Nuffnang

Ahad, 28 Disember 2014

Musibah, Bala Atau Ujian?

            Malaysia bergegar lagi dengan bencana alam pula kali ini. Selepas di uji dengan kehilangan kapal terbang Mas Mh 370,.disusuli dengan tertembaknya kapal terbang Mh 17, selepas tu dengan puting beliung dan terkini banjir besar yang memusnahkan banyak kediaman terutamanya di Kelantan.

             Aku tak mahu mengulas banyak dalam hal ini,. bagi aku ini semua peringatan dari Allah untuk kita semua yang masih lalai dan lupa akan asal usul kita. Sempena untuk menyambut tahun baru sudah disediakan pesta sambutannya. Allah Hu Akbar,.Dia Maha Mengetahui segalanya. Manusia hanya merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang! Setiap perkara ada hikmahnya yang tersembunyi namun ramai dari antara kita yang tak mahu melihat dengan mata hati. Yang paling aku kesalkan ialah setiap kali berlaku musibah pasti ada yang menuding jari. Menyalahkan orang itu dan ini. Ada pula pembela dan berlakulah maki hamun dan carut mencarut. Memalukan saja! Sepatutnya kalau tak mampu nak menolong dari segi tenaga atau wang ringgit,.tolonglah doakan mereka yang terlibat. Kalau nak memberi komen pun biarlah yang positif dan bermanfaat untuk semua.


      Sudahlah! Bercakap banyak pun,.takkan merubah apa-apa keadaan! Macam biasa aku akan promote cerpen aku yang seterusnya dalam entry aku dalam blog ini. Ada permintaan dari seorang pembaca agar aku menyambung cerpen biarkan Rindu Terus Berlagu. Aku dah buat statement dalam facebook,.andai ada 10 orang yang like status aku tu,.aku akan sambung cerita tu tapi hampeh,.dua orang ja yang like namun pagi tadi aku dah mula menulis. Tengah rancak berangan tetiba komputer off,.aku bengang gila masa tu sebab tak sempat save lagi.

          Aku ni jenis yang payah nak putus asa. Okey! Cubaan pagi tadi tak berhasil,.mudahan usia aku ni masih berbaki untuk menulis lagi. Inilah cabaran terbesar untuk aku. Yeahooo,.aku dah dapat ilham sebenarnya untuk kenakan Mohd Hariz Iqbal,.hero cerpen tu,.tunggukan cerpen tu bila Hariz akan meroyan bila Safiya dapat calon suami baru yang lebih muda dan lebih hensem,.daebakk! haha,.aku baru berangan ja,.tak tau lagi cerita tu nak jadi macam mana. Menurut pembaca tu dia geram kat Hariz tu jadi sebab nak bagi dia puas hati jadi dalam part 2 ni nanti memang nak buli Hariz tu cukup-cukup!

Tolong doakan mod menulis aku ni stabil agar aku dapat siapkan cerpen tu secepat mungkin!

Terima Kasih sudi singgah dan baca,.

Pasal tajuk entry ni,.biar Allah yang tentukan sebab aku pun masih tertanya-tanya juga,.musibah, bala atau ujian?,.Err,.adakah aku sedang keliru? Musibah dengan bencana tu ada beza ka? Bala atau ujian tu rasanya memang berbeza!,. :D

Sabtu, 29 November 2014

Mission Imposible?

29.11.2014      2.47pm
Aku baru lepas tunaikan solat zohor,..lewat pulak hari ni sbb mission imposible aku,.yupp,.aku laksanakan impian orang lain,.mereka selalu suruh aku keluar excercise sedangkan keadaan aku yang sakit lutut ni,aku rasa macam tak mampu nak buat,.tapi bila banyak kali sgt dok ulang benda yang sama, aku jadi cemuih nak dengar,.tepat jam 7.00am aku mula keluar dari rumah,.perasaan was-was pada mulanya menerpa dan hati pun bertanya,.'mampukah aku?' akhirnya aku buat keputusan untuk bertekad menjayakan misi aku tu,..destinasi aku Pantai Murni,.aku berjalan setapak demi setapak dengan langkah yang amat goyah,.bila menyaksikan permandangan sekeliling aku jadi kagum dan teruja,.sambil mendonggak ke langit aku berdoa,.''Ya Allah! Bantu aku Ya Allah,.agar aku sampai ke destinasiku dengan selamat tanpa menyusahkan sesiapa!'' berbekalkan keyakinanku yang kuat kepada Allah aku gagahkan diri tanpa menoleh ke belakang lagi,.aku berselisih dengan beberapa remaja yang masih cerdas berjogging dan mengayuh basikal,..ah,.biarkan mereka,.aku tetap aku dan aku tak pernah kacau orang lain,.


Bila sampai di Pantai Murni aku mengucap syukur dan amat terharu dengan keupayaanku,..cehh,.sempat lagi nak buat ayat bongkak!,.Allah izinkan aku sampai ke destinasiku dengan selamat,.bila dapat mendarat di atas kerusi batu tepi pantai betapa leganya kurasakan dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan badan,..Subhanallah! aku mampu sampai ke sini dengan hanya berjalan kaki,.dengan keadaan dua belah lutut yang sakit tu,.dan aku percaya semua ini kehendak Allah kerana sepanjang perjalanan aku tak pernah putus berdoa agar aku berjaya melaksanakan misi aku menyahut cabaran suami,rakanku dan orang2 kampung,..


Aku bertolak dari rumah pukul 7.00am dan sampai di Pantai Murni dan duduk dengan selamatnya di atas kerusi batu pada jam 9.11am,.aku berjalan kaki selama dua jam lebih,.aku macam dah malas nak balik tapi aku hanya bawa hp semata-mata,.tiada duit dan barang-barang lain,.aku pula tak sarapan pun pagi tadi sebelum keluar rumah,.pukul 10.00am perutku mula pedih kelaparan,..mahu atau pun tidak, aku pun melangkah untuk pulang bila jam dah mencecah 10.15,.langkah untuk pulang lebih getir ku rasakan kerana matahari begitu terik memancar namun aku pujuk hati kerana cahaya matahari pagi tak sepanas mana pun sebenarnya,.sambil berjalan di tepi sawah yang menghijau aku snap beberapa gambar permandangan yang sangat indah,.


Dalam hati berkata-kata,.''agaknya macam mana berjalan di padang masyar nanti?'' aku cuba membayangkan keadaan padang masyar yang luas tanpa pokok dan matahari hanya sejengkal di atas kepala dengan manusianya yang berjalan tanpa pakaian dan dengan perbagai cara,.

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR =======================================

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa laden kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

75. Al-Qiamat

[1]Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;


[2]Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!


[3]Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?


[4]Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).


[5](Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).


[6]Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”


[7]Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),


[8]Dan bulan hilang cahayanya,

[9]Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

[10](Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”

[11]Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!


[12]Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.


[13]Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.


[14]Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,


[15]Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).


[16]Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).


[17]Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);


[18]Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

[19]Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).


[20]Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.


[21]Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).


[22]Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;


[23]Melihat kepada Tuhannya.


[24]Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,


[25]Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.


[26]Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

[27]Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”


[28]Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;


[29]Serta kedahsyatan bertindih-tindih;


[30](Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).


[31](Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!


[32]Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!


[33]Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.


[34](Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

[35]Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

[36]Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

[37]Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

[38]Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

[39]Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.


[40]Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!


Sengaja aku kongsi sedikit ilmu yang aku copy dari facebook,.aku memang tak berilmu sangat untuk aku bercerita mengenai Padang Masyar dan dunia Akhirat,.cuma setakat nak memujuk diri yang sudah tak berdaya aku bayangkan dunia akhirat yang lebih dahsyat seksaannya sambil hp aku mengalunkan zikir,.oh aku gunakan ear fhone pastinya,..sambil berjalan aku berzikir dan zikir inilah semakin menguatkan semangatku untuk terus melangkah,.sesekali aku akan donggak ke langit dan memohon pertolongan Allah agar aku tak jatuh tersungkur dan menyusahkan orang lain pulak nanti,..almaklumlah badan aku bukannya kecik,.dah setaraf anak gajah,..hihi,..mak/bapak gajah besar sangat kot!
Bila Titi Bakong semakin menghampiri aku cuba lajukan langkahku,.namun aku dah tak berdaya langsung selain mengheret kaki perlahan-lahan,.aku boleh! aku boleh! aku boleh!,.aku laungkan berkali-kali di dalam hati.


Bila tempat rehat di tepi tali air Titi Bakong sudah nampak,.aku mengucapkan syukur lagi,.aku dah tak sabar nak duduk berehat,.tadi aku bertolak dari Pantai Murni sekitar pukul 10.15am dan aku sampai di Titi Bakong sekitar 11.15am,.sejam jugak aku berjalan balik dan hati aku berdongkol di dalam,.aku dah tak ada kudrat langsung dah,.Ya Allah! hantarkan bantuanmu,.aku tak berdaya untuk melangkah pulang,..masih jauh lagi perjalananku dengan cuaca panas yang semakin berbahang,.aku memang tak mampu!
Hampir sejam aku berehat,.aku sudah terlalu letih menunggu,.ditambah dengan perut yang lapar,.badan yang terlampau letih,.aku cuba berikhtiar sambil terus berdoa,.aku chek hp,.kredit masih berbaki rm8 lebih lagi tapi tak aktiv sbb tarikh luput sudah habis,.aku cuba buat sos topup,..hah! rezeki memihak padaku bila maxis mengaktivkan kreditku dan hanya memotong 50sen dari akaun kredit,.
Aku call my doter dua kali tak berangkat dan aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej supaya dia datang mengambilku,.ajaibnya baru ja letak telefon,.tetiba suamiku muncul,.dia tak memandang ke arahku sebaliknya dia terus menuju ke pantai,..aku memang dah tak kuasa nak buka mulut untuk memanggilnya,.mulut aku dah dikunci dengan pedal ayam saiz xxxl,.berat sangat rasanya,..nampak benor aku terlampau letih,.


Aku gagahkan diri bangun dan berjalan perlahan-lahan dan menunggu di tepi jalan,.bila dia sampai dia cakapkat aku ''Ingatkan dok tepi laut,.nampak macam ada orang di sana,.'' respon aku,.membisu seribu bahasa dan naik belakang motor dan terus diam hingga sampai ke rumah..sampai entry ini ditulis aku masih berkira-kira nak tanya dia,..dia memang tengah cari aku ka?,..hahaha,..suruh sangat aku keluar excersice,.sekali aku terima cabaran,..aku tak jalan sekitar rumah,.maunya 6 jam jugak aku dijalanan,.oppss,.3 jam lebih dijalanan,.lagi 3 jam berehat di perhentian,..agaknyalahkan,..malas pulak nak kira,.


Sampai di rumah,.aku terus cari katil tapi badan dah macam kena palu,..hampir pukul 1 baru boleh terlelap,.dan sebab tu la terbabas solat zohor hingga hampir pukul 3 petang,.hampeh,..tapi kalau orang tanya aku,..nak buat lagi tak,..aku akan cakap,..pengalaman hari ni paling best dan berharga walau lepas balik ke rumah,.rasanya urat kaki aku dah krem 99.9%,.

Untuk pembaca semua,.hidup ini adalah ketentuan Allah,.rajin-rajinlah memohon kepada-NYA dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup,..teruskan langkah perjuanganmu walau seribu rintangan mendatangi diri,.kita mampu kalau kita mahu!







Melihat gambar-gambar permandangan ni,.macam berbaloikan?,.dan gambar akhir di mana aku berehat sementara menunggu bantuan tiba untuk mengambilku di Titi Bakong,.aku snap dari tempat rehat di bawah 3 pokok besar yang memayungiku,.

Zikir yang aku dengar sepanjang aku berjalan,.




Selasa, 18 November 2014

Hambar dengan pelbagai perasaan!,.Egois dan Marah yang datang silih berganti??

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Topik macam gempak sangatkan? Padahal entry pagi ni biasa-biasa saja. Entry pagi ni mungkin juga untuk promote cerpen yang sedang aku siapkan bertajuk Mencari Calon Menantu.

Senario hari ini yang dikuasai berita-berita hangat dan terkini dari internet membuatkan dunia semakin kucar-kacir. Eh!,.betul ke?? Dalam hidup seharian kita pun dipenuhi dengan pelbagai cerita. Perasaan egois dan marah tu akan datang juga menerjah hati sesekali. Seorang kawan FB aku pernah berkata,.''Asyik aku ja nak mulakan dulu,.semuanya aku!'' dan jawapan aku adalah,.''Samalah kita,.lelaki ni semuanya sama ja,.suami yang baik macam mana pun tetap ada kekurangannya. Kita tak boleh mengharapkan sangat kesempurnaan orang lain sedangkan kita pun tak pernah sempurna!'' Cehh!,.ayat macam aku ni baik sangat padahal bila time moody aku datang,.semacam ja aku. Memang malas nak senyum dan perasaan egois dalam hati pun bersatu. Ada pula 'makhluk' yang dok menyeru dalam kepala. ''Jangan layan! Jangan Layan!,.biarkan mereka! Padan Muka mereka!,.buat kau macam tunggul kayu ja dalam rumah ni,macam kau tak ada perasaan ja!'' Tu dia yang kita panggil setan yang selalu nak menyesatkan kita,..maka sesekali aku juga turut terpengaruh,..aku juga manusia biasakan,.dalam menyeru orang berbuat baik adakalanya emosi yang tak stabil tetap menguasai mindaku.


Baru-baru ni terbaca dalam satu blog mengenai kecurangan seorang suami. Isterinya cukup setia dan baik tapi selepas 10 tahun dia berzina dengan janda yang mempunyai ramai anak baru terbongkar rahsia. Bila dah kantoi dengan isteri,.suami tersebut mula nak menyenaraikan kelemahan isteri. Bagi aku suami macam ni bukan suami yang baik walau alasannya berlaku curang kononnya sebab isterinya dah tak pandai menjaga penampilan. Ini cerita yang aku baca dalam blog yang aku sendiri tak pasti kebenarannya.

Ini pula kisah seorang kawan aku,.17 tahun berkahwin suaminya selalu mengabaikan solat. Segala urusan rumah tangga isterinya yang urus. Perihal anak dan sebagainya. Suaminya baik bukan tak baik tapi dia selalu bersikap sambil lewa. Dalam hal nafkah zahir dan batin memanglah sempurna cuma sebagai isteri kawanku ini tetap ingin dimanjakan. Bila suami hanya tahu bekerja sepanjang masa dan tak mengambil tahu hal rumah tangga, adakalanya isterinya menjadi stress. Sebagai seorang isteri dia juga berharap suaminya lebih bertanggungjawab.

Aku jumpa ramai lelaki yang bersikap seperti suami rakan FB aku ni. Jangan pula pembaca menganggap rakan aku ni suka mengaibkan suami pulak! Bukan macam tu,.sebenarnya dia tak ada tempat nak mengadu. Aku pulak selalu mendengar luahan hatinya. Dia pernah bercerita kepada orang yang dia percaya bila tak dapat menahan perasaan tu tapi orang tu pulak khianati dia. Aku berkongsi cerita ni bukan untuk khianati dia tapi ini untuk tauladan pembaca semua. Isteri adalah amanah dari Allah untuk anda! Kenapa harus sia-siakan dirinya? Isteri sudah terlalu banyak berkorban,.menguruskan rumah tangga, menguruskan anak-anak,.mengandung dan melahirkan. tak cukup lagikah pengorbanannya itu?

Banyak kisah yang aku dengar mengenai suami yang tak bertanggungjawab ini. Dulu,.ada seorang suami yang tak menunaikan perintah Allah seperti bersolat dan berpuasa. Kalau puasa pun cuma hari pertama dan hari terakhir atau 3 hari puasa dalam sebulan. Solat pula kadang-kadang sebulan sekali atau berbulan-bulan sekali. itu pun untuk solat jumaat. Maknanya bersolat bukan kerana Allah tapi nak bagitau orang dia bersolat walau hanya berbulan-bulan sekali. Judi tikam ekor pula hobinya hingga berjangkit kepada anak-anak lelaki/perempuannya. Serabut perutkan kalau keluarga begini adalah keluarga anda? Sekarang suami ni dah meninggal dan aku tak pasti sama ada dia sempat bertaubat atau pun tidak. Aku selalu terserempak dengan wall Fb anak daranya yang selalu upload gambar dengan baju sendat dan dengan pelbagai aksi.

Sebagai suami anda perlu memberi Ilmu jiwa kepada anak-anak anda. Mudahan bila telah pergi mengadap Ilahi ada orang yang akan mendoakan anda di alam barzah sana. Kalau anda sendiri pun tak solat dan meninggalkan semua perintah Allah,.macam manalah anak-anak dan isteri anda nak jadi soleh/solehah untuk mendoakan anda di sana? Macam suami yang curang dan berzina kerana isterinya tak pandai jaga penampilan tu,.dosa dia,.dia yang tanggung. Isterinya takkan terbabit sama walau dia tak pandai jaga penampilannya. Kalau fikir secara logik, berpuluh tahun kahwin dan sudah melahirkan ramai anak, mana mungkin penampilan masih nak kekal macam anak dara? Suami tu sendiri kena bantu isteri mengurus anak-anak dan rumah tangga! Kalau hanya pandai nak mengarah itu dan ini,.hurmmm,.. memang TERSANGAT Tak adil!

Semua kisah suami culas ni akan aku ceritakan dalam cerpen terbaruku nanti,..tak tau lagi nak jadi cerita yang macam mana,..macam aku pernah bagitau seseorang yang mood menulis aku ni asyik pergi honeymoon ja,..keloi tak mau pulak nak balik,..hiesyyy,.

Okey! Jumpa lagi dilain entry!
Jangan lupa tunggukan kemunculan cerpen terbaruku,.



Watak-watak yang telah dipilih kali ini,..Gambar hanyalah untuk hiasan semata-mata,.kepada pemilik gambar harap maaf!,.ngeeeee,.















Bingkisan Syahdu,.Kenangan Bersamamu Ibu


Bulan Januari datang lagi mengamit memori.32 tahun telah berlalu semenjak pemergianmu.Apa yang aku ada kini hanyalah sedikit kenangan bersamamu.

Ibu,.
Walau tahun silih berganti kenangan bersamamu masih terpahat di hati ini.Masih aku terasa tanganmu yang menyisir rambutku.Masih lagi dapat ku lihat kasih sayang dalam matamu.Kau ibu penyayang yang tak tahu apa itu marah.Aku tak pernah mendengar suaramu bertempik memarahi kami anak-anakmu ini.Kau penyabar dan tabah.Ketabahanmu itu amat aku kagumi.

Ibu,.
Setiap kali Januari bertandang aku turut terbayang seakan sejarah terus berulang.Ternampak di mindaku jenazahmu yang sudah kaku dengan perut yang membiru.Air mata ini terus mengalir tanpa pintaku.Sebak jiwaku tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Itulah hari terakhir aku melihat dirimu.Kau pergi mengadap Ilahi setelah sekian lama menderita.

Ibu,.
Barahmu sudah berada diperingkat akhir.Kita amat miskin di ketika itu.Rumah kita hanyalah di pinggiran hutan,terlalu jauh dari pekan,hendak ke hospital terpaksa menyeberang Sungai Perak dengan bot penambang.Betapa terseksanya kehidupan kita namun apalah daya kita kalau sudah tertulis takdirnya begitu.Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Ibu,.
Deritamu kau tanggung sendiri.Kau hanya membisu seribu bahasa.Kau memang pendiam.Tidak pernah merungut atau pun mengeluh.Kesakitanmu tidak pernah kau hiraukan.Kau tetap menjalani kehidupanmu seperti biasa hinggalah tiga bulan terakhir sebelum pemergianmu.Kau terus membisu tanpa kata,tiada lagi belaianmu untukku.Makanmu perlu disuap,badanmu perlu dilap kerana kau tiada lagi kudrat untuk melakukannya sendiri.Badanmu terbujur kaku walau jantungmu masih berdenyut.Kau ada bagaikan tiada.

Ibu,.
Detik terasakan pantas berlari.Tiga hari aku berada di alam persekolahan dalam darjah satu.Suasana pagi itu murung sekali.Kau masih terbaring di bilikmu.Aku tidak ke sekolah hari itu,entahlah kenapa? Menjelang tengahari suasananya sedikit hambar tatkala ayah tiba-tiba memanggil kami semua.Ibu sudah nazak benar.Nafasnya turun naik,yang pasti ibu sudah tidak sedarkan diri walau dipanggil berkali-kali.Kalimah shahadah ayah bisikkan di telingamu.Terbayang lagi di ruang mata ini detik itu.Aku tidak mengerti apa yang terjadi namun jiwa ini resah gelisah.Ada sepupuku yang sedang membacakan surah Yasin di sebelah ibu.Kakak-kakakku ayah arahkan supaya memberitahu orang-orang kampung.Dua di antara kakakku masih di sekolah.Abangku ke Pekan untuk membeli buah anggur permintaanmu dan teko kecil untuk memudahkan kau minum.Sayang seribu kali sayang bila abang pulang petangnya yang ditemuinya hanyalah jasadmu yang sudah tidak bernyawa lagi.

Ibu,.
Disaat kau menghembuskan nafasmu,yang ada di sisimu hanyalah aku,ayah dan seorang sepupu.Aku satu-satunya anakmu yang menyaksikan saat nyawamu diambil kembali namun ibu aku masih belum mengerti erti sebuah kehilangan ketika itu.Aku tidak menangis ibu hinggalah kepulangan kakak yang meraung memanggil-manggil dirimu.Aku turut sebak dan menangis seketika di balik pintu dapur.

Ibu,.
Disaat aku menulis bingkisan ini air mataku mencurah bagaikan hujan kerana di tarikh dan masa inilah kau menghembuskan nafasmu yang terakhir di bulan Januari.Apa yang mampu aku lakukan kini hanyalah mendoakan kesejahteraamu di sana.Moga segala dosamu diampunkan Allah dan kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah,.Aamin.

P/s: Surat cinta buat pendengar setia Bingkisan Syahdu,.andai anda masih punya ibu,hargailah ibu anda sebelum dia pergi dari sisimu kerana perginya ibu takkan dapat diganti,.jangan bandingkan ibu anda dengan ibu orang lain,.biarlah ibu anda garang dan tak pandai menunjukkan kasih sayang,.ingatlah!,.bukan senang untuk menjadi seorang ibu,mengandung dan melahirkan namun deritanya ditanggung seorang diri,.



Ahad, 12 Oktober 2014

Alhamdulillah!,.Bersyukur kepada-MU Ya Allah!,.



Assalamualaikum semua,.
Aku masih bernafas lagi hari ni. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usiaku untuk hari ini. Inilah anugerah_NYA yang sangat bermakna walau pun hari ni aku rasa tak sedap badan. Rasa nak deman, letih dan sebagainya. Kelmarin pun rasa letih lain macam ja dan minda aku sempat pulak berfikir yang bukan-bukan. Apa yang aku fikir? Sudah sampai masanyakah aku pergi mengadap Ilahi?

Aku tak sihat lagi!,.usiaku mungkin masih berbaki, tapi aku tak tahu sampai bila.

Adakalanya aku ingin jadi sihat dan cergas kembali,.dapat bangkit dari masa lalu,.melakukan tugas harian tanpa halangan. Berkebun dan menebas semak di halaman tapi semua itu hanylah mimpi indah yang takkan berulang lagi. Aku bukan begitu lagi! Tenagaku sudah habis dimamah usia. Mungkin sebab itu Allah anugerahkan aku ilham agar aku TAK menghabiskan usiaku yang masih bersisa ini dengan kerja yang sia-sia.

 Aku berkarya bukan untuk dikenali,.Allah beri aku 1001 pengalaman dalam hidup ini untuk aku kongsikan kepada semua. Aku minat membaca dan apa yang aku baca sudah tepu di dalam mindaku jadi,.daripada membiarkan semuanya membeku di dalam minda, lebih baik aku kongsikan semuanya. Aku tahu, mungkin apa yang aku kongsi ada yang mempertikaikannya.


 Aku tak minta untuk dipuji tapi andai ada kesalahan yang tak ku sedari tegurlah selayaknya. Hari ini aku rasa teruja kerana masih diberi masa untuk aku mencoretkan luahan hati ini. Esok atau lusa, aku tak pasti adakah aku masih diberi ruang ini. Tiada apa yang nak ku pinta lagi. Bersyukurku kepada-MU Ilahi kerana mengizinkan aku mencelah lagi dalam alam maya yang memberi aku ruang untuk berilusi sendiri. Aku tak tahu siapa orangnya yang akan membaca luahan hatiku ini? Walau siapa pun anda? Yang baik jadikan tauladan,..yang tak baik tolak ke tepi!

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Surah At-Tahrim Ayat 6

Jumaat, 10 Oktober 2014

Hari yang dinanti DATANG JUGA ! 12 oktober Datang Lagi!




12 oktober Datang Lagi!

Esok bakal bertandang! hari bersejarah dalam hidupku. Mudahan aku masih mampu menghirup udara di atas muka bumi ini lagi. Itulah harapanku kerana aku masih punya dua novel yang belum disiapkan lagi. Kelmarin baru bermula sambungan novel SN & SM Setia Selamanya. Baru nak masuk BAB 24,.aku masih mencari mod menyiapkannya. Almaklumlah! Aku bukan penulis pro,.aku hanya insan biasa yang menulis berdasarkan Imaginasi yang tak sudah-sudah namun kerana kesihatan yang tak mengizinkan dan harus menelan ubat sepanjang masa jadi mata asyik mengantuk dan badan asyik letih tanpa henti. Akibatnya walau ada imaginasi tapi Ilham untuk menulis bait-bait kata adakalanya mati begitu saja,.

Okey! Tak mahu sembang pasal karya lagi!

Aku dilahirkan 39 tahun yang lalu. Dah cukup tua rupanyakan? Aku hanya anak seorang tukang rumah. Ibuku suri rumah sepenuh masa. Tempat lahirku di Kampung Paya Mengkuang, Padang Lembu, Gurun Kedah. Tudia! ,..lahir kat 'paya' lagi,..hahaa,.Dulu..kami miskin tapi aku bahagia kerana ada mak, ada ayah, ada kakak, ada abang,.tak kisahlah makan apa yang ada namun aku cukup bahagia dikelilingi insan-insan tersayang yang selalu manjakan aku. Akukan anak bongsu tentulah manja. Tapi aku nakal sangat dulu,.Kalau bab jatuh tu,.sejak kecil lagi aku memang juara jatuh. Jatuh tangga yang tinggi sangat. Ketika itu rumah kami atas papan bawah simen. Yang simen bawah tu ruang dapur la,.Rumah kami ada tangga yang tingginya mungkin semeter lebih sikit la,.aku pernah jatuh tangga tu tau dan parutnya masih ada sampai sekarang. Kepala aku terhantuk di simen dapur. Berdarah banyak kerana kening aku koyak sikit. Sebab tu la berparut, tapi tak apalah. Masa tu ada mak lagi untuk bermanja.

Tahun 1981 macam tu kami berpindah ke Perak dan menetap di Kampung Sungai Kerang, Teluk Intan Perak,.masa tu bukan nama Teluk Intan tapi Teluk Anson kalau tak silap aku. Lupa la pulak! Kat kampung ni masa kami sampai kami hanya menyewa ja. Rumah papan setingkat. Kecik ja tapi tinggi sangat. Tak dapat nak aku bayangkan macam mana. Kemudian ayah, mak dan abang pergi menarah tanah hutan untuk di buat rumah. Dulu dekat rumah kami tu memang hutan. Kawasan tu cukup banyak binatang buas macam ular sawa dan Khinzir,..huhu. Pernah sekali tu kakak aku yang paling tua bawa kami melalui tepi kawasan hutan tu untuk pergi kepada mak, ayah dan abang yang sedang membersihkan kawasan tanah untuk didirikan rumah baru kami. Dalam perjalanan, kami terkejut kerana terserempak dengan sekumpulan khinzir yang banyak sangat! Allah hu Akhbar. Nasib baiklah mahkluk-mahkluk tu pun terkejut tengok kami dan bertempiaran lari masuk ke hutan. Kalau tak, tak tahu apa nasib kami adik beradik. Perempuan semua pulak tu.

Bila rumah siap kami berpindah rumah. Memang dekat dengan hutan. Mak pulak tak sihat. Lama-lama kami dapat tau mak ada barah. Nak berubat tak mampu jadi mak hanya menderita menahan sakit seorang diri. Masa tu kami hanya makan apa yang ada. Tak pernah ada lauk yang best pun. Kalau ada pun ikan bendang atau sungai atau sesekali abang akan menjala udang galah. Selalunya ikan tamban kering yang menjadi makanan kami. Bila mak meninggal seorang kakakku yang paling tua berkahwin. Walau dia baru 19 tahun ketika itu tapi jodohnya dengan lelaki berumur 71 tahun,..hihi,..dah jodoh dia, nak buat macam manakan? Adik beradik pakat pujuk dia,.alahh,..sabar sajalah Jah,.nanti dia mati hang kawen la lain. Hampeh betul,.sapa yang cakap macam tu ntahlah! Kononnya nak pujuk kakak aku,.tapi hakikatnya sampai sekarang abang ipar aku tu masih ada lagi,.dalam umurnya 93 tahun kakak aku bersalin lagi anaknya yang ke 12,..hahaha,..amacam? Power tak abang ipar aku?

Dua orang kakak sudah bekerja sebagai pembantu rumah. Seorang bekerja di rumah seorang doktor di perlis dan seorang lagi di rumah seorang guru di Tanah Merah Kelantan. Tinggal kami berempat di rumah ini. Aku, kakak atas dari aku, abang dan ayah. Aku ni sejak kecil takut sangat dengan ribut dan hujan lebat. Entahlah kenapa. Ingat lagi suatu hari tu langit hitam sangat. Tandanya ribut dan hujan bakal datang. Aku tak mahu masuk ke rumah. Akhirnya ayah membawa kami masuk ke dalam jelapang padi,..hahaha,.rumah ada tapi masuk dalam jelapang padi pulak? Apa kes kan? Tapi bila ingat balik kenangan ini,.aku rasa inilah kenangan termanis aku dengan ayah. Ketika itu aku dapat rasakan kasih sayangnya hinggalah selepas ayah kawen lain. Aku terasa disisihkan hinggalah ayah menghantar aku ke rumah anak tirinya iaitu kakakku yang seibu denganku tapi berlainan ayah. Aku dah hilang rasa apa ertinya bahagia. Bukan sebab aku didera atau sebagainya walau aku tak nafikan selalu menjadi mangsa buli anak-anak saudara dan rakan-rakan sebaya.


Aku cukup lembab dulu mungkin sebab selalu di buli. Aku selalu rasa rendah diri. Aku penakut dan sebagainya. Penakut, selalu gugup itu memang dah sebati dalam diriku. Hinggalah aku meningkat remaja,.emosiku masih tak menentu. Selalu dengar cakap orang tapi aku tak mudah terpengarauh dengan budaya negatif. Mungkin Allah pelihara aku.Kalau difikirkan balik,..nasib baik aku penakut, kalau terlebih berani tentu semua benda aku nak cuba,..akhirnya terjebak dalam gejala sosial,.haih! Minta simpang la! Lepas SPM aku mula kerja sementara di kilang, itu pun sebab nak bayar balik duit pinjaman PIBG yang aku pinjam untuk bayar duit yuran SPM. Huh!,.malu tau bila setiap kali guru kelas masuk asyik minta duit yuran ja, sedangkan abang ipar yang bela aku hanya bekerja sebagai nelayan asyik memberi alasan tiada duit. Akhirnya sambil menangis aku dipanggil ke bilik kauseling oleh guru kaunseling kerana yuran SPM masih belum dibayar. Dua orang guru kaunseling yang menolong aku membuat permohonan pinjaman PIBG. Terima kasih untuk Cikgu Ilias dan Cikgu Noor Intan Mohammad!

Selepas buat pinjaman PIBG mereka tolong aku untuk mendapat cermin mata bantuan pulak. Kelakarkan hidup aku ni,..semuanya tak mampu tapi yang paling kelakar bila ada orang cakap aku pakai cermin mata sebab nak melawa bukan sebab rabun walau pun cermin mata tu berbingkai plastik berwarna pink. Dapat bayangkan tak? Bingkainya memang besar waktu tu,.macam bingkai orang tua-tua ja.


Bersambung pasal kerja tadi. Bila kerja di kilang kali pertama aku terkena kejutan budaya,..hahaha,..bukan nak cakap orang yang kerja kilang ni tak baik tapi ketahuilah semua kebanyakan mereka yang terlibat dengan gejala sosial ni adalah insan-insan yang kekurangan kasih sayang,.Di bawah ini adalah coretan yang aku hantar ke Radio Kedahfm dalam rancangan Bingkisan Syahdu yang belum dibacakan lagi,..saja aku nak tayang dalam blog hari ni,..


Kenyataan  Sebuah Kehidupan

           Dunia ini ibarat pentas lakonan.Kita sebagai manusia adalah pelakon utamanya.Tiada pelakon undangan atau pun pelakon tangkap muat.Semuanya terlalu berbakat dalam melakonkan watak masing-masing.

           Berbicara tentang lakonan manusia,aku pernah menyaksikan beberapa lakonan yang begitu keterlaluan.Menyingkap kembali zaman remajaku.Selepas mengambil peperiksaan SPM aku mula bekerja di sebuah kilang demi membayar yuran SPM yang tak mampu dibayar oleh warisku kepada PIBG sekolah.Dengan kata lain aku terpaksa meminjam duit PIBG sekolah untuk mengambil peperiksaan SPM.

              Tak lama pun aku bekerja di kilang pertama ini,cukup untuk gaji pertamaku untuk membayar pinjaman sebanyak RM105.00 ketika itu.Basic gajiku 3 ratus lebih tak termasuk elaun dan kerja lebih masa.Aku hanya bekerja sebulan lebih namun,aku sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja yang mengalami masalah kehidupan.Siapa cakap hanya orang miskin yang ada masalah? Masalah orang miskin lebih tertumpu pada kewangan sedangkan masalah orang kaya selalunya lebih kronik.

               Aku bekerja untuk mencari duit untuk membayar pinjaman sedangkan salah seorang rakan sekerjaku yang merupakan anak orang kaya,bekerja semata-mata untuk membalas dendam kepada kedua ibu bapanya yang mengabaikan mereka adik beradik.Dia seorang wanita yang berpakaian sendat dan singkat.Dia mempunyai beberapa teman baik yang merupakan QC dan Leader di kilang kami.Tanpa pintaku dia bercerita,.katanya kawan-kawan baiknya ini hanya baik  ketika hendak meminjam duit padanya.Dia anak orang kaya dan ada segalanya.Yang tiada hanyalah kasih sayang kedua ibu bapanya.Ibu bapanya terlalu sibuk bekerja untuk memberi kemewahan pada mereka sekeluarga.

           Menurutnya kehidupan abang kandungnya lagi jauh terpesong.Abangnya sudah masuk ke kancah maksiat yang di kelilingi perempuan di kelab-kelab malam,selalu mabuk-mabuk dan sudah terlibat dengan dadah.Aku membayangkan setiap ceritanya seperti drama yang aku tonton di tv.Masya-Allah  inilah kenyataan sebuah kehidupan bila manusia tidak mahu mengunakan akal yang Allah beri untuk membezakan mana yang buruk dan baik.Mungkin juga mereka tahu tapi mereka lebih suka mengikut perasaan dari mengikut akal fikiran.Jadilah mereka di atas pentas lakonan dengan watak-watak jahat di pandangan mata penonton yang menyaksikannya.Penonton yang aku maksudkan adalah masyarakat sekeliling.

                Dunia ini adalah pentas lakonan dan Allah adalah pengarah terbaik.Masalah mula mengelilingi kehidupan kita bila kita mula mengingkari arahan pengarah kita yang SATU.Allah sebagai pengarah hanya menyuruh kita berbuat baik tapi kita pula selalu nak menunjukkan kemahiran kita dengan melakonkan pelbagai watak.

                Keluar keputusan SPM aku tak dapat melanjutkan pelajaran kerana masalah yang sama.Warisku tak mampu! Satu-satunya cara untuk meneruskan kehidupan adalah aku harus bekerja.Sejujurnya,.aku tak suka bekerja kilang kerana ianya terlalu membosankan dengan pergaulan bebas dan sebagainya.Lagi pun bekerja kilang tidak mencabar mindaku.Aku lebih suka pada seni kraftangan,gubahan,menjahit dan memasak,namun aku tidak mempunyai kepakaran ke arah itu.Hendak belajar pula memerlukan duit juga.Mahu atau tidak aku paksakan diri untuk bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang ke-2 ini.

                Di kilang ke-2 watak yang lebih sadis yang aku jumpa.Aku mengaku walau hanya bekerja kilang,ramai yang membawa watak baik dari watak tak baik.Cuma segelintir yang melakonkan watak yang tidak sepatutnya.Seorang pekerja pernah menjadi rakan baikku.Tiada rahsia antara kami dan dengan bangganya dia menayangkan 'love bite' di lehernya yang berbentuk love dan bercerita padaku tentang perilakunya bersama teman lelakinya tanpa rasa malu.Apa yang paling aku kesalkan bila dia mengaku dia adalah bekas pelajar di salah sebuah sekolah agama.Tidak kisah di mana kita bersekolah kalau kita tak mengunakan akal yang Allah anugerahkan kita tetap akan terpesong dari landasan Islam.

             Watak seterusnya juga seorang bekas pelajar di salah sebuah sekolah agama.Tahun-tahun terakhir dia adalah rakan sebilikku.Ketika pergi bekerja make-up dan dirinya tak dapat dipisahkan walau masih bertudung.Bila hari cuti dia keluar bersantai bersama teman lelaki dengan berseluar jeans dan ber T-shirt lengan pendek tanpa tudung.Bila balik ke rumah dengan selamba dia menayangkan 'love bite' yang memenuhi lehernya.Berbeza pula bila balik ke kampung.Dialah muslimah sejati yang berbaju kurung dan bertudung labuh sesuai dengan dirinya bekas seorang pelajar sekolah agama.Inilah pelakon yang paling berbakat yang mampu melakonkan pelbagai watak.

                  Ini hanyalah sebahagian  watak yang aku jumpa.Rupa-rupanya,setiap apa yang pengarah kita arahkan itu bersebab.DIA beri aku peluang untuk bekerja sebagai operator pengeluaran untuk menemukan pelbagai watak di atas pentas lakonan-NYA.Aku berpeluang untuk menemui watak lesbian,watak mak nyah yang aku panggil kakak pada mulanya kerana aku terlalu naif ketika itu.Watak tomboy yang comel kerana paras rupanya dan kulitnya yang putih gebu.Setiap dari watak yang aku jumpa ini ada kisah yang tersembunyi disebalik kehidupan mereka.Oleh kerana mereka tidak mengunakan akal yang Allah beri dan tidak mengikut setiap arahan yang pengarah kita yang SATU arahkan maka jadilah mereka pelakon songsang yang mengikut kata hati sendiri.

                      Ya Allah!,.itu adalah perlakuan remaja 20 tahun yang lalu,sekarang ni dunia  dah semakin canggih.Sekarang aku tak perlu keluar ke mana-mana untuk melihat semua watak itu.Segalanya di hujung jari,aku hanya perlu klik saja untuk masuk ke laman-laman sosial,you-tube dan sebagainya.Pentas lakonan ini semakin hari semakin berubah dan semakin terpesong dengan kepesatan dan kecanggihan teknologinya.Inilah pentas lakonan kita,.watak bagaimanakah yang harus kita lakonkan untuk mengekalkan kebahagiaan di dunia yang ABADI di AKHIRAT sana? Tepuk dada tanyalah Iman,sudah cukupkah amalan kita untuk menemui Ilahi? Donggak ke langit dan tanyalah hati,siapa yang lebih berkuasa selain DIA? Tunduklah ke bawah dan berkatalah pada minda,. Dari mana kita berasal di situlah kita pasti kembali!
Haaa,..itulah dia pentas lakonan remaja-remaja yang aku jumpa,.tu baru sikit,.aku cadang kisah seterusnya akan aku ceritakan dalam novel PENYAMAR,..tunggu tau. Tolong doakan moga umur aku ni panjang untuk meneruskan ceritaku yang masih terbengkalai itu.


Hidup aku berubah sikit demi sikit selepas aku menamatkan zaman bujang pada 23 Oktober 1995,.dengan seorang pemuda kampung pilihan kakak dan abang Iparku. Apa taknya suamiku adalah adik ipar kepada adik abang iparku,..berbelit tak penerangan aku ni? Fikirlah sendiri ya!
Hidup aku berubah 100% selepas berkahwin. Walau pun rintangan dan halangan, fitnah dan umpatan terhadapku masih ada tapi aku terus kuat sebab suami aku baik sangat walau dia pun ada kekurangannya. keluarga mertua aku pun tak pernah pilih kasih. Boleh dikatakan bila aku kahwin setiap kali aku sakit keluarga mertualah yang lebih mengambil berat. Tanpa mereka aku ibarat sebatang kara,.hahaha,..statement overdos la pulak! Terbaca dek keluargaku sendiri,..habihlahhh! kena tinju!


Okeyyyyyyyy!,..panjang sangat dah aku rasa. Cukup sampai di sini aku berceloteh pagi ni. Doakan usiaku agar masih panjang untuk aku menyambut hari kelahiranku dan menghabiskan sisa-sisa hidupku ini dengan mengabdikan diri di depan skrin komputerku ini.

Semoga Allah merestui hajatku ini,.untuk menghabiskan setiap karyaku yang masih terbengkalai dan sehingga aku mampu membaca karyaku dalam bentuk cetakan pulak. Aaamin,..doakan aku ya pembaca semua!

Sekian,.Terima Kasih.

Rabu, 8 Oktober 2014

Ujian Datang Lagi,.Bertabahlah Duhai Hati!



Hidup ini ada suka dan duka. Ada sihat dan sakit. Bermacam-macam sakit yang manusia deritai. Di kala aku sedang mengumpul idea untuk membuat cerpen deritanya seorang wanita pengidap barah, aku diuji dengan kesakitan sendi. Sakit lutut ni dah lama, malahan sekarang ni buku lali pun dah bengkak kedua belah kakiku. Encik hubby pun dah perasan kedua belah buku laliku yang membengkak macam wanita hamil tu. Tapi tang buku lali ni langsung tak sakit. Yang buat aku rasa terseksa bila lutut sebelah kanan asyik 'meletup' bila aku tersalah melangkah. Contohnya bila nak memijak tangga atau tempat tinggi. Allah saja yang tahu betapa aku cuba menahan rasa sakit itu.


Sekarang ni aku jadi serba salah,.duduk salah, berdiri salah,.nak tidur pun salah. Bila berdiri aku takut nak duduk. Bila duduk seksanya nak bangun, memakan masa juga untuk berdiri dengan betul. Ketika solat aku solat sambil duduk bersila. Aku praktikkan apa yang aku tengok di hospital. Seorang pesakit di sebelah katilku yang bersolat sambil duduk bersila, tapi silaan aku mungkin nampak janggal sebab lutut yang terlalu sakit. Kalau pergi farmasi atau klinik, mesti aku akan dileteri oleh doktor agar aku mengurangkan berat badan. Adehhh,..rasa macam tak berdaya saja nak mendengar nasihat yang sama. Bukan tak mahu mengurangkan berat badan tapi dah letih untuk mencuba. Kurang makan macam mana pun,.badan aku memang terlalu payah nak diturunkan. Belum jumpa diet yang sesuai agaknya.

Aku dah tak ambil makan malam,.kalau ambil pun bila tak tahan sangat ja,.ada kalanya aku tidur dengan perut yang berkeroncong. Aku jarang dah ambil ais dan minuman manis. Cuma air masak yang menemaniku terutamanya ketika aku bekerja di depan komputer. Bila Allah nak menguji, sejauh mana pun aku mencuba ujian itu tetap mendatangi. Ya! Aku sedar yang baik itu datang dari Allah,. dan punca penyakitku datang dari diriku sendiri.

Ujian itu ada di mana-mana. Mungkin sekarang ni mod untuk menulis aku menurun jadi Allah memberi aku idea dari cara ini. Biar aku sendiri merasai rasa sakit yang teramat ini untuk mengambarkan perasaan sakit yang dideritai oleh pesakit kanser tulang yang ingin aku tulis. Banyak barah yang ada tapi kenapa barah tulang yang aku pilih? Bila aku kunjungi blog-blog pesakit barah aku jadi insaf. Ada sesetengahnya cukup tabah menghadapi rasa sakit mereka. Ada pula yang dapat melalui semua ujian dengan sokongan sahabat handai dan kaum keluarga.


Aku pernah ada seorang sepupu di zaman kanak-kanakku. Faridah namanya. Aku agak rapat dengannya. Dulu selalu mengajar dia mengaji Al-Quran kerana aku lebih tua darinya. Dia anak pak su aku. Boleh dikatakan dia berpangkat adik dan aku berpangkat kakak. Aku anak pak long dan dia anak pak su. Aku pula tak ada adik jadi aku senang menganggap semua adik-adik sepupu yang masih muda seperti adikku.

Masa kian berlalu. Kami dah lama tak bertemu. bila pak su meninggal kami hanya tahu selepas hari ketiga pak su pergi. Ramai yang marah kepada mak su kerana tak maklumkan kepada kami. Yang paling sedih bila aku juga baru mendapat berita Faridah sudah lama pergi mengadap Ilahi. Ketika usianya masih belasan tahun kerana mengidap barah tulang. Terkesima aku dengan berita itu.

Bila mendapat berita tentang Faridah, aku teringat pula dengan seorang adik di sekolahku. Setiap pagi dia ada bersamaku menunggu bas untuk ke sekolah. Kami selalu naik bas atau kalau bas lambat kami naik teksi bersama. Aku suka pergi awal ke sekolah, lebih-lebih lagi kalau hari aku ditugaskan untuk mencuci kelas. Dia juga selalu awal. Aku selalu perhatikan dirinya. Dia seorang gadis yang lemah lembut, bicaranya sopan namun kami tak pernah bertegur sapa. Kami cuma saling berbalas senyum atau merenung di antara satu sama lain bila saling berpandangan.

 Suatu hari aku terperasan dia sudah lama tak menunggu bas bersama aku lagi. Seminggu atau berbulan selepas tu aku beranikan diri bertanya kepada kawannya ke mana dia telah pergi. Mengejutkan bila kawannya memberitahu aku dia telah meninggal kerana mengidap penyakit barah tulang. Allah hu akhbar! Engkau lebih menyayangi mereka berbanding insan-insan yang menyayangi mereka di dunia ini.

Dalam hal aku, positifkan mindaku. Kalau orang lain yang sakit, aku akan cakap kerana Allah ingin menguji tapi bila aku ditimpa sakit,.aku katakan pada diri bahawa Allah sedang mengampunkan dosa-dosaku. Aku tak perlu mengeluh atau merintih yang keterlaluan. Semua ini hanyalah ujian dunia. Aku bayangkan tentang pesakit barah sebenarnya. Mungkin penderitaan mereka lebih teruk dari aku. Bila aku baca blog seorang pesakit barah perut, aku bayangkan saat aku alah hamil. Dia langsung tak boleh menelan makanan. Bila makan, dia akan muntah kembali,.cuma wanita hamil dengan pengidap barah mungkin berbeza perasaannya. Perasaan wanita hamil, dia akan rasa teruja walau dia keletihan dengan rasa mualnya, berbanding dengan pengidap barah,.mungkin yang mampu dibayangkan adalah saat kematiannya. Beruntung tau bila kita tahu kita sedang sakit, sekurang-kurangnya kita akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Orang yang sihat, selalu berpendapat, umurnya masih panjang lagi tanpa sedar ajalnya sudah semakin mendekat.

Sakit di dunia ini ada ubatnya tapi bila ajal menjemput, kita tak mampu nak berbuat apa- apa lagi. Nyawa kita entah bila akan diambil kembali, cuma satu pintaku kepada Allah kalau sudah sampai masanya aku dijemput kembali, izinkan aku menyiapkan setiap karyaku yang masih terbengkalai. Andai sebaliknya aku Redha dalam pasrah kepadanya. DIAlah penentu segalanya. Aku hanya merancang tapi DIA sebaik-baik perancang.

Bila sampai nafasku dihentikan,.mudahan matiku dalam Iman,.Amin Ya Robbal Alamin.

p/s: Sedang menghitung hari kelahiranku yang bakal datang sedikit hari lagi,..12 oktober aku tunggu kedatanganmu,..sempatkah aku?