Nuffnang

Rabu, 10 September 2014

Manusia menilai melalui rupa??

Benarkah dugaanku ini? Sejak akhir-akhir ini mindaku banyak bermain dengan persoalan. Aku menulis melalui pengalaman sendiri dan cerita yang aku dapat dari orang lain. Pengalaman aku ketika remaja. Masa tu ke mana saja aku pergi, aku akan naik bas. Setiap kali naik bas aku akan terserempak dengan budak-budak sekolah. Sudah banyak kali mereka meminta tolong aku untuk menekan loceng. ''Mak cik! tolong tekan loceng sat!'' lebih kurang macam ni la mereka cakap kat aku. Sedangkan ketika itu umur aku baru 17-18 tahun, cuma aku punya dressing macam orang tua agaknya. Pakaianku ketika itu berbaju kurung longgar dan bertudung biasa. Mungkin ala-ala mak cik jadi aku mungkin nampak lebih tua dari usia sebenar.

Selepas SPM aku kerja sementara di kilang. Dressing aku macam biasa, berbaju kurung dan bertudung. Ramai dari pekerja kilang memanggil aku kakak hingga suatu hari mereka bertanya umurku.

 '' Kak Tun umur berapa?''

''Tengah tunggu result SPM''

''Baru 17 tahun ka?'' mereka bertanya dengan suara terkejut. Aku hanya mengangguk.

Banyak lagi yang menilai rupa yang tersalah mengagak umurku. Contohnya suatu hari seorang mak cik yang begitu bergaya menaiki teksi denganku. Aku agak umurnya mungkin sudah mencecah 50-an sedangkan umurku ketika itu baru 28 tahun. Mak cik tu mungkin lebih bergaya dariku dengan lipstik merah dibibirnya sedangkan wajahku nampak pucat tanpa sebarang make-up. Bila aku panggil dia mak cik, wajahnya terus berubah dan kemudian dia memanggil aku kakak. Hahaha,.aku tak nafikan, selain wajah tanpa make-up aku juga sudah berbadan besar ketika itu. Setiap kali mengalami situasi yang sama baru aku sedar penampilan juga penting bila kita berada di khalayak ramai. Namun aku juga punya prinsip sendiri, biarlah manusia manilai aku sesedap rasa, yang penting penilaian Allah terhadapku. Mungkin sebab itu aku tak pernah mengubah penampilanku. Bagiku selagi suami disisi tak pernah merungut, aku akan kekalkan imej serabut ni. Hahaha,.ni alasan orang yang malas nak berubah,jangan sesekali tiru tau!


Penilaian seterusnya,.setiap kali masuk hospital doktor akan speaking depan pesakit kampung macam aku ni. Mereka rasa aku tak faham apa mereka kata,.haaa,..aku memang tak faham pun! Ekekeke,.tapi pernah satu kali tu bila doktor pelatih mengutuk angota tubuhku dalam bahasa inggeris di depanku. Hai cik kak! tahulah awak tu doktor pun. Ada PHD janganlah dok berhasad dengki dengan anggota tubuh aku pulak. Semua yang aku miliki luar dan dalam ni adalah anugerah Allah. Cik kak ingat bila cik kak dah speaking depan aku macam tu, aku tak faham ka? Cik kak bukan kutuk aku tau. Cik kak sedang kutuk Allah tu. Cik kak tak sedar ka? Oh! Mungkin sebab cik kak dah bijak sangat jadi cik kak lupa ya, apa yang kita punya semuanya pemberian Allah? Tu dia,.ni baru sikit. Berpuluh kali masuk hospital, kalau nak cerita betapa aku dinilai memang tak tercerita agaknya. Kesimpulannya senang cerita, tak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan manusia yang berpelajaran itu adakalanya mereka juga tetap tersalah menilai orang lain.



Ni pula cerita orang kaya dianggap miskin dan orang sederhana berlagak terlebih kaya. Opppss,..jangan marah haa,.ini sekadar perkongsian biasa saja. Bukan niat nak mengutuk pun tapi sekadar untuk renungan bersama. kita ni kaya atau miskin semuanya hamba pada Allah yang satu. Janganlah selalu menilai orang lain berdasarkan pandangan mata kasar kita.

Kisah ini diceritakan seseorang kepadaku. Orang ni orang felda dan dia berjaya menjadi anak felda cemerlang. Dia dah ada perniagaan sendiri. Bisnesnya cukup berjaya. Punya van,kereta,lori dan beberapa buah motor. Suatu hari dia ke pekan sehari dengan gaya santai, ala-ala orang kampung yang tak berduit. Aku kenal dengan dia yang memang tak suka nak berlagak dan tak sombong. Dia sentiasa merendah diri dan  bercakap lembut dengan semua orang.

Bila dia membelek kasut yang dijual dengan harga ratusan ringgit si penjual menegur dia.

''Abang! kasut tu brand mahal tu. Rm300 sepasang. Ori ni bang!'' dia hanya tersenyum sambil terus membelek lagi. Si penjual sudah tidak senang duduk. Entah apa yang ada di fikirannya. Mungkin dia menyangka orang di depannya ini tidak berduit. Dari nada suaranya dapat dibuat kesimpulan dia tidak selesa dengan si pembeli di depannya.


Orang felda tadi berkenan dengan sepasang kasut lalu mengeluarkan duitnya yang banyak. Di depan peniaga tadi dia sengaja menayangkan duitnya itu. Terdiam peniaga tersebut. Aku yang mendengar cerita juga rasa teruja dan tertanya-tanya. Kalau cerita ini benar, siapa yang tersalah menilai sebenarnya? Si pencerita atau si peniaga? Haha,.aku pun kompius balik.


Satu cerita lagi pengalaman aku sendiri. Aku di ajak oleh seseorang pergi ke suatu tempat dengan mereka menaiki kereta mercedes. Aku kenal mereka sejak kecil lagi. Mereka taklah kaya mana tapi si suami memang suka melaram dengan kereta mewah. Habis hutang dibayar, dia akan mencuba kereta mewah yang lain pula. Aku tak mau cerita perihal lagaknya tapi aku nak cerita kisah yang aku ada bersama mereka ni. Bila kami dalam perjalanan pulang si suami berhenti di depan gerai menjual buah. Isteri tak turun membeli malahan hanya memberi arahan dari dalam kereta. Hari sudah malam tapi aku yakin tak ada hujan pun di luar tu. Aku tergaman seketika. Penilaian aku? Aku pun tak tahu macam mana nak menilai. Hanya melihat gelagat suami isteri ni dalam rasa keliru yang teramat. Duit berbaki membeli buah-buahan hanya seposen. Isteri cakap sedekahkan saja. Seposen ja pun! Suami pula kata seposen pun duit juga! Hah! aku bertambah bingung jadinya. Terpulang kepada pembaca nak menilainya tapi aku ingin sangat tahu apa penilaian peniaga gerai buah itu terhadap pasangan suami dan isteri ini. Apa yang mereka fikir agaknya ya?

Baru-baru ni aku pergi ke farmasi. Selalunya aku kirim ubat kepada suami sebab aku malas nak pergi sendiri. Aku pun dah jemu nak pergi buat chek-up di hospital Agaknya doktor pun jemu nak tengok muka aku ni? Hahaha,.agaknyalah, sebab aku ni dulu kerap sangat masuk wad kecemasan. Dan,.paling aku tak suka bila kena bebel dengan doktor, bla,bla kat aku sebab aku obesiti,.kuang,kuang,.pernah sekali tu seorang doktor menyarankan agar aku menurunkan berat badan tanpa disedari oleh aku doktor tu bertubuh lagi besar dari aku. Nak dikatakan aku dengan doktor tu 2x5 ja, sama-sama berbadan besar. Aku hanya perasan bila doktor tu sendiri menyebutnya. Haha,.aku tak mampu menyembunyikan senyum.


Berbalik pada cerita tadi. Bila ubat yang suamiku beli tak mampu membuatkan aku sembuh, aku nekad nak pergi sendiri. Mungkin suamiku dah tersalah ambil ubat dan tak sesuai dengan penyakit aku. Bila aku memberitahu pembantu farmasi ubat apa yang aku nak, mereka menyarankan aku berjumpa dengan doktor pemilik farmasi terlebih dahulu. Sesuatu yang tak pernah ku duga, rupanya di farmasi pun aku kena smash dengan nasihat-nasihat kesihatan. Kebanyakan yang doktor beritahu aku memang sudah aku agak seperti ketidakseimbangan hormon bila usia semakin meningkat. Masalah monopos dan berat badan yang berlebihan, juga kerja-kerja yang semakin kurang dilakukan. Akhirnya doktor memberi aku tiga jenis ubat batuk. Ubat batuk berupa pil, pil alahan batuk dan ubat batuk air. Erkk,.apa kena mengena hormon dalam penyakit ni sedangkan aku juga memberitahu tentang masalah period dan sakit sendi yang aku alami. Hahaha,.doktor nak aku sembuh batuk terlebih dahulu, sedangkan masalah period dan sakit sendi itulah yang lebih membimbangkan aku.

Kemudian aku ingin membeli minuman kesihatan yang selalu di iklankan di radio. Minuman kesihatan yang berunsurkan serat untuk mencuci usus dari segala bahan buangan termasuk kolesterol dan lemak. Bukan niat minum untuk diet pun, tapi memandangkan sejak remaja, aku memang ada masalah penghadaman. Kadang-kadang perut aku meradang. Dah banyak aku cuba produk kesihatan tapi selalunya aku terpaksa hentikan sebab tak mampu nak menanggung kos. Bayangkan produk terbaru yang aku beli ni harganya 20 bungkus sudah rm55.00. Aku mana kerja, harap suami saja nak menghulur setiap bulan. Kesian pula kepada encik suami. Barang-barang pun dah naik harga melambung tingginya. Ada rm banyak aku beli la, tapi selalunya aku selalu utamakan yang lebih penting dahulu. Opppsss,..terlari tajuk la pulok!


Kami ke farmasi yang lain pula untuk membeli minuman kesihatan ini. Di luar kotak sah-sah tertulis orang yang ada sakit buah pinggang dilarang mengambilnya. Pekerja farmasi berkali-kali mengingatkan aku perihal sakit buah pinggang tersebut. Aku pun cuak juga jadi untuk menyedapkan hati sendiri berulang kali juga aku berkata kepada pekerja farmasi itu '' Tak penah lagi pun chek buah pinggang, ada ka tak sakit buah pinggang ni'' aku berkata sambil berfikir sendiri. Aku bebas penyakit buah pinggang kot? Hahaha,.pekerja farmasi tu nak membuat penilaian macam mana agaknya? Mungkin dia fikir 'mak cik ni nak buat lawak tak kena tempat la!'


Selepas tu kami singgah di kedai telefon kerana henpon aku dah banyak hari galerinya tak boleh di buka. Tokey kedai cuba membantu apa yang patut. Bila tak berjaya memulihkannya seperti sedia kala, dia berkata-kata kepada anakku yang pergi bersama. Dia suruh formatkan memori menerusi komputer. Dari sini aku dapat agak, dia menilai mak cik seperti aku ni tak tahu nak buat sendiri. Hahaha,.agaknya sebab tu la, walau aku terpacak juga di depan dia tapi kata-kata dia ditujukan untuk anak aku yang berusia 17 tahun walau ada yang pernah cakap dia dah berusia 20 tahun. Nampaknya anak daraku pun bakal senasib denganku bila ada yang menganggap dia lebih tua dari usia sebenar. Aku berbadan kecil ketika remaja cuma dressing aku lebih kepada 'mak cik'. Anak aku juga tak mengikut fesyen semasa tapi dia juga berbadan besar dan lebih tinggi dariku. Huh! mungkin nasibnya lebih mencabar dari aku? Selalu aku katakan kepadanya, Biar orang menilai kita apa adanya, tapi jangan buat Allah menilai kita sebagai hambanya yang tak reti nak bersyukur dengan pemberiannya. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang tak elok itu kitalah penyebabnya!

Sabtu, 16 Ogos 2014

Basmallah Sebagai Penawar!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua!

 Tajuk Tanyalah Ustaz pagi kemarin dan pagi ni BERKAT MEMBACA BASMALLAH,memang kebiasaannya setiap pagi lepas solat subuh aku akan bertenggek depan tv hingga pukul 8.00 pagi,barulah aku memulakan tugas harian,sama ada melepak depan skrin komputer atau mengemas rumah. Ikut modlah,kalau rajin aku mengemas dulu. Macam pagi ni layan blog dulu dan update entry ni sambil pasang telinga mendengar Tanyalah Ustaz yang masih bersiaran langsung di tv.

Basmallah sebagai Penawar!
Alkisahnya dua tiga hari ni gigi aku sakit. Gusi dah bengkak dan semalam ubat tahan sakit dah habis. Aku minta my hubby belikan ubat sakit gigi di kedai runcit ja. Ubat cap geraham bila terdesak. Aku makan ubat dulu baru makan nasi. Selepas sejam sakit yang aku tanggung bukan semakin sembuh malahan kesakitannya semakin bertambah. Aku cuba menahan sakit dengan berwajah selamba tapi kesakitan yang semakin berbisa membuatkan aku hampir tak mampu menahannya. Siapa yang pernah mengalami mungkin dapat membayangkannya.

Pukul 12.00 kesakitannya masih terasa. Aku bernekad untuk masuk tidur dan ingin menahan rasa sakit itu. Nak makan ubat lagi takut pula terlebih dos,kang tak masuk wad kecemasan tak pasai- pasai kena tempah batu dua pulak,haih! jangan buat main!

Bila aku cuba menahan,aku rasa bagaikan nak pengsan,memang sakitnya tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata,cakap ja sakit gigi tapi yang berdenyut kesakitan tu seluruh kepala. Kemudian aku teringat dengan kata-kata ustaz pagi kemarin Basmallah sebagai penyembuh.Aku bangun dan ambil segelas air masak,baca basmallah 40 kali dan sepotong doa ''Ya Allah! Sembuhkanlah!'' aku hembus dalam gelas dan minum. Aku tawakkal saja kepada Allah selepas tu. Aku tahu ubat yang kita makan tu cuma perantara ja,yang menyembuhkan ni hanyalah Allah.

Aku kembali masuk tidur, aku baca 14x al-Fatihah macam selalu,1x ayat Qursi,1x Surah Al-Kafirun, 1x surah Al-falaq, 1x Surah an-Nas, 3x surah Al-ikhlas disusuli dengan mengucap dua kalimah shahadah dan doa tidur, selepas tu aku tak tahu bila masa aku terlelap. Bangun pagi ni aku blurr sekejap,semalam aku bermimpi pelik. Aku tak reti nak cerita macam mana,yang aku mampu cerita aku di gigit oleh dua orang lelaki di bahagian muka,kemudian ada seorang lelaki berjubah beri aku air,entahlah air apa,katanya untuk mengurangkan sakit. Aku minum dan terjaga. Selepas beberapa ketika aku masih blank lagi. Mimpi apa ni?

 Azan subuh berkumandang di surau berdekatan, aku baru sedar kesakitan yang aku rasa semalam sudah berkurangan. Selepas mandi dan ambil wudhuk aku ambil lagi segelas air. Kali ni aku baca 44x basmallah dan 1x surah Al-Fatihah dan sepotong doa macam semalam, ''Ya Allah! sembuhkanlah!'' aku hembus dalam air dan minum barulah aku solat subuh. Aku teruskan dengan cara aku sendiri. Macam biasa selepas solat subuh aku baca 3 Qul, 3x berturut-turut dan pagi ni aku tambah sikit. Selepas 3x baca 3 Qul aku hembus di tapak tangan dan sapu ke muka,sampai pada bahagian yang terlalu sakit tu aku jemput dan buang. Aku buat 3x berturut-turut. Kemudian aku baca pula 1x Al-Fatihah dan 3x surah Qursi dan hembus kat tapak tangan,sapu ke muka dan menjemput bahagian yang sakit dan buang pula ke sebelah kiri. Tadi aku jemput buang ke sebelah kanan. Selebihnya aku tawakkal kepada Allah dan Alhamdullillah sakit gigi aku berkurang banyak. Aku tak menderita sakit lagi pagi ni.

Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran itulah penyembuh yang paling mujarab. Allah itu Maha Penyanyang. Dia menguji kita dengan pelbagai cara.Adakalanya kita tak boleh terlalu bergantung dengan ubat-ubat ketika sakit. Pernah sekali satu malam tu aku pening kepala,walau aku pejam mata,tapi rumah bagaikan berpusing. Aku minta my hubby bacakan surah Qursi dan aku sendiri pun membaca beberapa surah dalam hati. Aku terlelap dan keesokan harinya my hubby cerita selepas dia baca surah Qursi untuk aku dia pula yang diganggu. Inilah dia ada pengkianat di antara kita yang kita tak nampak. Aku ni badan lemah dan selalu sakit-sakit. apa lagi 'mereka' pun ambillah kesempatan.

Kata-kata Hikmah Pagi ni,.

Bukan senang nak mendidik hati menjadi baik tapi bila niat nak menjadi jahat, ramai yang akan datang berbisik dan memberikan dorongan dan semangat. Sebagai manusia yang lemah imannya kita mungkin akan tergoda dengan bisikan-bisikan jahat itu. Beswaspadalah dan selalulah bergantung dan memohon dengan Allah agar kita dilindungi dari godaan-godaan makhluk perosak itu.Bertaqwalah dengan Allah! Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Rabu, 13 Ogos 2014

Merajuk? Apalah maknanya!

Sudah tengah malam tapi mata ni masih segar bugar. Teringin pula nak berbicara sendiri. Merajuk! Siapa yang tak pernah merajuk? Zaman kanak-kanak dulu kalau aku merajuk selalu mogok tak nak makan. Kononnya biar mati cepat sebab orang dah tak sayang. Merajuklah katakan!

Bila dah dewasa kalau merajuk aku jadi bisu. Tak ada mod nak bercakap. Kalau cakap juga yang bakal terjadi adalah sebaliknya. Kalau bukan ayat berbisa mesti air mata yang jadi penganti bicara.


Bila dah kawen teringin juga nak merajuk tapi buat penat ja,cik abang tak teringin nak pujuk pun,bak kata orang macam tak ada sensor,.hahaha,.letih merajuk dengan cik abang akhirnya aku pujuk diri sendiri. Dah nasib badan!

Bila buka facebook add kawan-kawan sekolah yang aku kenal. Ramai yang approve dan ada juga yang reject. Bila buka wall mereka masih friend request lagi. Nak merajuklah macam ni. Aku cancel ja friend request. Hahaha,.hodohnya perangai! Bak kata memang aku kuat merajuk,tapi bila aku merajuk aku terjerut hati sendiri.

Merajuk pula dengan anak-anak tapi anak-anak mana faham aku tengah merajuk.Bukan aku semakin terpujuk semakin menjerut rasa lagi ada la. Terpaksa juga aku yang mengalah.Baru-baru ni aku bengang dengan seorang rakan facebook. Gara-gara aku buat status tak mahu friend yang invite game tu hentikanlah invite aku.Aku tak rasa permintaan aku tu kasar tapi tak sangka bagi orang yang membacanya terasa kasar kot? Mulanya aku ingat aku berhak buat status tu,tapi bila ada sorang friend ni siap komen dalam wall dan hantar mesej panjang lebar dalam inbox aku dah mula rasa lain.

Sebenarnya aku tengah bad mood,bila aku bad mood aku tak suka ditegur. Kalau ada yang menegur aku akan jadi egois. Aku tak suka terima sebarang teguran.Kerana game akhirnya aku unfriend dia. Aku memang dah lama privasikan wall aku hanya untuk rakan-rakan saja. Bila aku unfriend dia aku share mesej dia dalam wall,..aik? Dia tahulah sebab selepas tu aku terima lagi mesej dia di inbox. Dia siap tulis lagi,'' 1 lagi mesej untuk awak share dan ada dua mesej dari dia yang seakan menghentam aku balik.


Aku terus buat keputusan untuk aku merajuk dan share satu status:
Aku cakap kalau ada rakan-rakan yang masih ingin menjadi rakan aku boleh add aku di akaun facebook baru aku. Kononnya aku nak deaktivkan facebook tu.Hahahhaa,.korang tau apa yang berlaku? Tak ada seorang pun teman tapi mesra aku dalam akaun facebook lama tu yang add aku.

Sebenarnya aku pun sayang nak deaktiv facebook lama tu,banyak group dan page yang aku perlu uruskan. Akhirnya aku tak jadi merajuk dan tutup akaun tu,aku cuma tukar nama ja. Nak merajuk? Apalah maknanya! Aku juga yang rugi!

Pembaca semua,anda bagaimana pula? Nak merajuk? Ada ke yang tolong pujuk? Bertuahlah anda!!!

Isnin, 11 Ogos 2014

Sedih Bukan Bermakna TAK BAHAGIA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang sudi singgah ke sini,.teringin pula nak berceloteh hari ni,rasanya dah lama tak update entry terbaru. Ramadhan sudah berlalu,Syawal juga bakal berlalu dan usia semakin hari semakin berganjak.

Bulan Ramadhan yang lalu aku berhenti menulis,bukan bermakna aku buat amal sangat pun,.aku taklah alim sangat tapi rasanya Allah memang nak bagi cuti untuk aku. Kebetulan sebelum Ramadhan wifi kami terkena ribut petir dan rosak. Bulan Ramadhan berlalu tanpa line internet dan aku memang malas nak mengadap komputer. Aku berfikiran positif,ada hikmah disebalik kejadian. Allah memang nak aku tumpukan perhatian dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan yang penuh rahmat.

SEDIH BUKAN BERMAKNA TAK BAHAGIA!

Aku pilih tajuk ni sebab,sejak akhir-akhir ni aku banyak menangis tapi bukan bermakna aku tak bahagia. Kebiasaannya aku menulis berdasarkan pengalaman dan tajuk yang aku beri juga berdasarkan pengalaman. Aku menangis mengenangkan dosa-dosa semalam. Betapa kerdilnya ku rasakan dan betapa lemahnya imanku yang sering terleka dan terlalai dalam mengerjakan suruhan-NYA.

Adakalanya hatiku dilanda hiba tanpa sebab. Menangis tanpa sebab yang ku ketahui. Rasa bersalah,rasa berdosa dan minda bercelaru. Aku cuba positif dan menganggap ini semua sebagai hikmah yang belum aku nampak,.dan setiap kali aku dalam kesedihan,aku cuba lari dari kesedihan itu dengan menaip dan berimaginasi. Di kala aku dilanda kemurungan dan hiba sendiri ,aku cuba mencipta imaginasi kebahagiaan. Aku cuba membayangkan suasana ceria yang tak pernah aku lalui. Aku kesepian dan bayangan yang ku inginkan adalah keriuhan bila berkumpul dengan sanak saudara. Bila aku rasa terlalu bahagia aku jadi takut aku terlupa dengan hakikat kehidupan yang ibarat roda. Aku cuba bayangkan pula hidupku yang dilambung derita. Bila aku rasakan perlu,aku imbas semula kenangan silam yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Hidupku yang sentiasa sepi tanpa teman bicara untuk berkongsi rahsia hati menjadikan imaginasi teman setiaku. Namun dalam kesepian ini Allah anugerahkan sesuatu buatku. Sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama pembaca yang sudi singgah ke blogku. Aku imaginasikan rasa bahagia dan sedihku dalam setiap cerita. Tunggukan tiga buah cerpen yang bakal menyusul,tapi aku tak berani jamin akan siap dalam masa terdekat kerana mod menulis aku ibarat air pasang yang ada pasang surutnya.

Tunggukan All in one,.Kita pun Bersatu yang telah dikumpulkan semua watak cerpen terpilih di dalamnya. Kau Pergi Tak Kembali,.penderitaan seorang isteri yang diabaikan suami,.dan Sebuah Kehidupan,.100% kisah benar yang di olah ceritanya kembali. Di olah mengikut kesesuaian masa dan keadaan,. Anak kami anak orang juga,.

Mod menulisku yang pasang surut ini adakala aku kagumi. Pernah menyiapkan sebuah kehidupan dalam masa 12 jam dan cerpen orang gaji 2 dalam masa 2 hari tapi bila mod menulis surut ia bagaikan air laut yang mati,.diam tak terusik berminggu atau berbulan lamanya,.haipp,.

Walau apa pun tolong doakan hamba Allah ini mampu menghabiskan apa yang ada sebelum nafas ini terhenti. Tak mahulah meninggalkan dunia yang fana ini dengan kerja yang terbengkalai,.ibarat hasrat yang tak kesampaian.

Aku sudahi dengan Wassalam,.Terima Kasih sudi singgah! :D

Sabtu, 12 April 2014

Kepulanganmu Ku nantikan!

Adoii,.entry yang sama sebelum ni TERPADAM jadi saya update sekali lagi,.



Buat suamiku yang tercinta,.
Dikala aku menerimamu sebagai teman hidupku,aku sudah bersedia dengan jiwa yang kental untuk menghadapi setiap perpisahan denganmu.Memang sukar pada mulanya untuk mendidik hati ini.Bukan mudah seperti yang aku duga.Menjadi isterimu tidak sama seperti sebelum ini.Maksudku,.dikala kita berpisah sebelum ada ikatan sah.Aku lebih letih menunggu kepulanganmu setelah bergelar isteri.

Abang,.
Ibarat lirik lagu 'rindu ini memaksa aku menyayangimu'. Kau suamiku yang amat ku sayangi.Biar pun kita berjauhan,namun rindu dan cintaku hanya milikmu.Tiada istilah putus asa dalam menunggu kepulanganmu.

Suamiku sayang,.
Ingatkah lagi pada detik pertemuan pertama kita? Ketika itu kau datang ke sini untuk meraikan saudaramu yang hendak berangkat ke Mekah.Di subuh hening,dikala orang lain sedang kusyuk mengaminkan doa,kau pula begitu kusyuk merenung diriku.Malunya aku ketika itu setelah menyedari renunganmu.Aku dengan pantas terus bersembunyi.Nakalnya dirimu buatkan aku selalu terbayangkan sikapmu itu.

Tahun seterusnya,aku dilamar keluargamu.Aku terkelu,.kerana tidak menyangka keluargamu juga menyimpan niat untuk mengambil aku sebagai ahli keluarga.Mereka ceritakan tugasmu sebagai seorang tentera.Kau sering ditugaskan jauh dari keluarga.Hatiku ketika itu sudah mekar dengan bunga-bunga cinta terhadapmu.Apa yang ku bayangkan hanyalah untuk menjadi isterimu.Aku berdoa di dalam hati,andai kaulah jodohku,.satukanlah hatiku dan hatimu.

Suamiku yang amat ku rindui,.
Masa terus berlalu.Kau perlu bertugas di Sabah,perkahwinan kita terpaksa dipercepatkan.Kau meminta untuk berada di sisiku sebelum kau bertolak ke sana.Permintaan kau ditunaikan oleh keluarga kita.Kita disatukan dalam majlis yang sederhana.Hanya keluarga terdekat yang hadir. Tiada kata untuk mengambarkan kebahagiaanku disaat itu.Menjadi isterimu yang sah itulah keinginanku.Aku amat bahagia abang saat kali pertama kau mengucup dahiku.Air mata ini mengalir.Air mata kegembiraan setelah dua hati bersatu.

Seminggu selepas perpisahan kita hatiku diamuk badai rindu.Rindu yang begitu sarat terbeban di jiwa ini.Sakit rupanya rindu ini!,.aku menangis saban waktu bila mengenangkan dirimu.Kau  tahu abang,gambar pernikahan kita ini andai ia mampu berbicara tentu ia sudah mengejekku.Apa lagi yang mampu aku buat abang dikala hati ini merinduimu selain dari terus menatap wajahmu.

Suamiku sayang!,.
Dikala berjauhan ini aku mendapat khabar gembira.Benihmu sudah mekar di dalam rahimku.Ya!,.zuriat kita bakal lahir!  Aku terlalu gembira dengan berita ini.Mungkin aku tidak akan terus sepi lagi jika dia lahir ke dunia ini.Itu yang aku fikir ketika aku disahkan mengandung anak sulung kita.Rupanya aku tersalah tafsir lagi.Mengandung tanpa suami di sisi lebih memeritkan jiwa ini.Cemburu juga hati ini bila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing bila membuat pemeriksaan di klinik atau pun hospital,sedangkan aku hanya ditemani adik atau pun kakak.Ada kalanya aku terpaksa pergi seorang diri.Aku cuba menjadi kuat dan tabah walau tanpa kau di sisi.

Abang,.
Walau pun perpisahan antara kita ini begitu meruntun jiwaku,aku relakan demi Negara yang Tercinta.Kau pergi untuk menjalankan tugas. Biar pun jarak memisahkan kita ketahuilah kasih dan sayangku hanya buatmu.Aku juga berharap hatimu masih untukku yang terlalu setia menanti kepulanganmu.Ketahuilah abang,.aku tidak pernah akan menyesal memilihmu sebagai suamiku.Sudah tertulis jodoh kita berdua.Aku terima pemberian Allah ini dengan hati yang terbuka.Memang perit untuk terus menanti kepulanganmu.Namun perpisahan ini lebih mengukuhkan ikatan suci kita.Aku pasti menunggu kepulanganmu abang hingga ke akhir nafasku.

Suamiku yang tersayang,.
Luahan hatiku ini sekadar sebuah bingkisan biasa,jauh di sudut hati ini sudah ku tumpahkan kasih yang luar biasa untukmu,.kerana kaulah syurgaku.Tanpa redhamu aku pasti tiada apa nak ku bangga.Pulanglah sayang!,.ku nanti kepulanganmu.

P/s: Akak takda microsoft,akak guna wordpad jadi akak xtau ni berapa muka surat,.sya auta pulak kalau tak cukup panjang,..ekekeh,.akak TERreyau gak nak imagine yg ni pun,..hahaha,..overdos feeling,. :D

Sabtu, 22 Februari 2014

Adakalanya Kita Diuji,..Tenang menempuhi liku!

Hidup tak selalunya indah..
Cuaca tak selalunya cerah..
Adakalanya hidup menjadi suram,
Dan cuaca bakal kelam..

Tapi tidak mengapa..
Itulah resamnya dunia,.
Kita manusia yang bernyawa,.
Selagi tak diuji kita pasti akan terlupa,.
Dari mana asal kita,.


Hidup tanpa liku itu mustahil!,.sedangkan muka bumi ini pun berbukit bukau..Bila kita hanya melalui jalan lurus tanpa simpang pun bakal membosankan juga,tanpa cabaran untk ditempuh.

Aku merenung masa silam dan berfikir sejenak,untk apa aku diuji dan diuji?

Rupa2nya Allah ingin memberi aku pengalaman untk aku kongsi dalam setiap karyaku.

Aku pernah bekerja di 4 buah kilang dan berpeluang menemui beribu watak manusia.Aku sering masuk hospital dan berpeluang menemui pelbagai penderitaan di luar sana.

Rakyat Malaysia peramah belaka.Setiap kali masuk wad ramai pesakit atau pelawat suka bercerita tanpa perlu disoal.Bonus terbesar untkku.

Bermula detik ini,usah merungut bila diuji.Ada hikmahnya!

Ahad, 9 Februari 2014

Aku DaN PeNgALamaNKu,.

Hidup Memerlukan DUIT  Tapi DUIT bukanlah segalanya!

Aku dibesarkan dalam keluarga miskin.Sejak kecil aku sudah terbiasa tak berduit.Aku percaya rezeki itu milik Allah dan segala UJIAN yang menimpa kita adalah dari Allah.

Mengimbas kembali pengalaman aku di tahun 90-an.Lepas SPM aku dibawa oleh jiran sebelah rumahku untuk bekerja di Seberang Prai.Kakak aku hanya memberi duit saku sebanyak RM20.00 untukku.Aku hanya mengambil tanpa sepatah kata.Aku tahu kakak aku pun tak berduit.Dia hanya seorang suri rumah.Abang ipar pula hanya seorang nelayan.Aku pula memang jenis tak banyak kerenah ketika itu.

Jiran sebelah rumah yang membawa aku ni tinggal di asrama Sony di Taman KGN Teluk Air Tawar sedangkan aku telah ditempatkan di Taman Alma Jaya 2,Bukit Mertajam.Bayangkanlah dengan Rm20.00 dalam tangan hanya berapa hari saja boleh  bertahan? Aku agak bernasib baik pada awalnya kerana pihak Sony menyediakan beras,sardin dan ikan bilis juga barang-barang dapur yang lain.Memandangkan sebuah rumah mempunyai 24 orang penghuni semua barang-barang yang diberi hanya bertahan seminggu saja.Aku pasrah pada ketentuan takdir.Pergi kerja pun nak kena makan juga.Aku cuba berjimat dengan mengalas perut ala kadar saja.Pergi kerja hanya makan roti,di asrama hanya makan meggi hinggalah aku kehabisan duit langsung.

Perit dan teramat perit untuk menghadapi detik-detik ini.Orang kata hidup perlukan duit tapi bagi aku duit bukanlah segala-galanya.Sejujurnya aku sendiri tidak pasti dari mana aku perolehi kekuatan dalaman ketika itu.Mungkin itulah ANUGERAH TERINDAH dari Allah untukku.Aku hanya minum air paip di singki kantin kilang setiap kali waktu rehat.Lapar yang teramat lapar,tapi aku masih mampu bertahan.Balik ke asrama pun sama,aku hanya minum air masak hinggalah suatu hari aku telah melakukan sesuatu yang telah membuatkan aku menyesal hingga kini.Aku telah mencuri sebungkus meggi di dalam almari rakan sebilikku akibat keadaanku yang amat terdesak ketika itu.

Ya Allah!,.ampunkanlah dosaku ini kerana hingga kini aku belum membuat pengakuan pada Kak Wan.Entah di mana Kak Wan sekarang?
Ini adalah cebisan pengalaman aku kerana ketiadaan duit dan setiap bulan aku hadapi masalah duit hinggalah 3 bulan seterusnya.Alhamdulillah masuk bulan ke-4 aku bekerja di Sony kewanganku sudah agak stabil TAPI ada satu lagi pengalaman aku berkenaan duit yang ingin aku kongsikan.

   Aku ingin ke rumah kakakku di Simpang 4 Alor Setar,hujung bulan tapi gaji belum masuk lagi.Aku hanya mempunyai RM10.00 untuk balik ke Kedah.Aku selalu berulang alik dari Bukit Mertajam.Ketika itu RM10.00 memang cukup untuk tambang bas.Tambang bas dari Bukit Mertajam ke Sungai Petani hanya RM2.30 ketika itu.Kesilapanku cuma satu ketika itu kerana tidak menukar duit kecil terlebih dahulu.Aku bagi RM10.00 pada konduktor bas dan dengan alasan tiada wang kecil konduktor bas hanya memulangkan 70 sen kepadaku hinggalah sampai di Sungai Petani baki RM7.00 tidak diberikan padaku.Aku tidak berpeluang untuk meminta bila konduktor bas seakan mengelak dariku.

Aku mula mengelabah bila sampai di Sungai Petani hujan turun renyai-renyai dan konduktor bas pula lesap entah ke mana.Aku mencari bank untuk mengeluarkan duit tapi nasib tetap tidak menyebelahiku bila duit di dalam akaun bank tidak mencukupi untuk dikeluarkan.Aku semakin gelisah.Aku geledah beg,hanya ada RM2.20 sen cukup kalau sekadar nak menaiki bas dari Sungai Petani ke Guar Cempedak.Mahu atau tidak aku harus juga menaiki bas untuk ke Simpang 4.Aku menaiki bas no 2,bas Sungai Petani -Alor Setar.Di atas bas nasib juga tidak berpihak kepadaku.Konduktor bas bermata keranjang.Dia asyik memerhatikan aku sepanjang perjalanan dan dia hafal di mana aku nak turun.Memandang duit tambang tidak mencukupi aku tipu konduktor bas,aku cakap aku nak turun di Guar Cempedak.Tambangnya hanya Rm2.00.Duit di tangan aku hanya berbaki 20 sen dan aku tak pasti berapa tambang bas ke Simpang 4.

Bila sampai di Guar Cempedak konduktor bas yang  duduk di kerusi yang berdekatan denganku menoleh ke arahku.Hah!,.aku mula mengelabah.Badan sudah mengigil,dalam hati aku berdoa agar aku takkan dihalau turun dari bas.Bila sampai di Batu 17 konduktor bas sudah bangun dan mendekatiku.Dia tanya aku kenapa tak turun.Guar Cempedak dah terlepas pun.Mahu atau tidak terpaksa juga aku berterus terang.Dia minta aku tambah duit tambang lagi 40 sen.Ya Allah mana aku nak cekau lagi 20 sen tu? Puas aku geledah beg namun tak jumpa,akhirnya aku hanya geleng kepala sambil tersengeh.Malu usah dicakap bila penumpang lain pun turut memerhatikan kami.

Ya!,.duit bukanlah segala-galanya kerana andai kita punya duit berjuta pun duit tetap tak dapat membantu kita dari seksaan kubur kalau kita dipanggil Ilahi tanpa amalan TAPI tanpa duit untuk hidup kadang-kadang mungkin akan membuatkan kita menjadi sasau kalau terlalu memikirkannya.Cuma,.kita janganlah jadi HAMBA duit,kerana duit juga akan menyebabkan hidup kita jadi porak peranda.Putus persaudaraan dan sebagainya.


 Kalau duit takda kita masih ada akal yang diberikan Allah,.TAPI jangan buat 

kerja terdesak mcm mencuri or menipu,.KERANA bila kita sedar dari kesilapan 

kita akan menyesal tak sudah selagi tak mendengar tuan punya brg berkata 

''Aku halalkan'' pada kita dan menipu pula walau sebesar hama,pasti akan 

terbongkar juga,.jgnlah pula mengambil jalan mudah mcm org tak 

beriman,.''Dah takda duit nak makan,baik aku bunuh diri ja'',.ingat!,.mati 

bukannya akan menyelesaikan masalah,.bahkan bakal bermula lg masalah 

baru. Dalam kubur dah menunggu pelbagai seksaan,.huuuu



P/s; Aku sentiasa belajar dari pengalaman,.''Sediakan payung sebelum hujan''