yang amat sukar nak membayangkannya. Terpaksalah aku melompat agaknya?
Melompat ke plot cerita yang mudah nak aku bayangkan. Macam mana tu? Nampaknya aku terpaksa menyelami hati seorang wanita yang mengidap barah dengan lebih mendalam lagi dengan membaca entry-entry mereka di blog.

Bila aku kata ''Orang lain boleh,kenapa aku tak boleh? Aku benar-benar maksudkannya tapi bila mod malas menyerang adakalanya aku macam nak menyerah kalah saja dengan apa yang sedang aku lakukan sekarang ni. Rasa macam nak kuburkan saja hasrat aku untuk terus berimaginasi.

Mungkin aku perlu keluar untuk mencari 'mod' tu agar kembali kepadaku. Mod menulis aku ni, kalau dah boleh pergi 'honeymoon' memang tak nampak jalan pulang. Terpaksalah aku 'keloi' berkali-kali.


Okeylah!,.aku pun malas nak berceloteh banyak-banyak. Antara hobi aku bila mod aku lari adalah snap gambar dan edit,.jadi jom tengok permandangan yang telah di snap ini....Inilah permandangan kampung Faiz dalam cerpen Aku Nelayan.








Khamis, 11 September 2014

Pernahkah aku memperbodohkan diri sendiri?

Rasanya topik keliru aku bersambung lagi, kali ni keliru dengan setiap tindakan aku sendiri. Aku terpanggil untuk membicarakan topik ini bila terbaca status seorang penulis dalam facebook. Lebih kurang beginilah katanya,.

''Seorang yang bijak akan mengunakan kebijakannya untuk membodohkan orang lain, seorang yang bijak juga adakalanya akan mengunakan kebijakannya untuk membodohkan dirinya sendiri''

Lama juga aku merenung kata-katanya. Aku berfikir kembali, selama ni pernahkah aku membodohkan diri sendiri? Aku update status dalam facebook, aku update entry dalam blog. Banyak juga kisah yang aku utarakan. Kisah-kisah hidupku dan luahan hatiku. Dalam bentuk puisi, cerpen, novel dan sketsa. Mungkin aku telah mencampuradukkan antara realiti dan imaginasi pada sesetengah karya. Tapi tak dinafikan ada antaranya yang merupakan 100% kisah hidupku, terutamanya dalam cerpen sebuah kehidupan dan dalam blog Aku Tetap Aku ini. Adakah aku sedang memperbodohkan diri sendiri bila menulis kisah sendiri dan mengizinkan ribuan orang mengetahuinya? Orang yang membacanya pula mungkin terdiri dari orang yang tidak aku kenali atau pun orang yang mengenali aku dan mencuri membaca setiap entry dan kisahku dalam diam.

Aku menulis untuk apa? Dah banyak kali aku bicarakan persoalan ini. Bila aku menulis cerpen aku sekadar mencari bahagia. Cerpen aku kebanyakan kisah rekaan semata. Sebuah imaginasi yang cuba ku karangkan menjadi sebuah cerita. Bila sedih, aku tak mahu terlalu memikirkan kesedihanku. Aku cuba mencipta sesuatu yang membahagiakan aku. Bila ada pembaca yang suka dengan cerita imaginasiku itu, kebahagiaanku akan berganda. Kalau tak suka, aku tak mampu nak buat apa-apa, kerana aku tak berdaya nak memuaskan hati semua orang terutamanya pakar-pakar dalam bidang penulisan. Aku mungkin pernah membodohkan diri sendiri tapi aku bukan orang yang terlalu bijak untuk memuaskan hati semua orang.

Bila aku belajar untuk menulis novel, aku sekadar mencabar diri sendiri merantau lebih jauh ke alam fantasi. Berjayakah aku mencipta setiap plot cerita dengan baik? Berjayakah aku menulis hingga membuatkan orang lain ingin terus membaca ceritaku? Berjayakah aku menghasilkan konflik yang membuatkan orang menjadi geram, marah atau steress? Berjayakah aku mengolah cerita dengan baik dan membuatkan pembaca tertunggu-tunggu untuk membaca kesudahannya? Banyak juga yang aku ingin lihat dalam setiap karyaku. Mampukah aku? Walau aku sering memberikan motivasi untuk diri sendiri,.kataku kepada diri sendiri ''orang lain mampu, kenapa aku tak mampu? belum cuba belum tau!''

Aku berpuisi sekadar melepaskan lelah di dada. Banyak rupanya rahsia yang terpendam yang tak pernah aku luahkan kepada orang lain. Aku marah, geram, tertekan aku lepaskan dalam bentuk puisi. Aku bahagia, gembira, ceria juga aku lepaskan dalam bentuk puisi. Rasa bersyukur dan simpati juga aku luahkan dalam bentuk puisi. Aku rasa tenang dan bebas dari tekanan setiap kali aku melepaskan segala yang terbeban dalam hati dan minda dalam bentuk puisi.

Berpantun? Oh! Sekadar nak meguji minda mencari rima yang sama pada setiap rangkapnya. Adakalanya aku mampu, adakalanya pantunku jadi buntu,.buntu untuk mencari rima yang sama pada pertengahan pantun dan hujungnya. Tapi berpantun juga adakalanya menjadikan mindaku kembali santai setelah menderita dari kelelahan jiwa.

Cerpen SEBUAH KEHIDUPAN,.ini yang aku runsingkan sebenarnya. Adakah setiap kisahku yang aku paparkan di dalamnya telah menjadikan aku seperti orang bodoh? Aku bukannya bijak seperti orang lain, andai penulis tadi mengatakan orang bijak yang suka membodohkan diri sendiri, aku tak mahulah orang mengata aku ''dahlah bodoh, semakin bodohlah, bila membodohkan diri sendiri! Huarghhhh,.tetiba aku jadi keliru bila membicarakan topik ini. Ada orang kata,.'' Allah dah elok tutup aib kita, kenapa pula kita nak buka aib kita untuk tontonan orang lain?'' Sekali lagi aku jadi keliru! Aib? Apa itu aib? Mengaku kesalahan dengan jujur itu aibkah? Apa yang aku fikir aib itu bila aku buat maksiat dan mengaku perlakuan aku itu kepada orang lain. Itu barulah aib. Adakah aku salah pencaturan?


SEBUAH KEHIDUPAN bukan kisah aku seorang. Ianya realiti kehidupan yang berlaku di atas pentas dunia ini. Aku berbicara dari hatiku yang jujur. Aku tak mahu menuding jari kepada orang itu dan ini tapi hakikatnya aku mengungkapkan kebenaran. Yang salah aku katakan salah, andai itu kesalahanku sendiri untuk apa aku pertikaikan lagi. Adakalanya kita tak pernah sedar setiap kelakuan kita telah melukakan hati orang lain. Aku tahu aku takkan hidup untuk selamanya di atas pentas dunia ini. Sampai masanya aku pasti dijemput Ilahi. Aku mencoretkan segala realiti kehidupan ini buat tatapan mereka yang berkenaan, moga suatu hari nanti mereka terbaca coretanku dan belajar memahami isi hatiku. Walau mereka tidak pernah meminta maaf atas kesilapan yang sama berulangkali tapi aku tak pernah mendendami. Aku tahu dendam itu bukan memberi aku bahagia, bahkan akan semakin membuatkan aku sengsara.


Sebuah Kehidupan juga membicarakan perihal orang-orang yang sama menguriskan jiwaku berulangkali yang menghadiahkan aku air mata dan derita namun sayang mereka tidak pernah menyedari betapa remuknya hatiku diluluhkan dalam diam. Sebuah kehidupan juga membicarakan perihal takdir yang terpaksa aku tempuhi. Adakalanya hatiku menjadi kental setiap kali diuji. Adakalanya jiwaku menjadi goyah dan parah. Kadang-kadang aku redha dalam menempuhi setiap onak dan duri, namun sedetik berlalu redhaku bertukar menjadi pasrah. Redha itu Ikhlas dan Pasrah itu berserah. Hatiku jadi berbolak balik seolah tidak dapat menerima ketentuan takdir, walau jauh di sudut hati , aku sering berdoa agar, biar seberat mana pun ujian yang Allah turunkan, janganlah biarkan aku terus tersungkur.

Hari ini aku bangkit kembali dari kedukaan hari semalam Esok aku belum pasti apa lagi yang harus aku tempuhi. Beginilah sebuah kehidupan. Kita tak mahu menoleh ke belakang kerana takut tersadung dan jatuh tersungkur tapi dalam kita berhati-hati kita pasti diseru masa lalu. Dalam kebodohanku membicarakan rahsia hati, aku cuma berharap pembaca di luar sana mengambil pengajaran dalam setiap apa yang aku paparkan. Aku hanya manusia biasa, takkan pernah terlepas dari membuat kesilapan. Samada kesilapan terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. Hanya Allah yang tahu segala sesuatu itu. Hanya Allah yang tahu apa niatku.

Rabu, 10 September 2014

KELIRU!

Adakah anda pernah keliru? Kenapa tajuk ni yang aku pilih? Nak tahu jawapannya, teruskan membaca entry yang membuatkan aku 'sedikit keliru' ini. Banyak  kekeliruan yang ingin aku perkatakan. Alkisahnya aku dan suami sekarang sedang berlumba-lumba mencari ilmu. Dulu, bukan tak pernah cari cuma kesedaran mencari ilmu tu tak serancak sekarang. Mungkin umur sudah meningkat, jadi ingin lebihkan ilmu di dada. Bila belajar dengan banyak guru banyak pula percanggahan pendapat. Kalau kita dengar ceramah-ceramah agama di tv atau radio, ustaz atau ustazah pun kadang-kadang ada memberitahu tentang pendapat alim ulamak yang terdahulu.

Bukan niat hati untuk menimbulkan kekeliruan untuk diri sendiri. Adakalanya apa yang kita pelajari banyak jawapan yang kita perolehi dari satu soalan. Contoh paling mudah seorang ustaz berceramah, katanya sunnah kaum lelaki memakai baju berwarna putih dan hijau. Ikut parti politik ustaz ni adalah dari parti(p) jadi suami aku pun banyak membeli jubah dan baju melayu yang berwarna putih dan hijau termasuk kain pelikat. Bila dia pergi mendengar ceramah dari ustaz yang lain pulak dengan selambanya ustaz itu memberitahu, memakai baju putih ini memang sunnah kerana putih itu melambangkan kesucian TAPI janganlah terlebih hingga mengalahkan tok guru. Dia balik bercerita kepadaku, katanya dia tersentap seketika sebab ustaz tu orang kuat parti (B). Aku pula yang keliru bila melihat suami mula mengubah corak pemakaiannya. Dari baju putih dan berkain pelikat putih kepada baju putih dan berkain pelikat hijau dan bila dia memakai baju hijau, dia akan memakai kain pelikat putih. Suami aku memang seorang anak yang mendengar cakap dan dia juga seorang murid dan pengikut yang setia. Kalau tanya aku, warna putih bukanlah warna kegemaranku. Yupp!,.putih itu suci dan warna putih bagiku hanya sesuai di pakai bila nak mengadap Allah (Telekung Putih).

Sekarang ni telekung pun sudah pelbagai fesyen. Di sini pun aku keliru. Untuk apa telekung dengan pelbagai warna sedangkan kebanyakannya tak menutup aurat dengan sempurna? Oppss,.maksud aku kita bangga bersolat dengan telekung yang cantik dan mahal tapi selepas bersolat kita tetap mendedahkan aurat. Telekung terbaru tu ada yang pernah mengadu kepadaku, kata mereka, bila pakai kainnya akan melekat di tubuh. Betul ka? Aku tak pernah ikut trend terkini dalam apa fesyen pun jadi aku tak ambil tau sangat dengan dakwaan orang lain. Bagi aku, bukan telekung yang akan menjamin kualiti solat kita.

Keliru lagi bila orang tua-tua selalu kata kat kaum perempuan. Nak kahwin wajib pandai itu dan ini. Sejak sekian lama kaum wanita menguruskan rumah tangga sedangkan suami kebanyakkannya hanya tahu meminta. Aku tak cakap semua tau, sebab suamiku tak macam tu. Alhamdullillah Allah mengasihiku. Aku berjodoh dengan seorang lelaki yang tak pernah menyusahkan aku sejak mula kami bergelar suami dan isteri. Dia tak mengarah dan memerintah sesuka hati. Masakan aku sedap atau tak, dia tak pernah kompelin. Dia makan dalam diam, sedap atau tak dia tetap menambah. Yang paling best, semakin lama kami kahwin, sikapnya semakin memuaskan hati hari demi hari. Bahkan sekarang bila aku semakin tak sihat, dia yang akan membasuh semua pakaiannya dan akan seterika sendiri baju-bajunya yang perlu diseterika. Nak menyuruh aku? Tak pernah sesekali dia menyuruh walau aku tiada kerja. Bonus paling besar untukku!

Aku pernah berchatting dengan rakan facebook. Kebetulan suami dia tu rakan sekolah aku dulu. Bukan aku tanya pun tapi orang dah cerita aku hadamkan ja. Dia taklah kutuk sangat suami dia tu, cuma katanya, dia suri rumah dan mencari peluang berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bila di rumah, dia yang menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Segalanya dia yang lakukan. Suaminya bukan tak pernah membantu tapi aku pernah terbaca beberapa statusnya yang ditujukan untuk suaminya. Kesimpulannya, dalam pengorbanan seorang isteri meringankan beban suami, menguruskan rumah tangga dan anak-anak, mengandung dan melahirkan berkali-kali tapi ada suami yang tergamak mengkhianati kepercayaan isteri dengan mengingati bekas awek zaman persekolahan. Apa ada pada kenangan cinta pertama tu? Jangan-jangan hanya dia saja yang ingat. Awek dia tu mungkin sedang menganyam bunga-bunga cinta bersama suaminya dan sedang bergelak ketawa dan bahagia bersama keluarganya, sedangkan dia hanya menghadiahkan keluh kesah dan rasa kecewa buat isterinya yang sudah banayk berkorban untuknya. Ya! Mungkin alasannya isterinya kuat cemburu dan sebagainya atau seribu satu alasan kekurangan isterinya yang akan diceritakan tapi terfikirkah oleh seorang suami betapa beratnya beban ketika membawa kandungan dan betapa sakitnya ketika melahirkan. Pengorbanan yang takkan mampu digalas oleh seorang lelaki tapi wanita sanggup melalui semua itu demi seorang suami.


Kekeliruan seorang aku semakin berterusan. Adakah seorang lelaki berkahwin tanpa ilmu di dada? Tidak sedarkah dia betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah? Selalu aku dengar orang-orang lelaki bercerita. Bila dah kahwin senang sikit, ada orang nak basuh baju, nak masak makan, nak layan mereka itu dan ini. Woii!!  Apa yang korang fikir sebenarnya? Korang tau tak tanggunjawab seorang isteri hanyalah melayan nafkah batin suami. Itu ja yang wajib. Yang lain tu semua tanggungjawab suami tapi Allah itu Maha Kaya, dia anugerahkan sifat timbang rasa dan rasa sayang yang berganda buat seorang wanita. Seorang wanita sanggup mengalas semua beban demi orang-orang yang disayanginya. Oleh kerana tanggapan orang-orang terdahulu, bahawa semua itu adalah tanggungjawab isteri maka isteri pun mengalas semua beban itu. Suami pula lepas tangan atas segalanya. Inilah pentingnya ilmu di dada. Isteri rasa betapa beratnya tanggungjawabnya dan suami pula rasa tanggungjawab dia hanya mencari duit untuk anak-anak dan isteri. Dari mana korang belajar tu?


Islam itu mudah, janganlah kita permudahkan segalanya. Bila isteri dah sanggup buat tugas yang sepatutnya tugas suami, kenapa suami tak boleh bertolak ansur? Sesekali permudahkanlah kerja isteri. Walau anda seorang yang sibuk sekali pun, luangkan masa untuk mebahagiakan isteri anda. Jangan hanya menunggu isteri yang memulakan dulu. Isteri yang kuat berleter atau banyak ragam, mungkin rasa terbeban kerana nak melaksanakan tugas yang  teramat banyak. Tugas yang tak pernah selesai! Bangun pagi menguruskan anak-anak ke sekolah. Tinggal di rumah seorang diri, mengemas rumah, memasak, kemudian mengambil anak  pulang dari sekolah pula. Hantar pula anak ke KAFA. Si abang pula nak berlatih sukan. Hantar adik, ambil abang dan sebagainya. Ada pula pelanggan yang nak order barang. Dalam letih isteri kuatkan juga kudratnya. Demi membantu mengukuhkan ekonomi keluarga tapi suami tetap tak reti nak menghargai. Malam pula dia tetap minta dilayani. Isteri tetap tunaikan kewajipan demi meraih redha suami. Betapa banyaknya kerja dalam satu hari!

Keliru lagi bila ada isteri yang bekerja dan gaji isteri melebihi gaji suami. Isteri pula yang memegang post untuk membayar semua hutang piutang, bil-bil yang berkaitan, membeli barangan dapur dan segalanya. Suami lepas tangan dengan alasan isterinya lebih mampu. Apakah ini??? Suami jenis ni, bukan sekadar tak berilmu tapi juga tak punya hati dan nurani. Entah ilmu songsang mana dia dah belajar? Ada suami yang merahsiakan gajinya dari pengetahuan isteri. Bila isteri bertanya, dia marah-marah dan mengamuk sakan. Keliru lagi aku! Ada pula jenis suami macam ni? Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian. Tiada rahsia dalam rumah tangga. Bagi aku hanya seorang isteri lebih mengenali seorang suami dan hanya seorang suami yang lebih mengenali isterinya berbanding orang lain. Dalam kes ni aku tak nafikan kami lebih beruntung kerana aku sudah tidak punya emak dan ayah untuk berkongsi cerita dan aku juga tak suka bercerita dengan saudara mara perihal rumah tangga kami. Suami aku pula seorang yang pemalu walau dengan emak sendiri dan adik beradiknya. Kami saling berkongsi cerita, cuma,.dari pihakku aku suka mendengar dan memberi pendapat sedangkan bagi pihak suamiku pulak, dia mendengar tapi bibir membisu seribu kata,.ehemm,.tak semua mampu menguraikan pendapat yang bernas. Setiap manusia itu ada kekurangan dan kelebihannya!

Aku tak pernah menyalahkan dia kerana setiap kata-katanya aku akan bidas balik dan selalunya dia yang bakal mengibarkan bendera putih. Hahaha,.nasiblah kalau dapat isteri macam aku ni!

Keliru seterusnya! Eh,.berapa banyak keliru daa?? Hehehe,.memandangkan tajuk pun keliru, harap jangan ada pula yang keliru membacanya. Semua kisah di atas adalah kisah benar yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Mungkin ada yang bertuah kerana mendapat pasangan yang begitu memahami dan pandai menghargai. Ustaz dan ustazah selalu cakap, jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Jadi, kalau ada yang sedang keliru, kenapa aku dijodohkan dengan 'dia' sesekali kita cermin peribadi kita dulu. Mungkin dia juga merasakan hal yang sama mengenai diri kita! Bila kita nak bahagia, kita kenalah berkorban hati dan perasaan terlebih dahulu. Buangkan sikap ego dan dendam. Cuba bahagiakan pasangan kita dan belajar menghargai dia. Selalunya orang yang tak bahagia ni selalu mengambil sikap menunggu pasangan yang bertindak terlebih dahulu. Anda nak pasangan yang romantik tapi dia tak menjadi seperti yang anda nak. Apa kata anda yang mulakan dulu.  Bersikap romantik pada pasangan itu bukan satu kesalahan, malahan itulah bonus menuju kebahagiaan. Masa bercinta, boleh pula nak berbahasa lembut dan puitis, kenapa bila dah kahwin berubah corak layanan. Dan bahasa puitisnya dah hilang ke mana?


Rasanya cukuplah aku mengelirukan orang lain dengan kekeliruan aku ni. Inilah asam garam rumah tangga. Bila banyak terjadi kes cerai, aku sering tertanya-tanya, apa sebenarnya yang terjadi? Bagi aku jodoh, ajal dan maut di tangan Allah dan bila bertemu jodoh tu kenapa harus ada perceraian pula? Dan, bila mendengar temuramah dari beberapa orang yang pernah bercerai, masing-masing menuding jari menyalahkan pihak lain. Mungkin ada kes pengakuan benar yang mengaku perceraian itu berpunca dari kesilapan mereka tapi jumlahnya mungkin terlalu sikit. Itulah,. yang mengaku kesilapan sendiri ni, selalunya bila dah bercerai baru tersedar mereka buat silap. Bila ada di depan mata mereka tak reti nak menghargai, bila dah terlepas dari pegangan baru tersedar betapa berharganya pasangannya tu.

Okey! Sebelum berhenti, rasanya aku nak titipkan beberapa petua yang kami amalkan selama ini,.

Petua untuk suami
-------------------------

1. Banyakkan bersabar sebab orang perempuan ni hormon tak seimbang. Kadang-kadang bukan dia sengaja nak mengamuk pun tapi dia sendiri tak faham dengan emosinya yang sentiasa berubah-ubah.


2.Jangan suka mengarah/memerintah!

     Contoh: ''Minah! buat air!''

                    ''Minah! Hidang nasi!''

                   ''Minah! Buat kari! Abang nak kari rempah giling! Tak mau kari serbuk!''

Apa kata kita buat sendiri. Sesekali isteri pun nak rasa air buatan tangan kita. Isteri dah ikhlas memasak pelbagai hidangan, apa kata kita tolong dia hidangkan. Bukannya susah pun. Alah! Rempah kari tu, kalau nak makan, giling sendiri. Saya ada adik ipar lelaki dan biras lelaki yang giling rempah sendiri. Kata sayang isteri! Buktikanlah dengan menolongnya membuat kerja rumah!

3. Jangan simpan rahsia selepas kahwin. Kalau ada rahsia sebelum kahwin tu berpada-padalah kalau nak cerita.
   Psssttt,.nak tau tak, masa kami nikah kami cerita semua rahsia, nama awek/pak we zaman sekolah dan sebagainya. Suami bakar gambar, surat awek lama dia. Hah! cemburu? Tak ada maknanya nak cemburu buta. Hak milik muktlak seorang suami adalah isterinya. Kisah yang lepas tu biarkan berlalu. Usah diungkit kenangan silam dan usah disuburkan kembali perasaan tu pada mereka yang tak berhak!

4.Isteri sakit usahakan untuk sentiasa ada di sisinya, menemaninya dan memberinya dorongan. Isteri tak minta pun anda sakit bersamanya tapi dengan memberinya dorongan dengan ransangan belaian kasih sayang, sekurang-kurangnya rasa sakit itu akan berkurang.


5.Bertimbang rasa!

Contoh: Isteri anda bekerja, balik rumah terlalu letih tapi rumah bersepah. Kalau sama- sama letih, biarkan dulu. Ambil masa untuk berehat. Kalau ada anak-anak yang boleh di suruh ajar mereka mengemas. Suami pun kena memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Jangan nak mengharap isteri ja. Kalau aku, ikut mod nak mengemas ni. Kalau rasa tak sihat, aku relax dan buat saja kerja-kerja ringan. Kalau tak mampu nak bangun dan masak, tanpa disuruh suami akan masak kalau rajin, kalau dia pun malas atau letih. Tapau ja. Selesai masalah! Kan?
Ada suami panas punggung bila tengok rumah bersepah, kononnya isteri pemalas! Aku bukan menuduh. Pernah terdengar seorang suami bercerita dengan rakan-rakan di kedai kopi. Ni satu lagi sikap, suka memburukkan pasangan di depan orang lain. Kesian pasangan kitakan?



6. Masalah berbangkit!

Masalah rumah tangga jangan dikongsi dengan kawan-kawan. Cuba berbincang dulu cara baik. Isteri pun ada harga diri yang perlu dijaga. Isteri pemalas atau masakannya tak sedap, tak payahlah dicanang satu kampung. Rahsia tetap rahsia. Kalau suami tak jaga harga diri isteri, siapa lagi nak jagakan? Kena terima kenyataan setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan.

7. Jangan selalu mengira berapa banyak kekurangan isteri tapi selalulah merenung kekurangan diri sendiri.


Petua Buat Isteri
-----------------------

1. Redha dengan ketentuan takdir. Katakan kepada diri sendiri selepas di ijab kabulkan. Mulai hari ini dialah pemimpinku yang akan memimpin aku di dunia ini untuk menuju ke Jannah. Kalau apa yang anda bayangkan tentang sikap suami anda sebelum nikah tak menjadi kenyataan selepas nikah, tak payahlah nak menyesal. Semua manusia memang begitu. Bersikap baik dan menunjukkan seribu kebaikan selagi belum berada dalam gengaman. Eh,.orang perempuan pun sama tau! Kita selalu tertipu dengan sikap kita sendiri. Kita rasa kita baik tapi orang lain mungkin melihat sebaliknya. Begitulah dengan pasangan kita.

2.Jangan mengharap suami kita akan mengikut semua kata-kata kita. Orang lelaki ni ego mereka lagi tinggi. Baik mana pun suami kita tu, tetap ada egonya. Lagi satu lelaki ni minda mereka tak fokus pada satu perkara dan mereka mudah lupa. Contohnya tarikh hari lahir atau ulangtahun perkahwinan. Kalau ulangtahun pertama mereka dah lupa, janganlah mengamuk kalau tahun kedua juga mereka tak ingat. Mungkin bagi kita tarikh-tarikh itu kalau disambut akan mengeratkan hubungan dan kemesraan tapi orang lelaki mungkin anggap semua ini hanya perkara remeh temeh yang tak perlu disambut pun. Cara berfikir orang lelaki dan perempuan memang berbeza.

3.Tak salah kalau nak bermanja tapi jangan mengada-ngada!
Mungkin ada setengah wanita tak pandai nak membezakan antara manja dan mengada-ngada. Orang lelaki suka kepada wanita yang pandai bermanja tapi mereka paling tak suka wanita yang mengada-ngada. Nak bermanja pun kena juga tengok situasi dan keadaan. Kalau berada bersama kawan-kawannya, jangan kecik hati kalau suami tak layan kita. Ada setengah suami cukup malu nak bermesra dengan isteri depan kawan-kawan dan begitulah sebaliknya. Hanya kita yang kenal suami kita tu macam mana. Ikut sajalah rentak suami kita.


4.Jangan meminta yang suami tak mampu!
Gaji suami cukup-cukup untuk makan sebulan, tapi kita berbelanja mengalahkan gaji yang suami kita terima sampai sanggup berhutang, melainkan kita ada pendapatan sendiri.

5. Ikhlas,jujur, setia kepada pasangan perlu ada pada suami dan isteri. Jangan prasangka yang bukan-bukan selagi belum terbukti pasangan bersalah. Setiap orang tak suka dituduh, lebih-labih lagi perkara yang tak pernah dia lakukan. Semua orang juga tak suka dicabar. Jadi, apa yang kita tak suka jangan kita beri untuk pasangan kita.

Contoh:

1.Suami tak suka isteri curang, jadi suami pun jangan curang,begitulah sebaliknya.
2.Isteri tak suka suami menipu, jadi isteri pun jangan menipu.

Kesimpulannya: Apa saja yang kita lakukan Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Pasti kita akan tertangkap dan terjerat kalau kita berbuat salah dengan pasangan kita. Dan tiada rumah tangga yang tak pernah di timpa badai. Merajuk, kecil hati, kecewa dan marah itu pasti ada. Seperti jalan raya, bukan semuanya lurus, pasti ada liku dan simpang yang terpaksa kita tempuhi. Laluilah alam rumah tangga ini berlandaskan Al-Quran dan sunnah.


Pengertian Kebajikan Dan Dosa

Hadith :
Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”

(Muslim)

Manusia menilai melalui rupa??

Benarkah dugaanku ini? Sejak akhir-akhir ini mindaku banyak bermain dengan persoalan. Aku menulis melalui pengalaman sendiri dan cerita yang aku dapat dari orang lain. Pengalaman aku ketika remaja. Masa tu ke mana saja aku pergi, aku akan naik bas. Setiap kali naik bas aku akan terserempak dengan budak-budak sekolah. Sudah banyak kali mereka meminta tolong aku untuk menekan loceng. ''Mak cik! tolong tekan loceng sat!'' lebih kurang macam ni la mereka cakap kat aku. Sedangkan ketika itu umur aku baru 17-18 tahun, cuma aku punya dressing macam orang tua agaknya. Pakaianku ketika itu berbaju kurung longgar dan bertudung biasa. Mungkin ala-ala mak cik jadi aku mungkin nampak lebih tua dari usia sebenar.

Selepas SPM aku kerja sementara di kilang. Dressing aku macam biasa, berbaju kurung dan bertudung. Ramai dari pekerja kilang memanggil aku kakak hingga suatu hari mereka bertanya umurku.

 '' Kak Tun umur berapa?''

''Tengah tunggu result SPM''

''Baru 17 tahun ka?'' mereka bertanya dengan suara terkejut. Aku hanya mengangguk.

Banyak lagi yang menilai rupa yang tersalah mengagak umurku. Contohnya suatu hari seorang mak cik yang begitu bergaya menaiki teksi denganku. Aku agak umurnya mungkin sudah mencecah 50-an sedangkan umurku ketika itu baru 28 tahun. Mak cik tu mungkin lebih bergaya dariku dengan lipstik merah dibibirnya sedangkan wajahku nampak pucat tanpa sebarang make-up. Bila aku panggil dia mak cik, wajahnya terus berubah dan kemudian dia memanggil aku kakak. Hahaha,.aku tak nafikan, selain wajah tanpa make-up aku juga sudah berbadan besar ketika itu. Setiap kali mengalami situasi yang sama baru aku sedar penampilan juga penting bila kita berada di khalayak ramai. Namun aku juga punya prinsip sendiri, biarlah manusia manilai aku sesedap rasa, yang penting penilaian Allah terhadapku. Mungkin sebab itu aku tak pernah mengubah penampilanku. Bagiku selagi suami disisi tak pernah merungut, aku akan kekalkan imej serabut ni. Hahaha,.ni alasan orang yang malas nak berubah,jangan sesekali tiru tau!


Penilaian seterusnya,.setiap kali masuk hospital doktor akan speaking depan pesakit kampung macam aku ni. Mereka rasa aku tak faham apa mereka kata,.haaa,..aku memang tak faham pun! Ekekeke,.tapi pernah satu kali tu bila doktor pelatih mengutuk angota tubuhku dalam bahasa inggeris di depanku. Hai cik kak! tahulah awak tu doktor pun. Ada PHD janganlah dok berhasad dengki dengan anggota tubuh aku pulak. Semua yang aku miliki luar dan dalam ni adalah anugerah Allah. Cik kak ingat bila cik kak dah speaking depan aku macam tu, aku tak faham ka? Cik kak bukan kutuk aku tau. Cik kak sedang kutuk Allah tu. Cik kak tak sedar ka? Oh! Mungkin sebab cik kak dah bijak sangat jadi cik kak lupa ya, apa yang kita punya semuanya pemberian Allah? Tu dia,.ni baru sikit. Berpuluh kali masuk hospital, kalau nak cerita betapa aku dinilai memang tak tercerita agaknya. Kesimpulannya senang cerita, tak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan manusia yang berpelajaran itu adakalanya mereka juga tetap tersalah menilai orang lain.



Ni pula cerita orang kaya dianggap miskin dan orang sederhana berlagak terlebih kaya. Opppss,..jangan marah haa,.ini sekadar perkongsian biasa saja. Bukan niat nak mengutuk pun tapi sekadar untuk renungan bersama. kita ni kaya atau miskin semuanya hamba pada Allah yang satu. Janganlah selalu menilai orang lain berdasarkan pandangan mata kasar kita.

Kisah ini diceritakan seseorang kepadaku. Orang ni orang felda dan dia berjaya menjadi anak felda cemerlang. Dia dah ada perniagaan sendiri. Bisnesnya cukup berjaya. Punya van,kereta,lori dan beberapa buah motor. Suatu hari dia ke pekan sehari dengan gaya santai, ala-ala orang kampung yang tak berduit. Aku kenal dengan dia yang memang tak suka nak berlagak dan tak sombong. Dia sentiasa merendah diri dan  bercakap lembut dengan semua orang.

Bila dia membelek kasut yang dijual dengan harga ratusan ringgit si penjual menegur dia.

''Abang! kasut tu brand mahal tu. Rm300 sepasang. Ori ni bang!'' dia hanya tersenyum sambil terus membelek lagi. Si penjual sudah tidak senang duduk. Entah apa yang ada di fikirannya. Mungkin dia menyangka orang di depannya ini tidak berduit. Dari nada suaranya dapat dibuat kesimpulan dia tidak selesa dengan si pembeli di depannya.


Orang felda tadi berkenan dengan sepasang kasut lalu mengeluarkan duitnya yang banyak. Di depan peniaga tadi dia sengaja menayangkan duitnya itu. Terdiam peniaga tersebut. Aku yang mendengar cerita juga rasa teruja dan tertanya-tanya. Kalau cerita ini benar, siapa yang tersalah menilai sebenarnya? Si pencerita atau si peniaga? Haha,.aku pun kompius balik.


Satu cerita lagi pengalaman aku sendiri. Aku di ajak oleh seseorang pergi ke suatu tempat dengan mereka menaiki kereta mercedes. Aku kenal mereka sejak kecil lagi. Mereka taklah kaya mana tapi si suami memang suka melaram dengan kereta mewah. Habis hutang dibayar, dia akan mencuba kereta mewah yang lain pula. Aku tak mau cerita perihal lagaknya tapi aku nak cerita kisah yang aku ada bersama mereka ni. Bila kami dalam perjalanan pulang si suami berhenti di depan gerai menjual buah. Isteri tak turun membeli malahan hanya memberi arahan dari dalam kereta. Hari sudah malam tapi aku yakin tak ada hujan pun di luar tu. Aku tergaman seketika. Penilaian aku? Aku pun tak tahu macam mana nak menilai. Hanya melihat gelagat suami isteri ni dalam rasa keliru yang teramat. Duit berbaki membeli buah-buahan hanya seposen. Isteri cakap sedekahkan saja. Seposen ja pun! Suami pula kata seposen pun duit juga! Hah! aku bertambah bingung jadinya. Terpulang kepada pembaca nak menilainya tapi aku ingin sangat tahu apa penilaian peniaga gerai buah itu terhadap pasangan suami dan isteri ini. Apa yang mereka fikir agaknya ya?

Baru-baru ni aku pergi ke farmasi. Selalunya aku kirim ubat kepada suami sebab aku malas nak pergi sendiri. Aku pun dah jemu nak pergi buat chek-up di hospital Agaknya doktor pun jemu nak tengok muka aku ni? Hahaha,.agaknyalah, sebab aku ni dulu kerap sangat masuk wad kecemasan. Dan,.paling aku tak suka bila kena bebel dengan doktor, bla,bla kat aku sebab aku obesiti,.kuang,kuang,.pernah sekali tu seorang doktor menyarankan agar aku menurunkan berat badan tanpa disedari oleh aku doktor tu bertubuh lagi besar dari aku. Nak dikatakan aku dengan doktor tu 2x5 ja, sama-sama berbadan besar. Aku hanya perasan bila doktor tu sendiri menyebutnya. Haha,.aku tak mampu menyembunyikan senyum.


Berbalik pada cerita tadi. Bila ubat yang suamiku beli tak mampu membuatkan aku sembuh, aku nekad nak pergi sendiri. Mungkin suamiku dah tersalah ambil ubat dan tak sesuai dengan penyakit aku. Bila aku memberitahu pembantu farmasi ubat apa yang aku nak, mereka menyarankan aku berjumpa dengan doktor pemilik farmasi terlebih dahulu. Sesuatu yang tak pernah ku duga, rupanya di farmasi pun aku kena smash dengan nasihat-nasihat kesihatan. Kebanyakan yang doktor beritahu aku memang sudah aku agak seperti ketidakseimbangan hormon bila usia semakin meningkat. Masalah monopos dan berat badan yang berlebihan, juga kerja-kerja yang semakin kurang dilakukan. Akhirnya doktor memberi aku tiga jenis ubat batuk. Ubat batuk berupa pil, pil alahan batuk dan ubat batuk air. Erkk,.apa kena mengena hormon dalam penyakit ni sedangkan aku juga memberitahu tentang masalah period dan sakit sendi yang aku alami. Hahaha,.doktor nak aku sembuh batuk terlebih dahulu, sedangkan masalah period dan sakit sendi itulah yang lebih membimbangkan aku.

Kemudian aku ingin membeli minuman kesihatan yang selalu di iklankan di radio. Minuman kesihatan yang berunsurkan serat untuk mencuci usus dari segala bahan buangan termasuk kolesterol dan lemak. Bukan niat minum untuk diet pun, tapi memandangkan sejak remaja, aku memang ada masalah penghadaman. Kadang-kadang perut aku meradang. Dah banyak aku cuba produk kesihatan tapi selalunya aku terpaksa hentikan sebab tak mampu nak menanggung kos. Bayangkan produk terbaru yang aku beli ni harganya 20 bungkus sudah rm55.00. Aku mana kerja, harap suami saja nak menghulur setiap bulan. Kesian pula kepada encik suami. Barang-barang pun dah naik harga melambung tingginya. Ada rm banyak aku beli la, tapi selalunya aku selalu utamakan yang lebih penting dahulu. Opppsss,..terlari tajuk la pulok!


Kami ke farmasi yang lain pula untuk membeli minuman kesihatan ini. Di luar kotak sah-sah tertulis orang yang ada sakit buah pinggang dilarang mengambilnya. Pekerja farmasi berkali-kali mengingatkan aku perihal sakit buah pinggang tersebut. Aku pun cuak juga jadi untuk menyedapkan hati sendiri berulang kali juga aku berkata kepada pekerja farmasi itu '' Tak penah lagi pun chek buah pinggang, ada ka tak sakit buah pinggang ni'' aku berkata sambil berfikir sendiri. Aku bebas penyakit buah pinggang kot? Hahaha,.pekerja farmasi tu nak membuat penilaian macam mana agaknya? Mungkin dia fikir 'mak cik ni nak buat lawak tak kena tempat la!'


Selepas tu kami singgah di kedai telefon kerana henpon aku dah banyak hari galerinya tak boleh di buka. Tokey kedai cuba membantu apa yang patut. Bila tak berjaya memulihkannya seperti sedia kala, dia berkata-kata kepada anakku yang pergi bersama. Dia suruh formatkan memori menerusi komputer. Dari sini aku dapat agak, dia menilai mak cik seperti aku ni tak tahu nak buat sendiri. Hahaha,.agaknya sebab tu la, walau aku terpacak juga di depan dia tapi kata-kata dia ditujukan untuk anak aku yang berusia 17 tahun walau ada yang pernah cakap dia dah berusia 20 tahun. Nampaknya anak daraku pun bakal senasib denganku bila ada yang menganggap dia lebih tua dari usia sebenar. Aku berbadan kecil ketika remaja cuma dressing aku lebih kepada 'mak cik'. Anak aku juga tak mengikut fesyen semasa tapi dia juga berbadan besar dan lebih tinggi dariku. Huh! mungkin nasibnya lebih mencabar dari aku? Selalu aku katakan kepadanya, Biar orang menilai kita apa adanya, tapi jangan buat Allah menilai kita sebagai hambanya yang tak reti nak bersyukur dengan pemberiannya. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang tak elok itu kitalah penyebabnya!